BAB 51

Romance Completed 254393

Sheila macam biasa dengan skirt paras lutut dan baju ketat masuk ke dalam restoran. Tadi Zeck ada telefon supaya berjumpa di restoran. Katanya ada hal yang nak dibincangkan. Dia hanya bersetuju.

Sheila duduk berhadapan dengan Zeck. Nampaknya Zeck still tak berubah. Dengan penampilan jeans and t-shirtnya. Ingatkan pakai jubah muslim ke apa. Sindir Sheila dalam hati.

"You kata ada hal nak dibincangkan. Apa hal yang mustahak sangat tu?" Sheila memulakan perbualan.

Seorang pelayan datang untuk mengambil peasanan mereka.

"Orange juice please..." pesan Sheila.

"Two glasses of orange juice. That's it..."

Pelayan tadi segera beredar setelah mengambil pesanan mereka.

"Can we start our discussion now?" soal Zeck.

"Sure. Go on."

"Firstly, I want to ask you about what happen at the morning this day. You ke yang nak langgar Hana tadi di mall?" soal Zeck. Walhal dah tahu. Saja nak tanya.

Sheila tersenyum sinis. "Why you want to know about that?"

"I just want to know and I want you to admit about it. Simple then.."

"Why must I? You nak bagitahu Akram? Go on! You ada bukti?" soal Sheila sinis.

Perbualan mereka terbantut apabila pelayan datang menghantar pesanan mereka.

"Thank you..." ucap Zeck.

Sheila menyedut sdikit air oren tersebut.

"I ada bukti dan bukti tu ialah kereta you. Bukan I seorang je yang nampak tapi Hana dan orang yang melihat kejadian tersebut. You tak rasa ke kalau I tunjuk balik kereta you dekat orang yang ada dekat mall tu, mereka akan cakap... 'hah nilah kereta yang nak langgar perempuan mengandung hari tu...' you tak rasa mereka akan cakap macam tu?"

Sheila mengetap bibirnya. Geram. "You ugut I ke?"

"I tak ugut you...tapi kalau you tak nak Akram tahu pasal ni...you kena..."

"What??"

"Marry me."

"What?! Huh! Are you in mad?! I'm a foolish if I marry with you. No, I don't want to marry with you! I just want Akram! Just Akram! Got it?!!" Sheila memandang tajam Zeck.

"Sheila, listen here. You're enough foolish because you're over crazy to a married man. Akram is a married man! MARRIED MAN! Got it?"

"Berani you kutuk I Zeck?"

"I tak kutuk you tapi I cakap benda yang benar! Come on! Akram dah jadi suami orang. You have to accept the fact that Akram is a married man."

Sheila terkesan dengan kata-kata Zeck. TApi, oleh sebab dendam dan marah, dia buang semua tu ke tepi.

"I Sheila Aina...don't care about it anymore. Whether he is married man or not, I still want him!"

"You're such a jerk! Don't you know it? Crazy over married man. You're jerk!" kutuk Zeck tanpa sengaja.

"I'm such a jerk? Fine! Tapi sekarang I nak tanya, kenapa I kena kahwin dengan you? Give me a reason and why?"

"Senang je. You mengandungkan anak I dan sebabnya kita dah pernah bersama dulu. I nak jaga anak I..."

"Sebab tu je? Fine. I agreed to marry with you but don't blame me if one day your life unhappy with me!"

"Ok...I takkan salahkan you..."

Sheila mendengus lalu segera keluar dari restoran tersebut. Zeck tersenyum.

"HAH? Kau biar serius? Maknanya kau dah berjaya pujuk Sheila supaya dia kahwin dengan kau?" Akram tersenyum gembira.

"Hebat kau Zeck! Aku tabik kau bro!" seronok Akram dibuatnya. Yalah, tak lama akan hidup aman.

"Pasal akad nikah kau dengan Sheila, kau jangan risau! Biar family aku yang uruskan...apa yang penting kau kahwin dengan Sheila dan bertanggungjawab terhadap anak kau tu..."

"Bila kau nak kahwin dengan Sheila?"

"Next week? Cepatnya Zeck! Kau biar betul??"

Nak menikah minggu depan? Macam tak sabar je...

"Oklah kalau macam tu...aku dengan family aku akan aturkan...tapi make sure perkara ni kau cakap dekat family kau tau?"

"Aku hang dulu. Bateri pulak nak habis. Nanti kita sambung cerita ok? Assalamualaikum!"

Akram memutuskan talian selepas Zeck menjawab salamnya.

"ABANG betul ke ni nak pergi rumah 'tu'? Buatnya mereka sembur abang lagi macam mana?" Zafira masih tak puas hati dengan abangnya. Buat apa nak bagitahu? Tak penting pun!

"Alah...memanglah. Tapi at least kita bagitahulah. Taklah nanti mereka terkejut..."

"Memanglah tapi..." Zeck meletakkan jarinya di mulut Zafira.

"No more tapi. Dah, kalau Fira nak ikut abang, siap cepat. Kalau tak, duduk rumah tengok tv."

"Yalah...tunggu jap..."

Sepanjang perjalanan, mereka hanya mendiamkan diri. Tak tahu kenapa.

"Abang nak masuk ke?" tanya Zafira selepas kereta abangnya betul-betul berhenti di hadapan pintu pagar rumah mama dan papa mereka.

"Habis tu, takkan nak tercongok dekat dalam kereta je? Haruslah turun..." Zeck membuka pintu kereta lalu keluar.

Dia membuka pintu penumpang. Mengajak Zafira untuk turun.

"Fira tak nak turun!"

"Jomlah...tak lama pun. Abang nak cakap pasal satu tu...lepas tu abang janji lepas je abang cakap pasal tu, kita balik. Abang janji!"

"Betul?"

"Betul!"

Zeck dan Zafira menuju ke pintu utama rumah. Zeck memandang Zafira. "Nak ketuk ke nak terjah?"

"Ketuklah abang. Kitakan tetamu tak diundang..."

"Assalamualaikum!!" Zeck mengetuk pintu rumah mama dan papanya.

Beberapa saat kemudian, pintu rumah dibuka.

"Waalaikumussalam..." Datin Maziah berdiri di hadapan pintu.

"Zeck...Fira..." ujar Datin Maziah sayu. Rindu dia dengan anak-anak dia ni.

"Datin..." Zeck menukar panggilannya. Tapi, dia tetap menyalami Datin Maziah. Begitu juga Zafira.

Kecewa Datin Maziah mendengar panggilan daripada anaknya. Berubah langsung...

"Jomlah masuk..."

"Janganlah buat baik sangat!" meluat Zafira dibuatnya. Buat baik konon.

"Fira! Emm...sebenarnya tujuan kami datang ke sini bukan sebab nak tinggal sekali tapi saya cuma nak cakap dekat datin yang saya akan menikah dengan Sheila Aina minggu depan. Saya tahu datin tak suka dengar nama dia tapi apa pun tolong hormat dia nanti bila dia dah jadi isteri saya. Saya harap datin faham. Cakaplah dekat dato' sama. Kalau datin nak hadir majlis perkahwinan saya, hadirlah. Saya akad nikah di Masjid Putrajaya. Kalau datin dan dato' tak hadir pun tak apa. Saya faham... "

"Datin dan dato' tak payah susah-susah siapkan apa-apa. Semuanya disiapkan oleh keluarga Akram. Itu jelah yang saya nak cakap. Saya dan Zafira balik dulu. Assalamualaikum..." Zeck dan Zafira menuju ke kereta.

Sebak Datin Maziah mendengar ayat anak terunanya. Macam dirinya orang asing bagi mereka.

"Siapa Ziah?" tanya Dato' Razif.

"Zeck dan Zafira datang...tapi mereka dah balik."

"Mereka datang buat apa?"

"Zeck datang sebab dia nak bagitahu yang dia akan menikah dengan Sheila Aina minggu depan."

"Minggu depan? Mereka buat dekat mana?"

"Masjid Putrajaya..."

"Awak nak pergi?"

"Kalau abang nak pergi, saya ikut je..."

"Saya tanya awak ni...awak nak pergi tak?"

"Mak mana tak nak tengok anaknya mneyambut hari bahagianya. Mestilah saya nak tengok majlis perkahwinan dia..."

"Kalau macam tu, kita pergi minggu depan..."

Datin Maziah menarik senyum. Nasib baiklah suaminya seorang yang memahami. Tak sabar dia nak tunggu minggu depan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience