BAB 23

Romance Completed 254393

Sheila duduk tersandar di sofa club. Mabuk sebab minum air kencing syaitan. Apa yang sedap entah. Zack yang duduk di tepi Sheila mula gatal. Tangannya mula memegang bahagian-bahagian yang tak diizinkan.

Sheila hanya ketawa apabila Zack membelainya. Sheila melentokkan kepalanya di bahu Zack. Tahap mabuknya dah capai tahap maksimum. Kalau jalan ni, terhuyung hayang. Setiap perbuatan yang dilakukan oleh Zack, Sheila hanya ketawa keseronokan.

"Sayang...jom!"

"Jom pergi mana?"

"Kita pergi dunia fantasi kitalah. Macam biasa."

"Boleh. Jom kita pergi sekarang."

Zack membawa Sheila ke bilik yang disediakan oleh pihak club. Selepas meletakkan Sheila di atas katil, Zack menutup pintu bilik.

HANA menguap besar. Badannya rasa bertenaga balik. Semalam lepas sembahyang, dia terus tidur.

Ini tangan sapa pulak? Elok ja dok peluk aku. Hana menoleh. Tak terkejut mana dia apabila Akram yang tidur di sebelahnya. Ingatkan dia tidur atas sofa.

Hana teringat kembali apabila Akram semalam merayu dekat dia supaya tidur sekali dengan dia. Baru ja tidur lima minit semalam, dia dikejutkan oleh Akram untuk tidur sekali dengan dia. Kenangan semalam menerjah kembali fikirannya.

"Hana...jomlah tidur dengan aku sekali..." Akram mula merengek.

"Tidurlah sorang-sorang! Macam kau tak boleh!" Hana kembali membaringkan badannya di sofa. Kacau betullah orang nak tidur.

"Hana...jomlah..."

Hana menggaru kepalanya. Nasib baik tudung tak tercabut. "Yalah..."

Hana bangun menuju ke katil. Tak fikir apa dah. Maklumlah dah mengantuk. Bukan ingat apa dah.

Akram yang baru bangun dari tidur melihat ke arah Hana yang sudah bangun dari pembaringannya. Dok termenung apa entah. Akram tersenyum sendiri apabila dapat tidur sekali dengan Hana. Siap peluk lagi. Hahaha...Akram bangun dari pembaringannya.

"Tengah fikir apa tu?"

Hana menoleh. Oh, dah bangun rupanya suami aku ni. "Tak ada apalah."

"Ya ka?"

"Yalah. Ada nampak muka aku ni macam pembohong ka?"

"Tak ada."

"Awal kau bangun hari ni?"

"Mestilah awal sebab semalam aku tidur nyenyak kot. Siap peluk bantal gebu aku ni lagi. Mahunya tak nyenyak," Akram memeluk Hana sambil tersengih nakal.

"Ya Allah! Gatal betullah dia ni. Dah! Lepas. Aku nak gi mandi," Hana turun dari katil.

"Nak mandi sekali..."

Ya Allah...gatalnya dia ni! Apalah salah aku dapat suami yang gatal dan galak macam ni?

"Tak payah gatal sangat ekk! Ketuk kang!"

"Aishh...tak baik pukul suami. Berdosa tau!" Akram guna kuasa vetonya.

"Dia start dah..malas aku nak layan kau!" Hana segera masuk ke dalam bilik air.

Akram mengetawakan Hana. Rasa seronok pulak dapat usik Hana. Lagi rasa seronok bila dapat tidur dengan Hana. Jadi bantal peluk malam-malam. Hahaha...Astagfirullahalazim! Akram mengucap! Jangan jadi kucing gatal sangat.

Akram menuju ke bilik mandi apabila Hana siap mandi. Sempat lagi dia mengambil kesempatan ke atas Hana dengan mencium dahi Hana. Terkejut Hana dibuatnya. Hana mengetap bibir. Geram! Suka sangat ambik kesempatan.

Hana menuju ke arah katil yang berselerak. Maklumlah tidur macam king kong. Bantal yang jatuh di atas lantai di ambil. Siap mengemaskan semuanya, Hana berpaling hendak keluar.

Astaghfirullahalazim! Hana mengucap panjang. Nasib baik tak tercabut jatung ni. Yalah tiba-tiba ja Akram terpacak di belakangnya dengan tak berbaju. Bila dia habis mandi? Tak dengar dia buka pintu bilik mandi pun. Dah tu dok senyum-senyum pulak tu. Mesti ada apa-apa ni.

"Boleh tak kalau lain kali jangan terpacak belakang aku macam ni? Buat orang terkejut ja!" marah Hana. Geram betul dia dengan sifat Akram yang satu tu. Suka buat orang terkejut.

"Sorry...dah aku tengok kau tu khusyuk sangat kemas katil sampai aku terpacak dekat sini pun kau tak nampak. Kalau aku kejutkan, kang kau terloncat macam beruk pulak!" selamba Akram kata Hana beruk.

Kurang asam jawa bin ekstra betullah dia ni! Dia kata aku beruk? Hari tu king kong. Suami aku ni memang kepo betullah!

"Amboi sedapnya kata kat oqang! Masa kat NY dulu kata kat oqang gorila. Hari ni beruk pulak?" Hana mencekak pinggang. Gaya ibunya kalau marah.

"Janganlah marah. Sorry..." kata Akram sambil tangannya mengelus lembut pipi Hana.

Hana menepis tangan Akram. Tak suka Akram mengusap pipinya. Hana meluru ke arah kalendar. Alamak! Birthday ibu minggu depan! Aduh, aku dahlah tak beli hadiah lagi.

"Kenapa?" tanya Akram bila Hana seperti gelisah apabila melihat kalendar tersebut.

"Emm...tak dak apa-apa. Cuma baru teringat birthday ibu minggu depan. Tak beli hadiah lagi dekat ibu."

"Hari apa?"

"Hari Khamis..."

Nampaknya aku tak dak flight Khamis ni...hmm...boleh balik rumah ibu dan abah Hana. Dalam kepalanya sudah merencana rancangan nak menyusahkan Hana nanti.

"Kalau macam tu, kau bersiap sekarang. Kita pergi beli hadiah untuk ibu."

"Serius?"

"Tak serius."

"Ok...aku faham."

"NAK beli apa dekat ibu?" tanya Akram apabila mereka sudah masuk ke dalam bangunan pusat membeli belah Pavilion.

"Tak tahulah....kalau beli handbag, ibu ada banyak dah dekat rumah. Abang Hafiz selalu beli."

"Kalau macam tu jom!" Akram membawa Hana ke kedai Poh Kong.

"Akram...mahallah! Tak payahlah..."

"Tak apa. Kali ni je kita beli. Anggap ja ni tanda terima kasih aku kepada ibu kau sebab dia izin aku kahwin dengan anak dia ni," kata Akram sambil mencuit pipi Hana.

"Banyak arr..."

"Mrs Chee, bagi itu gelang emas..." ujar Akram sambil menunjuk ke arah gelang emas yang dimaksudkan. Mrs Chee menyerahkan gelang tersebut kepada Akram.

"Elok tak?" Akram meminta pendapat Hana.

"Cantik. Tapi harga dia lagi cantik," hampir pengsan Hana melihat angka nombor tersebut. Semuanya ada lima angka.

"Jangan risaulah. Aku yang bayar semuanya. So, macam mana? Gelang ni or nak yang lain?" manalah tahu Hana tak suka dengan pilihannya.

"Up to you."

"Oklah kalau macam tu. Mrs Chee...saya mau yang ini ya..." Akram menyerahkan kembali gelang tersebut.

"Tunggu ya..."

Tak lama kemudian, Mrs Chee datang dengan beg kertas yang berisi dengan gelang yang dipilih Akram. Selepas membayar harga gelang tersebut, Hana dan Akram segera beredar keluar dari Pavilion.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience