BAB 43

Romance Completed 254393

Hana berjalan di pusat beli belah. Saja nak hilangkan bosan. Memandangkan dah setahun usia perkahwinan dia dengan Akram dan kebetulan jugak esok hari jadi Akram yang ke dua puluh tujuh tahun, dia nak beli hadiah untuk Akram. Lagipun dia tak pernah belikan Akram hadiah. Maklumlah Akram kan lahir bulan satu. Masuk tahun baru, tunggu beberapa hari ja, dia dah cukup umur. Ibu dan abah dia pun datang untuk meraikan ulang tahun Akram.

Decoration sempatlah buat sebelum Akram balik.Kemungkinan besar Akram sampai malam dan sukarelawan yang jadi driver Akram adalah Hana. Sebenarnya dia tak tahu nak beli apa untuk Akram. Tapi kata umi, Akram ni gemar mengumpul jam tangan. Agak-agaknya kalau aku beli dekat dia jam tangan jenama Ice Watch, dia nak tak?

Kebanyakan Akram mengumpul jam jenama G-Shock. La ni jam jenama tu orang tak berapa nak layan. Apa kata aku beli jam jenama pelbagai jenis? Eh, ada ke jam jenama pelbagai jenis? Apa-apalah...pilihlah jam jenama apa pun. Janji jam jenama G-Shock.

Hana menuju ke kedai jam tangan. Ada jenama Casio, Ice Watch, Quartz, Led Watch dan macam-macamlah. Hana tumpu kepada jam tangan jenama G-Shock. Cantik yang ni...besar dan colour putih. Tapi Akram nak ke warna putih? Matanya tertumpu pulak kepada jam tangan G-Shock berwarna kuning dan ungu. Ambil warna ungu jelah. Besar dan elok.

Selepas memebayar harga jam tangan tersebut, Hana keluar dari kedai jam dan kembali pada misinya untuk jelajah satu mall. Tengok pi lah apa yang menarik.

Elok dok tengok kedai-kedai yang menjual pakaian, tubuhnya dilanggar oleh seseorang. Wanita tersebut dah landing elok di atas lantai. Hana membantu mengutip beg shoppingnya yang dah berterabur atas lantai.

Sheila? Terkejut Hana apabila wanita tersebut ialah Sheila. Dahlah dia elok dok usya aku banyak punya padat. Tapi matanya tiba-tiba tertumpu pada perut Sheila yang sedikit besar itu?

Minah ni boroi ke? Perut dia besar semacam. Isy! Tak baik Hana kata kat orang.

Hana ingin berlalu tetapi dihalang oleh Sheila. Nampaknya Sheila macam nak katakan sesuatu dekat dia.

"Mana laki kau?!" soal Sheila kasar.

Amboi minah ni! Main sergah nampak! Main kasor...tapi apa kena mengena dengan Akram? "kenapa cari Akram?"

"Sebab dia dah buat aku pregnant!" ujar Sheila. Kali ini mesti rancangan aku berjaya. Fikir Sheila.

Alahai, bodohnya kau Sheila! Kau hasutlah aku macam mana pun, aku takkan percaya kau! Hana tersenyum sinis.

"Suami saya buat awak pregnant?"

"Yelah! Kau ingat suami kau tu baik sangat ke?"

"Suami saya yang pregnantkan awak atau Zeck yang pregnantkan awak?" soal Hana sinis. Berapa kali dia dah terserempak Sheila dengan Zeck bermesraan.

Sheila terdiam. Macam mana dia tahu? Dan kenapa dia langsung tak tunjuk riak terkejut? "Apa kau merepek ni? Memang suami kau buat aku jadi macam ni!" sedaya upaya Sheila cuba meyakinkan Hana.

Hana tersenyum senget plus tawar. Kau nak gula-gulakan aku ya? Ingat aku bodoh? Memang salah timinglah minah ni.

"Kenapa baru sekarang awak nak pregnant? Kenapa bukan dari dulu sebelum saya kahwin dengan Akram? Kan dulu awak mesra sangat dengan Akram?"

Ikut suka hati dia je nak cilok suami aku! Dah tu tuduh Akram pulak yang buat dia mengandung! Memang nak kena penerajang betullah minah ni. Tak pun aku campak dia dalam masjid. Biar dia sedar sikit. Kasi taubat.

"Aku nak kata kau ni tak cantik, kau ni cantik Sheila. Tapi perangai kau je yang tak berapa nak cantik! Kau nak gulakan aku dengan coklat mentos kau tu ke? Kau ingat aku bodoh dan percaya bulat-bulat apa yang kau cakap?" tiada lagi panggilan 'awak' keluar dari mulut Hana.

"Apa maksud kau?" Sheila pura-pura tidak faham.

"Ini maksud aku..." Hana menunjuk gambar mesra Sheila dengan Zeck di sebuah bilik hotel.

"Kau..."

"Eh, Puan Hana..." ujar Jed. Sejak tadi dia dengan konco-konco dia ekori Hana. Arahan dari tuan besar. Takut jadi apa-apa terhadap isteri kesayangan.

"Cik Sheila pun ada dekat sini? Kebetulannya...Ajis, bagi beg sandang aku..." Ajis menyerahkan beg sandang kepada Jed. Dia mengeluarkan laptop dan telefon bimbit milik Sheila lalu diserahkan kepada Sheila.

"Mana kau dapat? mesti Sheila rasa pelik nila laptop dan telefon bimbitnya boleh ada dekat Jed.

"Daripada Akram. Kalau kau nak tahu, mereka semua ni sebenarnya konco-konco Akram. Kau tersalah pilih orang upahan mem!" ujar Hana sinis.

"What? How dare you Jed!" Sheila memarahi Jed. Maruahnya rasa tercabar.

"Kenapa kau nak marah aku Sheila? Kau tu je bodoh sebab pilih aku tanpa selidik dulu," balas Jed pula.

"Dan password laptop and handphone kau tu Sheila jijik!" sambung Jed.

"What you say? You change my password?"

"Why?" soal Hana pula.

Sheila mendengus. "You all wait for my revenge!" Sheila segera beredar dengan perasaan geram dan dendam yang membara.

Kau tengok perempuan! Kalau aku tal dapat Akram, kau pun tak boleh dapat. Aku kena hapuskan kau perempuan!

Hana tersenyum melihat perilaku Sheila. Perempuan macam ni pun ada? Loco(gila). Tapi kalau mata dia tak silap hari tu, dia ternampak Zeck masuk masjid di Masjid Negara. Kebetulan masa tu dia ada ada sekali di masjid tersebut. Nampak gaya macam Zeck dah bertaubat. Kalau betul, Alhamdulillah...mungkin Zeck dah dapat petunjuk daripada Allah supaya kembali ke jalan yang benar.

Sheila? Minah tu aku tak tahu bila boleh berubah. Nampak gaya macam tak je. Siap nak rebut suami orang lagi. Tapi apa pun aku akan sentiasa doa agar Sheila kembali ke jalan yang benar.

"Puan Hana buat apa dekat sini?" soal Jed selepas lama mereka mendiamkan diri.

"Beli hadiah untuk abang Akram sempena birthday dia esok. Jed dan yang lain-lain pula buat apa dekat sini?"

"Jadi spy. Arahan dari bos besar...tak nak terjadi apa-apa dekat isteri dia ni..." ujar Jed.

Hailah Akram ni. Takkan tak percaya yang aku ni boleh jaga diri aku sendiri? Hesy! Suka sangat nak kongkong aku!

"Ok...memandangkan dah jumpa Jed dengan yang lain-lain ni, apa kata singgah dulu dekat rumah umi dan walid abang Akram? Boleh tolong bantu siapkan decoration dalam rumah sekali..."

"Boleh je..."

"ASSALAMUALAIKUM!" Hana memberi salam ketika masuk ke dalam rumah. Jed dan konco-konconya turut memberi salam.

Jed dengan konco-konconya duduk di ruang tamu. Melihat belon-belon dan banner yang duduk di atas lantai. Mesti meriah sambutan birthday bos esok. Isteri baik, keluarga yang baik....memang melengkapi hidup bos!

"Jed?" sapa ku Masyitah.

"Aunty Ita...apa khabar?" Jed bangun lalu menyalami Ku Masyitah.

Ku Masyitah sudah dia anggap seperti ibunya sendiri. Ku Masyitah selalu layan dia dan yang lain seperti anak sendiri.

"Wah, semakin hensem anak aunty ni..." ujar Ku Masyitah. Walaupun Jed bukan anaknya yang betul, dia dah anggap Jed ni seperti anak sendiri.

"Mana ada aunty ni. Bisa jelah...lainlah Ajis dan Man...dah bertambah hensem dan dah ada peminat....bob stay macam tulah..." sengaja Jed menyakat kawan-kawannya.

"Amboi kau Jed! Sedapnya mengata orang! Kalau aunty nak tahu, dia ada ramai peminat dekat luar tu, cuma Jed si Jed ni je jual mahal..." sindir Ajis. Yang lain sudah ketawa.

"Janganlah jual mahal sangat Jed. Muka dah hensem macam Aaron Aziz. Rugilah kalau jual mahal. Nanti tak laku..." sampuk Hana tiba-tiba.

"Amboi Puan Hana. Lebih tu!" Jed mula tidak puas hati apabila tiada sorang pun back up dia malah bantai gelak lagi adalah.

"Hehehe...jomlah decor sekarang!"

Hana mencapai belon-belon yang sudah ditiup dan juga banner. Dia perlu siapkan semuanya sebelum esok. Yalah, esokkan Akram dah nak balik. Mahunya dia sampai esok pagi, tak ka kantoi nanti?

Selepas menggantung belon, Jed menyambut huluran banner yang diserahkan oleh Hana. Ajis, Man dan Bob turut membantu.

"Assalamualaikum!" Ziqah memberi salam semasa masuk ke dalam rumah.

"Waalaikumussalam!" jawab mereka semua serentak.

Eh! Tu bukan ke Jed, Ajis, Man dan Bob? Patutlah ada kereta parkir elok deoan pintu pagar rumah. Tadi dia keluar pergi beli kek untuk abangnya. Belilah jugak makanan dan minuman ringan. Dia tak sangka pulak kereta depan tu milik Jed.

"Dah beli?" tanya Ku Masyitah.

"Dah...Ziqahpi simpan dulu erkk?" Ziqah segera menuju ke dapur.

"Yeay! Dah siap!" Hana berasa pua melihat decorationnya. Akhirnya siap jugak. NAsib baik ada Jed, Ajis, Man dan Bob yang sudi nak tolongnya.

"Jom makan dulu!" Ziqah menghidangkan kuetiau goreng yang digoreng oleh bibik Rini.

"Jed, kau makin hensem!" puji Ziqah.

"Hesy! Mana ada! Ziqah tu yang makin cantik. Dulu comot je..." Jed mengusik Ziqah.

Kalau nak tahu walaupun Jed ni bekerja sebagai spy kepada Akram, tapi dia bukan sengkek tau. Dia anak orang berada sebenarnya. Tapi tak taulah apa alasan Jed untuk jadi spy.

"Eleh! Main puji-puji pulak. Ziqah, kalau Ziqah nak tahu sebenarnya Jed ni kan..." belum sempat ayat Ajis habis, Jed segera menekup mulut Ajis daripada menghabiskan ayatnya. Jed hanya tersenyum.

"Sebenarnya Jed ni suka kat Ziqah..." tiba-tiba ayat itu keluar dari mulut Bob. Jed menjegil ke arah Bob. Bob hanya tersengih. Mengaku kesilapannya.

"Bob!" Jed membulatkan matanya.

"Kantoi!" ujar Hana sambil tersengih nakal.

Jed menggaru kepalanya yang tidak gatal. Alahai! Dah kantoi. Rasa malulah pulak. Aduhai...Bob ni pun cakap lepas ikut dan dia ja. Bob ni memang nak kenalah.

Ziqah hanya tersenyum malu. Betul ke Jed suka kat aku? Macam tak percaya je...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience