BAB 44

Romance Completed 254393

Hana segera keluar dari rumah apabila Akram menelefonnya supaya mengambil dirinya di airport. Hana apa lagi, senyum sampai ke telingalah. Tak sabar nak buat kejutan.

Sebelum itu, dia dah call kawan-kawan dia dan Akram termasuk ibu dan abah, abang Hafiz datang ke rumah umi dan walid Akram di Kajang. Biar kasi meriah punya.

Selepas memakir keretnya, Hana menuju ke balai ketibaan. Akram ketika itu sudah menunggu dirinya. Dia menghampiri Akram.

"Asslaamulaikum!"

Akram menoleh apabila ada suara menegurnya. "Waalaikumussalam..."

Hana mencium tangan Akram. Tak sabar rasanya nak surprisekan Akram. Dari segi gaya Akram, macam tak ingat je hari ni hari lahir dia.

"Jomlah balik. Abang mesti lapar kan?"

"Bolehlah..."

Mereka segera keluar dari airport dan menuju ke arah kereta.

KETIKA masuk ke dalam rumah, suasana rumah mewah itu hanya kelam dan sunyi sepi. Kenapa pulak ni? Bekalan elektrik terputus ke? Selalunya tak pernah terjadi bekalan elektrik terputus.

"Sayang..." Akram menoleh ke belakang tetapi Hana tiada di belakangnya. Ke mana pulak isteri aku ni? Tadi ada, sekarang tak ada. Takkan isteri aku ni...aish seram pulak.

"Sayang! Sayang dekat mana?" mata Akram melilau mencari kelibat isterinya. Dahlah gelap.

Tiba-tiba lampu rumah terbuka. Serentak itu juga dia terdengar jeritan surprise di ruang tamu. Akram memandang sekeliling rumah. Macam manalah aku tak ingat hari ni hari jadi aku? Nampak sangat aku dah tua. Ibu dan abah serta abang Hafiz pun ada. Jed, Ajis, Man dan Bob pun ada. Akmal, Arif, Izudin, Muiz, Ikmal dan rakan-rakan sekapal dengannya pun ada. Alahai, terharunya. Ini semua mesti idea Hana.

Akram memotong kek yang dibawa oleh Hana. Kek tersebut diagihkan kepada seorang demi seorang. Baru Akram perasan yang walidnya tidak ada sekali dalam majlis mereka ini. Setahu dia, tadi dia nampak walid dah balik dulu sebelum dia call Hana. Ke mana pulak walid ni? Tertoleh-toleh dia mencari walidnya.

"Walid ada dekat sini..." ujar Tunku Amran tiba-tiba. Dia turun dari tangga lalu menuju ke ruang tamu.

"Ingatkan walid tak balik lagi..." Tunku Amran duduk di sebelah anaknya.

"Nanti lepas habis makan, pergi ke bilik walid..." Akram menjongket keningnya mendengar arahan walidnya.

"Buat apa?"

"Adalah...nanti pergi bilik walid. Dah, jom makan," ujar Tunku Amran selamba sambil menepuk-nepuk bahu anaknya.

Selepas makan, Akram mengajak Hana menuju ke bilik walidnya.

Akram terpaku melihat hadiah yang dibeli oleh walid. Permainan muzik yang digemarinya sejak zaman sekolah menengah lagi. Tak sangka walid akan beli untuknya.

"Ambillah..." Akram menuju ke arah guitar yang terletak elok di atas katil.

"Terima kasih walid..." ucap Akram teruja. Bukan dia tak ada duit nak beli sendiri tapi setiap kali dia nak beli, mesti dia akan terlupa. Pelik tak?

"Lah...abang Akram suka main gitar ke walid?" geli pulak hati Hana melihat wajah excited suaminya bila dapat hadiah gitar tersebut.

"Dia suka dari zaman sekolah menengah lagi. Cuma masa tu walid saja buat-buat tak endah dengan si Akram ni untuk belikan dia gitar. Sampai merajuk dibuatnya. Tahu tak dulu kalau Akram ni merajuk, dia pergi dapur dan makan sampai berpinggan-pinggan. Macam tak makan setahun. Nasib baik badan mantain lagi," Tunku Amran membuka cerita lama.

"Alah...walid ni. Kenapa pergi cerita dekat Hana? Buat malu jelah..." Akram mula mencebik. Tayang muka dua puluh sen.

"Biarlah...bukan salah pun. Takpa, nanti kalau abang merajuk, Hana akan masak banyak-banyak untuk abang," Hana menyindir Akram.

"Perlilah tu..."

"Tak perli, hanya menyindir..." Hana menjelir lidahnya.

Tunku Amran hanya perhati gelagat anak dan menantunya. Syukur keluarga dia sekarang dah kembali ceria macam dulu. Hanya satu kesilapan daripada anaknya, semuanya menjadi huru-hara dengan kehilangan Hana.

"Dah, pergi main dalam bilik kamu tu. Main sekali dengan isteri kamu..." ada unsur halau tu.

"Sampai hati walid halau Akram..." konon nak merajuklah tu.

"Bukan halau tapi dipersilakan keluar," Tunku Amran menyakat anaknya lagi. Akram membuat muka merajuknya. Hodoh gila!

Hana ketawa melihat memek muka suaminya yang seperti cekodok salah adunan. Tak tahan kot tengok muka merajuk Akram tu.

Akram mengetap bibirnya apabila Hana ketawakan dirinya. "Nak gelak erkk? Mai sini abang kasi gelak puas-puas punya!"

Hana awal-awal lagi dah beredar bila mendengar amaran suaminya. Akram mengejar Hana. Namun, dia tak smepat menangkap Hana apabila Hana terlebih dahulu masuk bilik lalu menutup pintu dan segera mengunci pintu.

"Nur Hana Adriana! Bukak pintu ni!" Akram mengetuk pintu.

"Tak nak!" Hana melawan.

"I said open this door!"

"Tak akan!" Hana ketawa di balik pintu.

Hana menoleh ke belakang. Ternampak kotak jam tangan yang dibeli untuk Akram. Hmm...bikin surpriselah. Dia mencapai kotak jam tangan tersebut lalu kembali ke hadapan pintu. Dia membuka pintu.

Baru je nak terkam, perbuatannya terhenti apabila Hana berdiri di hadapannya dengan memegang sebuah kotak. Kotak apa pun dia tak tahu. Tapi, adalah jugak rasa nak tahu apa yang ada dalam kotak tu.

"Happy birthday abang. Sayang doakan supaya abang panjang unur dan sentiasa murah rezeki..." ucap Hana tulus. Sekali dengan pakej senyuman.

Akram tersenyum bangga. Dapat hadiah daripad aisteri tercinta wooo!! Bahagia gila. Tapi apa hadiah yang Hana nak bagi tu?

Hana menyerahkan kotak jam tangan tersebut. "Bukalah...tak mahal pun. Tak mampu..."

Akram membuka kotak tersbeut. "Jam?"

"Sayang tak tahu nak beli apa dekat abang. Jadi, sayang beli jelah jam tangan memandangkan abang suka kumpul jam tangan jenama G-Shock ni. Jadi, Hana belilah jam tangan jenama sama dengan jam tangan abang yang lain tu," jelas Hana.

"Thanks sayang..."

"Abang suka tak?"

"Abang suka sayang. Ungu warna kegemaran abang tau. I'm appreciate it a lot!"

Lega Hana apabila Akram suka jam tangan yang dipilihnya. Tak sangka pulak dia yang Akram suka warna ungu.

"KURANG ajar punya perempuan! Kurang ajar punya Jed! Korang tunggu pembalasan aku! AKu buat hidup korang kucar kacir!" jerit Sheila. Macam orang gila gayanya!

Mereka padam semua gambar tu! Memang tak guna betullah! Jahanam habis semua plan aku! Padanlah dengan kau jugak Sheila! Siapa suruh kau tak selidik dulu si Jed dengan konco-konco dia tu? At last, kau sendiri jugak yang terkena.

Yang si Zeck ni pun pergi mana? Dari tahun lepas aku tak nampak dia! Pandai buat, pandai lari! Takkan aku nak kena jaga budak ni sorang-sorang? Huh! Si Zeck ni pun tak guna! Habis dia guna aki, terus lesap macam tu je. Pergi mana pun entah.

Habis sekarang macam mana ni? Plan gagal, Zeck lari. Masalah lagi satu timbul bila aku mengandungkan budak ni pulak. Beban betullah! Apa yang pasti dendam aku pada Jed dengan perempuan tu masih ada.

Sekarang ni aku bagi kau kebebasan perempuan. Lepas tu, aku tak akan bagi kau kebebasan lagi. Lepas aku lahirkan budak ni, aku akan pastikan kau lenyap dari dunia ni! Sheila bertekad dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience