BAB 49

Romance Completed 254393

Beberapa bulan kemudian...

"Sayang boleh ke kerja ke ni? Abang risaulah..." suara Akram risau. Mananya tak risau. Dengan kandungan isteri yang makin besar itu. Manalah tahu jadi sesuatu ke. Sekarang macam-macam boleh terjadi. Suruh mintak cuti, tak nak. Degil!

"Sayang bolehlah...pandai-pandailah sayang take care diri sendiri. Abang janganlah risau. Sayang ok. Abang tu, jaga kesihatan, makan minum. Abang kan flight hari ni..." Hana menyedapkan hati suaminya. Tak naklah terlalu risau sangat macam tu.

"Betul ke sayang ok?" Akram inginkan kepastian. Rasa risaunya masih ada walaupun Hana dah cakap boleh jaga diri sendiri.

"Betul...dahlah. Abang tak payah risau sangat. I'll be okay. Don't you worry about me. Just take care yourself bila ada di Hong Kong. Kalau abang risau sangat, apa kata abang call aje sayang hari-hari. Bolehlah hilang rasa risau tu..." Hana menggayut tangannya di leher Akram. Manjalah sikit.

Akram memeluk erat pinggang yang semakin lebar itu. "Oklah kalau macam tu. Sayang take care diri tu ok. Jangan buat kerja berat! Selalunya kalau orang larang, yang tulah dia nak buat!"

Hana tertawa kecil mendengar arahan suaminya. "Baik bos! Kuli akan ikut cakap bos. Kuli tak akan buat kerja berat. I promise."

Tersenyum Akram mendengar gurauan isterinya. Kuli? Haih...macam-macam!

"Oklah...sayang berangkat dulu. Nanti lambat pulak sampai. Abang take care ok? Bye...assalamualaikum..."

Hana menyalami Akram lalu mencapai beg tangannya dan segera beredar.

"Waalaikumussalam..."

AKRAM masuk ke dalam lapangan terbang. Ketika dia berjalan masuk, dirinya telah disapa oleh seseorang. Akram menoleh. Lebar senyumannya apabila melihat Zeck sedang berdiri di sebelahnya.

"Welcome back!" Akram dan Zeck bersalaman.

"Thank you. Kau fly ke mana?" soal Zeck yang segak dengan dengan baju seragam khas pilot.

"Hong Kong. Kau?"

"Samalah...nanti kita boleh berborak dekat sana...lepak..."

"Sure. Why not?"

"Jomlah masuk...check in apa dulu..."

Selepas selesai buat apa yang patut...mereka masuk ke dalam balai perlepasan. Get ready to fly. Zeck berasa seronok bila dapat bekerja kembali dengan kawan-kawannya. Terutamanya Akram. Dulu kerap juga mereka satu flight tapi semuanya itu makin berkurang apabila dia asyik berfoya-foya dan sering datang lewat. Akhirnya, dia dibuang kerja.

Perjalanan yang mengambil masa anatara dua hingga tiga jam itu akhirnya sampai juga ke destinasi yang dituju. Tubuh badan yang terasa penat membawa mereka ke hotel untuk berehat.

Dalam bilik, Zeck termenung memikirkan nasibnya. Dari zaman silamnya hinggalah sekarang. Kalau nak ikutkan, ajaran yang mama dan papa berikan dah cukup. Tapi itulah, dia bolehh jugak tersasar sampai macam tu sekali.

Apa khabar mama dan papa sekarang ni? Sihat ke tak? Sejak dia keluar dri rumah tu, kakinya dah tak jejak ke situ lagi. Apa mama dan papa still boleh terima dia?

Ya Allah...aku baru sahaja hendak berubah ke arah kebaikan tapi kenapa aku diberi ujian sebegini?

Zeck...kau jangan mengeluh dengan ujian Allah. Kau harus terima semua ini dengan hati terbuka dan redha. Allah turunkan ujian kepada seseorang kerana dia sayang.

Fikirannya terhenti apabila pintu bilik hotelnya diketuk. Zeck membuka pintu. "Akram?"

"Zeck, jom keluar makan. Aku laparlah..."

"kebetulan jugak aku lapar. Kau tunggu kejap. Aku pergi tukar baju kejap."

"Take your time..."

RASA penat satu badan menyebabkan Hana tersandar di kerusinya. Banyak betul pesakit hari ini. Dengan dirinya mengandung lagi. Memang rasa macam tak rehat langsung. Kalau dia rehat pun, ada doktor yang menggantikan tempatnya. Nasiblah...dia yang nak sangat jadi doktor. Macam inilah rasanya. Penat. Lagipun syif dia dah habis. Samoai pukul sepuluh je. Kira untunglah tu. Lainlah kalau ada pesakit lagi yang nak kena berubat...memang syif tu akan lari punyalah. Daripada sepuluh, jadi dua pagi!

Siap mengemas apa yang patut, Hana bangun ingin keluar dari biliknya. Lagi lima minit syif dia habis. Buat apa nak tunggu kan? Blah jelah.

"Hana dah nak balik ke?" sapa Doktor Rifa. Doktor peribadi keluarga Zeck.

"Ya. Kenapa? Doktor nak jumpa saya ke?" soal Hana lembut. Manalah tahu ada masalah.

"Oh, tak ada. Kebetulan pun saya nak balik. Sebab tulah saya tanya Hana..."

"Oh, ingatkan ada hal apalah tadi."

"Macam mana baby? Sihat? Dah buat check up?" tanya Doktor Rifa.

"Check up tu dah. Alhamdulillah...baby sihat aje doktor..."

"Lagi berapa bulan lagi ni?"

"Lagi tiga bulan aje lagi doktor. Rasa gementarlah pulak," Hana mengusap perutnya yang besar itu. Macam bola.

"Memanglah. Perasaan gementar dan gemuruh tu memang ada. Jangan risau...bila Hana nak bersalin, biar akak yang jadi bidan Hana!" seloroh Doktor Rifa.

"Betul ke kak? Boleh ke?"

"Yelah...akak kan kerja bahagian nursery jugak."

"Oh ya...lupalah pulak."

"Eh Hana. Ralit bersembang pulak sampai tersadai dekat sini. Akak balik dulu. Hana jaga diri baik-baik. Bawa kereta tu elok-elok," pesan Doktor Rifa.

"Insya-Allah akak. Thanks..."

Ketika Hana sedang memandu, telefon bimbitnya berbunyi. Dia segera menjawab panggilan tersebut.

"Asslamualaikum!"

"Waalaikumussalam...sayang dah makan ke belum? Sayang dekat mana sekarang ni? Tengah buat apa sekarang ni?" Akram menyoal Hana straight to the point.

"Amboi! Banyaknya soalan! Nak jawab yang mana satu pun tak tau. Soalan pertama, sayang dah makan ke belum? Ok, sayang dah makan. Soalan kedua, sayang dekat mana? Sekarang sayang drive on the way balik ke rumah. Soalan last sekali, sayang tengah buat apa sekarang ni? Sayang tengah drive keretalah..." jawab Hana polos.

"Panjangnya jawapan. Sana pukul berapa sekarang?"

"It's about ten o' clock. Syif sayang dah habis. Syif sayang kan sampai malam."

"Oh, abang dekat sini pun pukul sepuluh malam. well, sama waktu dengan Malaysia. By the way, take care yourself and make sure don't do thing that can harm you and our baby ok?"

"Yes big boss! Your wish is my command sir..." Hana tersenyum di talian.

"Good girl. Ok, I have to go now. Nak balik hotel. Bye, assalamualaikum..."

"Waalaikumussalam.."

"AMBOI! Awalnya call isteri? Rindu sangat ke?" tanya Zeck sambil tersenyum meleret.

"Gila kau tak rindu? Hish...aku bukan apa. Aku just risau dengan keadaan isteri aku yang berbadan dua sekarang ni."

"Alah, kau doa jelah keselamatan isteri kau tu. Insya-Allah, Allah akan lindungi isteri kau walau di mana jua dia berada."

"Thanks bro. Well, macam mana kau sekarang? Sheila...? Penerimaan family kau?" tiba-tiba muncul soalan itu di benak fikiran Akram.

"I don't know what to say. About Sheila...about my family...huh... I'm really deadlock now. Lagipun aku dah keluar dari rumah tu..."

"Keluar? Jadi sekarang kau tinggal di mana?"

"Aku tinggal dekat kondo akulah. Bukan aku je yang keluar dari rumah tu, adik aku pun ikut sekali keluar. Tinggal dengan aku sekarang ni."

Mak aii...hebatnya cerita kisah hidup mereka ni. Dua beradik keluar dari rumah serentak. Macam perit je bunyinya.

"Kenapa kau keluar dari rumah tu?"

"Yalah, aku terasa gila dengan apa yang mama aku cakap. Seolah-olah dia dah macam halau aku keluar dari rumah tu. Aku boleh balik ke rumah tu bila Sheila dah berubah selepas aku dah kahwin dengan dia."

"Sabarlah...ini semua ujian daripada Allah. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ni..." Akram menepuk bahu Zeck. "Berapa bulan kandungan Sheila sekarang ni?"

"Rasanya dah masuk sembilan bulan. Tunggu time je sekarang ni."

"Tunggu masa untuk give birth. Well, you will be a daddy soon..."

"It's true. Tapi aku na buat macam mana sekarang ni? Buatnya Sheila pi letak dekat rumah anak yatim selepas dia bersalin macam mana? Aku betul-betul nak bertanggungjawab atas anak aku tu."

"Apa pun...kau kena tunggu sampai Sheila bersalin. After that, you must do something..."

"Ok, I will try my best..."

SHEILA merenung kereta yang berada di sebelah keretanya. Dendam yang tak akan terpadam sampai bila-bila. Benci tetap benci. Dendam tetap dendam. Untuk jugak cermin keretanya gelap. Boleh dia perhati perempuan tersebut tanpa disedari.

Tak apa perempuan. Sekarang aku bagi kau chance untuk bahagia dengan Akram tapi, bila budak ni dah lahir, kau tunggu ajal kau datang. Aku akan lenyap terus kau dari dunia ni. Lenayp terus!! Akram hak aku! Akram milik aku!!

Sheila memandu keretanya dengan penuh rasa dendam dan benci. Memang dia tak sabar-sabar hendak hapuskan Hana dari dunia ni. Walaupun keja tapi, ada dia kisah? Tak kisah langsung! Janji Akram jadi miliknya.

What about Zeck? Doesn't care anymore about him. Just let him be. Buat Mc Don't know sudah. Lantaklah nak jadi apa pun walaupun dalam perut ni anak dia sebenarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience