BAB 54

Romance Completed 254393

Selepas beberapa waktu....

Mereka berkumpul di rumah Akram. Meraikan hari lahir anak Akram dan Hana yang ketiga tahun yang bernama Tunku Daniel Irfan manakala anak Zeck dan Sheila pula, Aisya Afiqah kini berusia empat tahun. Meriah sambutan kali ini. Sheila sudah berbaik dengan Hana.

Lima bulan yang lepas, Sheila datang sendiri jumpa dengan Hana dan meminta maaf atas segala sikapnya terhadap Hana dan Akram. Terharu Sheila apabila Hana dan Akram sudi memaafkan dia.

Kini, dia hidup bahagia bersama Zeck serta anak yang dikandungnya yang kini berusia lapan bulan. Alhamdulillah...akhirnya dia dapat hidayah Allah untuk berubah dan menuju ke jalan yang benar.

Hana pun sekarang berbadan dua dan juga kandungannya berusia lapan bulan. Tengoklah bersalin sama bulan ke tak. Zizie dan Adham pula dikurniakan cahaya mata kembar seorang lelaki dan seorang perempuan iaitu Tunku Haziq Idham dan Tunku Erisya Safina yang kini berusia setahun. Tak sangka yang Zizie dan Adham akan mendapat anak kembar. Comel-comel pulak tu.

Hana dan Sheila bagaikan adik beradik kerana mereka terlalu rapat. Kalau Sheila nak kemana-mana, mesti ada Hana.

Yang Hana tertunggu -tunggu sekarang ni ialah abangnya. Ibu dan abahnya dah datang tapi tinggal abangnya saja. Tinggal abang dia saja yang tak kahwin-kahwin lagi walaupun usianya dah meningkat tiga puluh tahun.

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumussalam..."

Hana tersenyum apabila wajah yang ditunggunya tiba juga. Tapi orang yang di sebelah tu macam kenal je. Tu bukan ke Syi...

"Abang! Ingatkan abang tak datang!" Hana melihat orang yang berada di sebelah abangnya.

"Gila abang tak datang? Mestilah abang datang nak main dengan anak buah abang ni..."

"Hai...abang dengan Syira ni ada apa-apa ke?" serkap Hana. Dia dah tersenyum manis. Ok jugak kalau Syira jadi kakak iparnya.

Syira pula dah tersenyum malu. Hek eleh...nak malu-malu pulak.

"Dengar sini semua...saya ada nak umumkan sesuatu. Inilah Syira Afifa...bakal isteri saya merangkap bakal menantu kepada ibu dan abah!"

Semua pakat tersenyum. Syira pula tertunduk malu. Duh! Pengumuman besar tu!

"Tahniah Hafiz!!" jerit Zizie.

"Hah! Pandai jugak abang pilihkan? Bagus! Orangnya cantik! Yang penting, orangnya baik hati. Oklah, lepas ni nak jadi menantu Haji Zainudin dan Hajah Aisyah. Syira...pandai hang qebaih(kebas) abang aku noh..."

Syira mencubit lengan Hana. "tak matang betullah dia ni! Dari dulu sampai la!"

"Hehehe...lawak je tadi. Ibu...abah...on! Bagi lampu hijau terus lah!" jerit Hana.

Ibu dan abah Hana mengangkat ibu jari tanda lampu hijau untuk menjadi menantu mereka.

Akhirnya...kehidupan Hana serba lengkap. Dengan kehadiran seorang lagi anak. Dan juga abangnya yang akan menamatkan zaman bujangnya. Hana bahagia. Bahagia mempunyai keluarga yang bahagia, kawan baik, mertua yang baik dan adik ipa yang baik.

Cerita pasal Haziqah...emm...sekarang ni dia dah mengikat pertunangan dengan Jed. Kahwin bulan depan. Tak sangka Haziqah yang berperangai budak-budak tu akhirnya akan berkahwin dengan Jed atau nama sebenarnya Zahid Akmal.

Harap kebahagiaan kami semua akan berkekalan hingga akhir hayat.

Amin...

~Tamat~

Share this novel

Ila
2020-05-02 13:26:02 

lagi


NovelPlus Premium

The best ads free experience