BAB 20

Romance Completed 254393

Awal-awal lagi pintu biliknya diketuk. Sapa pulak ni? Takkan room service pulak? Aku tak mintak dia datang pun. Aku dahlah mengantuk tahap gaban ni. Semalam tak boleh tidur. Pukul dua pagi baru nak boleh terlelap.

Dalam kedaan mamai, Hana mencapai tuala menutup rambutnya. Hana membuka pintu. Tersandar dia di pintu bilik.

Akram melihat Hana pelik. Kenapa pulak dah dengan si Riana ni? Macam orang mabuk ja. Sampai tersandar dekat pintu bilik.

"Kau ni kenapa Riana?"

Dengar ja suara Akram, mata Hana segera terbuka luas. Adoyaii! Malunya! Itulah Hana. Layang sangat mengantuk kau tu! Kan dah dapat malu depan suami kau sendiri.

"Hah?! Eh, tak ada apalah. Mengantuk..." Hana hanya mampu tersengih. Malu yang lebih...

"Mandi tak lagi?" tanya Akram. Gaya Riana di depan dia ni macam tak mandi lagi.

"Belum..."

"Kalau macam tu pergi mandi. Lepas tu kita keluar makan..." arah Akram.

"Yelah...tunggu jap. Aku gi mandi," Hana menutup kembali pintu biliknya.

HANA menangkap gambar patung Statue of Liberty yang tersergam indah. Teruja gila dapat tengok patung tu secara live. Sebelum ni tengok dalam tv je...tak puas rasanya. Bila dah terhidang depan mata ni, excited gila.

Sempat juga dia menangkap gambar Akram ketika Akram sedang berdiri berlatarkan pemandangan patung tersebut. Nampak hensem.

Setelah berpuas hati mengahadap patung tersebut, mereka menaiki feri kembali untuk menuju ke Central Park.

Kagum Hana lihat pemandangan Central Park ni. Semuanya cantik dan tiada sampah.

Hana dan Akram berjalan di sekeliling Central Park. Terleka Hana dengan suasana Central Park tersebut. Bestnya! What a beautiful place.

"Riana, jom duduk dekat situ."

"Dekat padang yang luas tu? tanya Hana. Akram mengangguk.

Hana dan Akram duduk di padang yang serba luas. Banyakkan ada yang melakukan aktiviti berkelah dengan keluarga. Kemudian, Hana teringat gambar yang Zizie send kepadanya sebelum dia bertolak ke New York. Hana memandang Akram.

Akram yang perasan dirinya diperhatikan menoleh ke arah Hana. "kenapa? Ada something ke nak tanya?"

Hana tersenyum. "Nope but actually I have something to show to you. A photo..."

"What is it?"

Hana mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia membuka halaman photo. Setelah gambar yang dicari sudah jumpa, dia menyerahkan telefon bimbitnya kepada Akram. Muka Akram sudah berkerut melihat gambar tersebut.

"Mana kau dapat gambar perempuan kotor ni?"

"Dari Zizie. Sebenarnya dia dapat gambar Sheila ni sebelum kau tengking Sheila dekat Taman Metropolitan hari tu lagi..."

Opss! Terlepas cakap. Kantoilah mangkuk! Hana memarahi dirinya.

"Macam mana kau tahu aku tengking Sheila dekat Taman Metropolitan hari tu?" tanya Akram. Dia merenung ke arah Hana.

Aku nak cakap apa ni? Bantai pilah cerita kata Hana yang cerita. Kan aku ni Riana.

"Arr...aku tahu dari Hana. Yalah...aku kan tinggal sekali dengan Hana dan Zizie. So, bila depa cerita apa-apa, aku dengar jelah...."

Ya Allah...ampunkanlah dosaku kerana bohong kepada suami aku...

"Kenapa Zizie tak cakap terus dekat aku?"

"Dia takut kau tak percaya dekat dia. Yalah, sekarang kan zaman moden. Boleh edit gambar. Dia takut kau tuduh dia edit gambar Sheila pulak," Hana menceritakan segala-galanya kepada Akram.

"Dia dapat mana gambar tu?" tanya Akram ingin tahu lagi.

"Dia cakap dia dapat gambar tu dari pramugari Emelyn. Katanya Emelyn kebetulan menginap di hotel yang sama dengan Sheila selalu menginap dengan mana-mana lelaki. Kebetulan malam tu Emelyn nampak Sheila dengan seorang lelaki dalam keadaan mabuk. Lepas tu, Emelyn tangkap gambar dan terus hantar kepada Zizie," terang Hana panjang lebar.

"Dasar perempuan kotor!" marah Akram.

Nasib baiklah dia dah tahu perangai sebenar Sheila masa dia terserempak dekat Taman Metropolitan. Kalau tak, sampai hari ni dia masih buta tentang perangai sebenar Sheila. Dan disebabkan itu jugalah, dia paksa Hana kahwin dengan dia supaya Sheila tak ganggu dia lagi. I'm so sorry Hana.

"Dan disebabkan perkara tu jugak kan kau paksa Hana kahwin dengan kau?" tanya Hana lagi walaupun sebenarnya dia dah tahu. Saja-saja nak tanya.

"Yepp...rasa kesian pulak aku dekat Hana. Disebabkan Sheila, dia terpaksa kahwin dengan aku sebab aku yang paksa..."

Wah! Bangganya! Dia rasa kesian dekat aku lah weii! Happy gilerr!!

"Apa pendapat kau tentang Hana?" Akram minta pendapat tentang Hana walhal tuannya dah ada depan mata.

"She's kind...she's pretty...suka tolong orang dan banyak lagilah," eleh puji sendiri nampak! Hana oiii jangan perasan boleh tak?!

Eh tapi betul apa aku baik hati. Kalau tak, aku tak masaklah spaghetti dekat dia hari tu.

"That's right. Tapi yang tak boleh tahan mulut dia tu. Capoi sangat. Kalau mengata tu cukup pedas. Macam cabai melaka!" gumam Akram.

Amboi mamat kepo ni! Mengutuk nampak. Secara siaran langsung pulak tu! Secabai-cabai melaka nilah yang hang dok minta tolong. Tapi betul cakap dia...mulut aku ni kalau mengata orang pedas sikit.

"Apa lagi?" tanya Hana ingin tahu. Apa lagi mamat kepo ni nak mengata dekat aku?

"Apa lagi? Dia tu suka marah-marah merajuk. Tapi nampak cute!" Hana mula tersengih mendengar kata-kata Akram.

"Tapi dia ganas macam king kong!" Mati terus senyuman Hana. Dia kata aku ganas macam king kong? Memang nak kena mamat kepo ni! Kau kata aku ganas macam king kong erkk?? Kau tunggu bila balik KL nanti...aku jadi king kong sungguh.

"Lagi?" tanya Hana geram.

"Lagi? Walaupun dia ganas macam king kong tapi dia lembut jugak. Teringat masa dia jaga aku waktu aku pengsan dulu sebab migrain serang. Nampak sangat muka dia risau," kata Akram sambil tersenyum.

Hana juga turut tersenyum apabila Akram kembalikan memori tersebut. Mahu tak risau...dengan kepala Akram berdarah. Kang tak pasal-pasal aku kena tuduh menabuh Akram pulak. Tak ke naya?

Elok dok mengelamun, telefon bimbitnya berbunyi tanda ada mesej masuk. mesej dari Zizie.

Hana...memandangkan hang dah kat New York, belilah souvenirs dekat aku noh....

Amboiii! Banyak cantik! Susah sikitlah. Aku la ni dekat New York dengan Akram kot! Same flight!

Hah?! Serius? Mesti ada adegan sweet ni...

Eh...hang lupa ka? Aku nikan Riana bila flight ke mana-mana ja...

Ha arrlah...lupa pulak! Kalau nak sweet2, dia kan suami hang. Boleh ja... hehehe :)

Banyak arr...dahlah chauluh...nak beli souvenirs dekat hang. Bye...

Ok...bye... :)

"Siapa tu?" tanya Akram apabila dia lihat Hana asyik dengan telefon.

"Zizie...suruh beli souvenirs."

"Jomlah...dah lama sangat kita duduk dekat sini."

Akram dan Hana beredar dari Central Park dan menuju ke pusat membeli belah Times Square. Nak beli souvenirs dekat Zizie.

Tiba-tiba telefon bimbit Akram berbunyi. Dia memandang skrin telefon. Perempuan jijik ni nak apa? Akram segera memutuskan talian.

"Kenapa tak jawab?" soal Hana apabila Akram mematikan talian.

"Biarlah...tak penting pun!"

"Akram tolonglah jawab panggilan I!" sejak dari tadi Sheila hanya menelefon Akram. Dia tak boleh kehilangan Akram. Akram adalah miliknya dan begitu juga hartanya. Segala harta Akram juga miliknya.

Sheila...kau hanya berangan di siang hari! Mana ada undang-undang cakap harta Akram juga milik kau. Kau jangan nak berangan sangat erkk!

Sheila mendail Akram lagi. Macam biasa...panggilannya tak akan dijawab. Sheila mencampak telefon bimbitnya ke atas katil. Awat tak lempar atas lantai terus? Biar berkecai.

Sheila menoleh apabila telefon bimbitnya berbunyi. "hello..."

"Hello sayang!"

"Yes Zack. What do you want?"

"I just want you...kita jumpa dekat club malam ni?"

"Ok..." Sheila mencampak telefonnya ke atas tilam kembali selepas talian diputuskan.

Walaupun aku bersama orang lain tapi aku takkan mengalah untuk dapatkan Akram kembali. Hasrat Sheila dalam hati.

Manusia macam ni pun ada? Hmm....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience