BAB 38

Romance Completed 254393

Pagi itu mereka berkumpul di tengah-tengah KLIA. Hari ini mereka akan buat Rombongan Cik Kiah ke Pulau Langkawi. Selain Zizie dan Akram...Hafiz, Daus, Adham dan Ziqah juga turut serta ke Pulau Langkawi.

Selepas check in ticket, mereka duduk di kerusi yang disediakan. Selepas tiga puluh minit, mereka masuk ke dalam balai perlepasan apabila terdengar pengumuman masuk ke dalam balai perlepasan untuk flight ke Pulau Langkawi.

Akram duduk dengan Ziqah. Zizie duduk bersebelahan dengan Adham manakala Hafiz dan Daus juga duduk bersebelahan. Akram melihat pramugari dalam kapal tersebut. Teringat dia pada Hana. Akram tersenyum.

Pelik Ziqah melihat abangnya. "Kenapa abang ni senyum sorang-sorang?"

"Abang rindukan Kak Hana. Teringat bila dia pakai baju pramugari..."

Ziqah tersenyum mendengar pengakuan daripada abangnya. "Sebab itulah lain kali jangan cakap main lepas macam tu je!"

Akram tersenyum mendengar kata-kata adiknya. "yalah..."

PENGUMUMAN yang mereka sudah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Pulau Langkawi menyedarkan Akram dari termenung. Sempatlah dia termenung pasal Hana. Hehehe...bak kata orang, gila bayang!

Selepas mengambil beg masing-masing, mereka keluar dari balai ketibaan. Mereka menghampiri Syira yang sedang menunggu di kerusi. Dengar sahaj pengumuman yang mengatakan mereka sudah sampai di Pulau Langkawi, Zizie terus call Syira supaya datang ambil mereka di lapangan terbang.

"Syira..." sapa Zizie.

"Zizie!!" mereka berpelukan. "Wah, makin cantik hang sekaqang..hang kawin dak lagi?" puji Syira.

"Kahwin tak lagi tapi dah bertunang..." sampuk Hafiz.

Mata Syira tertumpu kepada Zizie. "Sapa tunang hang? Mai nak usya sikit. Hensem ke tak??"

"Ini dia orangnya!" Ziqah menolak Abang Adhamnya ke hadapan.

"Ooo...ok. Hensem! Pandai hang kebaih..."

Bulat mata Zizie mendengar kata-kata Syira. Dia mencubit lengan Syira membuatkan Syira terjerit kesakitan.

"Syira...mai aku pekenai hang soqang-soqang. Yang hang kata hensem tadi tu nama dia Tunku Adham Haziq, tunang aku. Yang pakai baju polo putih tu abang tunang aku. Nama dia Tunku Akram Haris, suami Hana. Yang pakai tudung dan cute tu nama dia Tunku Amani Haziqah. Yang pakai baju oren dan biru aku rasa hang kenai kot..." Zizie cuba berteka-teki dengan kawan dia ni. Tengok otak tu muda tak lagi.

"Yang pakai baju biqu tu aku tau. Abang Hana. Nama dia Hafiz. Yang baju oqen ni...macam pernah nampak tapi tang mana hah? Kejap..." Syira sedang memproses datanya kembali.

"Oh...yes. Daus AF kan? Yang suka menyanyi dalam tandas sekolah dulu?" nampaknya memori Syira sudah kembali.

Daus hanya tersenyum. Aduh...malu! Yang pi cakap kuat-kuat tu buat pa? Buat malu aku ja!

"Jomlah...sampai dekat sana, pasai penginapan hampa jangan qisau. Aku dah sediakan tempat khas untuk koqang semua. Semuanya ada enam kan? So, disebabkan koqang qamai sangat, bapak aku bagi diskaun. Less ten percent dari harga sebenarnya. Ok tak?"

"Boleh ja..." jawab Zizie.

"Mana qeta(kereta)?"

"Tu..." Syira tunjuk ke arah kereta Proton Exora miliknya.

Sampai sahaja di hadapan tempat penginapan, mereka turun lalu masuk ke dalam chalet tersebut. Best Star Resort Langkawi. Nampak macam mewah!

"Mia, bak buku rekod tu..."

Syira membuka helaian demi helaian. "Koqang just perlu tandatangan ja. Pasal pembayaran tu, koqang bayaq last day koqang stay kat sini..."

Selepas tandatangan, Syira menyerah kembali buku rekod tersebut kepada Mia. "Mia...bak enam kunci bilik yang aku letak dalam bekas kuning tu."

"Nah..." Syira menyambut huluran Mia.

"Ambik soqang satu. Koqang caqi bilik sendiqi boleh sebab aku tengah qisaukan Hana sekaqang ni..."

"Boleh..." sahut mereka serentak.

"Aku pergi dulu. Koqang qehat lah dulu. Esok kalau nak datang qumah, datang ja. Pak Mail ada depan tu. Koqang pi mana, habaq ja kat Pak Mail..."

"Baik!!"

Syira segera beredae menuju ke keretanya. Mereka segera mencari bilik masing-masing.

SYIRA menuju ke arah Hana yang sedang berjalan di gigi pantai. Macam nilah Hana. Masanya hanya dihabiskan dengan termenung dan jalan di tepi pantai. Hana...Hana...sampai bila hang nak jadi macam ni? Risau betul Syira dibuatnya.

Apa yang buat aku paling qisau sekaqang ni ialah dapat ka Hana teqima kalau dia dapat tahu yang Akram ada di sini? Buatnya Hana teqejun laut macam mana? Astaghfirullahalazim! Syira, mengucap! Hang ni suka pikiaq bukan-bukan!

"Hana!" Syira terus sapa Hana membuatkan Hana terkejut.

"Dia nilah! Tak qeti bagi salam dulu ka?" marah Hana. Laju jantungnya berdegup.

"Dah tu hang asyik termenung. Sampai aku jalan tepi hang pun hang tak nampak," Syira buat suara tak bersalah.

"Yalah tu...

"Hana, aku nak tanya hang sikit boleh dak?"

"Tanyalah..."

"Sampai bila hang nak jadi macam ni? Sampai bila hang nak abaikan suami hang?"

Hana memandang pelik ke arah Syira. Apahai pulak tiba-tiba Syira tanya macam ni? "Biarlah...lagipun dia yang cakap aku ni tak dak agama. So, inilah aku. Peqempuan tak dak agama."

"Maybe dia terlepas cakap kot waktu tu. Mungkin waktu tu dia emosi sangat. Sebab tu dia cakap main lepaih ja..."

"Nak emosi boleh, tapi jangan sampai cakap bukan-bukan pasai oqang!" emosi Hana kembali beraja.

"Ok, ok. Jangan emosi. Hang nak tau tak..." sengaja Syira buat saspens.

"Apa?"

"Hai!" belum sempat Syira bercakap, Zizie terus sapa Hana.

"Zizie!!!" Hana memeluk Zizie. Rindu gila dia dengan kawan dia yang sorang ni. Dah nak masuk empat bulan dia berpisah dengan kawan dia ni.

"Congrats untuk pertunangan hang dengan Adham. Sorry sebab aku tak dapat datang." Hana meleraikan pelukannya.

"Tak apa. Aku faham."

"Hang datang soqang ja ka?"

"Tak...alu datang dengan Daus, Ziqah, Adham dan..." tak sempat ayat Zizie habis, Hana segera potong.

"Jangan cakap yang mamat kepo ala-ala mangkuk retak tu ada!"

"Inilah hang. Lain kali dengaqlah dulu. Aku datang dengan Daus, Ziqah, Adham dan mereka cakap mereka rindu sangat kat hang," ujar Zizie. Itu sebenarnya alasan ja. Sengaja Zizie tak cakap pasal abang Hana. Buat surprise sikit.

"Ok...mereka ada dekat mana sekarang?"

"Dekat bilik dioranglah. Tengah berehat."

"Ok, apa kata korang datang makan dekat rumah aku. Baru meriah sikit," ajak Syira.

"Insya-Allah. Aku balik chalet dulu. Kalau on, aku call."

"Ok."

Zizie melangkah pergi pulang ke tempat penginapan. Sampai di tempat penginapan, dia melangkah menuju ke arah bilik Daus. Dia mengetuk pintu bilik Daus.

"Ada apa Zizie?" tanya Daus selepas membuka pintu.

"Syira ajak kita makan kat qumah dia. Kita memang boleh pi tapi macam mana dengan Akram? Kesian kat dia pulak," soal Zizie. Takkan nak pergi rumah Syira tanpa Akram kot? Kesianlah pulak.

"Kalau macam tu, hang pi dengan Ziqah, Hafiz dan Adham ja. Aku temankan Akram. Nanti hang bagilah alasan kata aku letih ka. Ok?" baik punya alasan!

"Oklah kalau macam tu. Betoi hang tak pa?" tanya Zizie sekali lagi. Inginkan kepastian.

"Betoi. Alah, kalau kami lapaq, kami jalan pi kedai makan. Tak jauh pun..."

"Tak apalah kalau macam tu. Aku balik bilik dulu..." Zizie beredar menuju ke biliknya.

"MANA Daus? Kata dia ikut sekali mai Langkawi ni?" tanya Hana apabila dia tak nampak kelibat Daus. Matanya tercari-cari kelibat Daus.

"Aku dah ajak tapi katanya dia letih. Jadi, dia tak ikutlah..." jawab Zizie senang.

"Tak apalah kalau macam tu. Jomlah masuk. Hari ni makanan semua aku yang masak!" beritahu Hana.

"Apahal hang tiba-tiba masak ni?"

"Yalah...aku happy sebab dapat jumpa kawan aku dengan adik-adik ipar aku ni," ujar Hana sambil tersenyum.

"Hello adik!" tiba-tiba Hafiz muncul. Siap buat peace lagi.

"Abang!!" Hana terus memeluk abangnya. Rindu terhadap abangnya hanya dia saja yang tahu.

"Dahlah...jom masuk!"

Malam itu mereka makan dengan berselera sekali. Sesekali suara gelak ketawa kedengaran. Meriah betul malam tu.

Ziqah menghampiri Hana yang sedang sibuk pasuh pinggan. "Sedap akak masak. Kalau masuk masterchef, mesti menang," puji Ziqah.

"Semua yang akak masak tu makanan favourite Abang Akram..." ucap Ziqah perlahan tapi dapat didengar oleh Hana.

Makanan favourite dia? Tak sangka mamat kepo tu perut kampung. Ingatkan perut western. Awat nak teringat pasai dia pulak? Dah! Buat habis memori ja.

"Ziqah...bak pinggan tu. Biaq akak cucikan."

"Tak apalah kak. Biar Ziqah yang cuci," Ziqah menuju ke arah sinki lalu membasuh pinggannya.

"Ziqah, nah ambik ni. Akak dah bungkus makanan untuk abang Daus. Kesian kat dia duduk dekat chalet sorang-sorang. Makanan ka tak lagi tu..."

"Banyaknya akak," Ziqah memerhati lauk yang dibungkus oleh Hana. Cukup untuk abang Akram sekali. Hehehe...

"Oklah akak. Ziqah balik dulu, bye..." Ziqah menyalami Hana.

"Bye...hati-hati..."

Ziqah mengetuk pintu bilik Daus apabila dah tercegat depan pintu bilik Daus. Tak sampai beberapa saat, pintu bilik Daus dibuka.

"Aikk? Abang?" pelik Ziqah bila tiba-tiba Akram yang buka pintu.

"Abang datang lepak. Kenapa ni? Masuklah..."

Ziqah masuk. "Ni Ziqah ada bawa makanan untuk abang dengan abang Daus. Makan tau! Sebab semua ni Kak Hana yang masak. Favourite abang tau!" ujar Ziqah ceria.

Akram melihat lauk-pauk yang dibungkus tersebut. Betullah....ada asam pedas ikan pari, ayam goreng madu dan sayur campur. Kebetulannya!

"Ziqah? Ada apa datang ni?" tanya Daus yang baru keluar dari tandas.

"Ziqah hantar lauk untuk abang Daus dan abang Akram. Ini semua Kak Hana yang masak tau. Memang sedap..." puji Ziqah.

"Oklah abang Daus dan abang Akram makanlah. Ziqah keluar dulu...nak lepak tepi pantai..."

"Ziqah... cakap terima kasih dekat Kak Hana..." suara Daus lantang.

"Ok!"

Ziqah duduk di tepi pantai. Tenangnya. Patutlah Kak Hana cakap dia suka duduk tepi pantai. Rupanya memang seronok. Memang aman dan damai.

Hana menuju ke arah Ziqah yang duduk di tepi pantai. Hana duduk di sebelah Ziqah. "Hey! Buat apa dekat sini malam-malam?"

"Kak Hana! Buat Ziqah terkejut ja. Tak buat apa-apalah. Saja nak duduk dekat sini. Rasa tenang pulak."

"Tulah...akak pun suka lepak dekat sini..."

"Akak...Ziqah nak tanya something boleh?" pinta Ziqah.

"Tanyalah..."

Tiba-tiab telefon Ziqah berbunyi. Tertera nama Abang Akram. "Kejap akak. Ziqah nak jawab call ni."

Ziqah bangun lalu jalan jauh sikit daripada Hana. Dia menjawab panggilan tersebut. "Ada apa abang?"

"Ziqah buat apa dengan Hana tepi pantai tu?"

"Abang tau mana ni?"

"Dekat belakang..." Ziqah menoleh ke belakang.

"Sejak bila tercegat dekat situ?"

"Baru je..."

"Hah! Ada apa call ni?"

"Nak dengar perbualan anatara Ziqah dengan Kak Hana. Dah, pergi sambung balik tapi, jangan matikan talian."

"Yalah..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience