BAB 1

Romance Completed 254393

Hana duduk termenung seorang diri di tepi sungai. Hari-hari yang dilaluinya terasa sangat bosan. Kalau dulu, dia datang ke tepi sungai ini mesti ada Zizie. Tapi, sekarang Zizie dah kerja dekat Kuala Lumpur. Abang dia pun dah balik semula kerja dekat Kuala Lumpur.

Huh! Bosannya! Apa aku boleh buat? Takkan duduk hadap ikan-ikan dalam sungai ni ja? Kalau ada Zizie, mesti sekarang dia ada lepak dengan aku sekali. Adalah jugak dia pernah mohon kerja sebagai doktor di hospital tapi, sampai sekarang belum dapat apa-apa jawapan lagi. Mungkin rezeki belum sampai lagi kot.

Hana mengambil telefon bimbit Nokia C-3 kesayangannya dari poket. Hah? Dah nak masuk pukui tujuh? Adoii! Satgi ibu mesti hingaq dekat aku! Baik aku balik cepat. Hana bangun melangkah menuju ke rumahnya.

"Assalamualaikum!" Hana memberi salam apabila masuk ke dalam rumah.

"Waalaikumussalam! Hana! Hang pi mana? La ni baru nak balik," tanya Hajah Aisyah risau. Yalah, anak dia nak dekat maghrib baru balik.

"Hana tak pi mana aihh! Hana dok tang tempat lepak Hana dekat sungai tu ja..." ujar Hana menyedapkan hati ibunya.

"Dah...hang pi mandi. Satgi kita makan sama-sama. Hang mandi jangan lambat sangat! Satgi abah hang hingaq..."

"Ya ibu..." Hana berlalu masuk ke bilik. Dia mencapai tuala lalu menuju ke bilik air.

Siap mandi, Hana kembali ke biliknya. Tuala yang membungkus rambutnya dicampak ke atas katil. Rasa segar apabila dapat mandi.

"Hana! Jom makan!" panggil Hajah Aisyah.

"Kejap ibu!" siap menyikat rambutnya, Hana keluar dari bilik.

Pelik pulak Hana apabila melihat ibunya yang sedikit kelam kabut. Apahal pulak ni? Abah pun kelam kabut semacam.

"Ada apa ni ibu? Kelam kabut semacam ja Hana tengok?"

"Nih....Pak Cik Sulaiman, ayah Zizie baru meninggal..."

Terkejut Hana mendengar kata-kata ibunya. "innalillahi wainna ilaihi rajiun! Ibu tahu mana ni?"

"Tadi abah hang balik. Lepas tu, abah hang kata yang ayah Zizie baqu meninggal....la ni ibu nak pi qumah mak ayah Zizie..."

"Ibu tunggu jap! Hana nak ikut jugak! Hana tukaq baju sat..." Hana menuju ke biliknya. Dia percaya bahawa sekarang ni Zizie ada di rumah mak dan arwah ayahnya.

Siap memakai baju kurung dan tudung, Hana keluar dari bilik.

"Dah siap? Jom kita pi sekarang! Abah dah pi awai lagi..."

"Ok...."

Hajah Aisyah dan Hana menuju ke rumah Zizie. Sampai di rumah Zizie, Hana dan Hajah Aisyah masuk. Sayu Hana melihat Zizie apabila ternampak Zizie membaca yasin di samping ayahnya dengan menangis.

Hana mengambil tempat di sebelah Zizie. Zizie terus memeluk Hana apabila Hana duduk ditepinya. Rasa sedih dan bersalah terhadap ayahnya menggunung sekarang ni.

"Sabarlah Zizie...redha ja pemergian ayah hang..." Hana memujuk Zizie sambil menepuk-nepuk bahu Zizie memberi semangat kepada Zizie.

"Aku rasa bersalah sangat dekat ayah aku Zizie. Aku banyak dosa dekat ayah aku..." ujar Zizie sebak dalam tangisan.

"Aku yakin ayah hang dah ampun segala dosa hang sebelum dia pergi..." Hana cuba menghalau rasa gusar di dalam hati Zizie.

Zizie masih tak berhenti menangis. "macam nilah...jom ikut aku....kita pergi tempat lepak kita. Mungkin dapat buat hati hang tenang."

Zizie mengangguk. Zizie meletakkan yasin ke tempatnya kembali lalu mengikut langkah Hana ke luar rumah.

"HANG tau tak aku banyak sangat kesalahan aku dekat ayah aku..." luah Zizie kesal. Dia menyesal sebab bekerja di Kuala Lumpur. Hidup di Kuala Lumpur menyebabkan hidup dia menderita.

"Apa dosa hang dekat abah hang? Tak tutup aurat? Lagipun hang tak sedia lagi kan? Aku rasa semua kesalahan hang abah hang dah ampunkan. Aku rasa hang tak pernah abaikan kata-kata atau suruhan abah hang. Apa dosa yang hang dah buat?" soalan Hana tidak dapat dijawab oleh Zizie. Dia rasa malu dekat Hana.

"Entahlah...tapi sekarang aku memang rasa bersalah sangat dekat ayah aku..." Zizie masih mahu sembunyi rahsia dia.

"Dahlah...tak payah menangis macam ni. Redha ja lah pemergian ayah hang. Kalau hang terus menangis macam ni...macam mana ayah hang nak tenang di sana bila tengok anak kesayangannya dia ni menangis macam ni???"

Zizie hanya diam. Memandang ke arah air sungai yang sedang mengalir. Pandangannya sekarang ni kosong.

Pelik Hana melihat sikap kawannya yang sorang ni. Apsal dia jadi macam ni? Macam ada sesuatu yang dia cuba sembunyikan. Kalau tak, dia taklah jadi sampai macam ni sangat.

"Zizie cuba hang cakap dekat aku. Hang kerja apa sebenarnya?" pertanyaan Hana membuatkan Zizie kaku.

Aduh! Aku nak jawab apa ni?? Kalau aku cakap dekat Hana agaknya...dia terkejut tak???

"Zizie....I'm waiting." desakan Hana itu membuatkan Zizie makin resah. Nak jawab apa ni???

"Kalau aku bagitau hang jangan terkejut tau!" Hana mengangguk.

Zizie menghembus nafas berat. "aku arr...arr...qeja...se...sebagai pramugari."

"Lah...qeja pramugari pun hang tergagap-gagap nak habaq kat aku?"

"Tapi sebelum aku qeja tu, aku ada qeja yang lain lagi..." Hana memandang tepat ke arah Zizie.

"Qeja apa?"

"A...aku qeja sebagai G.." tiga perkataan Zizie bisik di telinga Hana.

"Hah?!!" terkejut Hana mendengar kata-kata Zizie. Tak percaya dia Zizie buat kerja bodoh tu.

"Sebab tulah aku rasa bersalah sangat dekat ayah aku..."

"Aku tak caya hang buat kerja bodoh tu. Aku tau hang mesti dipaksa kan?"

Hana ni macam tahu ja yang aku ni memang dipaksa. Sebab tlah aku sayang Hana sangat-sangat.

"Memang aku dipaksa..."

"Habis tu awat hang tak tolak?"

"Aku tolak tapi depa tetap paksa aku. Kalau aku nak lari memang tak boleh nak lari sebab depan bilik aku tu ada bodyguard."

"Habis tu, macam mana hang boleh lari dari depa?"

"Itupun sebab satu malam tu bos dengan anak buah dia yang menjaga bilik aku tu tak ada. So, aku keluaq senyap-senyap. Tapi aku dapat ditangkap balik. Pada waktu yang sama, nasib baiklah kawan aku mai tolong aku. Dia bayaq lima juta cash dekat bos kelab malam tu. Alhamdulillah, sampai sekarang depa dah tak ganggu aku lagi," cerita Zizie panjang tentang pengalaman hitamnya di Kuala Lumpur dulu.

Hana berasa kasihan kepada temannya itu. Macam-macam cabaran menimpa. Nasib baiklah kawan dia ni kuat semangat orangnya. Kalau tak, dah teqejun lombong agaknya.

"Boleh aku tahu siapa kawan hang yang baik hati tu dah menolong kawan baik aku ni?" Hana ingin tahu gerangan siapakah yang baik hati membayar lima juta cash kepada bos kelab malam tu.

"Nama dia Tunku Akram Haris. Dialah orang yang bayaq cash lima juta tu...yalah, diakan anak orang kaya and dialah yang bagi qeja dekat aku sebgai pramugari dekat syarikat penerbangan bapak dia."

"Ooo..."

"Hana...macam mana permohonan hang hari tu? Dah dapat jawapan?" teringat Zizie apabila temannya itu memohon jawatan sebagai doktor di hospital.

"Belum lagi Zizie...mungkin rezeki aku tak dak lagi kot," dah lama dia tunggu keputusan tu tapi sampai sekarang dia belum dapat apa-apa keputusan lagi.

"Sabarlah...nanti adalah tu..."

"Harap-harap macam tulah..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience