BAB 34

Romance Completed 254393

Sheila keluar dari Pavilion. Matanya menangkap seseorang yang amat dia cintai. Bukan cinta sungguh pun. Cinta sebab harta ja.

"Hai Akram. Long time no see. How are you? Mana your wife? What's her name? Ha...Hana! Yes, Hana."

Akram memandang tajam ke arah Sheila. Minah ni memang nak makan penendang kuda aku kot! Memang nak uji kesabaran aku betullah!

"Boleh tak kau jangan sebut nama perempuan tak guna tu depan aku?!" tengking Akram. Dia segera beredar.

"Aikk? Marah? Emm...ni mesti kes bergaduh ni!" Sheila mula tersenyum jahat. Senyuman ala-ala jahat dah muncul. Ada plan lah tu! Just wait and see.

"ZIQAH! Ziqah! Terjerit-jerit Adham memanggil adik bongsu dia tu. Isy! Mana pulak Ziqah ni? Lambatnya nak turun!

"Ada apa abang ni? Terjerit-jerit macam tarzan. Apa hal?" tempelak Ziqah.

Dia samakan aku dengan tarzan? Hesy! Adik aku ni memang! "abang nak mintak tolong boleh?"

Ziqah menjongketkan keningnya. "Nak mintak tolong? Tolong apa?"

"Kita satukan abang dengan Kak Hana..."

"Boleh tu memang boleh tapi macam mana?"

"Itulah kita sama-sama fikir. Ziqah tolong abang ok?"

"Boleh je. Sentiasa on..."

Belum sempat Adham memanjat tangga, Ziqah menghalang. "Wait. Sebelum Ziqah lupa, Ziqah ada nak bagitahu abang something. Semalam masa Ziqah lalu depan bilik abang, Ziqah terdengar abang dok sebut-sebut nama Kak Hana. Masa tu dalam pukul dua pagi..."

Mata Adham membulat. "Serius?" Ziqah mengangguk.

"Maknanya abang Akram still sayang dekat Kak Hana kan? Tapi abang tu keras hati sangat!"

"Ziqah setuju..."

Ni kena bagitau Zizie. Mesti terkejut beruk punya. Abang, abang...kenapa keras hati sangat? Kalau masih sayang, kenapa tak mengaku je?

"WHAT?! Serius awak?" nak terloncat Zizie dibuatnya apabila mendengar kata-kata daripada Adham yang Akram asyik sebut nama Hana.

Adham mengiakan di talian. Farzana dan Daus hanya pandang pelik ke arah Zizie yang tiba-tiba menjerit macam orang gila.

"Oklah...bye...assalamualaikum!" Zizie memutuskan talian. Sekarang dia tersenyum.

"Ni awat senyum macam orang gila?" tanya Daus. Manalah tahu tiba-tiba virus sewel dah meresap masuk ke dalam otak si Zizie ni.

"Tahu tak Akram rupa-rupanya still sayang dekat Hana. Cuma hati dia tu keras sikit untuk mengaku."

"Macam mana hang tau?"

"Adham bagitahu aku tadi. Katanya Ziqah yang dengaq Akram kira sebut nama Hana dalam bilik. Aku rasalah Akram tu konon-konon depan kita ni dia still marah dekat Hana tapi dalam hati dia masih sayang dekat Hana. Hati dia, siapa yang tahu kan?" ujar Zizie kononnya kata-kata dia tu betul. Tapi, macam betul ja?

"Perkembangan baru. Bagus!" kata Daus.

Farzana tidak senang duduk. Tiba-tiba dia terasa sakit. Agaknya dah tiba masa kot untuk dia bersalin. Memang sekarang dia dok tunggu hari ja nak bersalin.

"Sayang kenapa ni?" tanya Daus apabila melihat kerutan di wajah isterinya.

"Sakit..." ujar Farzana perlahan. Menahan sakit.

"Daus...aku rasa Zana dah nak bersalin. Lagipun Zana sekarang kan tengan tunggu hari ja..."

"Habis tu apa aku nak buat ni?" tanya Daus bodoh.

Zizie menepuk dahinya. "Bawak ke hospitallah! Takkan nak bersalin dekat rumah aku pulak! Cepat! Barang dia nanti aku bawak!"

Tanpa menunggu apa lagi, Daus terus mencempung isterinya masuk ke dalam kereta lalu memandu keretanya ke hospital.

ZIQAH menuju ke bilik abangnya. Nak intai. Manalah tahu abang sulung dia tu still sebut nama Kak Hana ka. Tapi, tak dengar pun!

"Abang...boleh Ziqah masuk?" Ziqah mengetuk pintu bilik Akram.

"Masuklah..."

Ziqah tersenyum lalu masuk ke dalam bilik abangnya. Pintu bilik ditutup rapat. Dia memerhati sekeliling bilik abangnya. Memang sah abang dia masih sayangkan Kak Hana. Buktinya gambar masa abang dia dan Kak Hana masih tergantung di dinding bilik.

Abang...abang...kenapa hati abang keras sangat untuk terima balik Kak Hana kalau abang masih sayangkan Kak Hana?

"Hah! Ada apa dok sengih sorang-sorang ni?" sergah Akram.

"Mana ada apa-apa. Abang, Ziqah nak tanya sikit boleh tak? Tapi sebelum tu abang jangan marah tau!" awal-awal lagi Ziqah memberi amaran.

"Apa dia?"

"Janji jangan marah?" Akram mengangguk.

"Abang still sayang dekat Kak Hana?"

Akram diam mendengar pertanyaan adiknya. Adik dia ni macam tahu-tahu je. "boleh tak Ziqah jangan tanya soalan tu! Abang bencilah!" sengaja suara Akram ditegaskan.

"Abang...mungkin abang boleh bohong orang lain tapi bukan dengan Ziqah. I can see it in your eyes. You still love her. If not, why are you keep mention her name every night?" Ziqah duduk di sebelah abangnya.

Akram terkaku. Adik dia tahu? Alahai, terkantoi pulak?! Aduhai...

"You can't lie to me. If you still love her, try to find her. It's still not too late, my brother," Ziqah memujuk Akram.

Akram menghembuskan nafas berat. "Memang abang still sayangkan dia. Tapi bila dapat tahu dia buang tudung ikut suka hati dia je, I can't accept it!"

Ziqah menjongketkan keningnya. Buang tudung ikut suka hati? "Abang, ada kesalahan ayat dalam karangan abang tadi. Buang tudung ikut suka hati? Salah ayat tu..."

"Then? Terbuang tudung ikut suka hati?"

"Tak...Ziqah nak tanya. Dalam syarikat walid ada tak pramugari yang pakai tudung? American Airways, Garuda Airlines, Malaysia Airlines and others. Ada tak yang pakai tudung?"

Akram terdiam. Soalan Ziqah sama seperti soalan umi tanya dia dua bulan yang lepas.

"Tak kan? So, abang tak boleh tuduh Kak Hana buang tudung ikut suka hati. Kalau Kak Hana tu suka-suka hati je nak buang, tapi kenapa sampai sekarang dia tak buang pun? Abang, Ziqah pun pakai tudung. Ziqah boleh rasa apa yang Kak Hana rasa apabila terpaksa buka tudung semata-mata untuk kerja. Kalau syarikat penerbangan walid tu syarat dia pramugari kena pakai tudung, memang Kak Hana akan pakai tudung terus sebab Kak Hana pakai tudung..." Ziqah buat karangan versi ceramah kepada abangnya.

"Tapi tetap dia tak pakai tudung kan?"

"Dia tak pakai tudung bila dia kerja je. Itupun terpaksa tau! Bukan sengaja. Sebab itu memang syarat untuk seorang pramugari."

Akram memikirkan kata-kata adiknya. Memang betul pun. Syarat untuk menjadi seorang pramugari di syarikat walidnya ialah tidak memakai tudung. Tapi, buka papa yang urus sangat syarikat tu tapi Mr Wong, orang kepercayaan walid. Sebab tu syarat jadi macam tu.

Ziqah memandang abangnya. "Abang, kalau dalam hati abang tu still ada perasaan sayang dan cinta kepada Kak Hana, abang carilah Kak Hana balik. Ziqah tahu hati abang memang baik," Ziqah cuba memujuk abangnya lagi.

"Tapi kenapa dia accept kerja tu? Dia tahukan kerja tu mendedahkan auratnya?"

Ziqah hanya tersenyum mendengar pertanyaan abangnya. "Abang tahukan Kak Hana dari keluarga yang susah?

"Tapikan abang dia dah kerja. Kerja sebagai arkitek pulak tu."

"Ziqah tahu. Tapi abang tahu tak prinsip Kak Hana?" Akram menggeleng dengan pertanyaan adiknya.

"Prinsip Kak Hana ialah dia tak suka bebankan orang lain. Sounds like dia tak suka bergantung kepada orang lainlah. Kak Hana rasa dia membebankan keluarga dia. Sebab tulah dia mintak Kak Zizie carikan dia kerja. Tup,tup...Kak Zizie bagi Kak Hana kerja sebagai pramugari. Lagipun abang yang sediakan surat tawaran tukan?"

Kata-kata Ziqah sedikit sebanyak membuka hatinya yang keras itu. Memang dia yang sediakan surat tawaran tu.

"Tapi dia boleh tolak tawaran tukan?"

"Ya, memang. Tapi disebabkan paksaan dan izin tiba-tiba oleh keluarga dia dengan paksaan Kak Zizie lagi, membuatkan Kak Hana terima tawaran kerja sebagai pramugari tu."

Ziqah memeluk bahu abangnya. Dia tahu sekarang abang bercelaru dengan perasaan dia. "Boleh Ziqah tahu satu perkara? Ini last Ziqah tanya abang..."

"Apa?"

"Abang still sayang dan cinta dekat Kak Hana kan? Jawab guna mulut not angguk atau isyarat badan. Tak dibenarkan sama sekali!" amaran keluar dari mulut Ziqah.

Akram ketawa. Tak dak talian hayat langsung! "Well yeah...abang memang still sayang dan cinta kepada isteri abang yang bernama Nur Hana Adrian."

"Wah! Satu pengakuan tu! Oklah, abang. Ziqah keluar dulu. Selamat mimpikan Kak Hana..." Ziqah keluar dari bilik abangnya lalu segera menuju ke biliknya.

Yes! Akhirnya! Dapat jugak rakam pengakuan abang dia! Sorry abang!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience