BAB 47

Romance Completed 254393

Zafira masuk ke dalam rumah abangnya. Ini kali ke dua dia jejak kaki ke kondominium abangnya. Kondominium abangnya still macam dulu. Langsung tak berubah. Berselerak macam tulah jugak.

Zafira masuk ke dalam bilik bersebelahan dengan bilik abangnya. Ruang agak luaslah jugak. Zafira menyimpan beg pakainnya di dalam almari. Zafira menuju ke dapur. Bersepah! Laci kabinet dapur tak tutup! Hesy! Semak mata memandang. Zafira membuka peti ais tetapi dia menutup kembali. Dalam peti ais tersebut hanya ada arak. Air arak!

Nak ke ruang tamu, ada gambar yang tak sepatutnya ada tergantung kemas di dinding. Ya Allah...dulu abangnya begitu jahil. Tapi, sekarang alhamdulillah...dah berubah. Tak sanggup nak tengok gambar-gambar tersebut, Zafira menurunkan gambar tersebut begitu juga dengan gambar-gambar yang lain.

Zeck menuju ke ruang tamu. Tersenyum nipis dia melihat adiknya menurunkan gambar-gambar lucah tersebut. Memang dari dulu lagi dia nak buang, tapi tak ada masa. Sibuk mengerjakan amal ibadah kepada Allah.

"Memandangkan Fira ada dekat sini...abang nak Fira tolong abang, boleh?" pinta Zeck.

"Tolong apa?" balas Zafira. Dia tak kisah nak tolong. Dia kan ringan tulang. Uwekkss...perasanlah pulok.

"Tolong abang kemas rumah ni boleh? Fira tolong koyakkan gambar-gambar yang ada dalam bilik abang tu ya? Abang ada kerja sikit nak buat dengan rumah ni..."

"Ok je abang," Zafira menuju ke bilik abangnya.

Zeck menuju ke arah almari. Tempat dia menyimpan CD lucah...semua CD lucah dia buang ke dalam plastik sampah yang bersaiz besar. Selesai membuang semua CD tersebut, Zeck menuju ke dapur. Botol arak yang ada di dalam peti ais dibuang ke dalam plastik sampah. Plastik sampah itu kemudian diletakkan di luar pintu kondominium. Ada cleaner datang ambik plastik sampah tersebut.

"Fira, habis tak lagi?"

"Dah habis dah!" jerit Zafira. Zafira keluar dari bilik abangnya dengan plastik sampah.

"Plastik sampah tu letak je dekat luar. Nanti ada cleaner datang ambik. One more, kalau dah habis, jom keluar nak tak?"

"Nak keluar buat apa? Nak makan? Baik tak payah. Fira boleh masaklah..."

"Bukan...abang nak beli barang rumah sikit. Cadar dalam bilik abang tu abang nak tukar dengan cadar baru. Lepas tu, belilah sikit barang mentah. Bolehlah Fira masak. Lagipun, rumah abang ni bukan ada makanan pun..." ujar Zeck.

"Oh...abang tunggu jap. Fira nak ambil handbag..." Fira menuju ke biliknya lalu mencapai beg tangan miliknya.

"Jom!" mereka keluar menuju ke pusat membeli belah.

"UMI, boleh tak Hana dengan Zizie nak ke kedai tudung tu? Dekat situ je..." Hana menunding jarinya ke arah kedai tersebut.

"Pergilah...umi nak tengok barang-barang dekat sini kejap..."

Hana dan Zizie menuju ke kedai tudung tersebut. Zizie menilik tudung Ariani. Macam-macam warna yang ada buat Zizie jadi rambang mata nak pilih. Macam-macam fesyen yang ada. Ada yang penuh dengan manik, ada yang kosong. Ada yang manik hanya di kepala tudung sahaja. Zizie memilih tudung yang berwarna merah dan kuning.

"Hana! Macam mana yang ni? Ok tak dengan aku?" Zizie menunjuk tudung yang dipilihnya.

"Ok...but you better try...manalah tahu singkat ke..."

Zizie mencuba tudung yang dipilihnya di hadapan cermin. Kali ini dia betul-betul nekad nak bertudung. Bila dah bergelar isteri kepada Adham, Zizie berhenti kerja sebagai pramugari dan cari kerja yang sesuai dengan dia yang akan bertudung ni.

"Macam mana? Ok?" tanya Zizie. Hana menilik Zizie dihadapannya. Nampak comel bila bertudung.

"Perfect! Tak singkat sangat dan warna ni sesuai dengan hang..." Hana mengangkat dua ibu jarinya tanda perfect kepada Zizie.

"Ok Zie...hang cuba try yang ini. Warna pink purple...mesti sesuai dengan hang..."

Zizie mengambil tudung tersebut lalu menyarung di kepalanya. "Ok jugak. Aku suka colour ni."

Zizie jugak mengambil tudung yang berwarna biru dan juga hitam dengan merah. Seepas membayar harga tudung tersebut, mereka segera keluar dari kedai tudung tersebut.

"Dah habis beli?" tanya Ku Masyitah.

"Dah..." jawab Zizie dan Hana serentak.

"SAYANG beli apa dekat mall tadi?" tanya Akram apabila Hana masuk ke dalam bilik. Tak nampak beg kertas shopping pun. Lagipun dia tahu Hana ni bukan suka shopping sangat pun. Tak hairanlah kalau balik dari mall tapi tak ada pun barang yang dibeli.

"Tak beli apa pun. Temankan umi dan Zizie shopping ja. Tahu tak, Zizie nak buat surprise dekat Adham..."

"Suprise apa?" soal Akram ingin tahu.

"Tadi dekat mall, Zizie nak pergi ke kedai tudung. Rupa-rupanya Zizie nak pakai tudung. Dia nak berubah. Itulah surprise dia untuk Adham. Lagi satu, dia dah berhenti kerja sebagai pramugari. Alhamdulillah...tak sangka Zizie akan berubah..." Hana mengucap syukur.

"Alhamdulillah...mesti Adham seronok kalau dapat tahu ni..." Akram juga turut bersyukur dengan perubahan Zizie. Unexpected change.

Tetapi, dia terimbau kembali saat-saat dia menengking dan menghina Hana dan keluarganya.

"Sayang...abang mintak maaf pasal dulu. Sepatutnya abang tak perlu hina sayang sampai macam tu sekali. Abang berdosa..."

"Syy!! Dah, tak payah nak pasal tu lagi. Kan sayang dah cakap yang sayang dah maafkan abang. You don't need to feel guilty to me anymore. Don't mention it," potong Hana. Jarinya diletakkan di bibir Akram supaya Akram tak cakap pasal tu lagi.

"Mamat kepo memanglah cakap main lepas je. Mana dia ada fikir pasal hati dan perasaan orang dah. Kalau mengata tu, straight to the highway je..." Hana sengaja mengenakan Akram.

"Ooo...kenakan abang erkk?? Oklah...abang mintak maaf kalau selama ni abang selalu sakitkan hati sayang..."

"Maaf diterima tapikan abang...sayang laparlah..." Hana mengadu.

Pelik Akram dibuatnya. Pagi tadi dah makan nasi lemak sampai empat kali. Tadi umi kata...sebelum mereka pulang sempat singgah di Kenny Rogers Roaster. Tapi, masih lapar lagi? Pelik betul isteri aku ni!

"Lapar lagi? Lapar nak makan apa?"

"Lapar nak makan aiskrim dalam peti ais tulah..." Hana tersenyum manja.

Akram mencebik. "Tu bukan lapar tapi teringin!" Akram membetulkan ayat isterinya. "Tunggu...abang gi ambik..."

Akram menuju ke dapur. Selepas mencedokkan aiskrim ke dalam mangkuk, Akram kembali ke biliknya. Akram menyerahkan mangkuk berisi aiskrim tersebut kepada Hana.

"Terima kasih abang..."

"Kasih diterima..." ujar Akram lalu tersenyum. Sejak akhir-akhir ni, muka isterinya berseri-seri. Nampak embam pun ada. Tembam pun nampak comel jugak.

"Kenapa tengok sayang macam tu?" Hana melihat Akram. Dah tu senyum sorang-sorang macam orang sewel pulak.

"Tak ada apa-apa. Sayang sekarang nampak tembam. Badan pun nampak dah up sikit."

"Ya? Biarlah..." Hana tak peduli dengan dirinya. Lantaklah badan nak gemuk sekali pun. Ada dia kisah?

Licin aiskrim dia bedal (makan). Mangkuk tersebut diserahkan kepada Akram. Kini badannya terasa letih. Mata pun dah mula berat.

"Dia serahkan mangkuk kosong? Kot nak tinggal sikit dekat abang..."

"Hehehe...sorry...dahlah sayang na tidur. Badan sayang letih..." Hana membaringkan badannya di atas katil. "Nanti, kalau dah masuk waktu Asar...kejut sayang tau!"

"Baiklah madam...tidurlah..."

Tak sampai lima minit, mata Hana dah terpejam rapat. Lena sudah...

SELEPAS sembahyang maghrib, Zizie duduk di atas katil sambil membelek tudung yang baru dibelinya. Nak buat surprise kepada Adham. Selama tempoh perkahwinannya dengan Adham, ada jugak Adham menyatakan hasratnya untuk melihat dia memakai tudung.

Apa salahnya kalau dia cuba berubah kan? Kalau ikut syariat Islam memang dia wajib pakai tudung. Itu memang dah ditentukan untuk setiap kaum wanita Islam. Kalau difikir-fikirkan balik, kenapa dia dulu langsung tak terfikir untuk memakai tudung sedangkan masa sekolah menengah dulu, dia memakai tudung. Bukan ak dia tak pernah menyuruh dia pakai...memang ada. Tetapi..entah. Mungkin masa tu dia tak bersedia lagi untuk memakai tudung.

Kalau mak tahu yang aku sekarang ni akan bertudung, mesti dia orang yang paling happy. Tapi kan bagus kalau ayah ada sekali dan tahu tentang perubahan aku ni. Mesti ayah pun happy sekali. Ayah...Zizie rindu dekat ayah...maafkanlah segala kesalahan Zizie.

Sekarang...dah masuk tiga tahun ayah meninggal dunia. Rindunya dekat ayah...Ya Allah...kau tempatkanlah ayah hamba di kalangan orang yang diredhai. Amin...

Lamunan Zizie terhenti apabila pintu bilik dibuka dari luar. Zizie tersenyum apabila Adham masuk ke dalam bilik. Zizie melangkah ke arah Adham. Mesti penat ni. Yalah, sekarang ni banyak projek masuk di ofis. Kata Adhamlah...

"Darling abang beli apa tu?" soal adham bila ternampak beg kerats shopping di atas katil.

"Nak tahu ke?" Zizie tayang senyum.

"Mestilah..." Adham mengambil tempat di sebelah Zizie.

Zizie mengeluarkan tudung dari dalam beg kertas tersebut. Adham pula tersenyum. Biar betul? Macam tak percaya je yang Zizie nak pakai tudung. Alhamdulillah...Adham bersyukur di dalam hati.

"Finally...isteri abang ni akan pakai tudung jugak. I'm proud of you. Ini semua bukan sebab paksaan atau terpaksa kan?" Adham igin kepastian. Takut kalau Zizie lakukan semua ini sebab terpaksa.

"Taklah...saya rasa dah sampai waktu saya pakai tudung..." jujur Zizie.

Adham memeluk tubuh isterinya. Bangga dengan perubahan isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience