BAB 36

Romance Completed 254393

Tergamam Akram membaca mesej daripada Hana. Dia mintak aku lepaskan dia dan alasan dia supaya aku boleh hidup bahagia dengan Sheila? What? Hidup bahagia dengan Sheila jijik? Bukan Sheila Majid tapi Sheila jijik. What the...?? Memang hidup tak akan aman kalau aku dengan Sheila jijik tu!

Akram melurut rambutnya ke belakang. Tak mungkin aku akan lepaskan Hana. Tak! Tak! Aku takkan lepaskan dia! Tak akan!

"Abang? Kenapa dengan abang ni? Migrain abang datang balik ke?" tanya Ziqah apabila dia tengok abangnya menarik rambut sendiri. Macam nak tercabut dah kepala tu.

"Tak...Kak Hana mintak abang lepaskan dia," rintih suara Akram saat ini.

"What? Abang tahu mana?"

"Dia baru ja mesej abang..."

Ziqah memeluk bahu abangnya. "Sabar...Ziqah tahu abang kuat."

"Tapi, abang sayang dan cintakan isteri abang..." Akram sekarang seperti kehilangan benda yang berharga. Tapi memang pun.

"Ziqah tahu..."

Akram memeluk Ziqah. Hanya dengan adik bongsu dia ni je tempat dia mengadu dan meluahkan segala rahsianya.

"Tak apa. Ziqah call Kak Zizie. Nak bagitahu tentang semua ni. Manalah tahu Kak Zizie boleh membantu..."

"Tak payah Ziqah. Nanti Kak Zizie salahkan abang."

"Tapi..."

"Tak payah! Nantilah abang settlekan..." putus Akram. Dia sekarang ni betul-betul buntu. "tapi abang nak tahu punca Kak Hana jadi macam tu. Mesti ada something..."

"Abang jangan risau. Ziqah akan siasat!"

"Amboi! Nak jadi Detective Conan pulak?" usik Akram. Ziqah dan Akram ketawa.

Ziqah tersenyum. Baru kali ni dia nampak abang dia tersenyum dan ketawa selepas dua bulan berlalu. Selalunya abang dia akan monyok macam kambing tak mandi sebulan.

"Kan hensem abang Ziqah ni kalau senyum. Ini tak, monyok macam kambing. Macam mana Kak Hana nak terpikat?" sindir Ziqah.

"Sedapnya perli abang?" Akram menarik hidung Ziqah.

"Memanglah sedap. Bukan kena bayar tol pun! Free je lalu..."

Akram menggeletek pinggang Ziqah membuatkan Ziqah terjerit kegelian akibat digeletek.

"Abang! Sudahlah! Geli!!!" Ziqah mula menarik diri.

Akram berhenti geletek Ziqah.

"Abang, kenapa abang cakap dekat Kak Hana macam tu? Abang cakap abang sayang dan cintakan Kak Hana tapi, abang sakiti dia."

Soalan Ziqah hanya dijawab sepi oleh Akram. Tak tahu nak jawab apa.

"Please answer me. Ziqah nak tahu sangat kenapa abang kutuk dan hina Kak Hana sampai macam tu sekali. Setahu Ziqah, abang bukannya macam tu..."

Akram mengeluh. "Entahlah...tapi masa tu abang marah sangat! Marah bila dapat tahu yang Kak Hana seorang pramugari. Aurat terdedah sana sini. Tapi dalam masa yang sama, abang tak dak niat pun nak marah Kak Hana sampai macam tu sekali. Sebenarnya, abang nak tanya kenapa dia kerja tu tapi oleh kerana kemarahan abang, abang terlepas cakap."

"Dahlah...jangan sedih-sedih. Nanti tak hensem dah abang Ziqah ni," ujar Ziqah sambil tersenyum.

Akram hanya tersenyum mendengar usikan adiknya.

SEJAK tadi Zizie mencari kelibat Akram. Memandangkan mereka sekarang dah ada dekat Paris, senanglah sikit Zizie nak terang semuanya pasal Hana dekat Akram. Sekarang dia betul-betul terpacak depan Eiffel Tower. Penat cari Akram, Zizie duduk di bangku yang disediakan.

Zizie cuba menghubungi Akram tapi still tak dapat. Mesej dia pun tak direply.

"Apahal kau nak jumpa aku?" sapa Akram tiba-tiba.

"Kalau ya pun, duduklah dulu..." Akram duduk di sebelah Zizie.

"Aku nak cakap pasal Hana..."

"Tak payahlah...malas aku nak dengar!"

"Inilah kau! Ada pangkat E.G.O. tau tak? Ego ganyam orang! Aku nak kau baca balik surat yang dia tulis tu or diary dia tu. Aku nak kau faham betul-betul," Zizie menyerahkan surat yang ditulis oleh Hana pasal pekerjaannya.

Akram menyerahkan kembali kertas tersebut selepas membacanya. " Ada apa dengan surat ni? Still sama je..."

Zizie mendengus. "Harap ja mengaji tahap tinggi tapi otak memang ting tong! Tapi sekarang aku nak tanya kau. Kau still sayangkan Hana tak?"

Gila kau tak sayang?! "kenapa kau tanya?"

"Saja...by the way pasal pekerjaan tu sebenarnya bukan Hana nak pun tapi dia terpaksa terima..."

"Yalah tu..."

"Yalah!"

"Kalau dia tak nak kerja tu, kenapa dia terima jugak? Dia bolehlah tolak kerja tu!"

"Kau tahukan keluarga dia datang dari keluarga yang susah macam aku?"

"Kalau ya pun, dia tak seharusnya terima kerja tu!"

"Yes, you're right! Tapi ini semua salah aku. Aku yang paksa dia. At the same time, keluarga dia tiba-tiba setuju dan bagi keizinan untuk Hana kerja sebagai pramugari."

"Nampak sangat tak dak agama!"

Tanpa sengaja, Zizie tertampar muka Akram. Tindakan refleks! Nasib baik orang tak tengok.

"Macam nikan orang kaya? Selalu fikir macam tu. Habis menghina orang tu, ada agamalah sangat?! Kau salah Akram. You're too blind to judge her. If you want to know, setiap hari Hana doa kepada Allah supaya dosanya diampunkan begitu juga untuk kau, keluarga kau dengan keluarga dia. Kau rasa? Susah tau kau nak jumpa isteri macam tu sekarang."

"Malah dia siap doa untuk kau lagi. Doa kesejahteraan untuk parents kau, parents dia. Macam tu ke tak dak agama? Kalau dia tak dak agama, aku rasa dia takkan pakai tudung, dia takkan sembahyang, dia takkan baca al-quran dan dia takkan buat apa yang orang islam buat!" luah Zizie. Rasa geram kepada Akram sekarang masih menggunung.

"Kau susah untuk cari orang macam Hana yang tak suka bergantung pada orang lain! Kau tahu tak, dah lama dia tunggu untuk menjadi doktor, tapi sampai sekarang impian dia tak tercapai lagi. Aku rasa kalau impian dia dah termakbul dulu, dia takkan kerja sebagai pramugari," luah Zizie lagi. Mewakili rasa geram Hana.

"Dan kalau tak disebabkan mulut kau yang loji taik tu, aku rasa Hana tak akan mintak cerai. Dan kau nak tahu kenapa dia mintak cerai? Semua ni sebab gambar ni..." Zizie menunjukkan gambar yang dikirim oleh Hana semalam.

"What? Aku tak pernah buat kerja kotor ni!" bangkang Akram apabila melihat gambar tersebut.

"Dan ini satu lagi..." Zizie menunjukkan gambar Akram bermesra dengan Sheila di Mid Valley.

"Tapi gambar ni dah lama..."

"Aku tahu...ini mesti kerja si Sheila galak kan?"

"Confident and hundred percent sure sebab dia sorang ja yang ada gambar ni..."

"Ok...tapi satu soalan aku yang ni ja kau tak jawab lagi. Kau still sayang dan cintakan Hana?" soalan cepumas daripada Zizie.

Adoii! Time ni Zizie nak bagi soalan cepumas. Nervouslah pulak! Hehehe...

"Hoi! Mengelamun plus senyum sorang-sorang pulak. Jawablah soalan aku tu."

"Ya! Aku still sayang dan cintakan dia. Puas??!!"

"Puas! Maknanya rakaman yang Ziqah bagi kat aku tak tipulah."

"Rakaman apa?"

"Ya...rakaman perbualan antara kau dengan Ziqah pada minggu lepas..."

What?? Isy...Ziqah ni memang nak kena!!

"Jangan marahkan Ziqah. Sebenarnya kami berpakat dengan dia. Nak tahu yang kau masih sayangkan Hana ke tak..."

"Amboii!"

"Jangan marah...!"

"Tak...aku tak marah..."

"Zie, kau tahu tak dekat mana Hana sekarang ni?"

Zizie hanya diam. Tak tahu nak jawab ke tak. Lagipun dia dah janji tak nak habaq dekat Akram.

"Aku tahu kau tahu..."

Zizie rasa bersalah. Kalau tak bagitahu, kesian pulak dekat si Akram ni. Kalau bagitahu, kesian pulak dekat Hana.

"Tolong aku Zizie..."

Sudah! Dia merayu pulak! Habislah kau Azizie Mastura. Nak pilih yang mana satu? Kiri ka Kanan?

"Ok macam ni. Aku akan bagitahu kau tapi lepas kita dapat bukti tentang gambar kau tu..."

"Ok, promise me kau akan bagitahu aku dekat mana Hana selepas kita dah dapat bukti tentang gambar aku dengan Sheila jijik tu."

"Aku janji!"

Sorry Hana...aku terpaksa. Apapun Akram suami kau dan dia berhak tahu kau kat mana. Bukan aku nak ingkar janji tapi aku terpaksa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience