BAB 18

Romance Completed 254393

Hana masih tidak setuju dengan cadangan Akram. Tinggal serumah? Bukan dia tak nak...tapi kalau dia tinggal serumah dengan Akram, buatnya ada flight macam mana? Takkan aku nak cakap yang aku ni qeja atas flight? Kantoilah nanti!

"Jomlah...ikut aku pindah dekat kondo aku di Sunway..." Akram masih memujuk.

Merayulah pulak! Ni yang aku lemah ni.

"Bukan aku tak nak tapi aku dah janji nak tinggal sekali dengan Zizie. Sorry," bohong Hana. Lagipun dia tak selesa tinggal dengan Akram berdua-duaan.

"Ok...tapi dengan satu syarat."

Dia main syarat pulak mamat kepo ni. Macam-macam hallah!

"Apa dia?"

"Kau kena datang ke kondo aku setiap pagi and sediakan breakfast setiap hari. Bila kau duduk rumah Zizie?"

"Minggu depan..." jawab Hana.

"Start minggu depan, kau kena datang rumah aku setiap hari and setiap pagi sediakan breakfast di kondo aku di Sunway La Costa tingkat sepuluh," Akram dah start guna kuasa veto.

Mamat kepo ni! Suka suki hati dia ja nak arahkan aku. Ingat aku ni maid dia ka? Mangkuk retak betullah dia ni! Keturunan suku tiang karat kot! Suruh setiap hari pulak tu! Mamat ni sesungguhnya tak bertauliah! Teqa abang aku yang suka buli aku aku ni tak sekejamlah mamat kepo depan aku ni! Bencinya aku!!

Minah trafik ni kalau tak hangen, mesti tengah kutuk aku. Macam tak tahu...dah tengok kita ni macam nak telan je, mesti tengah kutuk. Hana, Hana...kenapalah kau ni tak lembut macam isteri-isteri yang lain? Kau ni keras je aku tengok.

"So, macam mana? Deal?" Akram menghulurkan tangannya. Nak buat deallah konon!

Dia main deallah pulak. Deal jelah Hana daripada kau kena duduk satu bumbung dengan dia.

Hana menyambut huluran Akram. "Acuerdo..."

"Apa tu? Pelik je bunyinya..." pelik Akram mendengar perkataan yang keluar dari mulut Hana.

"Deallah...ayo...itu pun tarak taukah?" ejek Hana.

"Amboi...tapi bahasa apa tu?"

"Spanish..."

"Boleh cakap Spanish ke?" sengaja Akram nak uji isterinya.

"Boleh sikit-sikit je..."

"Ok, cuba cakap nama suami saya Tunku Akram Haris..."

Amboi mamat ni! Nak main testing bahasa pulak!

"Nombre Tunku Akram Haris de mi marido," Hana cakap dalam bahasa Spanish. Cayalah!

"Kagum aku dapat isteri yang boleh cakap dalam bahasa lain..." puji Akram.

"Lagi nak test apa lagi?"

"Emm...cakap suami saya seorang pilot..."

"Mi marido es un piloto," jawab Hana senang. Bukan senang tau nak belajar bahasa Spanish ni. Dulu nasib baik masa dekat universiti, kawan dia yang berasa dari Spanish tapi masuk Islam sanggup ajar dia bahasa Spanish. Nama dia Nur Aisyah. Nama Spanish dia dah lupa. Susahlah nak sebut.

"Macam mana kau boleh cakap bahasa Spanish ni?" tanya Akram ingin tahu.

"Masa dekat universiti dulu...ada seorang kawan aku dari Spanishlah yang ajar aku. Tapi dia masuk Islam. Jadi dia pernah tanya aku nak tak dia ajar aku bahasa dia. Aku pun terimalah...tapi bukan senang tau nak ingat bahasa depa," cerita Hana.

"Patutlah pandai cakap bahasa Spanish. Apa pun oklah...nanti kalau kita honeymoon ke Sepanyol ke, boleh kau cakap bahasa Spanish," ujar Akram.

"Amboii!! Tak naklah...!" Hana segera beredar keluar dari bilik.

Akram hanya tersenyum melihat gelagat Hana. Hana...Hana...comel kau bila jadi macam tu.

AWAL pagi lagi telefon bimbitnya dah memekak. Sapa pulak telefon aku awal-awal pagi ni? Kacau betullah aku nak tidoq. Haish...tak leh tengok aku senang sikit! Mesti ada yang ganggu.

Hana mengambil telefon bimbitnya yang berada di bawah bantal. Dengan mata yang terbuka sedikit, dia memandang skrin telefon. Hah? Mamat kepo? Dia nak apa awal-awal pagi ni? Hana segera menjawab panggilan tersebut.

"Ada apa and nak apa?" tanya Hana. Tak bagi salam dah.

"Aku nak kau dat..." belum sempat ayat Akram habis, Hana mencelah.

"Hah?! Kau gila ke apa?"

"Apa yang gilanya?" tanya Akram pelik di talian.

"Kau gila ke nak aku! Aku takkan serah segalanya dekat kau!"

"Hoi minah trafik! Yang kau melalut apahal? Aku bukan nak tu...lain kali kalau aku cakap dengarlah dulu. Aku nak kau datang ke kondominium aku hari ni sediakan breakfast..."

Aduhai Hana! Malu seketul! Hana...Hana! Serbu tak pakai helmet! kan dapat malu ja!

"Hehehe...sorry. Aku masih mamai ni. Kau nak makan apa?"

"Aku nak makan...emm...emm...nak..."

Lah mamat ni. Cakap pun nak kena emm...emmm dulu ka?

"Cepatlah! Nak makan apa?"

"Janganlah garang sangat! Aku nak makan Spaghetti Carbonara. Don't worry...bahan-bahan semua ada. Cukup!"

"Itu ja? Ok...bye..." Hana memutuskan talian. Dia kembali tidur.

Selang beberapa saat, telefonnya berbunyi tanda ada mesej masuk. Hana membaca mesej tersebut.

Eh bangun! Jangan tidur balik! Aku bagi kau 30 minit...kalau tak sampai jugak...tahulah apa yang aku nak buat dekat kau...

Macam mana mamat ni tahu aku tidur balik? Dia hantaq spy mai intip aku ka? Hana memandang ke arah kiri dan kanan. Rasa seram sejuk pulak. Tanpa berlengah lagi, Hana segera bangun dan mandi.

Selesai melilit selendang di kepalanya, Hana mencapai telefon dan beg tangannya serta kunci kereta lalu keluar dari rumah.

Nampaknya hari ni dia kena dok sorang-sorang sebab Zizie flight ke Turki semalam. Flight dia esok. Tiba-tiba dia teringat perbualannya dengan Zizie semalam sebelum Zizie bertolak ke KLIA.

"Lusa aku ada flight. Macam mana aku nak bagitau Akram? Yalah, tiap-tiap pagi kan and setiap hari dia suruh aku masak breakfast untuk dia kecuali dia ada flight."

"Ok, macam ni. Hang habaq dekat Akram yang hang outstation lusa tu. Kan senang..."

Itu namanya menipu. Tapi nak buat macam mana? Dia dah tak ada jalan lain. Nampaknya dia terpaksa bohong dekat Akram. Ya Allah...ampunilah dosa aku kerana terpaksa bohong suami aku.

Hana berhenti di pondok pengawal. Ada seorang pak cik datang ke arah keretanya dengan membawa buku. Hana menurunkan cermin kereta.

"Nak jumpa siapa ya?" tanya pak cik tersebut.

"Saya nak jumpa Tunku Akram Haris. Dia cakap dia dah inform nama saya dekat pak cik..." jawab Hana sopan.

"Nama apa?" tanya pak cik tersebut sambil menyelak helaian buku itu.

"Nur Hana Adriana..."

"Sila tandatangan di sini..." Hana menandatangani dalam buku tersebut.

"Adik boleh parking di situ ya..." tunjuk pak cik itu ke arah kereta BMW hitam.

Itukan kereta Akram....kata Hana dalam hati.

"Terima kasih pak cik..." Hana memandu keretanya lalu memakir keretanya di tempat parking yang ditunjuk oleh pak cik tadi. Hana memandang ke arah kereta BMW di sebelahnya. memang sah kereta Akram.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Tertera nama Akram di skrin telefon. Hana menjawab panggilan tersebut.

"Kau naik lif tekan tingkat 10. Aku tunggu depan lif..."

Mamat ni macam tahu-tahu ja aku dah sampai. "Ok..." Hana memutuskan talian.

Hana masuk ke dalam lif lalu menekan butang nombor 10. Hana keluar dari lif apabila dia tiba di tingkat 10.

Keluar ja dari lif, Hana melihat Akram menunggunya di tepi dinding lif. Hana mengikut langkah Akram menuju ke kondominium milik lelaki itu. Kalau tak ikut, sesat pulak nanti.

Hana masuk ke dalam ondo milik Akram apabila Akram pelawa dia masuk gaya tuan puteri. Hana mengatur langkah menuju ke dapur. Hmm...kemas dan teratur. Pandai mamat ni jaga rumah. Sempat Hana memuji Akram. Tapi dalam hatilah. Kalau sebut depan-depan, kembang semangkuk.

"Apa yang kau tercegat dekat sini? Kena sampuk?" sergah Akram dari belakang. Sejak tadi dia melihat Hana hanya berdiri tegak di dapur.

"Oh mak kau melambung masuk dapur!" terlatah Hana dibuatnya. Kus semangat!

"Kau ni tak boleh bagi salam dulu?" marah betul Hana dengan Akram. Agaknya mamat ni memang suka main terjah lah. Nasib baik roh dia tak lari dari badan.

"Dah kau tu asyik mengelamun je. Cepatlah masak. Aku dah lapar ni. Spaghetti aku dah rebus...one more, spaghetti tu kau gaul sekali dengan kuah. Tak payah nak cedok dah..."

"Suka hati dia ja nak aqah oqang! Pikiaq aku ni apa? Tapi teqima kasihlah noh sebab tolong qebuih spaghetti tu..." Kedah datang ke mari.

"Awat pikiaq aku ni kejam sangat ka?"

Tu dia pakat speaking Kedah pulak.

"Memang hang kejam pun! Dahlah...hang pi dok kat ruang tamu dulu noh. Tengok tv ka apa ka. Aku nak masak sat...Ni oqang tengah masak, toksah dok mai kacau. Kot spaghetti carbonara jadi spaguling cartong sampah."

"Apa yang spaguling cartong sampah?" Akram masih tak faham dengan kata-kata Hana.

"Spaghetti tak jadi...jawapan dia apa? Ke tong sampah kan? Jadilah spaguling cartong sampah..."

"Ooo..." macam-macam isteri aku ni!

"Dah pi dok kat ruang tamu. Kalau spaghetti dah siap, saya panggil tuan ya..."

"Baik bik..."

Amboi mamat ni! Suka suki hati dia ja anggap aku bibik! Pikiaq aku ni kuli tak berbayar ka? Hana mula memasak. Oleh disebabkan spaghetti tu dah direbus dan ditoskan, senanglah kerja dia.

Selepas menggaulkan spaghetti dengan sosnya hingga sebati...Hana menutu api. Akhirnya siap! Senang ja buat spaghetti ni. Hana mencedok spaghetti tersebut ke dalam mangkuk lalu menghidangkan spaghetti tersebut di atas meja makan.

"Tuanku...spaghetti dah siap!"

"Wow! Sedapnya bau!" puji Akram. Tak sabar nak makan. Ini first time makan masakan Hana.

"Kau nak minum air pa?" tanya Hana. Takkan nak makan tak ada minuman pulak? Kang ada yang tercekik!

"Aku dah bancuh. Ada dalam peti sejuk tu. Air blackurrant," beritahu Akram.

Hana menuju ke arah peti sejuk. Rajin jugak mamat ni bancuh. Entah rasa apa air ni. Hana mengambil jag air yang berisi air blackurrant dengan dua cawan. Hana kembali ke meja makan. Hana menuang air blackurrant tersebut lalu serah kepada Akram.

"Pinggan?" tanya Akram. Macam mana nak makan kalau tak dak pinggan?

"Sorry...sorry...aku pergi ambil," Hana mengambil pinggan di dapur. Hana kembali ke meja makan. Dia mencedok spaghetti tersebut ke atas pinggan lalu menyerah kepada Akram.

"Kau tak makan sekali ke?" soal Akram apabila spaghetti tersebut hanya dihidangkan kepadanya.

"Kau makanlah dulu..." sebenarnya dia segan nak makan sekali dengan Akram.

"Tak apa...aku suap kau..."

Hah?! Dia nak suap aku??!

"Bukaklah mulut..." sudu sudah didekatkan kepada mulut Hana.

"Eii! Tak naklah. Kau makanlah dulu..." Akram menggeleng tanda tak setuju dengan kata-katanya.

Susah betullah mamat ni! Mahu tak mahu Hana membuka mulutnya. Akram menyuapkan spaghetti tersebut ke dalam mulut Hana. Alahai...romantiknya!

Akram menyuakan sudu kepada Hana. Hana mengerutkan dahinya. Kenapa pulak dah? "awat?"

"Suaplah aku pulak!"

Oh...inilah motif dia. Dia suap aku dan sebagai balasan aku kena suapkan dia! Bagusnya Tunku Akram Haris ni!

"Oh...ni nak minta balasan lah ni?" Akram mengangguk. Buat muka comel.

"Toksah buat muka comel lah! Tak comel pun!" Hana mencapai sudu lalu mencedok spaghetti tersebut dan disuapkan ke dalam mulut Akram.

"Sedaplah...nak lagi..."

"Hah...aku suap sekali je...jangan nak mengada-ngada!" Akram ni mengada-ngada betullah! Nak suruh aku suap bagai!

"Alah...suaplah lagi!"

Dia start dah merengek! Macam budak-budak betullah! Baiklah, kau nak sangat aku suapkan kan? Mai sini kita suap. Suapan power punya! Hahahaahaha!

Hana mencedok spaghetti tersebut lalu disuapkan ke dalam mulut Akram. Kasar pulak tu! Tak sempat Akram nak telan, Hana sumbat satu sudu lagi. Penuh mulut Akram dibuatnya. Akibatnya Akram tercekik.

Hana ketawa jahat melihat Akram tercekik. Tulah padan muka! Nak sangat aku suapkan...kita bagi suapan power punya.

"Sedap tak?" Hana memerli Akram.

Ooo...kenakan aku erkk?! Jaga kau!

Hana terus bangun dari daripada tempat duduk apabila Akram merenungnya dengan tajam.

Jadilah adegan kejar kejaran dalam kondo Akram. Siap baling bantal lagi tau! Jangan terkejut! Punya nak kejar Hana, Akram jadi superman. Terloncat-loncat Akram melangkah sofa.

Silap hari bulan Hana lari masuk bilik. Masuk bilik Akram pulak tu! Tak sempat nak kunci pintu, pintu ditolak dari luar. Akram masuk dan kunci tombol pintu ditekan. Akram melangkah ke arah Hana.

Ya Allah...selamatkanlah aku. Apa yang dia nak buat dekat aku ni? Dah tu ni bilik dia pulak tu! Aduhai Hana! Awat lari masuk bilik?

"You're in my territory," ujar Akram bersama senyuman nakal.

Masya-Allah...awat dia senyum macam orang sewel campur biul? Takut pulak aku tengok.

"Akram...stay there!"

"Nope...this is my territory and I can do what I want in my room..."

Seram pula Hana mendengar kata-kata Akram. Mamat kepo ni nak buat apa dekat aku? Itulah kau! Bagi suapan power sangat! Kan dia dah lagi power dari kau!

Badan Hana sudah tesandar di dinding bilik. Akram melekapkan kedua-dua tangannya di dinding. Mematikan langkah Hana.

Wajah Hana yang takut-takut itu dipandang. Comel jugak minah trafik ni kalau takut. Bila marah nampak cantik, bila takut nampak comel.

"Kenapa? Takut?"

"Hah?! Ta...takut? Ma...ma..na... a...da!" nafi Hana.

"Ya ka? Nampak sangat kau takut. Apa yang kau takut sangat?" tanya Akram nakal. Seronok pula duduk dalam keadaan macam ni. Astaghfirullahalazim! Akram! Mengucap!

"Eii! Dahlah! Tepi...aku nak keluar!" semakin takut pula Hana dengan Akram ni. Kang dia buat benda yang tak senonoh dekat aku, ke tak naya!

"Tak boleh. Aku boleh buat keputusan whether you should stay or not..."

"Akram boleh tak jangan main-main? Tepilah aku nak keluar..." Hana sudah separuh merayu. Dia benar-benar takut dengan Akram sekarang ni.

"Oklah...sorry...aku betul-betul minta maaf pasal tadi. Ok, aku janji kalau kau lepaskan aku, aku suap kau macam raja..."

"Ya ka? Entah-entah kau nak suap aku macam tadi..." Akram masoh tak percaya dengan kata-kata Hana.

"Sumpah!" Hana siap angkat tangan seperti orang sedang berikrar.

"Ok..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience