BAB 31

Romance Completed 254384

Akram duduk termenung di Taman Tasik Titiwangsa. Duduk termenung memikirkan nasib dia dan Hana. Kenapa Hana tipu aku dan tak bagitahu perkara yang sebenarnya. Dah nak masuk empat bulan dia bohong aku pasal kerja dia tu.

Baru semalam dia nyatakan perasaannya kepada Hana dan semalam juga Hana menerima perasaannya itu. Tapi kenapa hari ni semuanya menjadi hitam? Kenapa aku bodoh sangat tak tanya Hana tentang kerjanya?

Arghh!!! Aku benci semua ni! Aku benci kau Nur Hana Adriana! Kau saling tak ubah macam Sheila. Sama-sama tak ada agama! Kenapa aku perlu jumpa perempuan-perempuan yang spesis macam ni? Menyemak otak aku lah! Sheila dengan lelaki lain, Hana tentang pekerjaan dia yang mendedahkan auratnya.

Takkan Hana tak boleh nak fikir tentang kerjanya itu? Libatkan aurat atau tak? Dia pakai tudung kot! Sepatutnya dia tak payahlah terima kerja tu sebab ianya mendedahkan auratnya. Huh! Orang tak dak agama. Mana pandai nak beza hitam dan putih! Sebab tulah terima je tawaran tu lepas tu bukak tudung ikut suka hati je.

DARI tadi telefon Hana berdering. Panggilan dari Zizie. Sengaja dia tak jawab panggilan tersebut. Buat masa sekarang, dia nak tenangkan fikiran dan dirinya. Dia tak nak berhubung dengan sesiapa pun.

Sebelum dia menuju ke airport, dia sempat ke syarikat penerbangan milik walid Akram. Terkejut Encik Zakri apabila dia meletakkan jawatan sebagai pramugari untuk selam-lamanya. Setiap soalan daripada Encik Zakri dia hanya diam membisu.

Selesai urusan dia dengan Encik Zakri, Hana segera memandu ke KLIA. Nasib baik ada tiket ke Langkawi lagi. On time.

Sampai di Langkawi, ingatkan nak tidur chalet. Tapi hasratnya terbantut apabila terjumpa dengan kawan lamanya, Syira.

Syira mengajaknya tidur di rumah dia. Hana hanya bersetuju. Teringin jugak nak sembang dengan kawan lamanya sejak sekolah menengah.

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Tersembul wajah Syira di hadapan muka pintu. "Jom makan. Mak aku dah siap masak."

"Bagi aku lima minit..."

Syira beredar menuju ke dapur. Hana turun dari katil lalu mencapai tudung. Selepas menyarung tudung di kepala, Hana keluar dari bilik menuju ke dapur.

"Hah Hana. Mailah makan sekali," ajak Puan Najma apabila ternampak Hana sedang melangkah ke arah dapur.

"Wah, sedapnya bau! Mak cik masak apa ni?"

"Alah...sambal udang dengan ikan goreng ja. Special sambal belacan!"

"Favourite saya tu mak cik. Macam tahu-tahu ja Hana teringin nak makan sambal belacan," ujar Hana gembira. Dapat makan sambal belacan pun syok? Isy...isy...isy...

"Bukan aku tak tau yang hang ni suka makan sambal belacan kan? Dulu masa sekolah menengah buat kenduqi, ada sambai belacan hang yang sambaq dulu kan?" Syira mengembalikan memori sekolah menengah mereka dulu. Masa tu tingkatan empat.

"Hehehe...nampaknya hang still ingat noh?"

"Mesti lerr..."

"Dah dahlah sembang tu. Makan. Mak nak pi panggil ayah hang sat..." Puan Najma segera beredar menuju ke biliknya.

ZIZIE gelisah di ruang tamu. Sejak tadi dia call Hana, Hana langsung tak jawab panggilannya. Entah ke mana Hana pergi. Sampai ke tidak lagi. Risau betullah. Zizie mencuba sekali lagi tapi jawapannya hampa. Tak diangkat. Hana ni suka betul buat orang risau! Agaknya ini dah kali ke tiga puluh dia call Hana.

"Macam mana? Dapat?" tanya Daus.

"Tak..."

"Hana, Hana...suka sangat bagi oqang qisau!" komen Daus.

"Tak palah. Korang baliklah dulu. Lagipun dah malam ni. Kalau ada news pasal Hana, aku bagitau korang."

Bukan nak halau tapi kesian dia tengok Farzana seakan dah tak larat. Maklumlah kan Farzana mengandung. Rasa tak larat tu wajib ada.

"Tak apa. Kami stay dekat sini. Boleh kan sayang?" Daus memandang isterinya. Kesian tengok isterinya yang dah keletihan itu.

"Boleh je abang. Saya tak kisah..." ujar Farzana lembut.

"Barang-barang korang? I meant baju and kelengkapan korang?"

"Tu. Ada dah dalam kereta. Don't worry. Sebenarnya kami memang dah plan nak tinggal dekat rumah kau dalam tiga hari macam tulah. Kesian pulak dekat isteri aku ni duduk sorang-sorang dekat rumah bila aku pergi kerja..."

"Ohh...oklah kalau macam tu."

Kini fikiran Zizie kembali tertumpu kepada Hana. Dia mencuba telefon Hana lagi. Tapi macam biasalah. Panggilan tak berjawab.

"Daus, aku risaulah. Cuba hang pulak yang call."

Giliran Daus pula menelefon Hana. Tapi macam biasalah. Tak diangkat. Daus mencuba sekali lagi, namun jawapannya hampa. Selang sepuluh minit kemudian, Daus kembali call Hana. Daus menghambuskan nafas lega apabila panggilannya dijawab oleh Hana.

"Assalamualaikum! Hana, hang tang mana la ni? Hang dah sampai ka??" macam peluru berpandu Daus bertanya.

Hana berasa sebak di talian. Mesti kawan-kawan dia tengah risaukan dia sekarang ni. "Waalaikumussalam. Aku dah sampai. Sekarang aku ada tang Langkawi. Hang jangan bagitau sapa-sapa tau tak termasuk Zizie dan Farzana. Jangan sesekali cakap dekat family mamat kepo bangang tu dan family aku, ok? Janji dengan aku?!"

"Ya...aku janji. Hang makan dak lagi ni? Hang dok menginap tang mana? Chalet?" soal Daus lagi. Dia nak kepastian yang Hana betul-betul dah sampai dan dalam keadaan selamat.

"Aku dah makan tapi aku bukan dok kat chalet. Aku dok kat rumah kawan lama kita. Syira..."

"Syira?"

"Ha arr...Syira Afifa. Takkan hang tak kenai??"

Daus berfikir di talian. "Yang dulu serabai tu?"

"Ingat pun!"

"Tak apalah kalau macam tu. Jaga diri hang baik-baik dekat sana. One more, kirim salam kami dekat Syira. Bye, assalamualaikum!"

"Waalaikumussalam! Daus! Tolong ambik kereta aku dekat airport tau! Risau aku tinggal kereta aku tu dekat airport."

"Ok..."

Daus memutuskan talian. Lega bila dah dapat cakap dengan Hana. Kalau tak, selagi tulah akan risau dengan keadaan Hana.

"Macam mana?" tanya Zizie ingin tahu.

"Dah sampai dah. Dok kat Langkawi...duduk dekat rumah Syira serabai!"

"Syira serabai??" pelik pulak Zizie mendengar kata-kata Daus. Tak ingatlah tu!

"Syira Afifa a.k.a. Syira serabai masa sekolah menengah dulu..." Daus cuba kembalikan memori Zizie.

"Oh ya! Aku ingat!" lega Zizie mendengar kata-kata Daus. Rasa tenang hati dia sekarang ni.

Tapi sekarang dia ada satu masalah. Masalah dengan Akram. Nampaknya tak lama lagi Akram ni memang nak makan cepukan HI-5 dia tak lama lagi. Suka suki hati dia ja nak kata dekat Hana macam tu! Memang nak makan saman lima kilometer betullah!

Bukan salah Hana pun semua ni! Aku yang paksa dia. Awalnya Hana tolak. Tapi sebab paksaan dia, Hana terima.

"Hana...please terimalah job tu."

"Awat aku nak kena terima job tu?"

"Aku tahu buat masa la ni hang perlukan job kan? Terimalah Hana job tu. Boleh hang teman aku atas flight sekali nanti..."

"Bagi aku fikir dululah...ini kaitan dengan aurat aku jugak kot!"

Tengok-tengok esok Hana call yang dia accept job sebagai pramugari. Tak sangka bila Hana terima job tu, semuanya akan jadi macam ni. Menyesal dia memaksa Hana menerima job tersebut.

HARI INI Zizie, Daus dan Farzana menuju ke rumah umi dan walid Akram. Tujuannya nak cari Akram. Ada hal. Tapi harapan mereka hampa apabila umi Akram kata yang Akram flight ke Auckland, New Zealand.

Umi Akram tertanya-tanya kenapa dan apa yang dah jadi antara Akram dan Hana. Mulanya Zizie tak nak bukak cerita tapi memandangkan umi Akram seperti terdesak dan ingin tahu apa yang telah terjadi, Zizie terpaksa buka cerita. Hanya dekat mana Hana bersembunyi ja Zizie tidak bagitahu.

"Patutlah semalam Akram badmood sangat! Rupa-rupanya tentang Hana, Akram dah tahu..." ujar Ku Masyitah lalu kakinya disilangkan. Gaya mak datin konon.

"Tapi auntie...tak sepatutnya Akram cakap kurang ajar dekat Hana..."

Ku Masyitah memandang Zizie. "Cakap kurang ajar? Maksud Zizie?"

"Yalah. Dia cakap dekat Hana yang Hana tu perempuan tak dak agama. Bukan biadab ka tu?"

"Dia cakap macam tu dekat Hana?" Zizie mengangguk.

"Kesian dekat Hana. Yang Akram ni pun satu. Kenapa cakap dekat Hana macam tu? Hesy!" Ku Masyitah mendengus. Tak sangka anak lelakinya bertindak sebegitu.

"Tak apa Zizie. Nanti kalau dia dah balik, tahulah auntie nak 'basuh' dia."

"Thanks auntie. Lepas auntie, biar Zizie yang 'spin' dia nanti. Kami baliklah dululah auntie..." Zizie meminta izin untuk beredar.

"Eh, jomlah makan dekat sini dulu..."

"Tak apalah auntie. Lain kali je sebab si Zana ni nak kena buat check up."

"Oh ya ka?Hmm...tak apalah kalau macam tu..."

Zizie dan Farzana menyalami Ku Masyitah. Mereka segera beredar menuju ke kereta.

Ku Masyitah kembali duduk di atas sofa. Memikirkan tentang Hana dan Akram. Kenapa Akram jadi begitu? Selalunya Akram tak pernah sebiadab macam tu. Akram, Akram...suka cakap terlajak sebelum fikir apa yang terjadi nanti.

Agaknya ibu dan abah Hana tahu tak pasal ni? Mesti tak tahu lagi. Apapun mesti call ibu dan abah Hana. Nak bincang semua ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience