BAB 41

Romance Completed 254393

Wajah seri pengantin dilihat dari tepi. Sejak tadi asyik dok kipas je si Zizie ni. Jadi pengapitlah katanya. Seorang lagi yang jadi pengapit Adham adalah suaminya, Akram. Jelas sangat di wajah suaminya juga turut kelihatan perforado (bosan). Yalah, pengantin sedap-sedap je duduk atas kerusi. Yang kami ni asyik berdiri aje dari tadi.

Dari tadi Akram asyik melihat ke arahnya. Membuatkan dirinya jadi tak selesa. Hana menilik dirinya dari atas sampai ke bawah. Apa yang tak kena dengan dirinya pun tak tahu. At last, Hana hanya buat bodoh. Lantaklah kalau dia nak usya pun. Itukan mata dia. Dia tak dak hak nak berhentikan mata orang dari melihat.

"Hana...hang peqang lagi ka dengan Akram?" tanya Zizie. Tapi, perlahan jelah.

"Entah..." satu patah perkataan keluar dari mulut Hana. Acuh tak acuh je jawapan dia.

Kembang mata Hana melihat sanak saudara family Akram. Semuanya jadi adik beradik Incredible Hulk termasuk dia sekali. Semua warna hijau. Ibu dan abah dia pun pakai baju dengan warna yang sama. Hailah, ambik tema pun kaler hijau. Sungguh tak kena dengan jiwa aku. kata Hana dalam hati.

Dah habis upacara renjis-renjis dengan taboq (tabur) air mawar dengan apa jenis bunga ataupun daun dekat tangan si Zizie dengan Adham ni, Hana dan Akram iring pengantin turun dari pelamin. Majlis banyak punya grand! Siap dengan stage untuk pengantin lalu. Macam pertandingan promosi baju pulak rasanya.

Ketika jalan menuju ke meja makan, Akram sempat menggenggam erat tangan Hana. Jelingan Hana, Akram hanya buat tak endah. Lagi erat dia genggam tangan Hana.

Mamat ni memang sengaja nak ambik kesempatan yang sedia ada. Kalau jalan tu, tak pegang tangan aku tak boleh? Sajalah tu kononnya nak tunjuk aku ni dah berbaik dengan dia depan ibu dan abah. Dasar plastik polisterin! Akram membawa Hana ke arah ibu dan abah Hana.

"Ibu dan abah apa khabar? Sihat?" tanya Akram sopan.

Hana mencebik! Buat-buat baik konon! Pirah dengan kesopanan kau tu! Tak boleh blah aku!

"Ibu dan abah sihat ja. Hang dengan Hana macam mana? Dah baik ka?" tanya Haji Zainudin.

Serta merta Akram memeluk pinggang Hana erat. "Alhamdulillah, dah ok. Cuma hari ni dia badmood sebab dia dilawat oleh kawan baik dia..."

Hana menyampah dengan watak yang dilakonkan oleh Akram. Pikiaq aku caya dengan kata-kata hang? Pirah! Boleh dapat Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik 2014! Tapi, macam mana mamat ni tahu 'kawan baik' aku datang melawat? Haish! Mamat ni hendap aku ka?

Haji Zainudin dan Hajah Aisyah ketawa mendengar kata-kata menantunya. Patutlah muka Hana hari ni macam cucuq bom! Muka tu asyik murung aje!

"Ni makan ka tak lagi?" tanya Hajah Aisyah.

"Belum!" jawab Hana dengan Akram serentak.

Hana memandang Akram. Dia mencebik.

"Dah, pi makan dulu. Kalau tak makan, nanti pequt masuk angin!" prihatin Hajah Aisyah.

"Ibu dan abah ok tak duduk dalam ni?" tanya Akram. Manalah tahu kalau tak suka atau tak selesa.

"Kami ok ja. Tak payah qisau."

"Oklah kalau macam tu. Sayang, jom [ergi makan. Abang laparlah..." adu Akram. Sengaja!

"Baiklah abang!" matanya dijegilkan apabila memandang Akram. Mereka beredar.

Sampai di meja makan, Hana mencubit lengan Akram. "Sengaja kan?"

"Apa yang sengajanya?" soal Akram kembali sambil tangannya menggosok lengannya yang dicubit Hana.

"Sengaja berlakon depan ibu dan abah yang kononnya kita dah berbaik dan tengah bahagia sekarang ni? Mangkuk polisterin betul!"

"Mangkuk polisterin nilah suami sayang sekarang tau!"

"What ever!" Hana tayang wajah whatever nya.

"Lagi satu, macam mana kau tahu yang aku...hari ni? Kau mengendap?" tanya Hana ada unsur-unsur tuduhan.

"Ye ke? Manalah aku tahu. Aku cakap je tadi..."

Hana tayang muka seringgit lima puluh sen tak laku. Hesy! Malu betul bila tekaan Akram memang tepat. Lagipun hari ni hari last kawan 'baik' dia datang melawat.

Selepas makan, Hana menuju ke arah Zizie. Dari tadi sibuk dok layan tetamu. Tengok Zizie senyum pun dia dah tahu yang kawan dia penat sekarang. Senyum pun dah jadi plastik!

"Penat?" tanya Hana apabila berdiri si sebelah Zizie.

"Gila hang tak penat. Aku ni dah tak laqat nak senyum dah ni. Aku rasa majlis belah Adham lagi penat dari majlis aku dua minggu lepas..." ujar Zizie.

"Hang nampak tak mak aku?" mata Zizie melilau mencari kelibat maknya.

"Tadi aku nampak mak hang dok sembang dengan mak mentua hang a.k.a. mak mentua aku jugak!"

Akram menuju ke arah Adham lalu memeluk bahu Adham. "Jaga Zizie elok-elok. Kalau bergaduh, bincang elok-elok. Jangan jadi macam abang."

"Baik bos..." Akram mengangkat tabik kepada Akram.

"Abang...abang dengan Kak Hana kan dah setahun kahwin, takkan tak ada apa-apa lagi?" Adham sengaja mengusik abangnya.

Akram menumbuk muka Adham perlahan. Mereka berdua ketawa. Ketawa mereka mengundang pelik di hati Zizie dan Hana.

"Apahal gelak-gelak ni?" soal Zizie.

"Adalah...hal orang lelaki. Orang perempuan mana boleh tahu..." seloroh Adham.

Akram dan Adham ketawa sambil tersenyum nakal lalu memandang pasangan masing-masing. Hana dan Zizie buat-buat tak tahu. Malas nak ambik tahu.

AKRAM dan Hana masuk ke dalam bilik. Masing-masing terasa penat. Hana mencapai baju dan tualanya lalu masuk ke dalam bilik mandi. Badannya rasa tak selesa. Jadi, sebelum tidur, baik dia mandi.

Selepas menyarungkan tudung di kepala, Hana keluar dari bilik mandi. Terkejut dia apabila tiba-tiba Akram memeluknya dengan tidak berbaju dan hanya berseluar pendek paras lutut sahaja. Awat pulak mamat ni? Dengan tak pakai baju, tiba-tiba datang peluk aku!

Hana cuba melepaskan dirinya daripada pelukan Akram. Tapi semakin dia mencuba, semakin erat Akram memeluknya. Macam tak mahu lepas langsung.

"Kau ni dah kenapa? Lepaslah!"

"Abang boleh lepaskan sayang tapi dengan satu syarat..." Akram mula main syarat.

"Condiciones pulak! Apa?"

"Syaratnya sayang harus maafkan abang. Kenapa sampai sekarang sayang masih dingin dengan abang sedangkan sayang dah tengok bukti tentang semua gambar tu dan abang pun dah mintak maaf dekat sayang atas semua kesalahan abang."

"Senangkan orang lelaki sekarang ni. Lepas buat kesalahan, mintak maaf ja yang dia pandai. Masa dia buat, dia tak fikir perasaan orang macam mana! Do you know how much I pain with your words when you say to my parents like that?! Do you know how much I pain that time? Can you give me some idea how much I pain that time?!!" Hana cuba menahan amarahnya. Senangnya minta maaf!

Akram terdiam sementara. Memang dia tahu rasanya macam mana. Tapi, serius masa tu dia terlepas cakap. Sumpah tak terniat pun nak cakap macam tu.

"Abang tahu macam mana rasanya. Serius sayang...masa tu abang terlepas cakap. Abang mintak maaf. Abang serius tak sengaja terlepas cakap masa tu. Maafkan abang sayang..." Akram mula merayu. Dia memang betul-betul menyesal.

Hana memikir kata-kata Akram. Nak percaya atau tidak?

"Bagi satu sebab kenapa aku kena maafkan kau?" Hana main-main dengan Akram.

"Sebab Allah boleh maafkan kesalahan hambanya. Tapi kenapa sayang tak boleh maafkan kesalahan abang?" keningnya dijongketkan dengan senyuman menggoda.

"Ok, aku akan maafkan kau tapi dengan satu syarat."

"Apa syaratnya?"

"Kalau nak marah ke nak emosi ke, please jangan sebut sekali dengan parents. one more, izinkan aku untuk kerja sebagai doktor dekat hospital..."

"What? Jadi doktor? Biar betul isteri abang nak jadi doktor?" Akram mencuit hidung isteriya.

"Isy apa ni? Main hidung orang pulak. Ya, betul. Kenapa tak percaya?"

"Percaya...boleh je sayang nak jadi doktor. Jadi, sayang dah maafkan abang ke tak lagi?" Akram mengeratkan lagi pelukannya. Bergelora nafsunya.

"Yelah...aku dah maafkan. Lepaslah..."

"Nope. Look into my eyes and say that you had forgive me..."

Mamat ni main-main pulak! Nak suruh usya mata dia pulak! Tak jadi qeja langsung dengan mamat ni.

Perlahan-lahan Hana merenung ke dalam anak mata Akram. Tiba-tiba jantungnya berdegup kencang. Awat pulak dengan jantung aku ni? Buat hal pulak!

"Aku dah maafkan kau..." perlahan ayat itu keluar dari bibir manis Hana. Ayat itu diungkap dengan sepenuh hati dan penuh keihklasan.

Akram tersenyum. Akhirnya...Hana maafkan dia jugak. Allhamdulillah...lega rasanya. Tanpa sedar, bibirnya darat pada dahi Hana. Lama. Hana hanya kaku. Merelakan semua perbuatan Akram kepadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience