BAB 46

Romance Completed 254393

Zeck dan Zafira turun ke ruang makan. Malam ini, Zeck bertekad untuk berterus terang pada mama dan papanya tentang Sheila. Dia dah tak kisah kalau dimaki hamun skeali pun. Apa yang penting, anaknya yang berada di dalam kandungan Sheila sekarang ni.

Zeck duduk berhadapan dengan mama dan papanya. Zafira duduk di sebelah abangnya. Senang nak backup nanti. Dato' Razif dan Datin Maziah buat-buat tak endah dengan kehadiran anaknya yang sorang itu.

Suasana di meja makan sunyi sepi. Tiada sepatah perkataan pun keluar dari mulut masing-masing. Kalau dulu, meja makan ni riuh dengan gelak tawa mereka seisi keluarga...tapi sekarang?

Selepas makan, Zeck berhadapan dengan mama dan papanya diikuti oleh Zafira. Sebelum memeulakan percakapannya, Zeck menarik nafas dalam-dalam.

"Mama, papa...can we talk for a while?" Zeck memulakan perbualan.

"About what Zeck? About that one again?! If about that, I disagree!" tegas Datin Maziah.

"You're true mama. But, what can I do? She's pregnant my baby. My baby mama!"

"What?! Say it again. I want to hear it clearly..."

"Yes mama. Dia mengandungkan anak Zeck and I want to take responsibility after what I have done to her. Mama dan papa kenal dia. Her name is Sheila Aina."

"Sheila Aina? Model seksi dan terdedah aurat sana sini tu?!" suara Datin Maziah sudah hilang rentak.

"Yes mama. Dialah orangnya and I want to take responsibility after what I have done to her. Is it clear? Takkan itupun salah mama? Papa?"

"Entahlah Zeck. Mama dah tak tahu nak buat macam mana lagi. Mama dah malas nak fikir. But listen to me carefully. Lepas kahwin dengan minah tu, mama tak nak Zeck dan perempuan tu duduk dekat sini sampailah perempuan tu berubah! Kalau perempuan tu dah berubah, dah insaf...baru Zeck dan perempuan tu boleh balik dekat sini...!" ujar Datin Maziah keras.

"Mama halau Zeck? Sampai hati mama! How could you mama!" Tanpa menunggu apa lagi, Zeck terus bangun menuju ke biliknya. Terasa dengan kata mamanya.

"Abang! Sampai hati mama halau abang! Abang!!" Zafira bangun lalu mengejar abangnya. Risau betul kalau abangnya buat sesuatu di luar kawalan. Lagipun abang dia baru nak berubah.

"Abang!! Bukak pintu ni!" Zafira mengetuk pintu bilik abangnya.

"Get lost Fira! Leave me alone! Get lost!!!" jerit Zeck.

Prangg...bunyi kaca pecah. Zafira mula rasa tidak sedap hati. Mesti abang tumbuk cermin. Kemudian, bunyi lagi kaca pecah.

"Abang! Don't do something out of your mind! Please abang! Bukak pintu ni!" Zafira masih memujuk. Agaknya ini kali ke sepuluh abang tumbuk cermin.

Zafira lari menuju ke biliknya. Laci meja solek ditarik. Dia mencapai kunci pendua pintu bilik abangnya. Dia kembali ke bilik abangnya.

Selepas membuka kunci pintu, Zafira segera membuka pintu. "Ya Allah! Abang!!" terjerit Zafira apabila melihat abangnya terbaring kaku di atas lantai. Zafira menuju ke arah abangnya.

"Mama dan papa jangan masuk!!" Zafira memberi amaran. Dia bangun lalu menuju ke arah pintu. "Mama dan papa yang buat abang jadi macam ni!" Zafira terus menutup pintu lalu menuju ke arah abangnya kembali.

"Ya Allah abang! Kenapalah abang buat macam ni? Kenapa abang tak sabar je dengan semua ni?" Zafira memangku kepala abangnya di atas pahanya. Darah banyak keluar daripada tangan abangnya. Tanpa berlengah lagi, Zafira segera menelefon doktor peribadi keluarganya, Doktor Rifa.

Dalam beberapa minit kemudian, pintu bilik abangnya diketuk. Zafira bangun menuju ke pintu. Doktor Rofa berdiri di hadapan pintu.

"Masuklah Doktor Rifa...mama dan papa no entry!" Zafira kembali menutup pintu apabila Doktor Rifa masuk ke dalam bilik abangnya.

"Kita letak dia atas katil. Senang nak ubat tangan abang awak," arah Doktor Rifa.

"Apahal pulak kali ni?" tanya Doktor Rifa. Bukan dia tak tahu, kalau dapat panggilan daripada Zafira je,cmesti Zeck yang buat hal.

"Macam biasa...marahkan mama..." balas Zafira.

Selepas meletakkan ubat pada luka di tangan Zeck, Doktor Rifa membalut tangan Zeck dengan pembalut kasa.

"Doktor, apa yang membuatkan abang saya pengsan? Selama ini dia tak pengsan pun?" tanya Zafira ingin tahu.

"Kalau ikutkan keadaan abang awak ni, dia stres. Dia emosi...dengan darah yang mengalir banyak. Nasib baik abang awak tak kekurangan darah..." sempat Doktor Rifa buat lawak.

"Isy doktor ni. Kalau setakat tumbuk cermin...nak kurang darah apanya!"

"Luka tangan abang awak memang dalam. Jadi saya kasi ubat sapu dan ubat antiseptik ni untuk cuci luka abang awak," Doktor Rifa menyerahkan ubat-ubat tersebut kepada Zafira. Siap dengan pembalut kasa lagi.

"Terima kasih doktor..." Zafira memerhati abangnya.

"Sama-sama. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya balik dulu?"

"Yalah...once against...thanks..."

"No problem!" Doktor Rifa keluar dari bilik Zeck.

Abang, abang...tak boleh kawal perasaan, sakit yang dapat. Kenapalah abang tak cuba untuk bersabar? Kenapa abang ikut perasaan? Zeck Hanif Dato' Razif memamng cepat baran sikit dan cepat yang terpujuk.

Zafira lentok kepalanya di sisi katil. Akhirnya terlelap.

HANA terjaga dari tidurnya. Aduhai, terlepas sembahyang subuh lagi! Kenapalah dengan aku ni? Dah sepuluh hari aku terlepas sembahyang subuh. Sejak akhir-akhir ni, badannya terasa sedikit letih. Nak kata buat kerja berat, dak pun.

Krutt...perutnya berbunyi. Ini satu lagi masalah dia. Asyik lapar ja sekarang ni. Sebelum ni, tak pernah pun jadi macam ni. Kalau makan, mesti nak tambah. Akram pun naik pelik dengan dirinya. Bukan setakat Akram, satu family Akram termasuk Zizie pun pelik dengan dirinya. Tapi dia...ada kisah?

Tak boleh tahan lapar dah ni! Aku mesti cepat mandi! Perut ni pun bunyi macam tak makan sebulan. Keriut je memanjang. Hana terus ke bilik mandi.

Selepas menyarung tudung di kepalanya, Hana terus menuju ke ruang makan. Umi dan walid pun tengah sarapan. Zizie tak bangun lagi.

"Good morning!" sapa Hana lalu duduk di kerusi meja makan.

"Good morning Hana. Awal bangun hari ni?" tanya Ku Masyitah.

"Macam mana tak awal umi? Perut ni asyik lapar je..." adu Hana.

"Kalau macam tu, makanlah. Hari ini umi masak nasi lemak dengan ayam goreng berempah. Makanlah..."

"Patutlah dari atas lagi dah bau sedap!" puji Hana. Dia segera mencedok nasi lemak dengan kuah sambal. Dia mencapai paha ayam goreng berempah.

"Kalau Hana nak tahu, umi ni memang masak sedap!" puji Tunku Amran.

"Ya walid?" Tunku Amran mengangguk.

"Patutlah walid boleh terpikat..." Hana mengusik.

"Hesy Hana ni! Ke situ pulak!" tepis Ku Masyitah. Malulah tu...

"Betullah umi...Hana pun boleh terpikat!" Hana menambah perisa usikan.

"Oklah...saya pergi dulu..." Tunku Amran mengundur diri.

"Baiklah..." Ku Masyitah menyalami Tunku Amran begitu juga Hana.

Hana kembali menyambung sarapnnya. Perutnya dah tak tahan lapar lagi. Tambah-tambah lagi bila aroma ayam goreng berempah menusuk hidungnya. Lagila buat perutnya bertambah keroncong.

Ku Masyitah kembali ke meja makan. Sama agenda dengan Hana. Nak makan sarapan pagi.

"Selamat pagi umi!" ada suara menyapa mereka.

"Zizie...duduklah. Hari ni umi masak nasi lemak dengan ayam goreng berempah. Makanlah..." pelawa Ku Masyitah.

"Patutlah dalam bilik pun boleh bau...rupanya umi yang masak!" puji Zizie.

Hana hanya buat tak endah dengan perbualan Ku Masyitah dan Zizie. Dia hanya layan perasaan lapar dia je. Ini dah dua kali dia tambah. Confirm badan up nanti.

Zizie hanya tengok Hana pelik. Dah dua kali tambah! Masya-Allah, dia makan ke tak semalam? Yang dia dapat baca perubahan Hana sekarang ni ialah makan banyak. Tengoklah sekarang dia makan kan? Tengah hari satgi lagi dahsyat. Pelik. Selalunya Hana tak pernah macam ni punya makan banyak kecuali di kampung. Apa kena dengan kawan aku ni? Zizie hanya memerhati kawannya makan.

Hana perasan dirinya diperhatikan. Dia menoleh ke arah Zizie. "Kenapa hang tengok aku sampai macam tu sekali?"

Zizie menggeleng. "Tak ada apa-apa. Seronok tengok kawan aku ni makan." ayat yang tak boleh diterima pakai.

"Ya ka? Ka hang dok tengah mengumpat aku?"

"Tak ada apa-apalah. Dah, makan! Turn aku pulak nak makan..." Zizie mencedok nasi lemak dengan kuah sambal dan mencapai ayam goreng berempah.

Hana mencedok nasi lemak dengan kuah sambal sekali lagi. Nampaknya dah jadi tiga kali.

Ku Masyitah hanya tersenyum memandang Hana. Berselera sungguh Hana makan. Betul cakap Haji Zainudin dan Hajah Aisyah. Hana ni memang kuat makan. Kalau boleh, makan memang tak boleh berhenti.

"Hana...Zizie...nak tak ikut umi pergi ke mall? Umi ada nak beli barang sikit. Nak ikut?" soal Ku Masyitah.

"Zizie ok je umi. Tak tahulah kalau Hana ni. Makan tak berhenti lagi ni," sengaja Zizie mengusik Hana.

"Perli nampak!"

"Bukan perli...hanya mengata."

"Jadi macam mana Hana? Nak ikut umi pergi mall tak?"

"Ok je umi..." balas Hana.

"Hah! Umi nak culik isteri Akram pergi mana pulak ni?" Akram yang sedang turun tangga segera menyoal uminya.

"Ikut suka hati umilah nak bawak menantu umi ni pergi mana. Kenapa sibuk sangat?"

"Mana boleh. Ni isteri Akram. Mana boleh culik-culik macam tu je. Kena mintak izin dulu..."

"Amboi! Guna kuasa nampak! Umi nak bawak menantu umi ni pergi mall. Boleh Tunku Akram Haris Tunku Amran?"

"Ooo...boleh umi Ku Masyitah..." ujar Akram sambil tersengih.

"Ingat elok dahlah tu tersengih macam tu!" perli Ku Masyitah.

Akram duduk di sebelah Ku Masyitah. Tengok Hana makan. Agak-agaknya ini kali ke berapa dah Hana makan?

"Berapa kali dah ni?" tanya Akram.

"Empat kali..." jawab Zizie.

"Empat kali? Tu dia...banyaknya makan! Sayang tak makan ke semalam?"

"Makan...tapi entah pagi ni lapar lain macam," Hana meneruskan suapannya.

"Dah sepuluh hari tau sayang makan banyak. Badan pun abang tengok dah up sikit..." jujur Akram berkata.

"Serius? Biar jelah..." Hana tak ambil peduli pasal badannya. Lantaklah. Kini, perutnya sudah berasa kenyang. Alhamdulillah...Hana membawa pinggannya ke dapur.

Siap mencuci pinggan, Hana kembali ke meja makan. Air blackurrant dihirup sedikit.

"Berhenti pun makan!" ujar Zizie.

"Biarlah..."

"Bersiaplah...umi nak pergi sekarang..."

"Hana dah siap..."

"Kalau macam tu, tunggu kejap. Zizie pergi siap kejap..."

Almari baju dibuka. Baju warna ungu dan seluar putih dicapai lalu segera ke bilik mandi.

Selepas menyalin pakaiannya, Zizie segera meja solek. Ketika itu Adham baru bangun tidur.

"Nak pergi mana?"

Zizie menoleh. Dah bangun rupanya. "Nak keluar dengan umi ke mall. Boleh saya ikut?"

"Boleh. Pergilah. Tapi janganlah lama sangat. Nanti rindu..." Adham dah start ala-ala galak dia.

Tak payah nak gatal sangat erkk. Oklah, saya keluar dulu," Zizie keluar dari bilik selepas menyalami Akram.

"Dah siap? Jom!"

ZAFIRA terjaga dari tidurnya. Sekarang dah pukul berapa? Zafira bangun lalu melihat jam loceng abangnya. Dah pukul sembilan pagi. Abang pun tak bangun lagi. Semaptlah aku pergi mandi. Zafira bangun lalu menuju ke biliknya. Ketika itu mamanya ada di depan pintu bilik abangnya tapi, dia hanya buat bodoh.

"Macam mana keadaan abang?" tanya Datin Maziah. Selepas kejadian semalam, anak perempuan dia langsung tak mahu bercakap dengannya.

"Kenapa mama nak tahu? Rasanya mama tak perlu tahu selepas apa yang mama dah buat kepada abang!" ujar Zafira keras.

"One more, mama jangan masuk bilik abang. Fira tak nak disebabkan mama lagi abang tumbuk habis semua cermin dalam rumah ni!" satu amaran keluar dari bibir Zafira. Zafira segers beredar k biliknya.

Sedih Datin Maziah mendengar amaran anak bongsunya. Sampai macam tu sekali. Kali ini dia kena 'pangkah' langsung dengan anaknya. Bodohnya aku! Cakap main lepas je!

Selepas mandi, Zafira kembali ke bilik abangnya. Terkejut dia apabila melihat abangnya mengemas baju. GAya macam nak keluar dari rumah. Zafira menghampiri abangnya.

"Abang nak pergi mana ni?" tanya Zafira.

"Abang nak keluar dari rumah ni. Abang tak tahan duduk sini. Lagipun mama kan dah halau abang..." lirih suara Zeck ketika ini.

"Not now abang but after you marry with Sheila. Kalau abang nak keluar dari rumah ni, Fira nak ikut sekali!" tekad Zafira.

"Tak payahlah Fira. Siapa nak jaga mama nanti?"

"Papa kan ada. Tak kira, Fira nak ikut abang jugak!" Zafira merengek.

"Tak payahlah Fira...duduk je dekat sini..." Zeck masih memujuk.

"Tak nak! No matter what, Fira nak ikut abang jugak!" Zafira berlalu menuju ke biliknya. Panggilan abangnya dia buat tak endah.

Zafira memasukkan semua bajunya ke dalam beg pakaian. Semua barang keperluannya disumbat ke dalam beg pakaiannya. Tak kisahlah apa nak jadi! Apa yang penting, dia nak ikut abangnya pergi ke mana sahaja. Tapi dia yakin abangnya akan kembali ke kondominium.

Selesai mengemaskan barang-barangnya, Zafira menuju ke bilik abangnya dengan beg pakaiannya. Abang dia masih tak habis mengemas. Lambat macam perempuan! Omel Zafira dalam hati.

"Cepatlah! Lembab betul!" ujar Zafira.

"Fira...kenapa degil sangat?!" soal Zeck tegas.

"Memang Fira degil pun. Dahlah sikit-sikit!" Fira membebel.

Zeck tak dapat buat apa-apa melainkan mengizin adiknya ikut dia balik ke kondominium. Adik dia ni kalau Z, Z lah jadinya. Tak boleh X, tak boleh Y! Degil tu kalah batu konkrit! Ada ke batu konkrit? Ada kot...entahlah...

"Fira ok ke duduk dekat kondominium abang?"

"Ok je..."

Zeck dan Zafira menuju ke pintu keluar rumah. Baru kaki nak jejak keluar dari rumah, ada suara tegur mereka dari belakang.

"Zeck, Zafira...nak pergi mana ni?" tanya Datin Maziah. Terkejut dia tengok anak-anaknya keluar dari rumah dengan berbeg-beg.

"Zeck nak keluar dari rumah ni. Kan mama dah secara rasminya halau Zeck!" tutur Zeck. Kedengaran sinis di telinga Datin Maziah.

"Ya dan Fira nak ikut abang sekali!" ujar Zafira pula.

"Ya Allah...Zeck, mama nak mintak maaf. Jangan buat mama macam ni. Masa tu mama terlepas cakap. Mama tak maksudkan semua tu..." ujar Datin Maziah separuh merayu.

"Tapi bagi Zeck semua tu dah dimaksudkan. Dahlah, Zeck pergi dulu..." walaupun marah, dia tak lupa untuk menyalami mamanya. Begitu juga Zafira.

Datin Maziah memandang sayu ke arah anak-anaknya. Tak sangka semuanya akan jadi begini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience