BAB 27

Romance Completed 254393

Suasana di dalam kereta sunyi. Tiada sepatah perkataan pun keluar dari mulut masing-masing sejak bertolak tadi. Mata Hana hanya fokus kepada jalan raya. Akram pula hanya fokus kepada game di telefonnya. Hanya celoteh DJ radio sahaja yang menemani kesunyian mereka.

Awat mamat kepo ni tak cakap sangat dengan aku? Selalunya dialah nak sakat aku sangat kalau berdua-duaan macam ni. Apa aku patut cakap sekarang ka? Cakap jelah Hana!

"Ehem ehem!" Akram menoleh.

"Sakit tekak ke?" perli Akram.

"Taklah! Emm...Akram. Aku nak cakap sikit boleh?" pinta Hana.

"Apa dia? Cakap jelah..."

"Emm...arr...se...sebenarnya esokkan aku kena outstation. Aku bertolak pagi esok."

"Pergi mana?" tanya Akram.

"Korea..."

"What?! Korea? Jauhnya!" komen Akram. Rindulah dia nanti bila Hana jauh darinya.

"Nak buat macam mana? Dah bos aku suruh ikut dia ke Korea sebab ada urusan dan aku PA dia. Aku kena ikutlah. Tapi bukan aku seorang ja, ada lagi staf yang lain ikut ke Korea jugak!" amboi mantapnya lakonan hang Hana. Siap kenen hang PA pulak tu! Plastik betullah!

"Ooo...ok," Akram kembali sambung main game di telefonnya.

"So, boleh tak aku pergi?" soal Hana. Tapi memang kena pi pun.

"Boleh..."ujar Akram memberi keizinan.

Fuh! Selamat! Selamat Akram tak tanya banyak sangat! Kalau tak, tak pasai kantoi!

Mereka berhenti di R&R Gunung Semanggol untuk sembahyang zohor. Maklumlah tadi mereka bertolak hampir pukul sebelas pagi. Hana pulak bawa kereta perlahan. Biar lambat, asal selamat!

Selesai menunaikan solat, mereka menuju ke medan selera. Makan sikit lepas tu straight ke KL.

"Aku drive..." ujar Akram. Kesian pulak dia tengok Hana macam letih sekarang ni.

"Tak apa. Aku drive..." bangkang Hana.

"Biar aku je yang drive. Aku tengok kau macam letih je. Lagipun esok kau dah nak berangkat ke Korea kan? So, biar aku yang drive. Kalau kau letih esok, macam mana kau nak buat kerja?" Akram masih berkeras siap dengan bebelan pendek.

"Yalah!" Hana terpaksa bersetuju.

Dalam perjalanan, Hana bersuara, "Akram..."

"Ya..."

"Nak tanya something boleh? Tapi aku takut kau marah..."

"Apa? Cakap jelah. Insya-Allah, aku tak marah..."

Hana menarik nafas dalam-dalam lalu menghembusnya. "kenapa kau marah sangat dekat Sheila? Sorry, bukan nak kembalikan masa silam kau tu tapi aku cuma nak tahu ja..."

Akram tersenyum. "Kau nak tau ke?"

"Yepp...itupun kalau kau nak ceritalah...kalau tak nak cerita, tak apalah..." memang dia nak tahu sangat sebab dia tertanya-tanya kenapa Akram marahkan Sheila masa di Taman Tasik Metropolitan. Buat aku tertanya-tanya lagi ialah masa di R&R Tapah hari tu. Kan dia keluar dengan lelaki lain.

"Aku marah dia sebab dia curang dekat aku. Depan aku dia baik, lemah lembut tapi belakang aku dia keluar dengan lelaki lain. Hari tu dekat NY, Riana ada tunjuk gambar dia dengan jantan lain. Nampak sangat dia perempuan murahan. Kalau kau nak tahu, lelaki dalam gambar tu ialah Zeck. Kawan baik aku masa dia sama-sama universiti dan kerja di syarikat penerbangan walid aku. Dia pernah jadi pilot tapi dia dibuang kerja sebab datang kerja tak ikut time sebab asyik bangun lewat. Yalah, diakan kaki clubbing dan kaki mabuk..." cerita Akram panjang lebar.

"Ooo...."

"Nasib baik aku dah tahu perangai dia. Kalau tak, sampai sekarang aku masih bodoh dan buta dengan perwatakan dia yang lemah lembut tu..."

Ya Akram...kau dah tinggalkan dia dan dapat lari jauh dari dia but at last, aku yang jadi mangsa kau Akram semata-mata nak selamatkan diri kau dari Sheila. Aku terima untuk jadi isteri kau tapi apa kau akan terima aku bila tahu tentang pekerjaan aku? Teringat dia perbualan antara dia dan Zizie dulu.

"Hang qasa aku patut tak bagitau Akram perkara yang sebenarnya?" Hana meminta pendapat Zizie.

"Itu terletak pada diri hang. Sama ada nak terus terang atau tak. Yang aku tahu Akram ni tak suka tau kalau orang pakai tudung lepas tu buka ikut suka hati dia je...dia paling pantang yang tu..."

Hana mengeluh mendengar kata-kata Zizie. Zizie memegang tangan Hana memberi semangat. "tapi hang toksah qisau sebab hang teqima qeja tu pun sebab paksaan aku dan sebab family hang kan?"

Hana kembali ke alam nyata. Tak nak fikir pasal tu lagi. Buat dia bertambah getar. Buat kepala dia semakin berserabut!

"Kau ni kenapa? Gelisah semacam je aku tengok?" tanya Akram.

"Hah?! Eh, mana ada," nafi Hana. "kau boleh tak berhenti dekat R&R depan tu? Aku nak ke toiletlah..."

Akram tak banyak kata. Dia berhenti di kawasan R&R tersebut.

"Tunggu kejap tau!" Hana keluar dari kereta lalu lalu menuju ke tandas. Hana memulas paip air. Hana membasuh mukanya.

Hana memandang wajahnya di cermin. Hana, kau tak payah nuat nervous depan dia. Nanti tak pasai kantoi awal.

"Ok Hana. You can do it! Just relax and cool..." Hana menepuk-nepuk pipinya. Menghembus nafas berat. Hana keluar dari tandas menuju ke arah kereta.

"Dah?" tanya Akram apabila Hana sudah masuk ke dalam kereta.

"Dah!" balas Hana.

BEG pakaian diletakkan di atas katil. Badannya turut direbahkan atas katil. Penat memandu masih terasa lagi. Nampaknya esok Hana tak datanglah untuk masak sarapan untuk dia esok. Kan Hana pergi Korea.

Tangan Akram diletakkan di atas dahi. Sebenarnya dia tertanya-tanya apa pekerjaan Hana sampai kena pergi ke Korea. Sebelum ni dia tak pernah tanya tentang pekerjaan Hana. Argh! Biarlah dia kerja apa pun asalkan kerja tu halal.

Masa di rumah ibu dan abah dulu, dia pernah ternampak ada satu buku di dalam almari. Mula tu nak ambik tapi tak jadi bila fikir itu mungkin diari Hana. Tak baik selongkar barang orang tanpa keizinan.

Tapi masa tu hati dia kuat menyuruh dia membaca isi yang ditulis dalam buku tersebut. Entah kenapa dia rasa macam tu pun tak tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience