BAB 8

Romance Completed 254393

Hana dan Zizie keluar dari balai perlepasan. Akhirnya...sampai jugak ke Malaysia. Perut Hana dah lapar dari atas pesawat lagi. Maklumlah makan roti je. Mana nak kenyang!

Perut Zizie pun dua kali lima je sama dengan Hana. Lapar tu tak terkatalah. Zizie mengajak Hana ke Restoran Seri Melayu. Teringin pula nak makan makanan dekat situ. Tambah-tambah lagi mi udang. Perghh! Memang terbaiklah. Tapi harga dia lagi terbaik.

Kalau siapa nak makan dekat situ, kena bawa duit banyak-banyaklah sikit. Kalau tak, alamatnya kena basuh pingganlah. Sebelum pergi ke restoran, Hana menukar pakaian di rumah Zizie begitu juga dengan Zizie. Selepas menyalin pakaian, baru mereka menuju ke restoran tersebut.

Hana dan Zizie sama-sama memesan mi udang dan teh 'o' ais. Senang dan mudah. Apabila mi udang sudah tersedia di hadapan mata, mereka segera serbu mi udang tersebut. Maklumlah dah lapar sangat. Tapi nasib baik sempat baca doa makan.

Hesy anak dara dari Kedah ni. Kalau nampak ja makanan dah terhidang, terus serbu makan. Bak kata orang kalau mak mentua lalu depan mata sure buat bodoh. Berselera sungguh mereka makan.

"Alhamdulillah...kenyang jugak," ucap Hana. Perutnya sudah kenyang apabila sudah pekena mi udang. Zizie sudah tersandar di kerusi seperti ular sawa kekenyangan.

"Zie...aku ke toilet kejap," pinta Hana. Zizie hanya mengangguk.

Agaknya tak leh kot nak buka mulut takut rasa sedap mi udang hilang.

Hana menuju ke tandas. Tudung yang senget di kepala dibetulkan. Nasib baiklah Zizie ni ada tudung orangnya. Bolehlah dia pinjam tudung Zizie untuk dipakai.

Setelah siap semuanya, Hana keluar dari tandas. Tak semena-mena, tubuhnya dirempuh oleh seseorang.

"Sorry cik. Saya tak sengaja..." ucap lelaki yang merempunya.

"Tak apa," ujar Hana lembut.

Macam nilah! Pandai nak minta maaf. Bukan macam mamat kepo tu! Berlagak campur sombong.

Hana memandang orang yang telah melanggarnya. Hah?! Dia?? Ya Allah...rindunya aku dengan kawan aku yang sorang ni!

Lelaki yang melanggarnya memandang ke arahnya. Rasa tak percaya, gembira semua bercampur menjadi satu. Terpampang jelas di wajahnya.

"Hana??"

"Daus??" ujar Hana dan lelaki itu serentak. Mereka tersenyum.

"Hang buat pa dekat sini?" hai Hana...macam soalan bodoh ja hang tanya dekat Daus.

"Aku buat bodoh dekat sini," ujar Daus selamba.

Yes! Jawapan yang agak tak logik diberikan oleh Daus semasa sekolah menengah dulu. Hampir nak tergelak dia apabila dulu dengan selamba Daus jawab soalan matematik tambahan yang diberikan oleh Cikgu Mahmud. 'Saya tak tahu sebab cikgu tak bagi jawapan lagi.'

Akibatnya Daus didenda buat kerja matematik tambahan satu kelas. Tapi akhirnya, dia dan Zizie datang tolong Daus buat kerja sekolah tersebut. Tapi, jangan pandang rendah dekat Daus sebab result SPM Daus gempak.

"Kalau Cikgu Mahmud sekolah menegah dulu dengaq hang jawab macam ni, confirm kena denda buat kerja matematik tambahan satu kelas," ujar Hana sambil ketawa. Daus juga turut ketawa.

"Hang datang sorang ja ka?" tanya Hana.

"Tak, aku datang dengan tunang aku," jawab Daus.

"Majunya kawan aku ni! Tunang tak ajak aku pun!"

Daus hanya tersenyum mendengar kata-kata Hana. "Hang pun datang sorang ka?"

"Tak, aku datang dengan Zizie. Aku rasa baik hang pi jumpa Zizie. Kalau dia jumpa hang lah...sahih mesti jadi kera," sempat lagi Hana mengata Zizie.

Sekali sekala nak mengata. Bukan selalu!

"Hang pi dulu. Satgi aku pi dengan tunang aku."

"Ok..." Hana menapak ke arah meja makan. Nampaknya Zizie dah bosan. Maybe tak sabar nak balik rumah dan tidur.

"Awat lambat sangat? Buat pelaburan ka?" soal Zizie dengan nada bosannya.

"Ha arr... aku buat pelaburan. Lepas tu aku terjumpa mamat hensem tau! Siap terlanggaq aku lagi," Hana sengaja membuat muka excited.

"Bertuah hang! Hari tu Akram, ni mamat hensem pulak! Bertuah sungguh anak Haji Zainudin ni..." ada nada perli daripada Zizie.

"Assalamualaikum..." tiba-tiba ada suara yang menyapa mereka.

"Waalaikumussalam..." jawab Hana dengan Zizie serentak. Zizie menoleh ke arah belakang kerana suara yang menyapa mereka datang dari arah belakang.

"Wey! Hang rupanya Daus AF!" nasib baik Zizie tak terjerit.

Awat panggil dia Daus AF? Sebab dulu dekat sekolah menengah, dia selalu menyanyi dalam tandas. Suara boleh tahan sedap macam Daus dalam AF jugak! Sebab tulah panggil dia Daus AF.

"Ini sapa?" kini mata Zizie beralih kepada wanita anggun bertudung yang berdiri di sebelah Daus atai nama sebenarnya Firdaus Akmal.

"Ini tunang aku...Farzana Adila. Awak, ini kawan gila-gila saya masa sekolah menengah dulu, Azizie Mastura dan Nur Hana Adriana. Kawan yang paling ngam dengan perangai gila saya masa dekat sekolah dulu."

Mereka bertiga bersalaman.

"Eloklah...nama pun sama. Dua-dua FA. Seusai dan sepadan," ujar Hana sambil tersenyum.

Seronok Hana melihat Farzana yang bertudung sepenuhnya. Bukan macam dia, bila dah pakai, kena buang balik.

"Ok guys...see you both again. Aku nak kena hantaq Farzana balik. Nak prepare hantaran untuk perkahwinan kami. Oh ya, korang jangan lupa mai tau wedding aku bulan hadapan. Tarikh lapan belas hari bulan. Kalau belah perempuan, this weekend," tutur Daus ceria.

"Hang ni pandai-pandai ja. Tunang hang tak invite, hang suruh kami pi. Kang kena halau ja..." ujar Zizie selamba.

"Tak apa. Pergi aje. Lagipun Zizie dan Hana kan kawan Daus. Tak apa pergi je. Saya jemput..." ujar Farzana lembut.

"Serius?" Farzana hanya mengangguk dengan pertanyaan Zizie.

"Majlis belah perempuan buat dekat mana?" tanya Hana.

"Buat dekat rumah..." jawab Farzana.

"Rumah dekat mana?"

"Subang Galaxy...rumah belah kiri. Depan sekali..."

Hana hanya mengangguk dengan kata-kata Farzana. "Hang Daus?"

"Dont worry...aku buat kat kampunglah..." jawab Daus. "Ok Zize, Hana...we must go now. Jangan lupa datang tau!" pesan Daus sebelum beredar.

Hana mengangkat ibu jarinya tanda ok manakala Zizie tabik gaya askar tanda boleh datang.

"ASSALAMUALAIKUM!" Hana memberi salam apabila sudah tercegat depan pintu kondo rumah abangnya. Hesy! Mana pulak abang ni? Aku dah lah letih tahap gaban ni! Baru lepas demam. Lambat betullah abang ni nak buka pintu! Buat apa kat dalam tu??

Tiga minit kemudian, abangnya membuka pintu. Hah! Buka pun! Ingatkan dah tak pandai dah nak buka pintu. Hana menilik muka abangnya. Muka abangnya nampak mengantuk sangat. Demam ka?

Abangnya membuka pintu gril.

"Pasaipa lambat sangat nak buka pintu?" tanya Hana apabila abangnya sudah membuka pintu.

"Sorry...abang mengantuklah. Abang baru sampai rumah sebab baru balik dari hantaq ibu dan abah balik Kedah," jawab Hafiz. Sudah tiga kali dia menguap.

"Ibu dan abah dah balik? Alah..." sedih pula suara Hana. Baru nak manja dengan ibu dan abah. Depa dah balik! Sedih...

"Masuklah...abang mengantok ni. Kang abang tumbang tang ni pulak!"

Hana tersenyum. Dia membawa begnya masuk ke dalam kondo abangnya. Beg pakaiannya diletakkan ke dalam bilik.

"Hana..." panggil Hafiz. Hana keluar dari biliknya.

"Abang laparlah..."

Lah...pulak abang aku ni!

"Awat tak makan lagi?"

"Tak sempat," jawab Hafiz senang.

Hmm...yalah tu! Macam aku tak tahu yang dia nak suruh aku masak.

"Alasan. Nak makan apa?" walaupun dalam membebel, dia tetap murah hati nak masakkan makanan untuk abang dia.

"Nak nasi goreng..."

Agak dah! Tak lain tak bukan mesti abang dia nak nasi goreng jugak. Kalau balik kampung, malam-malam dia lapaq, mesti nak nasi goreng.

Hana membuka peti ais. Dia mengeluarkan bahan yang perlu untuk masak nasi goreng. Setelah siap semuanya, dia mencedok nasi goreng tersebut ke dalam pinggan. Dia menghidangkan nasi goreng tersebut kepada abangnya yang sudah duduk di meja makan.

"Wah! Sedap. Abang makan dulu..." belum sempat nasi goreng tersebut masuk ke dalam mulut, Hana menegah.

"Kalau ya pun, bacalah doa makan dulu..."

"Abang dah baca awal-awal lagi. Dah..abang nak makan ni. lapaq..." Hafiz segera menyuap nasi goreng tersebut ke dalam mulutnya.

Hana hanya menggeleng kepala melihat telatah abangnya. Macam budak-budak!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience