BAB 52

Romance Completed 254393

Majlis akad nikah berjalan dengan lancar. Semuanya sempurna. Hanya kenalan rapat sahaja yang hadir dan juga keluarga Akram.

Yang tak disangka Zeck dan Zafira, Dato' Razif dan Datin Maziah turut hadir. Unexpected gila! Serius. Ingatkan tak datang.

Dato' Razif dan Datin Maziah menghampiri anaknya. Datin Maziah tersenyum melihat wajah berseri anaknya manakala Zafira pula dah berubah. Dari tak pakai tudung, sekarang dah pakai tudung.

"Saya ingatkan Dato' dan Datin tak datang..."

"Mana boleh kami tak datang. Inikan majlis anak kami..." tutur Datin Maziah lembut. Zafira hanya mencebik.

"Ikhlas ke?" ejek Zafira.

"Fira!" Zeck menyiku lengan adiknya.

Sheila menuju ke arah Zeck dan Zafira. Berhadapan dengan Dato' Razif dan Datin Maziah.

"Dato, Datin..." Sheila menyalami Dato Razif dan Datin Maziah. Tak tahulah ikhlas ke tak. Gaya macam tak ikhlas je.

Inilah rupanya Sheila Aina. Gadis yang seksi, tidak menutup aurat tapi memang cantik. Mustahillah kalau mana-mana lelaki tak terpikat kecuali lelaki yang beriman saja. Fikir Datin Maziah.

Apahal pulak orang tua ni? Gaya macam nak telan aku je.

"Eh Dato, Datin...jomlah ke rumah kami di Kajang. Makan-makan apa dulu..." pelawa Tunku Amran.

"Eh, tak apalah Tunku. Kami sebenarnya nak kena ke lain ni...." Datin Maziah saja cari alasan.

"Ye ke? So, tak singgahlah ni?"

"Tak apalah Tunku. Terima kasih. Kami gerak dulu. Assalamualikum!" Datin Maziah segera menarik lengan suaminya keluar dari masjid.

"Waalaikumussalam..."jawab Tunku Amran, Zeck dan Zafira.

SHEILA masuk ke dalam kondominium milik Zeck. Banyak sejarah dia dan Zeck tercipta di sini sewaktu Zeck masih jahil tentang agama Islam.

Zeck duduk di sofa. Melihat ke arah Sheila. Kini Sheila dah sah jadi miliknya. Senanglah dia nak halang rancangan jahat Sheila kepada Hana. Tapi, apa yang dia terkilan bila mama dan papa dia terburu-buru nak balik cepat bila ayah Akram ajak makan di rumahnya. Nampak sangat mereka tak boleh terima Sheila. Tapi, untung jugak Sheila tak letak anak tu dekat rumah anak yatim. Selalunya orang yang melahirkan anak haram, akan letak anak-anak mereka di merata-rata tempat tetapi tidak pula si Sheila ni.

"Apahal you tengok I macam tu? Puaslah hati you kan dapat kahwin dengan I?! Puas hati?!" tiba-tiba Sheila berang. Entah kenapa.

"Apahal yang you nak marah-marah I? Tak salahakn kalau I kahwin dengan you?"

"Memanglah...tapi you tahu kan I nak Akram! I just want Akram! Itupun you tak faham ke?" suara Sheila tak puas hati.

"Sheila Aina! You sedar tak yang Tunku Akram Haris tu dah kahwin! Kahwin dengan Hana! Isteri dia sendiri! Sekarang you pun dah kahwin dengan Zeck Hanif yang sekarang ni dah jadi suami you yang sah!!" suara Zeck sedikit meninggi.

"Boleh tak you jangan sebut nama perempuan tu?! I hate it! Perempuan perampas tulah yang ambik Akram dari I!"

"Boleh tak you jangan salahkan orang lain? Salahkan diri you sendiri sebab you sendiri dah cukup 'kotor' dengan perangai you tu! Akram kahwin dengan Hana pun sebab you tau! Hana tu jadi mangsa antara you dengan Akram! Got it?!" Zeck mula berapi. Kesabarannya mula menipis.

"How dare you Zeck?! You cakap I kotor? Habis selama ni you dengan perempuan lain, you tak kotorlah?"

"Memang I kotor tapi I dah bertaubat! Bertaubat! At least, I tak teruk macam you! Semua lelaki you kebas! I selama ni pun kebanyakan dengan you je. Mana I ada 'angkut' perempuan macam tu je..." balas Zeck sinis.

Sheila terdiam. Terkedu dengan kata-kata Zeck.

"You ingat I tak tahu yang selama ni you nak dengan Akram sebab dia tu boleh jadi bank bergerak untuk you kan?"

Sheila mengetap bibir. Geram mendengar kata-kata Zeck. "you jangan main tuduh-tuduh je ok kalau you tak tahu apa-apa!"

"Sebab I tahulah I cakap macam tu. Segala rahsia you sekarang I ada dalam poket I. I boleh cakap rahsia you dekat Akram bila-bila masa saja..." Zeck tersenyum menang bila Sheila terdiam. Tahu takut!

"Well...you nak Akram sebab family dia kaya? Family I pun kaya. Sama-sama kaya dengan keluarga Akram. Cuma keluarga Akram tu keluarga kerabat diraja. Family cuma ada pangkat Dato dan Datin. So, you tak rasa sama ke kekayaan I dengan Akram?"

"Entahlah I pun tak tahu apa nak cakap dengan you lagi. You beruntung sebab I selamatkan maruah you daripada tercemar lagi. Entahlah Sheila...i dah cukup baik sebab nak kahwin dengan you dan you beruntung tau sebab ada orang nak kahwin dengan you....sekarang, ikut suka hati you lah nak buat apa-apa pun. I malas nak campur lagi..." usai berkata, Zeck segera masuk ke dalam biliknya. Malas nak bertekak dengan Sheila.

Sheila terdiam di tempatnya berdiri. Terasa dan terkesan dengan kata-kata Zeck. Betul apa yang Zeck cakap. Dia beruntung sebab Zeck ingin kahwin dengan dirinya yang kotor dan dah tak ada apa-apa lagi. Mommy dan daddy dia meninggal sewaktu dia belajar di New Zealand dulu. Sekarang dia dah tak ada sapa-sapa. Sekarang dia hanya ada Zeck dan anak dia dan Zeck.

Sheila duduk di sofa dan memikirkan nasibnya nanti. Kenapa aku boleh teruk sampai macam ni sekali? Dulu aku cukup ingat Allah tapi sejak mommy and daddy meninggal, aku selalu salahkan Allah. Ya Allah, bodohnya aku! Sheila menampar mukanya berkali-kali.

Dengan tak semena-mena dia menangis. Menangis untuk apa-apa pun dia tak tahu. Sama ada sebab dosanya atau sebab dia salahkan atau jahil dengan Allah. Dia menangis semahu-mahunya sambil menarik rambutnya. Tiba-tiba hati dia terbuka untuk berubah. Berubah dan menuju ke jalan yang benar.

Sheila mengelap air matanya. Dia menuju ke bilik Zeck lalu mengetuk pintu bilik Zeck.

"You nak apa Sheila?" soal Zeck dari dalam bilik.

"Zeck, tolong buka pintu. I ada nak cakap something degan you..."

Tak lama kemudian Zeck membuka pintu biliknya. "Apa?"

"Zeck, I minta maaf. I minta maaf if I ada buat you sakit hati ke apa. I seriously nak mintak maaf dengan you. Forgive me?"

Zeck tersenyum sinis. "Sheila, you tak payahlah nak berlakon dengan I lagi. I tahu ini semua rancangan you kan supaya you dapat Akram balik?"

"Tak Zeck. I serius nak mintak maaf dengan you. I sumpah I tak main-main!"

"Sudahlah Sheila. Jangan main sumpah-sumpah. Nanti makan diri!" Zeck kembali menutu pintu.

Sheila tertunduk. Sekarang Zeck dah tak percaya dia pun. Ya Allah, apa yang aku nak buat ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience