BAB 48

Romance Completed 254393

Penat mengemas rumah, Zafira dan Zeck terduduk di sofa. Firstly, decorate ruang tamu. Ayat kerusi dan nama-nama Allah digantung pada dinding kondo. Seleps itu, memasang langsir.

Kerja memasang langsir menjadi lambat apabila Zeck hanya main-main ketika memasukkan tali ke dalam lubang langsir. Lagi satu ketika Zafira hendak memasang langsir tersebut. Zeck selalu mengusiknya dan mengacau dirinya yang sedang berdiri di atas kerusi.

Ketika menyapu habuk di atas almari untuk diletakkan televisyen dan sebagainya, abang dia juga turut hendak menyibuk. Sibuk kacau dia guna bulu ayam. Akibat tak tahan dengan habuk, akhirnya Zafira bersin. Ketewa mengekek daripada abangnya membuatkan Zafira membalas kembali perbuatan abangnya. Berkejaran satu rumah.

"Penat jugak kan kemas rumah?" soal Zeck sambil memandang ke arah Zafira.

"Memanglah...dah namanya pun kemas rumah. Mestilah penat..." jawab Zafira sambil mengelap peluh yang menitis di dahinya.

"Fira, abang nak tanya ni. Fira tak nak balik ke rumah balik ke? Tengok mama?" soalan Zeck membuatkan Zafira mengeluh.

"Malaslah...kalau abang tak balik, Fira jugak tak akan balik! My decision is over!" ujar Zafira tegas.

"Kenapa? Abang tak suka Fira duduk di kondo abang?" sambung Zafira lagi.

"Bukan tak suka. Nak duduk sampai bila-bila di kondo abang ni pun tak apa. Abang kasi. Tapi at least, baliklah jenguk mama. Manalah tahu mama sekarang ni tak sihat ke?"

Zafira mendengus. "Mama halau abang tapi abang still ingat dekat mama kan?!"

Zeck hanya tersenyum mendengar pertanyaan adiknya. "Mama still mama kita Fira. Tiada siapa yang dapat ganti mama walaupun mak tiri..."

Zafira terdiam. Kata-kata abangnya memang benar. Tiada siapa pun dapat gantikan mama walaupun mak tiri sekali pun!

"Entahlah..dahlah abang. Fira nak gi mandi dulu. Nak solat. Habis tu, Fira akan masak..."

"Tiba-tiba je rajin ni? Mesti ada apa-apa ni. Cuba cakap terus terang dengan abang..."

"Mana ada apa-apa. Fira memang rajin pun! Abang je yang tak tahu," Zafira menjelirkan lidahnya kepada Zeck.

Tiga bulan kemudian...

KEPALA yang terasa sakit membuatkan Akram terjaga dari tidurnya. Selepas sembahyang subuh tadi, dia kembali tidur. Kepalanya berdenyut-denyut seperti ditikam. Akram menggosok bahagian yang terasa sakit. Makin berdenyut-denyut pulak.

Hana pula tiada di dalam bilik. Maybe tengah makan sarapan di bawah. Maklumlah kebelakangan ini isterinya makan banyak. Erti kata dia terlajak makan. Badan pun dah up. Makin tembam.

"Kenapa ni abang? Abang sakit kepala ka?" Hana yang baru selesai makan segera masuk ke dalam bilik. Terkejut dia melihat Akram yang sedang memicit dahinya dengan wajah yang berkerut-kerut.

"Entahlah...tiba-tiba je kepala abang ni sakit..." adu Akram. Tangannya masih memicit bahagian yang sakit.

"Migrain tak abang?" risau Hana melihat keadaan Akram.

"Entahlah..."

"Abang tunggu jap. Sayang gi ambik ubat migrain," Hana segera menuju ke dapur untuk ambil ubat migrain dan segelas cawan air kosong. Sempat jugak dia mencedok mi goreng untuk Akram makan. Perut kosong macam mana nak makan ubat?

"Abang, makan dulu. Lepas tu, baru makan ubat..." Hana menyerahkan pinggan berisi mi goreng kepada Akram.

Akram memakan mi goreng tersebut. Tetapi hanya tiga suapan sahaja yang dapat singgah di perut. Yang lain, sakit kepala lebih mengatasi.

"Nah, makan ubat ni..." Akram mengambil ubat yang diberi oleh Hana lalu memakannya. Cepat-cepat dia minum air.

"Tidurlah...biar rasa sakit tu hilang..."

Akram kembali merebahkan badannya. Risau Hana melihat keadaan suaminya. Migrainlah ni.

Sekarang dah masuk tiga bulan 'kawan karib' aku tak mai melawat. Awat hah? Nak kata aku stress...tang mana aku stres pun aku tak tau. Tapi apa masalah aku hah? Mungkin hormon aku tak stabil kot.

Apapun aku kena buat checkup dekat doktor. Manalah tahu aku ada penyakit sebab tulah 'dia' tak datang jenguk aku selama tiga bulan ni. Apa kata aku buat checkup?

Selepas menyarung tudung di kepalanya, Hana mencapai beg tangan dan kunci kereta lalu segera turun.

"Hana nak ke mana ni?" tanya Ku Masyitah.

"Hana nak jumpa doktor kejap. Nak buat checkup..."

"Untuk apa?"

"Dah tiga bulan 'kawan baik' Hana tak datang melawat ataupun dikenali sebagai ABC lah...sebab tu Hana nak pergi buat checkup dekat doktor..."

Ku Masyitah tersenyum penuh makna. Nalurinya kuat mengatakan yang tak lama lagi dia akan menimang cucu. Dah lama dia perhati Hana. Makan banyak...teringin itulah...inilah...

"Hana pergi dululah umi. Assalamualikum!"

"Waalaikumussalam..." Ku Masyitah tersenyum manis.

"TAHNIAH puan! Puan mengandung. Ada dua garisan tertera di sini..." ujar Doktor Alia. Dia menunjukkan pregnancy test kepada Hana. Hana tergamam. Tak percaya yang dia sekarang berbadan dua.

"Saya mengandung doktor?" tanya Hana tidak percaya.

"Ya puan. Puan dah mengandung tiga bulan..."

Tiga bulan? Awat aku tak sedaq yang aku tengah mengandung? Tak dak pun simtom-simtom orang mengandung. Patutlah perut aku makin buncit. Hehehe...baru nak sedar?

"Make sure jaga pemakanan ok? Kalau boleh, tak payahlah sangat buat kerja rumah sangat. Bagi suami yang buat semua kerja rumah..." pesan Doktor Alia.

"Masa tengah pregnant ni, ada tak alahan seperti muntah-muntah or pening?"

"Tak ada pulak doktor. Terlebih makan adalah..." jawab Hana.

"Ok, perkara normal bagi setiap wanita mengandung. Tapi, mana suami puan?"

"Suami saya tak dapat datang sekali. Dia sakit kepala. Maybe migrain..."

"Oh ye ke? Mungkin bukan migrain kot tapi effect awak ada dekat dia. Selalunya macam tulah. Kadang-kadang effect tu dekat kita tapi suami kita yang kena effect tu macam suami puan. Sakit kepala...pening-pening..."

Hana memproses kata-kata Doktor Alia tadi. Mungkin Akram kena effect. Kalau difikirkan, macam lelaki pulak yang mengandung.

"Oklah...awak boleh keluar sekarang. Saya akan bagi vitamin dan lain-lain lagi..."

"Terima kasih doktor..." Hana segera keluar dari bilik tersebut.

Hana tersenyum sambil mengusap perutnya. Tak percaya yang dia tengah mengandung. Alhamdulillah...rezeki dapat anak awal.

Kalau aku bagitau Akram ni, confirm dia happy. Entah-entah, terloncat sana sini. Akram kan sukakan budak-budak. Umi dan walid pun mesti happy. Mereka pun dah lama teringin nak ada cucu. Mesti riuh satu rumah nanti.

Hana menuju ke kaunter bila namanya dipanggil. Selepas membayar harga ubat-ubat tersebut, Hana segera pulang.

AKRAM bangun daripada pembaringannya. Denyutan di kepalanya masih terasa. Apahal dengan aku ni? Takkan migrain kot? Dah tiga bulan aku jadi macam ni. Mula-mula tu boleh tahan, tapi bila sekarang, dah tak boleh tahan. Penyakit apalah pulak yang aku sedang alami ni? Kronik? Entahlah...

Malah, dia dah siap warning di dalam rumah ni sapa pun jangan pakai minyak wangi. Minyak wangi yang di hidu semuanya busuk dan tidak menyenangkan. Pelik betullah. Apa jenis penyakit yang aku hadapi ni pun aku tak tahu. Umi pun naik pelik dengan dirinya. Bukan umi je, satu keluarga pun naik pening dengan penyakit gila dia ni.

Mana Hana? Takkan makan lagi kot? Akram cuba untuk bangun. Untung dia masih boleh berdiri lagi. Kalau tak tahan, boleh rebah dia. Perlahan-lahan dia turun satu persatu tangga menuju ke ruang makan. Tak nampak kelibat Hana pun.

"Akram...kenapa ni?" soal Ku Masyitah risau.

"Sakit kepala sikit. Umi, mana Hana?"

"Hana dia keluar jumpa doktor kejap. Buat checkup."

"Checkup? Untuk apa umi?" Akram ingin tahu apa yang dicheckup oleh Hana.

"Adalah...urusan orang perempuan..."

"Assalamalaikum!" Akram dan Ku Masyitah memandang ke arah Hana.

"Waalaikumussalam!"

"Abang...abang ok ke tak ni? Masih sakit lagi?" Hana tertumpu pada Akram yang masih memicit kepalanya.

"Sikit je..."

"Hah, Hana...macam mana dan kenapa?" tanya Ku Masyitah tak sabar.

Hana tersenyum. Nak buat surprise dekat Akram dululah. "Nanti Hana cerita erkk. Ada something Hana nak cakap dengan abang Akram."

"Baiklah..."

Hana memapah Akram ke bilik. Hana menutup pintu bila mereka masuk ke dalam bilik.

"Ada apa sayang nak cakap dengan abang? Kata ada something nak cakap dengan abang..."

Hana memandang Akram. Penuh makna. "Nantikan abang kena temankan sayang pergi buat checkup. Sebenarnya sayang sakit..." Hana berhenti kata di situ.

Berkerut dahi Akram mendengar kata isterinya. Sakit? "Sayang sakit apa?"

"Sayang...sayang...sayang sakit...sakit..." Hana masih main-main.

"Sayang sakit apa?!" tekan Akram. Risau betul dia dengan keadaan Hana.

"Sebenarnya sayang sakit buatan oranglah abang..."

Berkerut dahi Akram seketika. Sakit buatan orang? Siapa pulak yang dok 'buat' isteri dia ni?

"Sakit buatan orang? Abang tak fahamlah sayang. Cuba sayang terus terang dekat abang. Sayang jangan buat abang takut!" tangan Hana digenggam kemas.

"Betullah sayang sakit buatan orang sebab sayang..." kata-kata Hana terhenti di situ. Tangan Akram yang menggenggam kemas tangannya diletakkan di perutnya.

Makin pelik Akram dibuatnya. Apa penyakit isteri aku sebenarnya ni? Dah tu tak pasal ambil tangan aku letak kat perut dia.

"Cuba teka..." Hana tersenyum manja. Dapat rasakan yang suami dia tengah blur sekarang ni.

Akram cuba memproses data. Akhirnya...hah??! Biar betul? Akram memandang Hana penuh makna.

"Are you serious? Sayang pregnanti ke? Tell me the truth..." mata Akram bersinar-sinar.

Melihat anggukan Hana, Akram terus mengucup dahi Hana lalu memeluk Hana erat. Rasa bersyukur tidak terkira. Tak sangka yang tak lama lagi dia akan menjadi seorang bapa. Ya Allah...bersyukur padamu atas rezeki kurniaan mu ini.

"Berapa bulan dah? tak sabar Akram ingin tahu usia kandungan isterinya itu.

"Tiga bulan..."

"Tiga bulan? Patutlah dalam masa tiga bulan ni sayang asyik makan ja. Rupa-rupanya ada seorang dalam ni..." tangannya diletakkan pada perut Hana. Tak sabar rasanya nak lihat wajah anaknya.

"Abang nak bagi tahu umilah. Mesti dia seronok bila tahu semua ni!" Akram yang terlebih excited terus melangkah keluar dari bilik. Hilang habis rasa sakit kepala.

"Umi! Umi! Cepatlah umi!" laung Akram. Boleh runtuh rumah mewah ni dibuatnya.

"Ada apa terjerit-jerit macam tarzan ni?" tergopoh-gapah Ku Masyitah menurun tangga. Tunku Amran ikut turut sekali.

"Umi nak tahu tak...tak lama lagi umi dan walid akan...menimang cucu!"

"Betul ke Akram? Alhamdulillah..." Tunku Amran mengucap syukur begitu juga Ku Masyitah.

"Berapa bulan?" tanya Tunku Amran.

"Dah tiga bulan walid..." sampuk Hana yang baru tiba di ruang tamu.

"Tak lama lgi kami pakat naik pangkatlah..." sampuk Adham yang baru keluar dari bilik melangkah menuju ke ruang tamu bersama dengan Zizie.

"Mestilah pak cik!" sakat Hana. Lebar senyumannya sekarang ni.

"Amboi! Awalnya bagi gelaran!" Adham tertawa diikuti semua. Riuh suasana di dalam rumah mewah tersebut.

"Ada apa ni? Riuh semacam je..." Ziqah yang baru pulang dari universiti segera bertanya. Riuhnya sampai ke luar buniynya.

"Mestilah...tak lama lagi ada orang tu akan jadi mak cik!" ujar Ku Masyitah. Tersenyum lebar dia saat ini. Jarinya menunjuk ke arah Akram dan Hana.

"What? Fuyoo! Tererlah abang ni!" Ziqah mengusik abangnya. Dia menuju ke arah abangnya.

Akram mencubit lengan Ziqah. Malu betul adik dia cakap macam tu. Mulut tu laju sangat!

"Ouch! Kenapa abang ni? Betullah apa yang Ziqah cakap..." Ziqah menggosok lengannya yang dicubit. Sakit.

"Lain kali cakap biar berlapik sikit," Akram tersenyum sumbing saat ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience