BAB 10

Romance Completed 254393

Hana menunggu Zizie di tengah-tengah mall. Dah tiga puluh minit dia terpacak di tengah-tengah mall ni. Tapi orang yang ditunggu-tunggu ni masih tak muncul. Manalah Zizie ni? Suruh orang tunggu dari sepuluh pagi tadi tapi sampai sekarang tak muncul-muncul lagi. Zizie ni memang nak kena!

Zizie yang baru masuk ke dalam mall hanya tersenyum melihat Hana yang sudah terpacak di dalam mall macam orang sedang menyanyi lagu Negaraku. Berdiri tegak je.

"Sorry lambat..."

Hana memandang Zizie. "Ingatkan hang dah lupa."

"Mana boleh lupa. Aku mestilah ingat. Dahlah..jom shopping!"

Hana mencebik. Hai...sejak bila Zizie ni dah start tukaq jadi perempuan KL ni? Excited sangat nak shopping. Dari satu kedai ke satu kedai Zizie jelajah. Penat kaki Hana dibuatnya.

"Zizie, aku ke kedai lain jap..."

"Ok..."

Hana segera beredar. Dia sebenarnya bukan nak travel ke kedai lain tapi nak larikan diri dari mengikut Zizie jelajah satu mall ni. Mana larat. Rasa macam nak tercabut kepala lutut ni. Tandas dekat mana hah? Matanya melilau mencari papan tanda tandas. Tiba-tiba pula rasa nak tut...tut...

Hah! tu pun! Hana segera menuju ke tandas.

"Lega..."

Maklumlah dah menunaikan hajat. Mesti rasa lega. Dia membasuh tangan di sinki. Tudung yang senget di kepala dibetulkan. Puas hati dengan penampilannya, Hana segera keluar dari tandas.

Baru sahaja nak belok ke kiri, ada seorang lelaki yang kebetulan hendak menuju ke tandas membelok. Fuh! Kus semangat! Nasib baik tak terbelaga.

Astaghfirullahalazim! Mamat kepo lagi! Tang mana aku ada, mesti dia ada! Awat tak tau! Dia ni spy aku ka apa? Hesy! Tak aman hidup aku macam ni. Kalau scenes pertembungan mesti nak terbelaga. Boleh tak kalau tak ada scenes macam ni? Aku tak sukalah!

Lah...minah trafik ni lagi. Kenapalah hari ni hari 'baik' aku? Mana aje aku pergi, dia mesti ada. Memang dia ni traffic light sungguh!

"Eh...tepi sikit. Aku nak lalu..." pinta Hana. Tapi Akram masih tak berganjak. Elok dok usya Hana. Terpukau dah ke?

Isk mamat kepo ni! Awat tak qenjak lagi? Sekarang aku trafik ka dia yang trafik? Sungguh sewel...

"Hey bro! Boleh tepi sikit tak? Aku nak lalu. One more, jangan nak berangan depan tandas tu. Kang kahwin dengan tandas pulak," sindir Hana. Akram tersedar apabila Hana mengata kepada dirinya dengan sinis.

Akram menginjak dirinya ke tepi. Memberi ruang kepada Hana untuk berjalan. Tapi sebelum Hana berlalu, Akram berkata, "buat apa aku kahwin dengan tandas. Daripada aku kahwin dengan tandas, baik aku kahwin dengan kau. Lagi afdal."

Tersentak Hana dibuatnya. "Eiii! Tak nak aku kahwin dengan kau!" Hana berlalu pergi meninggal Akram yang sedang senyum sorang-sorang.

Akram menggeleng. Nampak semakin cantik pulak minah trafik tu kalau marah. Aik? Ada makna ka Akram?

"Eiii! Dia tu sewel agaknya! Lagi afdal? Afdal tak afdal aku tak nak kahwin dengan dia," detak Hana.

Jangan cakap macam tu Hana. Nanti kalau kau kena kahwin betul-betul dengan dia macam mana? Baru padan muka. Suara halus datang berbisik di telinga Hana.

"Yang hang ni awat? Muka macam baru lepas nampak hantu?!" sapa Zizie. Pelik pula tengok kawan dia tu gelabah semacam. Macam baru lepas kena kejar dengan hantu pula.

"Tak ada apa-apalah. Aku lapar...tapi aku cari hang tak jumpa. Itu gelabah sikit. Takut aku sesat," bohong Hana. Walhal gelabah sebab lain.

"Lah...sebab tu ja? Dah jom kita pi makan tang Kenny Rogers Roaster. Lama aku tak makan dekat situ," ajak Zizie. Terbayang pulak Country Chic Steak. Perghh! Memang sedap.

Hana baring di atas sofa. Perutnya dah kenyang...mata pun mau tutp. Letih semua cukup. Mahu taknya letih sebab ikut Zizie jelajah satu mall. Zizie tak letih ka? Yang dia ni sakit sampai satu badan.

Bosan pulak duduk dalam kondo ni sorang-sorang sebab abang dia outstation selama tiga minggu. Esok pula dia ada flight ke Xiamen.

Aduh! Start esok nak kena buang tudung pulak! Ni yang aku tak suka! Benci!!! Tapi orang cakap Xiamen ni susah sikit ada rstoran halal. So, apa kata esok aku bawa mi segera ke sana? Yes! Idea yang bijak!

Hana bangun menuju ke biliknya. Dia perlu mandi. Badannya sudah merasa tidak selesa.

Selesai sahaja mandi, Hana mengemaskan bajunya ke dalam beg untuk dibawa ke Xiamen esok. Tapi apa nasib. Zizie dan Kak Dibah esok tak sama flight dengannya. Sedihnya...tapi apa yang diharapnya dia tak sama flight dengan mamat kepo tu.

Siap mengemaskan barangnya, Hana mencapai telefonnya lalu menaip mesej untuk Zizie.

Hang datang pukui berapa esok?

Aku datang pukul 7.00 pagi esok.

Lagipun flight aku pukul lapan esok.

ok...

Hana meletakkan kembali telefonnya di atas meja solek lalu baring di atas katil. Tiba-tiba pula dia rasa mengantuk awal sangat daripada yang selalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience