BAB 9

Romance Completed 254393

Fotographer mengambil gambarnya di setiap sudut. Dari segi gayanya cukup menawan. Muka yang bersih tanpa sebarang jerawat menambah lagi kecantikannya di dalam bidang model.

Siapa lagi kalau bukan Sheila Aina, seorang model yang terkenal dengan kecantikannya dan seksi. Pasti diminati ramai. Yalah, dengan gayanya dan dengan kecantikannya. Siapa yang tak minat? Betul tak?

"Ok Sheila. Photo shoot kita dah habis. Next week, you have to come sebab ada pereka fesyen nak you pakai baju dia yang tebaru tu," ujar Zirul, si photographer.

"No problem..." jawab Sheila. Dia keluar dari bilik photo shoot.

Setelah menyalin pakaian, dia segera keluar menuju ke arah seorang lelaki yang sedang menunggunya.

"You! I'm done!" ujar Sheila gembira.

"Jom pergi makan. I laparlah..." adu lelaki itu.

"Ok...jom!!"

Apabila sampai sahaja di hadapan restoran yang serba mewah itu, Akram dan Sheila segera masuk ke dalam restoran tersebut.

Seorang pelayan datang mengambil pesanan mereka. Pelayan itu beredar apabila sudah mengambil pesanan Sheila dan Akram.

"You know what? I feel happy because next week a new fashion designer want me to wear his clothes the latest design," ujar Sheila gembira. Rezekinya selalu ada. Design yang baru-baru pulak tu.

"Good for you and congratulations," ucap Akram.

Boring pulak dok rumah ni sorang-sorang. Dahnya abang dia pergi kerja. Yang dia pulak terperuk dalam rumah menghadap tv dalam kondo abang dia ni. Nak masak... abang dia balik nak dekat pukul lapan malam. Sedih...

"Huh! Bosannya!" Hana mengeluh.

Rancangan televisyen yang ditontonnya langsung tak menarik minatnya. Yang dia tahu sekarang ni perkataan bosan, bosan dan bosan berlegar di dalam otaknya. Tak lama kemudian, satu mesej masuk.

Jom keluar. Aku bosanlah... :(

Hana menarik senyum apabila membaca mesej daripada Zizie. Macam tahu-tahu pulak yang aku tengah bosan sekarang ni.

Tanpa berlengah lagi, Hana segera menuju ke bilik untuk bersiap. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Hana segera turun ke bawah. Ketika dia keluar dari lif, dari jauh dia ternampak kereta Zizie sudah ada. Hana segera menuju ke kereta Zizie.

"Nak pi mana?" tanya Hana selepas masuk ke dalam kereta Zizie.

"Aku pun tak tau. Kita pusing satu KL jelah. Serius aku tengah bosan sekarang ni..."

Hana hanya mengikut cadangan Zizie. Dia tak kisah nak pergi mana? Asalkan bukan club or pub or tempat karaoke. Memang dia dengan rela hati menolak awal-awal lagi.

Kadang-kadang dia ada terfikir apa yang seronok sangat pi club or pub? Menaei kalah kera dengan beruk dalam hutan. Kalau setakat nak menari...dekat kampung dulu pun boleh menari. Contohnya Mak Cik Sum. Mak Cik Sum tu terkenal dengan gila menari dia tu. Kalau lalu dekat rumah Mak Cik Sum pagi-pagi, confirm mesti dengar bunyi radio deqaih pagi-pagi. Itulah tandanya Mak Cik Sum sedang menari. Kalau ditanya awat menari pagi-pagi...katanya badan akan menjadi segar dan dapat mengurangkan berat badan. Bagus jugak tu. Tapi Mak Cik Sum ni kuat gosip orangnya. Apa yang digosipnya pun tak tahu. Banyak sangat!

Teringat lagi Hana masa gosip Amar Baharin dengan Izreen Azminda. Bila baca ja pasal gosip tentang Amar Baharin konon-kononnya Amar Baharinlah punca Izreen Azminda bercerai, satu kampung riuh apabila Mak Cik Sum menyumpah seranah kepada si kaki buat gosip tu. Maklumlah Mak Cik Sum ni kan peminat setia Amar Baharin. Mana boleh orang kutuk 'pakwe' dia.

Hampir tergelak Hana dibuatnya apabila teringat Mak Cik Sum. Rindu pulak rasanya. Bukan rindu nak dengar gosip dia tu tapi rindu dengan telatah Mak Cik Sum yang kuat melatah dan rajin gosip tu.

Tiba-tiba wajah ibu dan abahnya menerpa di ruang mata. Rindunya dia pada ibu dan abah. Agak-agaknya apa yang abah dan ibu buat sekarang ni? Pasti sekarang ni abah dan ibu dok kat bendang lagi. Kesiannya abah dan ibu. Dah makan ke belum? Rasa rindu pulak nak main peluk-peluk dengan ibu dan abah.

Hana mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mendail abahnya. Namun panggilannya tak diangkat. Hana cuba menelefon rumah pula tetapi jawapannya still sama. Tak berangkat. Ibu pulak tak da telefon.

Zizie yang sedang memandu memandang ke arah Hana. "awat hang ni? Aku tengok hang gelisah semacam ja..." kemudian, pandangannya difokuskan kembali ke hadapan. Kang tak usya depan, ada jugak yang singgah ke hospital.

"Aku call abah tapi tak jawab. Telefon ke rumah pun macam tu juga. Tak berjawab. Maybe depa dekat bendang lagi kot," tutur Hana.

"Aku ingatkan hang dok teringat kat Akram tadi..." usik Zizie. Hana hanya menjeling.

Sikit-sikit mamat kepo tu! Apa yang hebat sangat entah mamat kepo tu! Kerek dan poyo adalah!

Eh! Tapi hang jangan lupa Hana. Sekerek-kerek dia tu pun dia jaga hang masa dekat Viantiane dulu masa kau demam hari tu. Kata sang hati.

Yalah! Tapi masa tu dia kenal aku sebagai Riana. Bukan Hana. Sebab tulah dia gentle sikit dekat aku! sangkal sang otak pula.

Dari Setia Walk hinggalah Sunway Pyramid. Habis Sunway Pyramid, pergi pula Ancorp Mall. Habis Ancorp Mall, pergi ke Citta Mall. Walaupun jauh, tapi sanggup drive sampai ke Citta Mall sebab Zizie teringin sangat nak makan dekat Chili's.

Bila makanan dah terhidang depan mata, tunggu apa lagi. Terus ngaplah! Maklumlah perut mereka dah lapar.

Selepas membayar harga makanan mereka, Hana dan Zizie segera keluar dan menuju ke arah kereta. Mereka segera beredar pulang. Lagipun tadi abang Hana ada hantar mesej kata dia akan balik sebelum pukul enam petang, Lagipun sekarang dah pukul empat petang. Sekejap ja masa berlalu.

Hana mengucapkan terima kasih kepada Zizie apabila sudah sampai di hadapan pondok pengawal kondominium tempat abangnya tinggal. Hana segera menuju ke arah lif apabila kelibat kereta Zizie sudah hilang. Butang lif nombor tiga ditekan.

Ting! Pintu lif terbuka apabila sudah sampai di tingkat tiga. Hana membuka pintu kondo milik abangnya melalui kunci pendua yang diberikan oleh abangnya.

Hana mencampak tudungnya ke atas sofa lalu ke dapur. Masih berfikir nak masak apa.

"Hah! Aku masak ayam goreng madu, kangkung tumis belacan dengan asam pedas jelah," Hana memetik jarinya apabila ideanya datang.

SELESAI sahaja masak, Hana menghidangkan masakannya di atas meja makan. Dia cukup berpuas hati dengan masakannya kali ni. Selalunya nak buat asam pedaslah yang tak rupa nak jadi sangat. Asam terlebihlah. Tak cukup garamlah... hmm...

Selepas menghidangkan air oren di atas meja, Hana masuk ke dalam bilik. Dia perlu mandi. Baru segar. lepas tu solat.

Selepas solat, Hana duduk di birai katil. Dia merenung ke arah jam. Baru pukul lima petang. Daripada aku tersadai tang ni, baik aku layan spongebob. Jangan terkejut tau kalau dia minat spongebob. Lagi satu yang takleh terlepas ialah Oscar Oasis. Hahaha...itu memang favourite dia.

Dalam beberapa minit kemudian, pintu kondo abangnya dibuka dari luar. Oh...abang dia dah balik.

"Macam sedap ja bau..." ujar Hafiz apabila masuk ke dalam kondo miliknya. Dia meluru ke arah meja makan.

"Macam tahu-tahu aje abang nak makan asam pedas. Buat perut abang ni berkeroncong," Hafiz sudah mencedok nasi ke dalam pinggan. Tak sabar nak makan masakan adiknya super 'umph' tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience