BAB 19

Romance Completed 254393

Fuh lega dia hari ni. Tak payah nak pergi masak dekat rumah Akram hari ni sebab Akram hari ni ada flight. Dia pun sebenarnya ada flight jugak hari ni. Boringnya...nak kena terperap atas kapal lagi hari ni. Huhuhu...sedihnya. Boring gila!

"Dah siap?"

"Masya-Allah!" terkejut Hana dibuatnya. Haish minah ni main terjah ja! Tak qeti nak bagi salam dulu ka?

"Opss sorry, sorry...emm hang dah siap ka?" menyedari kesilapannya, Zizie segera meminta maaf.

"Dah...boleh kita pergi sekarang?"

"Boleh...jom!"

AKHIRNYA sampai jugak Hana di New York. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa seronoknya dia bila dah sampai di New York. Tak perlulah dia terperap dalam kapal terbang lagi. Hana keluar dari kapal terbang bersama pramugari-pramugari yang lain.

Ketika dia sedang bercakap dengan pramugari Aifa, Hana terdengar ada suara yang memanggil namanya. Bukan nama betul tapi nama yang dia cipta masa di Viantiane dulu...Riana.

Ya Allah! Mamat kepo a.k.a. suami aku. Hana jangan gelabah! Relaks. Yeah relaks. Steady...jangan buat muka cuak depan dia. Just senyum dan terus senyum. Kalau hang gelabah depan dia nanti, tak pasai kantoi! Tak sangka betul yang aku akan satu flight sekali dengan Akram.

"Kau pun flight ke sini?" tanya Akram apabila di berdiri di hadapan Hana. Pramugari yang lain sudah beredar menuju ke airport.

"Habis tu, mana ada flight lain yang aku naik selain flight yang ni..." perli Hana.

Dah tahu aku naik flight ni lagi mau tanya!

"Macam perli je..." mulut si Riana ni memang sama pedas dengan mulut isteri aku, Hana.

Akram...Akram...kesian dekat kau. Kalau kau nak tahu orang yang terpacak depan kau nilah sebenarnya isteri kau yang selama ni kau anggap dia Riana.

"Mana ada perli. Kau yang salah tafsir!" bangkang Hana.

"Jomlah pergi ambil beg. Duduk sembang dekat sini lama-lama, nanti burn pulak muka kau tu."

Amboi mamat ni! Perli aku ke apa?

Selepas mengambil beg, Akram mengajak Hana naik satu teksi dengannya. Mulanya Hana tak nak tapi Akram dah mengajak sangat, dia pun ikutlah. Relaks jelah Hana. Dia kan suami kau.

Akram membayar tambang teksi apabila mereka dah sampai di hadapan hotel. Akram dan Hana masuk ke dalam hotel.

"Aku belanja kau..." hampir terlopong Hana dibuatnya. Dia nak belanja aku? Uhh...no way!

"Eh, tak payah. Aku boleh bayar sendiri. Kau simpan jelah duit kau tu," walaupun dia suami aku, tak naklah aku pakai duit dia.

"Tak pa. This time je ok?" Akram masih berkeras.

Hana menggigit bibirnya. Macam mana ni? Nak terima ke tak? Kalau tak terima, lagi tu dia dok merayu. Terima jelah Hana. Kira ni nafkah dia dekat kau. Nafkah dari segi zahir. Hahaha...nafkah konon!

"Oklah...tapi aku janji aku akan balik semua duit kau tu."

"Eh! Tak payah. Aku ikhlas. Tak payah bayar balik."

"Betul?"

"Betul."

Selepas membayar harga dua bilik, Akram menyerahkan kunci bilik kepada Hana.

"Bilik kau sebelah dengan bilik aku."

"Perlu ke beritahu?" tanya Hana. Ada nada menyindir di situ.

"Perlulah...kalau aku nak something ke, kau nak something ke, senang je nak mintak. Bilik sebelah je."

"Apa-apa jelah..."

sampai sahaja di hadapan pintu bilik, Hana membuka kunci pintu lalu membuka pintu. Hana segera masuk ke dalam bilik apabila Akram hanya melihat ke arahnya.

Apahal dengan mamat kepo tu? Asyik tengok aku je. Meremang pulak bulu roma aku.

Akram hanya tersenyum. Bila aku tengok muka si Riana tu, teringat pulak aku dekat bini aku. Agak-agaknya sekarang dia tengah buat apa? Aikk Akram...rindu ka? Acey...cey...dalam hati ada rindulah ni...

Akram segera masuk ke dalam bilik lalu baring di atas katil. Fikirannya masih lagi terhadap Hana. Apahal tiba-tiba aku asyik teringatkan minah trafik tu? Takkan aku dah jatuh cinta kot? Tak mungkinlah...aku baru kahwin dengan dia dua minggu kot. Takkan aku dah jatuh cinta?

Bukan salah pun kalau kau jatuh cinta dekat dia awal-awal. Dia kan isteri kau. Tak salah kalau kau jatuh cinta dekat dia...ada suara halus datang berbisik.

Akram meraupkan wajahnya. Daripada aku dok tertanya-tanya pasal dia, baik aku call dia. Ya, call dia. Akram mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluar lalu mendail nombor Hana.

Hana yang turut baring di atas katil memandang ke arah telefon bimbitnya. Siapa pulak yang call aku? Abang aku tak?

Dengan senyuman mekar, Hana mencapai telefon bimbitnya. Senyuman mekar tadi mati dan terus lenyap apabila melihat nama yang tertera di skrin telefon bimbitnya. Hmm...abanglah sangat! Rupanya suami aku! Apsal dia telefon aku? Jawab jelah...

"Assalamualaikum!"

"Waalaikumussalam. Tengah buat apa tu?"

Amboi! Bukan main prihatin mamat kepo ni dekat aku. Tiba-tiba pulak tanya aku tengah buat apa. Sekarang ni tengah landing atas katil dan sedang bercakap dengan Tunku Akram Haris..

"Awat call ni? Dah sampai dekat New York?" saja-saja buat tanya pilah walaupun dah tahu.

"Dah sampai. Tengah buat apa tu?" Akram tanya sekali lagi soalannya apabila soalannya tidak dijawab.

"Emm...emm...tengah tengok tv," terpaksa tipu lagi. Aduh, menggununglah dosa aku nampaknya.

"Dah makan?"

Banyak soalan sungguh mamat ni! Tak tahu ka aku tengah gabra semacam la ni!

"Belum...kau makan tak lagi?" buat pi lah prihatin. Kenalah act sikit.

"Belum lagi. Tengah lapar sekarang ni..." Akram mengadu. Manja.

Mengadu pulak. Memang perangai budak-budak!

"Kesian dekat dia. Weyh.. aku chau dulu. Zizie dah panggil aku. Kita orang nak keluar makan. Bye...assalamualaikum!"

"Waalaikumussalam," talian diputuskan.

Tiba-tiba perut Akram berkeriut. Lapar. Aku nak makan apa ni? Aku nak keluar pun malas. Penat. Agak-agaknya Riana sedang buat apa sekarang ni? Dia lapar tak?

Akram keluar menuju ke bilik Hana. Akram mengetuk pintu bilik Hana.

Mangkuk manalah pulak datang ni? Kacau betullah aku nak makan! Dalam marah pun Hana melangkah menuju ke pintu. Dia membuka pintu.

Awat pulak dia ni? Ni sahih kes lapar. Maklumlah tadikan dia cakap dalam telefon yang dia lapar.

"Kenapa?"

"Laparlah...kau lapar tak?" Akram menayangkan muka laparnya.

"Lapar? Kejap tau!" Hana masuk ke dalam biliknya kembali. Kesian pulak tengok wajah suaminya yang lapar tu.

Cup bubur nasi Knorr dibawa keluar. Selepas membuka plastik, Hana menuang air panas ke dalam cup bubur nasi tersebut. Selepas bubuh perencah, digaulnya sebentar. Dah siap!

Hana kembali ke arah pintu. Akram masih terpacak di situ. Hana menyerahkan cup bubur nasi Knorr tersebut kepada Akram.

"Nah...makan ni. Confirm kenyang," kata Hana sambil tersenyum.

Akram mengambil cup bubur nasi Knorr tersebut. "thanks..."

"Welcome..."

Akram kembali ke biliknya. Hana hanya tersenyum. Comel pulak tengok wajah suaminya yang kelaparan. Hana menutup kembali pintu biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience