BAB 30

Romance Completed 254393

"Tak nak duduk dulu ke? Aku buat breakfast untuk kau," tanya Hana apabila Akram tidak turun dari keretanya.

"Tak. Aku kena terus ke airport. Jangan lupa, kerja kau on balik. Setiap pagi kau kena datang kondo aku buat breakfast untuk aku."

Lah...ingatkan dah lupa pasal tu. Rupanya ingat lagi! "Baiklah bos!"

"Oklah, aku gerak dulu. Bye..."

"Bye. Take care!"

Akram hanya tersenyum lalu memandu keretanya ke airport.

Hana masuk ke dalam rumah Zizie. Nampaknya Zizie tak dak kat rumah. Maybe keluar makan breakfast kot. Selepas mengunci pintu, Hana masuk ke dalam bilik. Dia menyimpan bajunya ke dalam almari. Semasa menyimpan baju, matanya tertancap pada buku diary miliknya. Hana mencapai buku diarynya. Dalam buku tersebut ada gambarnya memakai tudung dengan tak pakai tudung dengan baju pramugari. Hana terasa macam dirinya menghina agama Islam.

Tanpa sedar, air matanya mengalir. Bukan aku nak pun kerja ni! Tapi disebabkan keadaan keluarga aku masa tu, dengan keizinan tiba-tiba dari ibu dan abah aku dengan rayuan Zizie lagi membuatkan aku terima kerja ni. Sepatutnya aku tak terima pekerjaan ni!!! Tengok! Keadaan semakin rumit buat aku! Nanti kalau ada flight, aku kena tipu Akram lagi! Arghh!!! Bencinya!!! Aku tak suka rasa ni! Entah hantu mana yang rasuk aku untuk terima pekerjaan ni!

Hana menyimpan kembali gambar-gambarnya ke dalam buku diari miliknya. Dia meletakkan kembali buku diari ke dalam almari. Agaknya sampai bila aku kena tipu Akram pasai kerja aku ni? Aku dah tak sanggup!

Tiba-tiba telefon Hana berbunyi. Tertera nama Daus di skrin telefon. Apa mimpi Daus call aku pagi-pagi ni?

"Assalamualaikum. Ada apa hang call aku pagi-pagi ni?"

"Waalaikumussalam. Saja nak call. Tak boleh ka?"

"Boleh..."

"Emm...Hana, hang free tak la ni? Aku nak ajak hang keluaq lah..."

"Bini hang mana?"

Farzana lari ka? Haish...pelik ni kalau tiba-tiba dia ajak aku keluaq. Mesti ada something ni.

"Ada ni. Jomlah keluaq sekali. Sekaligus boleh tanya macam mana hang boleh kahwin dengan Akram..."

Kan aku dah kata...mesti ada something dia nak korek daripada aku.

"Ok...nak jumpa dekat mana?" Hana hanya bersetuju. Lagipun bukan selalu dia keluaq dengan kawan baik dia ni.

"Kita jumpa dekat Restoran Songket ja lah..."

"Ok, tapi hang mai ambik akulah...malas nak drive..."

"Ok hang tunggu. Aku sampai dalam sepuluh minit lagi..." talian diputuskan.

HANA duduk berhadapan Daus dan Farzana. Hmm...nampaknya Daus tak lama lagi jadi bapak. Tak boleh bayang Daus yang gila-gila tu tak lama lagi akan jadi bapak.

"Dah berapa bulan ni?" tanya Hana. Seronok dia tengok Daus dan Farzana. Bahagia betul!

"Dah enam bulan...sebelum tu, nih nak makan apa?" tanya Daus. Gaya Hana ni macam tak makan lagi.

"Order jelah apa-apa. Air aku nak teh o ais..."

"Ok..."

Daus memandang Hana kembali selepas memesan menu mereka. Awat Hana ni? Macam tengah pikiaq sesuatu ja.

"Awat dengan hang ni Hana? Hang ada masalah ka? Asyik termenung ja..."

"Tak ada apalah," nafi Hana. Tak nak Daus tahu tentang masalahnya.

"Ya ka tak dak apa-apa? By the way, aku nak hang cerita macam mana hang boleh kahwin dengan Akram? Cerr citerr..."

Time nilah jugak si Daus ni nak korek! Takleh tunggu lepas makan ke? Aduhai...

"Betul ka hang nak tau?"

"Yalah..."

Agaknya Daus terkejut tak kalau aku cerita dekat dia yang sebenar? Harap-harap taklah...Hana menghembus nafasnya.

Hana mula cerita dari saat dia terjumpa Akram di mall. Kemudian, sampailah Akram memaksa dia untuk berkahwin dengannya masa di Taman Tasik Metropolitan. Hana juga cerita sebab-sebab Akram memaksa dirinya kahwin dengannya.

"Sebab tulah aku terpaksa kahwin dengan Akram."

"Sebab tu ja? Tak masuk akal langsung!" kata Daus tak puas hati.

"Tapi Sheila tu bukan ke model yang terkenal dengan keseksian dia tu?" giliran Farzana pula bertanya.

"Hmm...dialah tu..." Hana bermain dengan jemarinya. Kini, hatinya terasa lapang sedikit bila cerita dekat Daus dan Farzana.

ZIZIE membuka pintu rumah apabila pintu rumahnya diketuk dari luar. Akram? Awat tiba-tiba mai rumah aku ni? Pelik...selalunya tak pun. "Awat mai rumah aku pagi-pagi ni?"

"Saja ja nak lepak dengan kau pagi-pagi ni. Aku tengah boring sekarang ni."

"Oh...masuklah."

Akram masuk ke dalam rumah Zizie. Hari ni dia baru dapat news yang flight dia ditunda ke minggu hadapan. Rasa legalah jugak.

"Hana dia tak pergi kerja ke? Kereta dia ada depan tu..."

Aduhai! Nak jawab apa ni? Rasa nervouslah pulak. Bantailah apa pun janji rahsia Hana tak terbongkar.

"Hari ni dia tak ke pejabat. Katanya bos bagi dia cuti tiga hari..." gugup Zizie menjawab pertanyaan Akram. Maklumlah tipu. Dosa mendatang! Haish...ni semua Hana punya pasallah ni...

"Habis dia pergi mana sekarang?"

Zizie mengetap bibirnya. Adoyai! Dia tanya lagi! "Tadi dia text aku katanya dia keluar dengan Daus dan Farzana makan breakfast..."

"Nih, kau tengoklah tv dulu. Time macam ni kadang-kadang ada Tom&Jerry. Aku nak pi masak jap..." sambung Zizie.

"Pergilah...." Akram memokuskan matanya ke tv. Tiba-tiba terdetik hatinya untuk masuk ke dalam bilik Hana.

Akram bangun lalu masuk ke dalam bilik Hana. Sekarang ni dia betul-betul dalam bilik Hana. Hmm...cantik. Kemas dan teratur. Akram melangkah ke arah almari baju Hana lalu membukanya.

Baju pramugari? Kenapa ada baju pramugari pulak dalam almari baju Hana? Inikan bilik Hana? Maybe Riana tumpang simpan baju dia kot! Yeah...kemudian dia membuka laci almari tersebut.

Buku apa ni? Macam buku diari. Tak payahlah nak tengok. Inikan privasi Hana. Baru nak simpan kembali diari Hana ke dalam laci, ada dua gambar dan sehelai kertas jatuh atas lantai. Akram mengambil gambar-gambar dan kertas tersebut.

Inikan gambar Riana? Yang ni pulak Hana. Tak mungkin dua pelanduk serupa! Apa kaitan dengan kedua-dua gambar ni? Lepas tu dengan baju pramugari ni pulak. Akram membaca isi yang ditulis atas kertas tersebut yang dilipat kemas.

Khamis, 25 Sept.

Aku benci dengan kehidupan aku sekarang ni. Dengan pekerjaan aku yang aku tak pernah mahu dalam hidup aku...ibu dan abah izinkan aku kerja sebagai pramugari tapi pada mulanya aku tak nak dan aku nak tolak tawaran kerja tu...tapi disebabkan keadaan memaksa, aku terpaksa terima tawaran kerja tu walaupun hati aku tak rela ketika itu.

Tapi disebabkan rasa kesian dekat abang aku yang bersusah payah mencari rezeki untuk aku, ibu dan abah...aku terima jugak tawaran tu. Aku tak salahkan Zizie dalam hal ni sebab dia dah tolong aku cari kerja pun dah cukup baik walaupun aku tak suka kerja yang dipilih oleh Zizie untuk aku.

Aku dengan Akram dah kahwin 3 bulan. Tapi tentang pekerjaan aku tu, aku still simpan dan tak bagitahu dia pun. Bukan aku tak nak bagitahu dia tapi aku takut kalau aku bagitau dia, dia akan melenting dan ceraikan aku. Aku takut dia tak boleh accept pekerjaan aku ni.

Aku beruntung dia tak cam aku masa dia jaga aku ketika aku demam di Viantiane dulu dan juga masa dekat New York. Masa dekat New York adalah jugak aku curi-curi ambik gambaq dia. Hehehe... :) Nampak hensem! Hahaha pengakuan tu!

Tapi aku rasa bersalah sangat bila aku terpaksa tipu dia pasai qeja aku dan pasai aku bohong dia tentang penyamaran aku sebagai Riana. Huh...what the...??

Insya-Allah, bila waktu yang tepat, aku akan cerita semuanya dekat Akram. Aku tahu aku tak boleh simpan rahsia ni lama-lama. Lambat laun akan terbongkar jugak...!

Akram tak percaya dengan apa yang dibacanya. Tak percaya yang Hana sebenarnya seorang pramugari. Tapi semua bukti ada di tangannya. Cerita yang ditulis oleh Hana dan gambar-gambar Hana dan juga pengakuan Hana yang dia sebenarnya tipu dan menyamar sebagai Riana.

"Kau memang tak ada harga diri Hana!!!" marah Akram. Tak sedar apa yang diucapnya. Sekarang baginya Hana tak ada maruah sedikit pun!

"Akram?? Apa kau buat dekat sini?" tanya zizie yang tercegat di hadapan pintu bilik Hana. Dia terdengar Akram menjerit tadi.

"You don't have to know. But, now I want to ask you something. Is it true Hana work as a stewardess? Tell me the truth!"

Zizie tersentak. Rahsia Hana dah bocor ka?? Zizie memandang surat dan gambar-gambar Hana yang dipegang oleh Akram. Confirm! Macam mana ni?

"Zizie! Kenapa kau diam?! Jawablah soalan aku!" desak Akram.

Nampaknya rahsia Hana kali ni memang dah bocor. Nak bohong kot mana pun dah tak boleh. "Me..memang Ha..Hana kerja sebagai pra..pramugari."

"Kenapa kau tak cakap dekat aku awal-awal?" tengking Akram. Suhu amarahnya makin naik bila mendengar pengakuan Zizie.

"Bu...bukan a...aku ta...tak n...nak ba...ba..gitahu tapi..."

"Tapi Hana tak bagi kau bagitahu aku kan?" lantang Akram bersuara.

"Sekarang ni kau nak tau tak apa?! Aku rasa aku manusia paling foolish dalam dunia ni. Aku ingatkan Hana perempuan yang baik, rupanya sama je dengan Sheila!"

Hana segera masuk ke dalam rumah apabila mendengar suara kuat memarahi seseorang dalam rumah. Nak kata jiran dia, Puan Lee tu tak bergaduh pun. Daus dan Farzana juga turut masuk ke dalam rumah Zizie.

"Kenapa ni?" Akram dan Zizie menoleh ke arah Hana.

Takut pulak Hana melihat renungan tajam Akram. Hah sudah. Ni awat pulak dah?

"Dah balik rupanya perempuan tak ada agama ni!" selamba Akram berkata. Terkejut Hana mendengar kata-kata Akram. Apahal pulak ni?

"Kenapa kau ni?"

"You asking me why? Kau nak tipu aku apa lagi?"

"Tipu apa?"

"Kau memang saja-saja buat bodoh kan?! Kau sebenarnya kerja pramugari kan?! Lepas tu kau menyamar jadi Riana? Bukti semua ada di tangan aku!" Akram menunjukkan kertas dan gambar-gambar Hana.

Hana terkedu. Dadanya berdegup kencang. Kata-kata Akram tadi cukup membuat dirinya kaku, terkejut...semua ada. Macam mana Akram dapat semua tu? Nampaknya rahsia dia dah terbongkar. Akhirnya...tapi Akram still boleh terima aku? Nampak gaya macam tak ja. Aku rasa dia tak boleh terima aku bila dia cap aku 'perempuan tak ada agama'. Hampir menitis air matanya mendengar gelaran Akram kepada dirinya. Hina sangatkah diri dia ni?

"Kenapa kau diam?! Memang betulkan?! Memang kau ni tak dak agama! Ibu dan abah kau tak ajar ke?" tajam hinaan yang dilontarkan oleh Akram kepada Hana.

Pedih hati Hana mendengar cacian yang keluar dari mulut Akram. Tapi kenapa nak libatkan ibu dan abah dia sekali?

"Jangan libatkan ibu dan abah! Mereka tak salah! Aku yang salah!" tegas Hana. Matanya mula berair.

"Akram! Behave yourself! Takkan sebab Hana jadi pramugari kau nak libatkan sekali ibu dan abah dia?!" Daus masuk padang. Membela Hana.

"Aku rasa memang betul pun! Kalau tak, dia takkan accept kerja tu dan ibu dan abah dia takkan izinkan dia jadi pramugari tu!" Akram masih dengan amarahnya. Tak dak tanda-tanda nak surut. Tanpa sengaja Hana tertampar muka Akram. Tak sedar perbuatannya. Mereka semua tergamam kecuali Akram. Hana memandang lantai.

"Menyesal aku kahwin dengan kau!" ayat Akram membuatkan Hana merenung tepat ke arah Akram.

"Aku lagi menyesal kahwin dengan kau dan aku menyesal tolong kau selama ni! Aku rasa umi dan walid pun tak pernah ajar kau macam mana nak hormat dan adab sopan santun ketika bercakap dengan orang!!" Hana melepaskan geramnya.

"Hey!! Kau jangan nak libatkan umi dan walid akulah perempuan!!" Akram mengangkat tangannya nak tampar Hana.

"Kenapa pulak tak boleh? Kau libatkan ibu dan abah aku boleh...aku pulak tak boleh? Mana fair bangang! Otak kau ni memang biul dan senget sebelah tau tak!! Kau nak tampar aku? Tamparlah...kau tamparlah jebon!! Kenapa? Tak berani??!" sengaja Hana mencabar Akram.

Akram menjatuhkan tangannya. Entah kenapa ada suara halus yang berbisik kepadanya supaya tidak menampar Hana.

"Lagi satu, aku nak kau berambuslah dari hidup aku! Aku benci kau Tunku Akram Haris! I hate you so much! Te odio por siempre! Kalau kau nak tahu makna Spanish aku tu, kau cari dalam google translate!" Hana segera masuk ke dalam bilik lalu mengunci pintu.

Dia menangis semahu-mahunya. Sekarang perasaan benci terhadap Akram mula menusuk ke dalam hati. Sanggup Akram mengutuk dan menghina ibu dan abahnya. Ya, mungkin ibu dan abah beri keizinan...bukan dia mahu pun! Tetapi keadaan memaksa.

Akram melemparkan kertas dan gambar-gambar Hana di atas lantai lalu keluar dari rumah Zizie. Tak kuasa dia nak ada di situ lama-lama.

"Aku benci kau Akram! Aku benci kau!!!" jerit Hana. Habis bantal-bantal berterbangan. Cadar katil juga turut menjadi mangsanya. Habis biliknya menjadi selerak. Hana duduk di atas lantai sambil memeluk kakinya. Dia menangis semahu-mahunya.

Kata-kata Akram tadi masih terngiang-ngiang di telinganya. Kalau Akram hanya mengata dia tak apa, tapi ini melibatkan sekali ibu dan abahnya. Memang tak boleh diterima.

"Hana! Hana! Buka pintu ni!" Zizie mengetuk intu bilik Hana. Risau betul dia dengan keadaan Hana. Takut Hana buat bukan-bukan.

"Hana, hang bukak pintu ni..." Daus mencuba nasib. Hana tetap berkeras tak nak buka pintu.

"Hana...bukaklah pintu ni. Janganlah menangis...sabar. Ini ujian dari Allah untuk awak..." Farzana turut mencuba nasib. Tapi hasilnya tetap sama.

Hana mengelap air matanya. Dia bangun menuju ke arah almari baju. Dia memasukkan semua bajunya ke dalam beg pakaian. Siap mengemas semuanya, Hana membuka pintu.

"Hana, awak nak ke mana ni?" tanya Farzana apabila ternampak Hana menjinjit beg pakaiannya.

"Zie, Daus, Zana...I have to go. Aku nak tenangkan fikiran aku. Kalau aku lama-lama dekat sini, aku boleh jadi gila!"

"Hana...kalau ya pun hang nak release tension hang tu, tak payahlah nak keluaq dari rumah ni," Zizie cuba memujuk Hana. Mana best kalau tak dak Hana. Siapa nak buat lawak nanti?

"Sorry Zizie. Aku tak boleh. Kalau aku duduk KL jugak, maybe aku akan terserempak dengan dia lagi," Hana tetap berdegil. "Daus, hang tolong jaga Zizie untuk aku. Aku tak tahu berapa lama aku akan duduk dekat sana nanti."

"Sana dekat mana?" tanya Zizie.

"Rahsia...dahlah aku pergi dulu..." Hana keluar menuju ke keretanya. Selepas meletakkan beg pakaiannya di dalam bonet kereta, Hana segera menghidupkan enjin keretanya lalu terus memandu ke airport.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience