BAB 17

Romance Completed 254393

"Assalamualaikum umi...Hana ni..." Hana menelefon umi Akram. Tak nak umi Akram risau apabila bila balik tengok dahi anaknya bertampal dengan bandage.

"Waalaikumussalam...ada apa menantu umi ni telefon?" tanya Ku Masyitah lembut.

"Pasal abang Akram. Abang Akram injured dekat dahi..." cerita Hana. Hana pasti umi Akram pasti risau dengan keadaan anaknya sekarang ni.

"Astaghfirullahalazim! Macam mana boleh jadi macam tu?" Ku Masyitah mula risau di talian.

"Hana pun tak tahu. Mula tu Hana masuk bilik nak panggil abang Akram untuk makan breakfast. Hana panggil nama dia tapi tak bersahut. Bila Hana masuk je dalam bilik air, abang Akram dah terbaring pengsan di atas lantai dengan kepala berdarah," jawab Hana jujur.

"Umi balik sekarang."

"Eh umi! Tak apa. Umi tak payah balik. Umi stay je dekat ofis. Hana dah ubatkan abang Akram. Now, he is quite fine. Cuma tak sedar lagi," Hana cuba menahan umi Akram untuk balik. Kesian pulak nanti umi kena ulang alik ke pejabat sebab nak tengok keadaan Akram memandangkan hari ini walid fly ke Bandung, Indonesia.

"Terima kasih Hana sebab tolong jaga anak umi..." ucap Ku Masyitah.

"Sama-sama umi. Lagipun ini semuakan dah jadi tanggungjawab Hana untuk jaga abang Akram..."

"Once against thanks Hana."

"You're welcome umi. Oklah, Hana nak naik atas dulu. Nak tengok abang Akram sedar ke tak lagi. Umi sambung balik kerja umi. Assalamualaikum."

"Yalah...waalaikumussalam."

Hana memutuskan talian. Hana segera menuju ke bilik Akram. Nampaknya Akram dah sedar ketika Hana masuk ke dalam bilik.

"Alhamdulillah...dah sedar," hanya Allah saja yang tahu betapa syukurnya dia bila Akram dah sedar.

"Ouchh!!" terjerit Akram apabila tersentuh luka di kepalanya. "Kenapa dengan aku?" nampaknya Akram blurr plus amnesia kejap.

"Tadi kau pengsan. Kepala kau berdarah. Maybe kepala kau terhantuk dekat tab mandi sebab tab mandi kau tu ada kesan darah kau," jelas Hana.

"Oooo...." hanya 'o' keluar dari mulut Akram. "Hana..." panggil Akram. Hana menjongketkan keningnya.

"Laparlah..." adu Akram manja. Hana hanya tersenyum.

"Kejap... aku gi ambik breakfast untuk kau," Hana beredar mengambil sarapan untuk Akram. Dia bawa dengan ubat migrain sekali. Masa Akram mengadu lapar, Akram masih memegang kepalanya. Masih sakit lagilah tu.

"Lain kali kalau sakit ke apa ke bagitahu. Jangan dok diam ja. Ni tengok, migrain datang serang, takka dapat sakit ja..." pesan Hana dengan bebelan ringkas. Risau betul dia tengok kepala Akram yang berdarah tadi.

"Risau jugak kau dekat aku?" dalam sakit, Akram sempat lagi nak mengusik Hana.

"Bolehlah...kalau aku tak buat-buat risau, kang depa pikiaq aku gusti hang pulak!" tiba-tiba Hana cakap loghat utara. Ops! Tersasul!

Akram menjongketkan keningnya. "Amboii...pandai cakap Kedah. Tapi hang memang oqang Kedah kan?" Akram juga turut cakap bahasa utara.

"Hang tau mana?" tu dia kalau dah cakap Kedah, memang KL dah tak masuk.

"Umi habaq."

Hana menjongketkan keningnya. Pandai jugak mamat ni cakap Kedah. Hmm...bagus.

"Pandai jugak kau cakap Kedah..." puji Hana. Pujilah sikit...kang merajuk pulak sebab tak puji. Penat nak cakap bahasa Kedah.

"Pandai jugak hang cakap KL noh..." giliran Akram pula puji Hana.

Hana hanya tersenyum. "Besa arr bro..."

Akram dan Hana ketawa. Apa yang lucu entah.

"Gelak, gelak jugak. Nih makan. Lepas tu, telan ubat migrain ni. Kang pala tu terhantuk pulak, susahkan aku ja."

Hana bangun dan hendak beredar keluar dari bilik Akram tetapi dihalang oleh Akram. "temanlah aku makan. Boring makan sorang-sorang."

Pulak dah! Hailah mamat ni. Baru ja nak sembang dengan Bibik Rini, dia suruh temankan makan pulak. Ikut jelah...kalau ingkar tak cium bau syurga. Hana kembali duduk di sisi katil. Tunggu sampai Akram habis makan.

Habis saja makan, Hana menyerahkan ubat migrain kepada Akram. Muka Akram sudah kelat. Akram memandang Hana.

"Perlu ke?"

Hana mengerutkan dahinya. Macam bengap je dia ni? Dah memang sahlah kena makan. Ka dia ni takut nak makan ubat?

"Kenalah...kau makan ubat ni. Kalau tak aku bunuh kau!" satu amaran tegas keluar dari mulut Hana.

"kalau tak makan ubat tak boleh?" tak suka benor dia bila kena telan ubat. Boleh dikatakan dia memang tak suka makan ubat langsung! Tak sedap!

Ting! Yes! Aku tahu dia takut or tak suka makan ubat.

"Kantoilah takut nak makan ubat. Makanlah...kang migrain kau datang balik, aku pulak yang susah," Hana cuba memujuk Akram supaya makan ubat.

"O...ok."

"Good..." Hana menyerahkan ubat migrain kepada Akram.

Takut-takut Akram nak makan ubat migrain yang diberi oleh Hana. Memang dari dulu lagi dia tak suka makan ubat. Kalau umi dia suruh makan ja, dia mesti culas. Serius dia kata ubatlah yang paling tak sedap.

"Ok...I have some tips for you. Kau letak ubat tu betul-betul atas lidah kau, lepas tu kau tak payah nak fikir yang kau makan tu ubat. Lepas tu cepat-cepat minum air. Confirm berkesan," Hana memberi idea.

"Ok...I try."

Baru kali ni Akram dapat telan ubat dengan mudah. Sampai tertepuk-tepuk tangan dia macam budak-budak kecil. Hana hanya menggeleng melihat telatah Akram. Macam budak-budak. Kalah aku!

"Kau tidur balik. Aku nak bawa turun semua ni ke bawah," Hana mengangkat dulang yang ada mangkuk bubur nasi serta gelas dan ubat migrain Akram.

"Hana..." panggil Akram membuatkan Akram menoleh.

"Anything?"

"Thanks..." kata-kata Akram membuatkan Hana tersenyum.

"No hallah...small matters."

Hana segera menuju ke dapur. Nak basuh pinggan.

"Hai bik..." sapa Hana.

"Buk Hana. Gi mana keadaannya Tuan Akram?"

"Alhamdulillah..dah ok sikit," jawab Hana.

Paip air dipulas. Dia mula kerja membasuh pinggan. Selesai membasuh pinggan, dia beredar menuju ke bilik. Masuk sahaja dalam bilik, Akram sudah tidur.

Lega, lega jugak. Tapi macam mana dia nak cakap dekat Akram yang dia ada flight esok? Nak cakap terus terang tak ready lagi. Macam mana ni? Patutkah aku terus terang? Arghh!! Macam mana ni? Please somebody help me! Zizie! Yes Zizie! Aku kena minta tolong dia.

Hana mencapai telefon bimbitnya lalu menaip mesej untuk Zizie.

Zizie...hang kena tolong aku!! This is urgent tak urgent...

Apa yang urgent tak urgent nya?

Esok aku ada flight... macam mana? Takkan aku nak cakap depan Akram yang aku ada flight esok? Aku tak ready lagi nak bagitau perkara yang sebenar dekat Akram.

Don't worry lah...aku dah check schedule hang.

Flight hang esok postpone ke minggu depan.

Kira hang terselamat dahlah ni...

Serius? Syukur alhamdulillah...ok thanks Zizie.

Bye...Assalamualaikum...

Waalaikumussalam...

Hana meletakkan kembali telefonnya ke atas meja solek. Rasa lega yang amat. Kalau tak...mesti dia kelam kabut sekarang. Hana memandang ke arah Akram yang sedang nyenyak tidur. Apa reaksi Akram bila dapat tahu yang aku kerja sebagai pramugari? Mesti dia fikir aku ni tak ada agama. Kejap pakai tudung, kejap tak. Huh! Bencinya! Bermacam-macam andaian bermain di fikiran Hana.

Kalau aku bagitau dia perkara yang sebenarnya, agaknya dia marah tak? Entah-entah dia terus ceraikan aku tak? Tapi dia dah janji tak akan ada penceraian berlaku dalam hidup aku. Wake up Hana! Janji-janji lelaki ni tak boleh percaya sangat. Nanti makan diri. Berserabutnya otak aku. Aku benci rasa ni! Tak lama aku pun dapat migrain macam Akram jugak.

Hana teringat kata-kata abahnya masa majlis akad nikahnya di masjid dulu... "Hana...hang jangan dok simpan rahsia tu lama-lama sangat tentang pekerjaan hang tu. Abah cuma habaq pekerjaan hang ni dekat mak ayah Akram ja. Alhamdulillah, depa paham. Tapi, Akram hang habaq sendiqi. Kalau hang simpan rahsia ni lama-lama, kalau dia dapat tahu...abah rasa...hang faham-faham ja lah..."

Hana mengeluh. Macam mana ni? Patutkah aku cakap? Tapi aku takut...takut dia tak bleh terima dan terus ceraikan aku. Aku tak nak jadi janda awal. Maklumlah perkahwinan antara aku dengan dia kan terpaksa. Kerana terpaksa aku relakan.

Daripada aku jadi tak keruan macam ni, baik aku tidoq. Hana baringkan dirinya di atas sofa. Tak sampai seminit, dia dah terlelap. Nampak sangat dia letih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience