BAB 25

Romance Completed 254393

"Ibu, selamat hari lahir. Moga ibu panjang umur dan murah rezeki. Ni hadiah untuk ibu..." ucap Hana lalu menyerahkan beg kertas yang berisi gelang tangan kepada ibunya.

"Hana...mesti mahal kan harga gelang emas ni?" tanya Hajah Aisyah apabila melihat gelang emas tersebut.

"Ni bukan Hana yang beli tapi menantu ibu yang beli," ujar Hana lalu memandang ke arah Akram.

"Lah...Akram, berapa harga ni? Ibu bayaq balik."

"Tak payahlah ibu. Akram ikhlas nak bagi dekat ibu," tutur Akram sambil tersenyum.

"Terima kasih Akram..."

"Sama-sama ibu."

Hana mengerling Akram yang berada di sebelahnya. Baik jugak mamat kepo ni. Buat aku jadi jatuh hati pulak dekat dia. Erkk! Betul ka hang yang cakap ni Hana?

"Apahal kau tengok aku macam tu?" tanya Akram apabila tersedar yang Hana sedang perhatikan dirinya dari ekor mata.

"Perasan! Aku tengok cicak lah!" Hana menutup rasa malu. Itu pun nasib baik dia ternampak cicak di dinding rumah. Boleh cover kesilapannya.

"Yalah tu..." Akram mencebik mendengar kata-kata Hana.

"Assalamualaikum!" tiba-tiba ada suara yang memberi salam di hadapan rumah.

Mereka semua menjengah di hadapan pintu nak tengok gerangan siapakah yang datang ke rumah mereka pagi-pagi ni.

"Mak ngah!" jerit Hana lalu meluru ke arah mak ngah. Rindu betul dia dengan mak ngah dia yang sorang ni.

"Apa khabar Hana sekarang ni?" tanya Mak Ngah.

"Alhamdulillah sihat," mata Hana tertumpu kepada sepupunya yang seorang ni. Makin hensem!

"Mak ngah, Hazriq ni makin hensem kan?" tanya Hana sambil keningnya dijongetkan.

"Mengarut dia ni. Tu ada tu versi nak sindir orang!" tegah Hazriq.

"Tapi serius hang makin hensem la ni. Mesti awek keliling pinggang kan?" ada hati lagi nak usik Hazriq.

"Toksah dok melalut sangat! Hang dah jadi bini oqang! Toksah dok pikiaq kot lain sangat!" komen Hazriq. Lama tak gaduh macam ni dengan Hana.

Mata Hazriq tertumpu kepada lelaki yang berada di sebelah Hana. Agaknya inilah husband Hana. Hensem! Maklumlah masa kenduri Hana hari tu dia tak pi sebab dia di tahun akhir. Banyak assignment yang nak kena siapkan.

"Hana, yang ni ka suami hang?" tanya Hazriq. Mata mak ngah juga turut tumpu kepada lelaki di sebelah Hana.

"Suami akulah. Abang, ini sepupu saya, Mohd Hazriq Iqmal yang selalu suka cari gaduh dengan saya dan ini mak ngah yang paling saya sayangi selepas ibu..." ujar Hana memperkenalkan Akram kepada mak ngah dan Hazriq begitu juga sebaliknya.

Akram menyalami mak ngah. Akram dan Hazriq bersalaman. Sekarang ni, mak ngah dok dengan anak dia yang sorang ni sebab yang seorang lagi kerja dekat Johor. Jarang balik sini.

"Eh, jomlah masuk!" ajak Hana.

"Kak long dan abang long apa khabar?" tanya mak ngah apabila berhadapan dengan Hajah Aisyah dan Haji Zainudin.

"Sihat...hang macam mana?" tanya Hajah Aisyah pula.

"Sihat ja..."

Hazriq menghampiri Haji Zainudin dan Hajah Aisyah lalu menyalami mereka berdua.

"Dah besaq Hazriq ni. Dulu kecik-kecik suka lari dalam bendang dengan Hana..." Haji Zainudin mengimbas kembali zaman budak-budak Hana dan Hazriq.

Hana menyerahkan pinggan yang berisi mi goreng kepada mak ngah dan Hazriq. Hana mengambil tempat di sebelah mak ngah. Akram pula duduk di sebelah Hazriq.

"Hah Hana...dah sebulan kahwin. Tak berisi lagi ka?" mak ngah melontarkan seolan cepumas.

Hana tersenyum kambing. Mak ngah ni pun time-time macam nilah nak tanya soalan cepumas macam ni. Buat jantung aku jadi tak betoi pulak. Hana memandang Akram. Nampaknya Akram juga turut terkejut dengan soalan cepumas mak ngah.

"Hesy hang ni angah! Ada pulak tanya macam tu. Malulah depa dua ni..." sangkal Hajah Aisyah.

"Tak dak rezeki lagi kot mak ngah..." balas Hana.

"Hazriq...hang dah habis belajaq dekat universiti tu. Hang nak qeja dekat mana pulak?" tanya Haji Zainudin. Tukar topik.

"Alhamdulillah pak long. HAzriq dapat tawaran bekerja di sebuah syarikat di bahagian akaun. Sesuai sangatlah dengan Hazriq. Hazriq kan ambil bahagian akaun. Esok nak bertolak ke KL memandangkan esok temuduga..." jawab Hazriq.

"Maknanya mulai esok mak ngah duduk sorang-sorang lah dekat rumah?" mak ngah hanya mengangguk dengan pertanyaan Hana.

"Kalau macam tu, mak ngah mailah duduk dekat sini. Boleh kita sembang-sembang..." Hana mengusulkan cadangan.

"Hah, betoi cakap Hana tu. Hang mai lah dok rumah aku mulai esok. Ada satu lagi bilik. Hang boleh duduk..." Hajah Aisyah mengajak mak ngah duduk di rumahnya.

"Tak pa ka?"

"Tak pa. Hang dok ja dekat rumah aku..." giliran Haji Zainudin pula memberi kebenaran.

"Oklah kalau macam tu."

"Ni aku nak tanya. Hafiz mana? Tak balik?" tanya mak ngah apabila sedar yang Hafiz tiada.

"Tak taulah angah. Mungkin dia banyak kerja dekat KL tu. Biaqlah dia buat qeja dia dekat sana," jawab Hajah Aisyah.

HANA baring di atas katil. Ketika dia baru keluar dari bilik air tadi, Akram masih berbual-bual dengan dengan abah dan Hazriq. Hana merenung jam locengnya. Dah pukul sepuluh malam. Entah kenapa hari ni dia rasa mengantuk sangat. Mata pun dah berat. Akhirnya dia terlelap.

Akram yang baru habis semabng dengan abah dan Hazriq masuk ke dalam bilik. Sejak tadi dia tak nampak kelibat Hana. Terpegun matanya melihat ke arah Hana. Ini kali pertama dia melihat Hana dalam keadaan terdedah auratnya.

Akram duduk di sisi katil. Nak perhati wajah Hana. Apsal muka dia nak sama dengan muka Riana? Tak mungkinlah Hana ni pramugari sebab dia pakai tudung. Hmm...mungkin pelanduk dua serupa. Akram menyelimutkan Hana lalu keluar dari bilik.

Kalaulah kau tahu yang Hana tu sebenarnya pamugari dan menyamar sebagai Riana, apa reaksi kau Akram?

Mata Akram tertumpu pada lelaki yang duduk di kerusi sedang bersembang dengan abah. Siapa tu? Takkan kembar Hazriq kot sebab Hazriq bukan dilahirkan kembar. Kaki Akram melangkah ke arah lelaki tersebut.

"Abang Hafiz! Bila sampai?" Akram bersalaman dengan Hafiz.

"Baru ja. Hana mana? Selalunya dialah dok riuh dalam rumah ni..." mata Hafiz melilau mencari kelibat Hana.

"Dia dah tidur. Masa saya masuk dalam bilik tadi, dia dah tidur," beritahu Akram.

"Awalnya...selalunya pukul satu atau dua pagi baru nak tidur," komen Hafiz.

Naik terkejut Akram mendengar kata-kata abang iparnya. Satu atau dua pagi baru nak tidur? Kalau aku jangan harap! Boleh tahan mata minah trafik ni.

"Abah, ibu mana? Sejak Hafiz sampai ni, tak nampak pun batang hidung ibu," tanya Hafiz kepada abahnya.

"Ibu hang pi sembahyang. Satgi dia keluaq lah tu," jawab Haji Zainudin lalu matanya kembali terarah kepada televisyen. La ni kalau nak tengok bola pun senang sebab dah ada astro. Itupun Hafiz yang pasang.

"Sapa ni bang?" tanya Hajah Aisyah apabila melihat lelaki yang duduk membelakanginya.

"Amboi ibu! Tak cam anak sendiqi dah ka?" usik Hafiz lalu bangun menuju ke arah ibunya. Hafiz menyalami ibunya.

"Ya Allah! Hafiz rupanya! Bila hang sampai?" gembira rasanya Hajah Aisyah apabila anak sulung dia ni balik. Ingatkan tak balik.

"Dalam sepuluh minit macam tulah..."

"Hang dah makan?"

"Dah...jangan qisau."

"Akram, mana Hana? Dari tadi ibu tak nampak dia?" tanya Hajah Aisyah.

"Dah tidur ibu. Mungkin mengantuk sangat kot," jawab Akram jujur.

"Pelik...selalunya pukul dua pagi dia baqu nak tidoq kalau balik kampung ni," Hajah Aisyah juga turut pelik seperti Hafiz tadi.

Emm...nampak sangat minah ni suka tidur lewat. Tak sangka. Ibu pun kata dia selalunya tidur dua pagi. Larat juga mata isteri aku ni celik sampai pagi-pagi buta. Fikir Akram.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience