BAB 53

Romance Completed 254393

Hana bangun dari tidurnya bila tiba-tiba perut dia terasa sakit. Sakit yang amat.

"Ouchh!!"

Akram bangun daripaa pembaringannya bila terdengar isterinya mengaduh sakit. Dah pukul enam pagi.

"Kenapa sayang?" tanya Akram apabila terlihat kerutan di wajah isterinya.

"Sa..kit..." perlahan Hana berkata.

"Sakit? Sayang dah nak bersalin dah ke?" Akram mula panik. Tapi, dia sedapa upaya control rasa panik tu.

"Entah..."

"Ouchh!!!!" kali ni lagi kuat Hana terjerit. Menang rasa sakitnya tak boleh dibendung lagi. Rasa macam nak tercabut pinggang.

"Abang rasa dah sampai time kot. Sayang tahan sikit. Abang bersiap..."

Selepas bersiap, Akram menghampiri Hana. Tubuh Hana dicempung hingga ke kereta. Pertanyaan uminya dibuat tak endah.

"Umi ikut Akram!" jerit Akram. Ku Masyitah segera keluar dari rumah dan masuk ke dalam kereta Akram.

AKRAM dan Ku Masyitah bersyukur kepada Allah apabila doktor Rifa memberitahu Hana selamat melahirkan bayi lelaki. Menitis air mata Akram mendengar berita tersebut. Akram memeluk uminya.

Hana ditolak ke wad biasa kembali. Penat berperang dalam wad bersalin, Hana tertidur keletihan. Segala rasa sakitnya hilang bila mendengar tangisan anaknya.

Hana tersedar dari lenanya apabila terasa ada tangan mengusap kepalanya. Perlahan-lahan Hana membuka mata. Tersenyum dia apabila melihat suaminnya berada di sampingnya.

"Sayang nak air abang...haus,"

Akram menuang air kosong ke dalam cawan lalu menyerah kepada Hana. Dia menolong Hana untuk bangun daripada pembaringannya.

"Dah tengok baby?" tanya Hana.

"Dah...comel macam mama dia dan handsome macam papa dia..."

"Baby lelaki ke?"

"Ya."

"Abang...laparlah..."

"Tunggu kejap ok? Tadi umi balik dan katanya nak masak makanan untuk orang pantang ni..." Akram mencuit hidung isterinya.

"Ok..."

"Emm...sayang. Abang ada surprise untuk sayang. Ini mesti sayang sukalah!"

"Apa?"

"Tunggu kejap..."

Pintu wad dibuka luas. Hana tergamam. Orang yang dirinduinya. "Abah! Ibu!"

Hana menyalami Haji Zainudin dan Hajah Aisyah. Dia memeluk kedua-dua orang tuanya sekali gus.

"Ibu dan abah macam mana? Sihat?" soal Hana.

"Kami sihat ja. Hang tu, jaga pemakanan. Waktu dok pantang ni bukan boleh makan ikut dan ja..." balas Hajah Aisyah. Gembira dia bila Hana dan cucunya selamat.

"Yalah ibu..." Hana tersenyum. Lama tak dengar ibunya bebel.

Akram duduk di sisi Hana. Rasa sayangnya kepada Hana makin bertambah. Tambah-tambah lagi kehadiran si kecil yang bakal menyerikan kehidupan mereka nanti.

"Assalamualaikum!" ucap Ku Masyitah dan Tunku Amran serentak.

"Waalaikumussalam..." jawab mereka.

"Haji...Hajah..." Ku Masyitah dan Hajah Aisyah bersalaman begitu juga Haji Zainudin dan Tunku Amran.

"Apa khabar Hajah?" tanya Ku Masyitah sambil tersenyum.

"Khabar baik. Kak Ku pulak macam mana?"

"Alhamdulillah...sihat macam biasa..."

"Sayang... I love you with all my heart..." bisik Akram bila ibu bapa dia dan Hana ralit bersembang.

"Ye ke?"

"Betullah...abang sayangkan sayang dan anak kita sangat-sangat! Abang tak nak kehilangan sayang..."

"Sayang pun sayangkan abang dan anak kita sangat-sangat."

"Ye ke?"

"Betullah...te amo con todo mi corazón...."

"Dia cakap spanish lah pulak. Apa maksudnya?"

"I love you with all my heart..." Hana tersenyum.

Akram mengucup dahi Hana. Hana bahagia.

"Assalamualaikum!" ada satu suara menyapa mereka semua.

"Waalaikumussalam!"

Adham dan Zizie masuk ke dalam wad. Mereka hanya tersenyum.

"Dah tengok baby?" soal Akram.

"Dak lagi...mai nak usya sikit. Excited pulak aku..." ujar Zizie.

"Wah! Comelnya! Girl or boy?"

"Boy..."

"Patutlah handsome..." Zizie tergelak.

Tiba-tiba dia rasa nak termuntah. Dia segera lari menuju ke bilik air. Dia memuntahkan segala isi perutnya.

Mereka semua hanya memandang ke arah Zizie yang keluar dari tandas. "Ling kenapa? Sakit ke?" soal Adham cemas.

"Hmm...lekat satu dahlah tu..." ujar Tunku Amran ceria.

"Betul ke?" teruja pulak Adham bila mendengar kata-kata walidnya. Lagipun dah seminggu Zizie muntah-muntah.

Zizie hanya mengangguk. Dia sebenarnya dah tahu tapi sengaja dia tak bagitahu Adham. Biarlah rahsia...tapi at last, kantoi jugak.

"Yes! Jadi ling dah tahu dululah?"

"Ya. Zie dah mengandung lima minggu..."

"Allhamdulillah..." ujar mereka semua.

"Tak lama datanglah satu lagi..." ujar Tunku Amran gembira.

Mereka semua tertawa dengan kata-kata Tunku Amran.

SHEILA keluar dari kondominium Zeck tanpa pengetahuan Zeck. Hari ini dia ingin ke suatu tempat. Bukan club or pub tapi shopping complex. Nak beli sesuatu. Tapi yang pasti bukan baju seksi ok.

Dia masuk ke dalam butik yang menjual baju muslimah. Dia menilik jubah-jubah tersebut. Dia tersenyum puas. Beberapa helai baju dipilihnya. Agak banyaklah jugak. Tak perlu ukur. Dengan badannya yang kecil dan kurus boleh dia ambil begitu sahaja.

Bukan curi ye tapi haruslah dia bayar. Seumur hidup dia tak pernah lagi dia mencuri. Selepas membayar harga baju tersebut, dia menuju ke kedai jual tudung. Dia memilih shawl untuk dipakainya nanti. Dia memilih warna hitam, oren, pink, merah, ungu, biru, hijau dan lain-lain lagi. Memang banyaklah.

Puas membeli barang-barangnya, dia menuju ke cafe bagi menghilangkan dahaga. Fresh Orange dipilih. Makan tak nak. Nak badan still maintain. Sejak dia bersalin, badan dia sedikit berisi.

Selepas membayar harga air, dia segera pulang ke rumah.

"You pergi mana?" soal Zeck selepas Sheila masuk ke dalam rumah.

"I pergi beli barang keperluan I sikit..." jawab Sheila sopan.

"Kenapa tak bagi tahu I?"

"Kalau I cakap dekat you, mesti you akan tuduh I pergi club or pub. Dahlah, I nak pergi solat..."

Zeck tergamam dengan perubahan Sheila. Betul ke bohong ni?

Selepas lima minit, Zeck perlahan-lahan menuju ke bilik Sheila. Terkedu dia melihat Sheila yang sedang menunaikan ibadahnya kepada Allah. Ada rasa sedikit kepercayaannya terhadap Sheila. Dia kembali menuju ke biliknya. Terbit senyumannya di bibir. Alhamdulillah...akhirnya Sheila berubah jugak.

SHEILA bersiap-siap untuk keluar makan malam. Memandangkan Sheila dah berkahwin dengan Zeck, Zafira tidak lagi duduk di rumah abangnya. Dia kembali duduk di rumah mama walaupun Zafira tak nak.

Sheila menatap penampilannya di cermin solek. Dia berpuas hati dengan penampilannya. Shawl yang terlilit kemas membuatkan dia tersenyum. Wajah Sheila nampak berseri-seri.

Sheila menambil beg tangannya dan anaknya, Aisya Afiqah bila Zeck memanggilnya. Selepas menutup suis lampu, dia segera keluar dari bilik.

Zeck yang sedang membetulkan bajunya terpana melihat penampilan isterinya. Sampai tak berkedip mata dibuatnya. Wajah isterinya nampak berseri-seri bila berhijab. Nasib baik ternganga mulut tu. Serius cantik. Meletop habis!

Pelik Sheila melihat Zeck. Dah kenapa pulak? Baju aku ni terkoyak ke apa sampai tengok macam tu sekali? Sheila memerhati penampilannya dari bawah hingga atas. Depan belakang. Tak ada koyak ke apa ke. Semuanya ok je. Tapi apahal suami aku ni tengok aku sampai macam tu sekali?

"Zeck, are you okay?" soal Sheila.

Zeck tersedar daripada lamunannya apabila terdengar suara Sheila menyapa.

"I'm okay..."

"Can we go now?"

"Sure. Jom..."

Di restoran, Zeck hanya memerhati gelagat Sheila melayan anak mereka, Aisya Afiqah. Ralit dia memerhati Sheila. Serius terpukau. Duhai hati, sabarlah dengann ujian ini. Mencabar keimanan aku betul! Sabar...

"Zeck, you sejak tadi asyik tengok I. Kenyang ke?"

"Hah?! Eh, tak adalah. I usya awek belakang you tu..." spontan Zeck menjawab.

"What?" Sheila menoleh ke belakang. Memang ada awek cun pun. Tiba-tiba pulak hati dia rasa sebal.

"Menatang-mentang I dah bertudung, dah jadi muslimah...you usya awek tu pulak??" ujar Sheila cemburu.

"Yalah...cun je..." sengaja Zeck menguji Sheila.

Sheila membulatkan matanya. What the??? Huh!! Sheila mengambil Aisya Afiqah dan beg tangannya lalu keluar dari restoran dengan muka sebal.

Zeck meletakkan RM200 ringgit di atas meja lalu keluar mengejar Sheila. Bimbang pulak dia terhadap Sheila.

"Sheila!"

Sheila buat bodoh je. Meneruskan langkahnya.

"Sheila!!" masih sama. Buat bodoh.

Sheila berhenti melangkah bila Zeck berdiri betul-betul di hadapannya.

"Tepilah! You nak usya sangat awek tu kan? Pergilah usya! I dah bagi peluang you tak nak!" ujar Sheila keras. Cemburu.

Zeck tergelak melihat muka Sheila yang kelat.

"Kenapa you gelak? I buat lawak ke?"

"Nope. You not make a joke but your expression makes me want to lough. Tak sangka yang you cemburukan?"

"It's not funny Zeck..." Sheila ingin langkah tapi Zeck menghalang.

"Sayang...sayang ingat abang akan buat macam tu ke? Pantang tengok gadis cun, abang nak kebas?"

Sheila diam. Tapi, kenapa dia panggil aku sayang? Wah, kembanglah jugak. Dahlah, bahasakan diri dia tu abang. Lagilah buat aku nak cair.

"Lantaklah you nak buat apa pun. I tak kisah!"

"Sayang jealous?"

Sheila mendengus. "Isteri mana tak jeles bila suami dia intip awek lain? Cuba cakap. Isteri mana tak jealous??"

"Jadi sayang jealouslah ni?"

"Entah..."

"Ok, let me explain it. Abang, Zeck Hanif sekarang cuma ada seorang isteri saja tau iaitu Sheila Aina yang cantik ni dengan anak yang comel dan cantik macam mommy dia ni..."

"Betul ke?"

"Sayang nak abang buktikan?"

Sheila mengangguk. Zeck terus melutut di hadapan Sheila.

Sheila tergamam. Takkanlah sampai melutut?

"Zeck...bangunlah! Janganlah buat show dekat sini! Please...stand up."

Zeck bangun berhadapan dengan Sheila.

"Sekarang macam mana? Percaya?"

"Ok, I percaya..."

"Kalau sayang percayakan abang...tukar panggilan. Panggil abang, abang dan abang akan gelarkan diri sayang, sayang. Begitu juga sayang kena gelar diri sayang tu sayang..."

"Promise?"

"Promise..." janji Sheila.

Mereka berdua tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience