BAB 6

Romance Completed 254393

Tepat jam enam setengah petang mengikut waktu Viantiane, mereka tiba di Wattay International Airport, Viantiane.

Macam biasa...Hana dengan tugasnya mengambil semula selimut. Kak Dibah dan Zizie mengutip bekas-bekas makanan yang dihidangkan kepada penumpang tadi.

Selesai sahaja kerja, mereka segera keluar dari kapal terbang menuju ke balai ketibaan. Sebelum keluar tu, kenalah tunjuk pasport dulu. Selepas mengambil beg masing-masing, mereka segeluar keluar dari airport dan mengambil teksi. Teksi segera bergerak apabila mereka beritahu destinasi mereka.

Sampai sahaja di hadapan hotel, hampir ternganga Hana dan Kak Dibah dibuatnya. Hotel tu nampak macam mahal sangat!

"Hang tak qasa mahai ka hotel ni?" Hana membisik di telinga Zizie.

"Don't worrylah. Aku dah sediakan duit untuk kita bertiga. Sorang satu bilik..." jelas Zizie. "kita ambik sorang satu bilik boleh?"

"Tak!!" jawab Kak Dibah dan Hana serentak.

"Awat?"

"Zizie.. I think it's better we only choose one room. Don't waste your money just because of me and Kak Dibah," jelas Hana prihatin. Tak naklah duit Zizie melayang sebab dia dan Kak Dibah ja.

"Tak pa ka? Kak Dibah?" Zizie tanya Kak Dibah pula.

"Akak setuju dengan kata-kata Hana tadi. Akak rasa baik kita ambik one room je...tak payah bawak keluar duit banyak sangat..."

"Oklah kalau korang kata mcm tu..." putus Zizie. Dia sebenarnya tak kisah pun klau mereka bertiga satu bilik.

Selesai membayar harga bilik, mereka segera menuju ke bilik mereka.

"Wah! Cantiknya!" puji Kak Dibah dan Hana sebaik sahaja mereka langkah masuk ke dalam bilik mereka menginap.

"Yalah...cantik sangat!" tambah Zizie.

"Ada satu katil besar dan satu single bed. Maknanya bolehlah kita tiga orang tidur atas katil," ujar Kak Dibah.

"Emm...Hana nak tidur atas sofa tulah..." ujar Hana tiba-tiba.

"Kenapa pulak? Katil ni sikit punya luas, kenapa kamu nak tidur atas sofa pulak?" tanya Kak Dibah. Mesti pelik bila Hana cakap nak tidur atas sofa.

"Ha arrlah...awat hang nak tidoq ataih sofa tu pulak? Ataih katil besaq tu cukup aih kita berdua tidur..." Zizie jugak pelik dengan kata-kata Hana tadi.

"Bukan apa...cuma takut jatuh katil..." alasan tu memang dengar klise tapi itu memang hakikatnya.

Teringat dia bila dia jatuh dari katil dulu...macam nangka 'masak' jatuh. Sakit punggung dibuatnya. Yang abang dia tolong ketawa ja....

"Sure nak hang nak tidoq ataih sofa tu?" tanya Zizie inginkan kepastian. Hana mengangguk mendengar kata-kata Zizie.

"Seratus persen sure. Jangan risaulah..."

"Oklah kalau macam tu..." Zizie boleh terima alasan Hana walaupun tak logik sangat.

"Dah settle kan? Ok, apa kata macam ni? Kita mandi dulu and rest. Kalau boleh sembahyang, sembahyang dulu...lepas tu, kita keluar makan. Kita makan dekat Restaurant Fatima. Orang cakap dekat situ makanan dia sedap-sedap," beritahu Kak Dibah.

"Ok ja..." kata Zizie dan Hana serentak.

Usai sembahyang, mereka segera keluar menuju ke Restaurant Fatima. Perut mereka dah berkeroncong hebat tanda minta diisi. Maklumlah dalam kapal tadi hanya makan roti ja sebagai alas perut.

Selepas membayar tambang teksi, mereka segera masuk ke dalam Restaurant Fatima. Memang ramai pengunjung di sini. Hana mula rasa tidak selesa apabila mahkotanya menjadi tontonan orang ramai. Tudung dia lupa bawak. Apalah nasib.

"Hang nak makan apa?" tanya Zizie apabila mereka duduk di meja makan.

"Apa-apa jelah..." jawab Hana malas. Memang tengah malas pun sekarang ni.

Hana mengeluarkan telefon bimbitnya. Hana menelefon abangnya. Panggilan pertamanya tak dijawab. Hana mencuba untuk kali kedua. Selang tiga saat, panggilannya berjawab.

"Assalamualaikum abang!" sapa Hana di talian.

"Waalaikumussalam... amboi! Baru sekarang nak telefon?" perli Hafiz di talian.

"Alah... sorrylah... tadi bateri habis. Abang dah makan? Ibu dan abah pun dah makan?" prihatin benar Hana ni.

"Dah... ibu dan abah pun dah makan...Hana dah makan?" giliran Hafiz pula tanya di talian.

"Baru nak makan...tadi atas flight makan roti ja..." adu Hana manja.

"Kesiannya dia..."

"Tulah, kesian kan? Abang...rindulah dekat abang...rindu abah dan ibu..." Hana dah start dengan perangai manja dia tu.

Macam nilah jadi anak manja. Tak boleh nak renggang sikit dengan orang tersayang. Mesti cepat rasa rindu.

"Kami semua pun rindu dekat adik abang yang comel dan kuat mengata ni. Bila Hana tak dak, sunyi rumah ni tau," Hafiz juga turut rindu dengan adik kesayangan dia tu. Kalau Hana tak ada, mesti rumah akan terasa sunyi.

"Yalah tu..."

"Betoilah...Hana, abang kena off dulu. Abang ada banyak kerja yang nak disiapkan. Esok-esok kita on call lagi, ok?"

"Oklah. Buat kerja tu elok-elok. Assalamualaikum," Hana memberi pesanan sebelum memberi salam.

"Waalaikumussalam... baiklah bos!" Hafiz menjawab salam. Kemudian, Hana memutuskan talian.

Hana menyimpan kembali telefon bimbitnya ke dalam beg. Pandangannya dihalakan ke depan. Tiba-tiba dia nampak sesuatu. Bukan hantu ke apa ya... tapi, musuh dia ...musuh dalam diam kot.

Hah?! Mamat kepo?! Adoii...awat dia boleh ada tang Viantiane ni? Isy...perlu ka ada scenes pertembungan dalam keadaan tak rela macam ni? Mudah-mudahan dia tak kenal aku. Amin.

Pelik Zizie apabila melihat Hana yang hanya dia membisu. Macam terpaku pun ada. Mata pulak difokuskan ke depan.

"Awat hang ni?" Hana menoleh ke arah Zizie.

"Zizie...awat mamat kepo tu ada dekat sini?" kata-kata Hana tu mengundang rasa pelik di hati Zizie.

"Mamat kepo? Siapa dan apa tu?"

"Kepo tu bermakna kerek dan poyo dan mamat tu adalah tu..." panjang muncung Hana menunjuk ke arah depan pintu masuk ke Restaurant Fatima. Zizie memandang ke arah pintu masuk kedai makan tersebut.

Oh...Akram rupanya....ada Akmal juga.

"Aku rasa dia sama flight dengan kita. Kalau tak, dia tak akan ada di sini," ujar Zizie.

"Hesy! Mengacau ja!" komen Hana.

Melihat keadaan Hana dah cemberut macam peria kecut, timbul akal jahat di benak Zizie. Suka benar dia bila tengok Akram dan Hana bergaduh.

"Akram! Akmal! Sini!" panggil Zizie sambil tangannya dilambai-lambaikan.

Bulat mata Hana apabila Zizie memanggil Akram dan Akmal ke sini. Kalau panggil Akmal sorang ja tak pa lah... tapi ni panggil sekali dengan mamat kepo tu. Adoyai Zizie ni! Sengaja nak kenakan aku!

Akram dan Akmal yang terdengar namanya dipanggil tertoleh-toleh mencari gerangan siapa yang memanggil mereka. Kemudian, Akram ternampak Zizie sedang melambai tangan ke arahnya. Akram dan Akmal segera menuju ke arah meja yang diduduki oleh Zizie dan dua orang wanita lagi.

"Kau pun di sini jugak?!" tanya Akram. Kemudian, matanya tertumpu kepada wanita yang berada di sebelah Zizie.

Siapa perempuan tu? Tak pernah nampak pun. Mungkin baru kot. Fikir Akram.

"Have a seat Akram, Akmal," ujar Kak Dibah pula.

"Beb, kalau dia tanya nama aku sapa, cakap ja nama aku Riana," bisik Hana. Kalau habaq nama sebenaq, kantoilah nanti. Mesti mamat kepo ni akan fikir aku ni tak dak ajaran agama.

"Zizie, ni sapa?" soal Akram ingin tahu.

"Arr...ni...ni... Riana. Stewardess baru. Kau ingat tak masa aku minta tolong kau untuk bagi kerja dekat kawan aku? Inilah orangnya," cerita Zizie.

"Oh...inilah orangnya..."

Akram memerhati Hana yang dikenali sebagai Riana. Minah ni macaim famliar bagi aku. Macam minah trafik! Tapi dak kot sebab minah trafik tu pakai tudung. Tapi kalau betullah dia ni minah trafik, memamng macam tak ada ajaran agama. Dahlah aku paling pantang kalau orang perempuan pakai tudung, lepas tu buang ikut suka hati ja. Nak pakai, pakai. Tak mau pakai, tak payah pakai.

Mamat kepo ni tak cam aku ka? Takkan aku lain sangat kot? Tapi lebih baik dia tak cam aku dari dia cam aku. Selamat!

SELEPAS membayar makanan, mereka segera keluar dari restoran tersebut. Hari ini Akram dengan murah hatinya membayar semua harga makanan mereka. Entah kenapa hari ni Hana dia jadi gelabah semacam apabila berhadapan dengan Akram.

"You both tinggal dekat mana?" tanya Zizie.

"Kita orang tinggal dekat Salana Boutique Hotel. Korang tinggal dekat mana?" jawab Akram. Kemudian soalan dituju kepada Zizie pula.

Awatlah mamat kepo ni duduk satu hotel dengan aku? Memang pengacau betullah...! Gumam Hana dalam hati.

"Samalah...bilik nombor berapa?"

Banyak tanya betullah Cik Zizie ni...tak boleh gerak lagi ka? Kepala aku ni tiba-tiba pulak pening dan sakit. Awat pulak? Wahai kepala, janganlah sakit sangat.

"Nombor 119..."

"Sebelah sangat. Kita orang 118..."jawab Zizie sambil tersenyum. Kak Dibah juga turut senyum. Hanya Hana mendiamkan diri. Rasa sakit di kepala dah banyak....

"Kalau macam tu, jomlah kita balik sama-sama," Akram mempelawa mereka naik keretanya.

"Takkan nak naik satu teksi kot?" tanya Kak Dibah pelik.

"Jangan risaulah...Pak Mat kan ada...dia jadi driver saya..." beritahu Akram. Kak Dibah hanya tersengih.

"Bukan main dia...siap ada driver," usik Kak Dibah...

"Jom!" Akram menuju ke arah keretanya diikuti oleh Kak Dibah, Zizie dan Akmal. Hana masih tercegat di tempat dia berdiri.

Zizie perasan yang Hana tiada. Dia menoleh ke belakang. Awat dengan Hana ni? Macam tengah fikirkan sesuatu ja...Zizie berpatah balik menuju ke arah Hana. Zizie menyentuh bahu Hana.

Hana tersedar apabila terasa ada orang menyentuh bahunya. Zizie sedang melihat ke arahnya.

"Jom balik."

"Naik apa?"

Ya Allah...awat dengan Hana ni? Amnesia ka?

"Kita naik kereta Akram...sekali!"

Naik kereta mamat kepo? Pulak dah!

"Oklah..."

Di dalam kereta... Hana memicit dahinya. Rasa sakit kepala semakin menyerang. Aduh! Mintak-mintaklah aku tak pengsan! Sakit kepalanya tak dapat ditahan lagi. Sakitnya memang menyucuk. Awat aku sakit kepala sampai macam ni? Selalunya sakit pun sikit-sikit ja...takkan sebab aku makan makanan dekat restoran tadi tu kot? Memang tak logik!

Sampai di hadapan hotel, mereka segera keluar dari kereta mewah Akram. Hana masih lagi dengan sakit kepalanya. Mungkin sebab terlampau fikirkan abah dan ibu kot...fikir Hana.

Ketika Hana hendak jalan masuk ke dalam hotel, pandangannya ligat berputar. Pandangannya jadi semakin kabur. Akhirnya kelam. Hana rebah di situ.

Zizie juga yang baru hendak bergerak masuk ke dalam hotel terkejut apabila melihat tubuh Hana yang rebah di atas jalan.

"Ya Allah! Ha...Riana!" hampir tersebut nama sebenar Hana dari mulut Zizie. Akram, Kak Dibah, Akmal dan Pak Mail segera menhampiri ke arah Zizie.

"Kenapa ni?" tanya Akram. Cemas pulak dia melihat keadaan Hana atau yang dikenali Riana. Maklumlah abi dia suruh tolong mana-mana pramugari yang jatuh sakit.

"Entahlah...tiba-tiba ja dia jatuh pengsan!" Zizie dah cukup panik melihat keadaan Hana sekarang.

Tanpa berlengah lagi, Akram segera mencempung Hana masuk ke dalam hotel. Yang lain turut ikut langkah Akram. Keluar sahaja dari lif, Akram segera menuju ke bilik menempatkan Hana. Zizie membuka pintu. Akram segera masuk ke dalam bilik. Akram meletakkan Hana di atas katil.

"Korang pergilah cari ubat dan air untuk dia..." arah Akram tegas. Takut terjadi sesuatu terhadap Riana atau Hana.

"Biar aku dengan Kak Dibah jaga Riana..."

"Tak payah...aku boleh..." bangkang Akram.

"Habis tu, takkan nak tinggalkan kau berdua-duaan dengan Riana dalam ni...?" Zizie masih tak setuju dengan kata-kata Akram. "dah...tak kira. Biar aku dengan Kak Dibah ja jaga si Riana..."

"This is my responsibility. Kau tak ingat ke apa yang abi aku cakap dulu? Pramugari yang kerja di syarikat penerbangan abi aku kalau jatuh sakit, aku mesti tolong dan jaga dia..."

Zizie terlupa. Betul jugak! Masa abi Akram cakap macam tu, dia ada.

"Sorry...aku tak dapat ikut. Sakit perutlah..." ujar Akmal tiba-tiba. Tangannnya dilekapkan di perut. Tanda sakit dahlah tu.

"Serius ni kau tak apa-apa?" tanya Kak Dibah pula apabila sejak dari tadi dia hanya mendiamkan diri.

"Tak pa kak. Saya janji saya tak akan buat something dekat Riana..." Akram siap angkat tangan tanda sumpah.

"Oklah kalau macam tu. Aku turun dulu...tapi kalau kau buat sesuatu dekat Riana, siap kau!" Zizie memberi warning padat punya. Tanda tak boleh dilanggar.

"Baik Cik Azizie...Pak Mail, boleh tolong hantarkan bawa mereka pergi cari ubat?"

"Boleh Tunku...jom kita pergi sekarang..."

Mereka turun cari ubat untuk Hana. Akram memandang Hana yang disangkakan Riana itu. Muka dia nampak pucat sangat. Maybe letih. Akram meletakkan tangannya di dahi Hana. Panasnya! Demam rupanya.

Akram mengeluarkan telefon bimbit yang berada di dalam poket seluar. Dia menghubungi Zizie.

"Hello Zizie...tolong belikan ubat demam sekali tau! Riana demam panas..."

"Ok..." kata Zizie di talian.

Akram memutuskan talian. Akram menuju ke arah almari. Dia menarik laci kecil. Nasib baik ada tuala kecil. Akram menuju ke arah sinki. Dibasahkan tuala tersebut kemudian memerahnya. Dia kembali ke katil Hana. Dia meletakkan tuala basah tersebut di atas dahi Hana. Biar hilang sikit panas tu. Dia duduk di birai katil sambil memerhati Hana. Cantik! Memang cantik. Tanpa solekan wajah itu tetap nampak cantik walaupun mukanya sedikit pucat.

Hana mula sedar apabila terasa ada yang meletak sesuatu di atas dahinya. Dia membuka matanya perlahan-lahan. Memandang siling bilik hotel sampailah matanya tertumpu kepada lelaki yang duduk di sebelahnya. Hana segera bangun dari pembaringannya.

"Kau buat apa dekat sini?" tanya Hana. Cuak juga dia sebab seumur hidup dia tak pernah sebilik dengan lelaki yang bukan muhrim.

"Tadi kau pengsan. Aku angkut kau masuk dalam bilik. Tapi ni bilik kau. Jangan risaulah...aku tak buat apa pun dekat kau," terang Akram.

"Mana Zizie... Kak Dibah?"

"Pak Mail bawa mereka pi beli ubat untuk kau. Kau demam panas. Badan kau panas sangat," jawab Akram jujur.

Mamat kepo ni touch aku ka? Hana meletakkan tangannya di dahi. Memang panas.

"Thanks..." Hana mengucapkan teima kasih kepada Akram. Yalah, orang dah tolong kita. Takkan tak ucapkan terima kasih kot.

"Thanks for what?"

Alahai mamat kepo ni buat-buat tanya pulak! Dah tu speaking pulak tu. Takkan sebab aku ucap terima kasih tu dalam bahasa inggeris, dia pun nak cakap bahasa inggeris dengan aku jugak?! Layan jelah Hana.

"Thanks for take care of me. Thanks for everything..." tak lenguh ka dia angkat aku tadi? Dahlah aku ni berat macam gajah.

"No hal lah..."

Baiknya mamat kepo ni. Ini pun dia kenal aku sebagai Riana. Kalau dia kenal sebagai Hana masa dekat KL, hmmm...hampeh. Mulut dia kalah lori sampah!

"Apa yang kau buat sampai kau pengsan dan demam macam ni?" prihatin pulak Akram hari ni.

"Entahlah...maybe sebab fikirkan family kot..." jawab Hana. Tapi dia memang tengah fikirkan keluarga dia pun.

Adoii! Dia ni tak leh ka duduk tang lain? Awat duduk atas katil jugak?! Rasa tak selesa lah...nak tegur segan.

Tak lama kemudian, pintu bilik ditolak dari luar. Zizie dan Kak Dibah masuk ke dalam bilik. Pak Mail tadi katanya nak masuk ke dalam bilik terus.

"Dah sedar. Allhamdulillah..." ucap Zizie. Rasa syukur bila Hana dah bangun.

"Nah, makan ubat ni. Bagi lega demam kamu tu," ujar Kak Dibah. Plastik yang berisi ubat dan air mineral diserahkan kepada Hana.

"Kau tak buat apa-apakan dekat Riana?" tanya Zizie dalam keadaan berbisik tapi, dapat didengar oleh Hana. Hana mencubit lengan Zizie.

"Ouchh!" terjerit Zizie apabila terkena cubitan Hana.

"Eh! Aku tak buat apa-apalah. Kalau aku buat sesuatu dekat dia, mesti sekarang dia dah menangis," selamba Akram balas kata-kata Zizie. Tapi dalam nada berbisiklah.

"Eii! Pengotorlah dia ni!" Zizie menampar bahu Akram.

"Kau yang tanya, aku jawab jelah..."

"Akak dah mengantuklah..." rasa mengantuk pula bila melihat Zizie dan Akram berbalas kata.

"Kebetualan pulak. Aku pun dah mengantuk," ujar Zizie.

"Kalau macam tu tak apalah... aku balik dulu. Akmal...jom!" tutur Akram. Mereka berdua segera beredar keluar dari bilik tersebut.

Hana bangun turun dari katil. Hendak menuju ke arah sofa. Dia nak tidur atas sofa. Zizie yang lihat Hana menuju ke arah sofa segera berkata, "Eh! Tak payah! Hang tidoq ja ataih katil tu. Biaq aku ja yang tidoq ataih sofa tu."

"Tak payah. Biaq aku ja tidoq ataih sofa. Hang tidoq ataih katil. Jangan risaulah...aku ok," Hana masih berdegil nak tidur atas sofa.

Hana baring di atas sofa. Badannya terasa lemah sangat. Matanya dipejamkan.

Kesian pulak Zizie melihat keadaan Hana. Mesti Hana jadi macam ni sebab fikir ibu dan abahnya.

Zizie mengambil tuala kecil yang di ambil oleh Akram tadi. Dia menuju ke arah sinki lalu membasahkan sedikit tuala tersebut. Dia menuju ke arah Hana yang sudah lena di atas sofa. Dia meletakkan tuala tersebut ke atas dahi Hana. Muka Hana nampak pucat sangat. Hana ni bukan boleh stres sangat. Cepat pulak Hana demam.

Zizie menuju ke arah katil. Badannya juga terasa letih. Kak Dibah pun dah tidur. Mungkin dah masuk alam mimpi. Zizie menutup lampu sisi dan segera tidur.

Share this novel

Yuyu
2020-11-27 19:57:39 

Dik, klu jd steward or stewardess. Penginapan ditanggung oleh company. Tolong buat research dulu ya


NovelPlus Premium

The best ads free experience