BAB 16

Romance Completed 254393

Selepas majlis pihak pengantin lelaki, Akram membawa Hana pulang ke rumah umi dan walidnya di Kajang. Duduk beberapa hari di rumah walid, lepas tu bawak Hana balik ke kondonya di Sunway.

"Jom kita dah sampai..."

Akram dan Hana turun dari kereta. Akram melangkah ke arah pintu rumah.

"Weyh...beg tak ambik ka?" tanya Hana.

"Umi dan walid dah bawak balik beg kita tadi. Maybe umi dan walid dah letak dalam bilik kot," jawab Akram.

"Ooo...ok..."

Hana mengikut langkah Akram masuk ke dalam rumah besar itu. Mewahnya macam istana. Tapi sikit pun tiada rasa teruja dalam hati Hana bila masuk ke dalam rumah tersebut. Agaknya Akram nanti teruja tak nak masuk rumah aku nanti? Rumah diakan jauh dan banyak beza dari rumah Akram. Rumah dia rumah kampung ja...

Hana membuntuti langkah Akram ke biliknya. Sampai di hadapan bilik Akram, kaki Hana terpaku di situ. Bukan teruja tengok bilik Akram tapi kena satu bilik dengan Akram ka? Berdebar-debar pulak hati Hana.

"Apa yang tercegat depan pintu tu? Masuklah..." arah Akram. Pelik pulak dia tengok isterinya tercegat depan pintu. Macam nampak hantu pulak.

"Satu bilik ke? Mana umi dan walid?" tanya Hana bodoh.

"Memanglah satu bilik. Umi dan walid ke rumah pak long dan mak long sebab pak long tak sihat," jawab Akram sambil melihat ke arah Hana yang masih tercegat di hadapan pintu.

Hana melangkah masuk ke dalam serba mewah dan luas itu. Rasa janggal pulak. Maklumlah nak kena sebilik dengan lelaki. Rasa seram sejuk semacam.

"Kenapa muka kau nampak takut sangat? Jangan takut. Aku tak makan orang..." spontan ayat itu keluar dari mulut Akram.

"Bu...bu..kan ta..ta..kut tapi a...ku nak mandi. Badan aku rasa tak se...lesa," tergagap-gagap Hana berkata.

Akram tersenyum melihat Hana. Sampai tergagap-gagap macam tu.

"Jom mandi sekali dengan aku. Badan aku pun dah rasa tak selesa."

Erkk! Gila ka apa dia ni?! No! Aku tak nak mandi dengan dia.

"Gila ka apa? Tak nak aku! Gatal!" bangkang Hana.

"Tak salah kan kalau aku nak menggatal dengan isteri aku? Semua milik kau dah jadi milik aku. Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, semuanya halal untuk aku," kata Akram selamba. Ada unsur-unsur nakal tu.

Nak terbuntang biji mata Hana mendengar kata-kata Akram. Ya Allah...gatal sungguh dia ni. Awatlah aku dapat suami yang gatal macam ni? Apalah dosa aku?! Huhuhu...ibu, abah, abang! Tolong Hana!

"Dahlah...pergi mandi. Lepas ni aku nak mandi pulak. Jangan mandi lama-lama sangat. Nanti aku rindu."

Uwekk! Geli aku!

"Tak payah nak mengada sangat! Geli aku!" Hana mencapai baju di dalam beg pakaiannya lalu segera masuk ke dalam bilik air. Akram hanya tersenyum melihat gelagat Hana. Comel pulak bila Hana marah.

Dalam beberapa minit kemudian, Hana keluar dengan berbaju lengkap dengan bertudung. Walaupun Akram dah pernah lihat aurat dia, tapi dia tetap tak nak tunjuk. Rasa segan pulak nak tunjuk rambut dia dekat Akram.

Sekarang Akram tengah mandi. Badan dia pun dah letih. Mata pun dah mau tutup. Nak tidur tang mana ni? Takkan nak tidoq sekatil kot? Haish...hmm tak apalah. Aku tidoq atas sofa tulah.

Hana mengambil bantai lalu baring di atas sofa. Tak sampai lima minit, mata Hana sudah pejam rapat. Badan dia letih tak terkata. Akram yang baru selesai mandi hanya tersenyum apabila melihat Hana sudah tidur nyenyak di atas sofa. Akram menuju ke arah almari. Dicapainya selimut lalu menyelimutkan Hana. Takut Hana kesejukan pulak.

Akram merebahkan badannya di atas katil. Akhirnya dia turut terlelap. Letih...

HANA terjaga dari tidur. Segar rasanya apabila dah puas tidur. Hana mencapai telefonnya yang berada di bawah bantal. Dah pukul lapan pagi. Hana bangun dari pembaringannya. Selimut ang masih ada di badannya ditilik. Sapa yang selimut dia? Setahu dia, dia tak ambik pun selimut semalam?

Takkan Akram kot? Hana menoleh ke arah Akram yang nyenyak tidur di atas katil. Maybe dia kot. Mana ada orang lain dalam bilik ni selain dia dan Akram. Whateverlah. Baik kau mandi sebelum Akram bangun.

Hana mengambil pakainnya dengan tuala lalu masuk ke dalam bilik air. Selesai memakia baju dan tudung, Hana membuka pintu bilik mandi. Terkejut dia apabila Akram sudah tercegat di hadapan pintu bilik air. Bila masa dia bangun? Tadi bukan dia tidur lagi ka?

"Good morning!" ujar Akram apabila Hana tercegat di hadapan pintu sambil melihat ke arahnya.

"Good morning. Awal bangun?"

"Saja bangun awal. Nak dating dengan kau," usik Akram.

Dia ni pagi-pagi buat lawak seram! Macam mana aku nak lalu ni? Yang dia pi halang aku nak jalan guna tangan dia tu awat?

"Weyh...boleh tepi tak? Aku nak lalu..." Akram masih tidak berganjak.

Mamat kepo ni pekak ka? Tak paham ka aku suruh ke tepi?

"Mamat kepo a.k.a. Tunku Akram Haris versi suami aku...tolong ke tepi sikit boleh?" pinta Hana.

"Please...aku nak tolong umi siapkan breakfast. Tak kanlah aku goyang kaki ja tang ni?" Hana siap merayu.

"You don't have to. Bibik kan ada..."

Dia ni kan! ada saja jawapan!!!

"Aku nak tolong bibik. Please!"

Kesian pulak Akram melihat Hana yang merayu macam terdesak sangat nak tolong.

"Baiklah minah trafik a.k.a. Nur Hana Adriana versi isteri aku..." Akram memberi laluan untuk Hana keluar dari tandas.

"Tiru ayat orang!" Hana keluar dari tandas.

Ketika Akram hendak masuk ke dalam tandas, kepalanya terasa sakit dan berdenyut-denyut. Mesti migrain ni!

Hesy mamat kepo ni! Suka sangat menyakat aku! Bahagialah pulak! Aikk Hana...ada apa-apa ka?

Hana turun ke bawah menuju ke dapur. Ketika dia lalu di meja makan, nampaknya makanan sudah terhidang. Alah...tak sempat nak tolong. Hana menuju ke dapur.

"Selamat pagi bik..." sapa Hana.

"Selamat pagi buk Hana...buk Hana udah sarapan enggak?" tanya Bibik Rini dengan loghta Indonesia dia tu.

"Belum lagi...emm ada apa-apa yang Hana boleh tolong?" Hana memberi tawaran membantu.

"Enggak usah buk. Biarin aja saya yang bikin semuanya," Bibik Rini menolak bantuan Hana.

"Tak apa bik. Biar Hana tolong. Nak buat apa ni?" Hana tetap berkeras.

"Kalau buk Hana mau bantu, buk Hana tolong letak itu teko airnya di atas meja ya..."

"Baik bik..." Hana mengambil dulang yang diletakkan teko dan dua cawan di atasnya lalu dibawa ke meja makan. Hana kembali ke dapur.

"Bik...umi dan walid tak breakfast lagi ka?"

"Tuan sama puan udah makan sarapan pagi dar jam tujuh pagi lagi. Katanya ada kerja di kantor..." jawab Bibik Rini.

"Oh..."

Hana melihat jam yang tergantung pada dinding. Dah lapan lima puluh pagi. Takkan tak turun lagi? Takkan mandi sampai empat puluh minit kot?

"Bik, saya naik atas dulu ya..."

"Baik buk..."

Hana menuju ke bilik Akram. Dia masuk ke dalam bilik. Tak dak pun kelibat Akram. Mana dia pergi ni? Hana menuju ke bilik air. Dia melekap telinganya di pintu bilik air. Ada bunyi air. Berendam lagi ka?

"Akram..." panggilannya tidak disahut.

"Akram!" Hana mencuba sekali lagi tapi panggilannya tidak bersahut juga.

"Akram! Akram!" tidak bersahut juga.

Hana mula rasa tak sedap hati. Awat Akram tak menyut bila aku panggil? Redah jelah Hana. Hana membuka pintu bilik air lalu masuk ke dalam bilik air.

"Ya Allah...Akram!" Hana meluru ke arah Akram yang terbaring di atas lantai bilik air. Kepala dia berdarah.

Hana memapah Akram keluar dari bilik air. Nasib baik dia larat. Kalau tak sekali dengan dia terlentang dalam bilik air tu. Tubuh Akram dibaringkan di atas katil. Cemas pulak dia tengok keadaan Akram. Macam mana boleh jadi macam ni?

"Bibik!!! Bibik!!!" jerit Hana. Kalah king kong.

"Ada apa buk Hana?"

"Bik...tolong ambik first aid kit. Cepat bik! Kepala Akram berdarah!"

"Ya buk...bentar ya..." Bibik Rini segera beredar.

"Akak. Kenapa ni?" Adham juga yang turut terdengar jeritan Hana turut meluru ke arah bilik Akram.

"Ya kak. Kenapa ni? Satu rumah boleh dengar suara akak..." tanya Ziqah pula.

"Kepala abang Akram berdarah. Mungkin terhantuk dekat tab mandi. Tadi masa akak masuk ke dalam tandas, abang Akram dah pengsan..."

Adham dan Ziqah turut cemas mendengar kata-kata kakak ipar mereka. Hana mencapai tuala kecil yang berada di dalam begnya. Dibasahkan sedikit tuala tersebut lalu mengelap luka Akram. takut sungguh dia jika ada perkara buruk terjadi dekat Akram.

"Buk..ini dia yang buk minta..." Bibik Rini menyerahkan kotak first aid kit kepada Hana.

Hana mengambil kapas dan mencelupnya dengan ubat khas untuk mencuci luka lalu mencuci luka Akram. Habis cuci luka Akram, kapas tersebut dibuang ke dalam tong sampah kecil yang berada di tepi katil. Kemudian, dia mencapai satu lagi kapas dan mencelup dengan antiseptik lalu disapu kepada luka Akram.

Kerja ni bukan susah sangat dia nak buat. Kan dia ambil bahagian perubatan. So, tak susahlah nak buat kerja ni. Hana mencapai lagi satu kapas lalu diletakkan ke luka di dahi Akram dan diletakkan dengan bandage. Siap mengubati luka Akram, ubat-ubat dan kapas disimpan kembali ke dalam kotak first aid kit lalu diserahkan kepada Bibik Rini.

"Terima kasih bik..." Bibik Rini beredar keluar dari bilik Akram.

"Macam mana boleh jadi macam ni kak?" tanya Adham. Kagum dia melihat ketangkasan kakak iparnya mengubat luka di kepala abangnya.

"akak pun tak tahu. Bila akak masuk ke dalam bilik air ja, abang Akram dah pengsan terbaring di atas lantai bilik air," jelas Hana.

"Adham, akak nak tanya sikit boleh?" pinta Hana.

"apa kak?"

"Abang Akram pernah jadi macam ni tak sebelum ni?"

"Emmm...pernahlah dua kali. Abang ni sebenarnya ada migrain. Cuma dia tak suka cerita dekat orang," Adham membuka cerita tentang abangnya kepada Hana.

"Habis masa dia ada flight, dia tak jadi migrain ka?" selalunya atas flight sangatlah orang nak sakit pala, muntah-muntah, pening dan macam-macamlah.

"Tak pulak," jujur Adham.

Tiba-tiba perut Hana berkeroncong. "Adham dengan Ziqah lapar tak?"

"Akak lapar ke?" tanya Ziqah pula. Soalan dibalas soalan. Hana mengangguk.

"Ziqah pun sebenarnya lapar. Jom turun makan. Sebenarnya tadi Ziqah dengan abang nak turun makan. Tiba-tiba pulak dengar akak menjerit tadi. Terus cancel. Dahlah...jom turun makan..."

Mereka bertiga turun menuju ke ruang makan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience