BAB 42

Romance Completed 254393

Hana terjaga dari tidurnya apabila terdengar bunyi alarm telefonnya. Hana mematikan alarm tersebut. Dia memandang Akram yang sedang lena disebelahnya. Sedap je dia dok peluk tubuh aku.

Malu Hana apabila teringat kejaidan semalam. Bahagia campur malu. Hesy Hana! Tak payah layan blues di subuh hari. Baik kau bangun bersihkan diri lepas tu solat. Lagi bagus.

Perlahan-lahan Hana mengalihkan tangan Akram lalu bagun menuju ke tandas untuk bersihkan diri. Maklumlah semalam main peluk-peluk dengan lembu. Aish! Ada pulak kau gelar Akram tu lembu. Tak bertauliah langsung kau ni Hana!

Usai solat, Hana menghampiri Akram yang nyenyak tidur. Hana kejutkan Akram untuk solat subuh. Akram masih tak mahu bangun. Liat sungguh suami aku ni nak bangun! Selalunya tak liat pun.

"Abang...bangunlah!"

Tiba-tiba aje tukar panggilan? Semalam Akram dah warning dia supaya dia panggil Akram 'abang' dan gelarkan dirinya 'sayang'. mula-mula memang nak tergeliat lidah ni nak kata, tapi untuk suami kesayangan suami dia ni, hmm...kenalah jugak.

"Abangku sayang...bangun sembahyang subuh! Assolatu qairum minan naum!!" ambik kau! Dengan azan subuh tak cukup lirik dia bagi. Liat sangat!

"Emm...kejaplah. Abang ngantok lagi nih..."

Kejap dia kata? Dia ingat solat ni boleh tangguh-tangguh macam-macam tu je ke? Memang nak kena! Kalau aku buat perangai macam ni dekat kampung, insya-Allah aku kena simbah dengan air kolam!

"Tak dak kejap-kejap lagi. Solat mana boleh kejap-kejap lagi. Kena sekarang. Kalau maut pun tak tunggu kejap lagi. Sekarang pun boleh. Bangun! Tunku Akram Haris! Cepat bangun!" Hana menarik tangan Akram.

"Yalah..." Akram bangun dari pembaringannya. "Nak tuala. Abang nak mandi..."

Hana mencapai tuala milik Akram lalu diserahkan kepada Akram. Sebelum berlalu ke bilik mandi, sempat lagi dia mengucup dahi Hana. Terkejut Hana dibuatnya. Dalam mamai macam tu pun sempat lagi?

Hana memandang cadar katil. Macam mana aku nak basuh cadar ni? Aduhai...susah betullah. Kalau aku basuh, kantoi pulak! Macam mana nak buat ni? Hana menggaru kepalanya yang tak gatal. Macam nak luruh dah semua rambut tu sebab Hana asyik garu je.

"Kenapa pulak sayang tergaru-garu macam tu?" Akram yang baru selesai mandi pelik melihat isterinya tergaru-garu macam beruk.

"Tak dak apa-apalah...saja nak garu kepala. Tak boleh?"

Takkan nak cakap pasal cadar tu kot? Malulah aku. Tak pasal-pasal nanti aku kena usik habis-habisan dengan Akram ni.

"Abang tak kata tak boleh. Tapi cara sayang tu, memang tengah fikirkan benda lain. You want to share with me?"

Pandai betul suami aku ni baca riak aku. Jangan sampai dia dapat baca apa yang aku fikirkan sekarang ni.

"Tak dak apalah. Dahlah, pergi sembahyang cepat!" arah Hana. Semakin gugup jadinya sekarang.

"Yalah...tiba-tiba pulak isteri abang ni jadi warden rumah," Akram menghampar sejadah lalu mendirikan solat subuh.

Selepas simpan sejadah di tempatnya, Akram menuju ke arah isterinya lalu duduk di sisi isterinya di atas katil. Khusyuk betul isteri dia merenung cadar. Apa yang direnungnya pun entah.

Tiba-tiba mata Akram tepat merenung ke arah satu benda sama seperti Hana melihat. Akram tersengih. Mesti dia fikir pasal ni. Akram memeluk isterinya erat.

"Fikir pasal tu kan?" panjang muncung Akram menunjuk ke arah cadar. Ada sesuatu. Tak semena-mena pipi Hana memerah. Malu!

"Dahlah tak payah nak fikir sangat. Dah jadi pun..." selamba Akram berkata.

"Memang dah jadi tapi...Encik Tunku Akram Haris, abang ada idea tak macam mana nak basuh cadar ni? Kalau kita basuh nanti, kantoilah satu rumah..." Hana memandang suaminya. Tajam. Memang dah jadi, tapi nak basuh 'dia' macam mana?

"Pasal tu ke? Jangan risau. Hari ni walid akan berangkat ke Tokyo hari ni atas urusan tentang syarikat penerbangan tu. So, bolehlah basuh. Kebetulan, umi akan hantar walid hingga ke airport. Ambik masa tu untuk basuh cadar ni."

"Walid bertolak ke Tokyo hari ni? Ingatkan esok..."

"Memang esok tapi tiba-tiba tarikh ubah. So, terpaksalah berangkat hari ni," cerita Akram.

"Line clear! Thank you for the information!" automatik Hana mencium pipi Akram. Opss! Tak sengaja dan automatik terjadi.

"Dan untuk pengetahuan isteri abang yang cantik ni, abanglah pilot tu. Sorry sebab terpaksa tinggalkan sayang..." Akram mengelus lembut pipi Hana.

"Oklah jugak. Boleh hidup aman tanpa gangguan selama beberapa hari..." ujar Hana sekadar mengusik. Nak tengok suami dia ni merajuk tak?

"Seronok erkk? Sedihlah macam ni. Abang nak berenggang denga isteri abang ni, abang sedih. Tapi isteri abang ni gembira pulak!" Akram buat muncung. Konon nak merajuklah. Saja nak cari perhatian Hana.

"Merajuklah...tak dak sapa nak pujuk abang," Hana mencebik kononnya tak nak pujuk. Walhal dalam hati nak mengekek ketawa melihat muncung Akram. Ingat comel dahlah tu!

"Ok, abang merajuk dua puluh minit..." Akram membelakangi Hana. Tanda-tanda nak merajuk mengada!

Hana tersenyum melihat rajuk suaminya. Alahai, macam budak kecik. Nasib kaulah Hana dapat suami kuat merajuk. Hana memegang lengan suaminya lalu berkata, "janganlah merajuk. Tadi sayang bergurau je. Abang janganlah merajuk. Sorry kalau apa yang sayang cakap tadi buat abang terasa."

Akram menoleh menghadap Hana. Pandai jugak isteri dia ni memujuk. "Janji dengan abang jangan cakap macam tu lagi?"

"Sayang promise. Dahlah jangan merajuk lagi. Tak comel langsung!" Hana mengusik Akram lagi.

"Tengok dia buat balik..." Akram tayang muka merajuk balik. Hana ketawa melihat muka tomyam suaminya.

Alhamdulillah...sekarang di bahagia sangat. Mungkin kesilapan mereka berdua yang membuatkan mereka terpisah selama tujuh bulan. Tapi, syukurlah mereka sekarang dah berbaik semula.

Kadang-kadang Hana terfikir kenapa masa dulu sebelum mereka berkahwin, mereka asyik bergaduh. Bila dah kahwin, tiada langsung adegan-adegan begaduh teruk. Yang ada pun, usikan ja. Tap apapun sekarang dia dah cukup bahagia. Syukur...

"Dah, jangan nak merajuk sangat. Cepar tukar baju. Dah nak dekat pukul tujuh pagi dah ni. Sayang pergi ambik baju untuk abang."

Hana turun dari katil lalu menuju ke arah almari. Pakaian seragam Akram dibawa keluar.

"Nah..." Hana menyerahkan pakaian seragam pilot tersebut kepada suaminya. Akram menyambut pakaian seragamnya yang diserahkan oleh Hana.

"ASSLAMUALAIKUM umi, walid..." sapa Hana apabila dia dengan Akram turun ke ruang makan. Walid nampak segak dengan kot kerjanya. Umi pulak nampak cantik dengan jubah ungunya dengan tudung yang berwarna putih. Muka umi nampak ceria. Sebab apa pun tak tau.

"Waalaikumussalam...awalnya bangun?" soal Ku Masyitah.

"Mestilah...orang sebelah ni pun flight ke Tokyo jugak. Jadi, kenalah bangun awal," jawab Hana.

"Akram pun flight ke Tokyo jugak?" soal Tunku Amran pula.

"Yes walid. Kebetulan..." jawab Akram. Ikhlas ke tak? Maklumlah mana boleh berjauhan dengan isteri kesayangan dia. Nanti mesti rindu.

"Mana Zizie dengan Adham?" semua mata memandang ke arahnya.

"Pengantin baru..." bisik Akram. Ada nada gatal di situ.

"Ok..." balas Hana perlahan. Faham sangat maksud tu. Hana kembali menyuapkan nasi goreng ke dlam mulutnya. Malulah pulak bila perkataan 'pengantin baru' menyapa telinganya. Tapi aku dengan Akram bukan pengantin baru tapi pengantin lama yang baru.

Akram membelek jam di tangannya. Ada sejam lagi. "Walid kita kena bergerak sekarang. Tapi kalau walid tak nak pergi sekarang pun tak apa. Tapi make sure, sampai sana sebelum pukul lapan setengah ok? Akram kena masuk dulu sebelum pukul lapan..."

"Tak apalah. Walid ikut sekali dengan Akram. Tak daklah Pak Sahad nak ulang alik banyak kali," putus Tunku Amran.

Sampai di hadapan pintu rumah, Hana menyalami Akram. Akram terus memeluknya erat.

"I will miss you..."

"Me too..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience