BAB 3

Romance Completed 254393

Selesai mengemaskan pakaian ke dalam beg, Hana duduk di birai katil. Memikirkan keputusan yang telah dibuat untuk menjadi pramugari. Semalam dia telah membuat keputusan di depan ibu, abah dan abangnya untuk menjadi pramugari. Dia juga telah menelefon Zizie dan bagitahu yang dia terima tawaran kerja sebagai pramugari. memang susah untuk dia terima jawatan tu tapi, nak buat macam mana? Mungkin inilah rezeki dia...

Hana mengeluh. Betul ka keputusan aku ni? Qeja sebagai pramugari? Otak Hana masih bercelaru. Lagipun tak guna dia nak tarik balik keputusannya sebab mereka akan bertolak ke Kuala Lumpur hari ni memandangkan esok dia ada temuduga untuk jawatan dia sebagai pramugari tu.

Tak lama kemudian, pintu biliknya diketuk . tersembul wajah abangnya di hadapan muka pintu.

"Dah siap?" Hana hanya mengangguk.

"Kalau dah, jom turun. Ibu dan abah dh tunggu dekat bawah. Meh, abang tolong bawak beg tu," Hafiz mengambil Hana lalu segera bersedar menuju ke keretanya.

Hana bangun dari tempat dudknya lalu menutup suis kipas. Dia segera keluar dari rumah. Pintu rumah ditutp rapat. Hana menghampiri ke arah kereta abangnya. Berat hatinya nak meninggal rumah dan kampung halamannya. Mesti dia akan rindu kampung dan tempat lepaknya gila-gila. Tanpa berlengah lagi, Hana segera masuk ke dalam kereta abangnya. mereka segera bertolak ke Kuala Lumpur.

"Nama saya Nur Hana Adriana bt Zainudin. Saya berumur dua puluh tiga tahun. Berasal dari Kedah. Saya beru habis belajar tiga minggu lepas dalam bidang perubatan," ujar Hana memperkenalkan diri.

Hana berasa tidak selesa dengan keadaan dirinya. Hari ni dia terpaksa pakai baju lengan panjang denga skirt hitam pendek. Lepas tu, rambutnya dibiarkan lepas dari ikatan. Dengan high heel lagi. Kalau tersungkur depan mamat ni tak ke dapat malu?

"Sebelum ni awak pernah mohon mana-mana pekerjaan?" tanya Encik Zakri. Orang yang ditugaskan untuk menemu duga Hana.

"Ada. Saya mohon kerja sebagai doktor tapi sampai sekarang belum ada apa-apa jawapan lagi," jelas Hana.

"Ok. Boleh saya tahu kenapa awak nak kerja sebagai pramugari?" tanya Encik Zakri lagi.

Banyak soal betoilah! Dah depa bagi aku offer, aku accept jelah walaupun aku sebenarnya tak nak! Omel Hana dalam hati.

"Saya nak kerja sebgai pramugari dan terima tawaran mereka sebab saya fikir ini rezeki saya untuk jadi pramugari dan bukan doktor," jawab Hana yakin walaupun tak berapa nak yakin sangat.

"Ok... kalau macam tu saya terima awak kerja di sini," Encik Zakri memberi jawapan. Senang ke.

Terkejut pulak hana mendengar jawapan Encik Zakri.

"Serius? Kenapa cepat sangat?" tanya hana.

"Sebab syarikat kami kekurangan pramugari. Ada yang bercuti dan ada yang berhenti. so, memandangkan awak dah terima kerja sebagai pramugari dekat sini, kami terima jelah."

Macam tu pulak! Senang betoi! Kalau orang lain kena tunggu beberapa hari baru nak dapat jawapan. Ini dia mai temuduga baru temuduga tau, dah dapat kerja. Dahsyat kau Hana! Tahniah!

"So, bila saya boleh start kerja?"

"Esok..."

Hampir nak terkeluar biji mata Hana mendengar jawapan Encik Zakri. Esok??!! Cepatnya! Aku tak ready lagi.

"Tak rasa cepat ka?"

"Better make it fast. So, this is your schedule. Tomorrow your flight go to Viantiane. Get ready for tomorrow. Have a good rest and make sure that you get enough sleep. Kejap lagi ada seorang pramugari datang dan bawak awak pergi ambil pakaian seragam pramugari. Nama dia Azizie Mastura."

Hana mengerutkan dahinya. Azizie Mastura? Dia maksudkan Zizie ke? Nama macam Zizie.

Tak lama kemudian, pintu bilik temuduganya ditolak dari luar. Ada seorang wanita masuk menuju ke arahnya sambil tersenyum.

Zizie? Maknanya betullah apa yang aku fikir tadi. It;s zizie beb! Hana merenung tajam ke arah Zizie. Ingatkan Zizie kerja sebagaipramugari di syarikat penerbangan lain. rupa-rupanya sama dengan dia.

"Hana... ini Azizie Mastura. Dialah yang akan bawak awak pergi ambik baju pramugari awak," ujar Encik Zakri apabila Zizie berdiri di sebelah Hana.

"Zizie... awak boleh bawak Hana pergi ambik baju pramugari dia," arah Encik Zakri.

"Baiklah, Encik Zakri."

"Hang nampak cantiklah bila pakai baju macam ni," puji Zizie. Puji dalam sindiran.

"Hana mencebik. Eleh, macam dia tak tahu yang Zizie nak perli dia. "Banyaklah hang punya cantik. Aku dahlah tak selesa tahap gaban pakai baju ni tau tak?"

"Aku tahu."

"Lagi satu... apasal hang pi 'order' ini kerja dekat aku? Hang tau kan yang aku tak suka pekerjaan yang melibatkan aurat aku terdedah?"

Zizie hanya terdiam. Tak ada jawapan untuk soalan Hana. Sememangnya dia pun tak tahu kenapa dia pilih kerja ni untuk Hana.

"Zizie.... aku tanya ni..." Hana mendesak Zizie apabila Zizie tidak menjawab soalannya.

"Aku pun tak tahu..."

"Hmmm... tak apalah," malas Hana nak tanya banyak-banyak. Buat sakit kepala ja tunggu jawapan yang memang tak ada jawapan.

Zizie menyerahkan pakaian seragam pramugari kepada Hana. Mesti Hana nampak cantik pakai baju ni esok. Sempat lagi tu fikir pasal Hana pakai baju pramugari tu esok.

Hana menyimpan baju seragam pramugari yang diberikan Zizie ke dalam beg.

"Tak sabar aku nak tengok hang pakai baju tu esok," ujar Zizie sambil ketawa kecil.

"Tak sabar aku nak buang baju ni ke dalam tong samapah!" balas Hana. Mati terus ketawa kecil Zizie.

"Ok, sorry..." Zizie meminta maaf. Bukan dia tak tahu perangai Hana tu. Kang dia tauk baju tu, tak ka naya?

"Hana... malam ni kita pergi shopping nak? Beli barang makeup untuk kau."

"Perlu ka?" soal Hana bodoh. Sebenarnya dia rimas. Rimas nak pakai makeup. Nanti kena pakai ginculah... lip gloss... maskara.... blusher.... eye shadow... foundation...

Macam mana dia tahu? Contohnya ada di depan mata dia. Tengok Zizie punya makeup pun buat dia dah rasa rimas.

"Perlulah kak cik oii!! A stewardess must always look beautiful and perfect. That's why we need to buy makeup to make you look beautiful and perfect as a stewardess," Zizie speaking pula depan Hana.

Hana mencebik apabila mendengar kata-kata Zizie. Pretty and perfect konon. Allah dah bagi kita cantik. Buat apa nak tambah lagi?

"Pirah dengan pretty and perfect hang tu. Aku tak sukalah pakai mekap. Rimaslah...."

"Tak tahu.... tapi ni hang pakai mekap tebal sampai dua tiga inci boleh pulak?"

"Masalahnya this one aku terpaksa. Terpaksa! Ini pun sebab aku pikiaq ada temuduga hari ni. Kalau ikutkan hati aku nak ja aku pakai selekeh hari ni," Hana dah start hujah panjang dia tu.

"Ni sapa mekap kat hang? Mak Andam ka hang?"

Mak Andam? Aku nak cari tang mana Mak Andam dekat ceqok Kuala Lumpur ni? Hesy.... Zizie ni aku sekeh kang!

"Aku lah yang mekap. Ini buatan sendiri. Not Mak Andam..." beritahu Hana.

Zizie menilik Hana yang berada di hadapannya. Cantik jugak minah ni mekap sendiqi. Aku pikiaq dia tak qeti mekap. Zizie tersenyum mengundang rasa pelik di hati Hana.

Apasal minah ni usya aku sampai tersenyum-senyum macam orang duduk dekat hospital bahagia? Ni mesti tengah kutuk aku.

"Hoi! Pasai pa hang usya aku sampai macam tu sekali? Teringin nak dok hospital bahagia?" sindir Hana,

Mulut dia ni kalau kata kat orang, pedas macam cabai padi lima kilo.

"Tak ada apalah... hang dok tang mana kat KL ni?" tanya Zizie. Nak tahulah gak. Entah-entah dok kat hotel lima bintang ke... manalah tahu.

"aku dok tang rumah abang aku dekat Mutiara Damansara," jawab Hana. "Hang dok tang mana?"

"Aku dok tang Taman Desa Jaya, Kepong. Jauh tu bolehlah dari rumah abang hang. Tapi kalau hang bagitau abang hang, dia tahu punyalah..."

Hana mengangguk tanda faham. Tak lama kemudian, telefon bimbitnya berbunyi. Tertera gambar abangnya di skrin telefon bimbit miliknya. Dia menjawab panggilan dari abangnya.

"Ok, Hana keluar sekarang. Abang tunggu kejap tau!" Kemudian, Hana memutuskan talian.

"Weyh... abang aku dah mai. aku blah dulu. Tapi, hang balik naik apa?" tanya Hana prihatin.

"Don't worry lah. Aku balik naik kereta aku sendiqi..."

"Amboii! Maju aihh kawan aku ni. Oklah, aku balik dulu. Take care tau. Drive tu nanti elok-elok," sempat algi Hana membuat pesanan keselamatan kepada Zizie.

Tuala yang membungkus rambutnya dicampak ke atas katil. Rasa segar bila dah mandi. Hana baring di atas katil sambil memandang ke arah kipas yang sedang berpusing. Berfikir tentang hari pertama dia jadi pramugari esok.

Kemudian, matanya tertumpu kepada baju pramugari yang tersangkut di dalam almari. Baju pramugari itu mengikut potongan badan dan kainnya dibelah sampai atas sangat. Taklah atas sangat. Sederhana atas. kalau tak faham, buat-buat faham dahlah noh...

Macam mana hari dia esok? Ready ka dia? Fuh... Hana tak payah pikiaq sangat. Buat sakit otak kau ja....

Elok je dia nak termenung sorang-sorang, telefon bimbitnya berbunyi. Tertera gambar Zizie di skrin telefon. Apa mimipi Zizie call aku malam ni?

"assalamualaikum... apa mimpi hang call aku?"

"Waalaikumussalam.... nampak sangat hang dah lupa. Kan kita nak gi shopping barang mekap kau..."

Hana menepuk dahinya. Serius dia lupa. Maklumlah 'excited' sangat nak jadi pramugari esok. Sampai terlupa dia nak ikut Zizie pi beli barang mekap untuk dia.

"Sorry beb... aku lupa. Aku bersiap sekarang. Tapi, kita nak jumpa kat mana?"

"Better kita jumpa dekat Pavilion."

"Ok... hang tunggu dekat sana tau..."

"Arahan diterima." kemudian, talian diputuskan.

Hana segera bersiap. Dia menuju ke arah almari. Nak pakai apa ni? Hah... aku pakai blaus ungu ni dengan seluar putih jelah....

Siap melilit selendang di kepala, Hana mencapai telefon dan beg tangannya lalu segera keluar dari bilik. Hana menuju ke arah abangnya yang sedang menonton televisyen bersama ibu dan abah.

"Abang... tolong hantar Hana ke Pavilion boleh tak?"

"Nak buat apa? Shopping?"

"Daklah... nak temankan Zizie shopping," sangkal Hana. Dia pergi shopping? Sorry...

"Tunggu jap... abang pi salin baju," Hafiz segera beredar menuju ke biliknya.

Hana duduk berhadapan dengan ibu dan abahnya.

"Hana dah sedia ka nak qeja esok?" tanya Haji Zainudin.

"Insya-Allah bah... Hana dah sedia," jawab Hana tak berapa nak yakin. "ibu dan abah doalah yang terbaik utuk Hana ya..." pinta Hana.

"Ibu dan abah selalu doakan yang terbaik untuk hang Hana," ujar Hajah Aisyah pula.

Hana memeluk Hajah Aisyah yang berada di sebelahnya. Sayangnya dia pada ibu dan abah. Macam manalah hidupnya nanti kalau ibu dan abah dah tak dak? Bagi Hana, ibu dan abahnya tiada siapa yang boleh ganti.

"Dah-dahlah tu. Bagilah abang peluk ibu pulak!" usik Hafiz. Dia baru selesai salin baju.

Hana memang manja dengan ibu dan abahnya. Tapi Hana lagi manja dengan dia... Ek eleh! Jangan perasan sangat Hafiz!

Hana menjelir lidah pada abangnya. "mana boleh. Ni Hana punya."

Kelakuan Hana itu mengundang ketawa seisi keluarga.

"Abang pun ada jugak! Abang ada Hana. Boleh abang peluk adik abang ni," Hafiz segera memeluk Hana menyebabkan Hana menjerit.

Haji Zainudin dan Hajah Aisyah hanya menggeleng melihat telatah anak-anaknya.

"Hish... Hafiz, Hana... sudah! Ni bila nak jumpa si Zizie tu? Kesian kat dia. Entah-entah dah tercongok depan pintu shopping tu," tutur Hajah Aisyah meneyebabkan kerenah dua beradik tu terhenti.

"Semua ni salah abang! Oklah ibu, abah. Hana pergi dulu. Assalamualaikum..." Hana menyalami ibu dan abahnya diturut dengan Hafiz.

"Hafiz pi dulu ibu, abah. Assalamualaikum!"

"Waalaikumussalam..." jawab Haji Zainudin dan Hajah Aisya serentak

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience