BAB 28

Romance Completed 254393

Pintu rumah Zizie awal-awal pagi lagi sudah diketuk. Taklah awal sangat. Zizie sedang menyiapkan sarapan di dapur. Dia nak bukak pintu tak boleh. Kang ada makanan hangit.

Hana ni tak siap lagi ka? Dari tadi dok terperok dalam bilik. Takkan pakai baju pun berejam lamanya.

"Hana! Tolong bukak pintu tu kejap. Aku busy dekat dapur ni!" lantang Zizie bersuara.

"Kejap!"

Tak lama kemudian, Hana keluar dengan berpakaian pramugari. Dah siap! Hana melangkah ke arah pintu.

Nak terluruh jantungnya apabila Akram berdiri di hadapannya sekarang. Dia buat apa pagi-pagi datang sini? Hana berdiri kaku. Laju jantungnya berdegup. Macam baru lepas pecut lima ratus meter.

"Riana...can I come in?" pinta Akram.

"Oh...sure..." Akram masuk ke dalam rumah Zizie.

"Riana, Hana mana?"

Pertanyaan Akram membuatkan jantung Hana lagi kuat berdegup. Akulah Hana depan kau ni! Apa aku nak jawab ni! Tipu jelah Hana!

"Ha...Hana dah keluar awal lagi tadi. Katanya ada urusan dekat ofis..." gugup Hana bersuara.

"Ye ke? Tak apalah kalau macam tu..."

"Akram? Buat apa datang sini pagi-pagi?" Zizie yang baru sudah menyiapkan sarapan pagi menyapa Akram.

"Ingatkan nak hantar Hana ke airport hari ni. Kan dia ke Korea," Akram menjawab pertanyaan Zizie.

"Ooo..."

"Tapi dia naik apa sebab kereta dia still ada..."

Zizie dan Hana terkedu. Nak jawab apa ni?

"Emm...dia pergi dengan kawan dia tadi," bohong Hana. Terpaksa!

"Ooo..."

Fuh! line selamat! Nasib baik Akram tak syak apa-apa.

AKRAM menghabiskan masa lapangnya di Times Square. Bukan nak shopping erkk! Tapi nak hilangkan bosan dalam hati ni. Hari ni Hana ke Korea begitu juga Riana. Zizie ke Hong Kong. Nampaknya hari ni dia sorang-soranglah. Nak ajak Adham, dia ada kerja di pejabat hari ni. Ziqah pula ada kelas.

Tiba-tiba tangan Akram diraih dari belakang. Akram menoleh ke belakang. Akram merentap tangannya dari tangan kotor itu. Kenapa hari ni dia harus jumpa perempuan murahan ni? Akram melangkah pergi meninggalkan Sheila.

"Akram!" langkah Akram terhenti. Akram berpaling.

"What do you want again? Shall I repeat back what I told you about three monts ago? Should I make myself clear?"

"Yeah...I know. But, purpose I came to see you today is I want to say sorry what I had done to you. But seriously, I really love you until today. There's no space in my heart for another man except you..."ujar Sheila seperti merayu.

There's no space in my heart for another man except you? Huh! Siapa pun boleh cakap macam tu kalau diri tu dah ditinggalkan. Akram tersenyum sinis.

"There's no space in my heart for another woman except my wife. You know what? Your words already hackneyed," ujar Akram dengan senyuman sinis.

Terkejut Sheila mendengar kata-kata Akram. Wife? "your wife? Are you already married?"

"Yes. Why your face look so shocked? Are you jealous or getting angry?" ujar Akram sinis.

"No! No! I'm not believe that you're married man now!"

"I've been married about three months ago..."

"No! I don't believe it! Kalau you dah kahwin, mana buktinya?" Sheila masih tak percaya kata-kata Akram.

"Betul you nak bukti? Ini buktinya?" Akram menunjuk cincin yang tersemat di jarinya.

Mata Sheila membulat. Tak percaya yang Akram sudah pun berkahwin.

"Apa lagi yang you nak I buktikan? Nak tengok kad nikah?"

"Kenapa you tak invite I ke majlis perkahwinan you?"

"Sorry...I lupalah. Tapi perlu ke invite you? Tak perlu kot sebab kalau I invite you, entah-entah you menjahanamkan majlis I..." balas Akram pedas.

Perkataan menjahanamkan yang keluar dari mulut Akram membuat hati Sheila sakit. Hatinya terasaseperti disiat-siat sekarang ni. Pedih tak terkata.

"So, now you know status about me, right? So, get away and stay away from my life!" satu arahan tegas keluar dari mulut Akram.

"One more thing, don't you ever show your face in front of me again! Got it?" usai berkata, Akram melangkah pergi meninggalkan Sheila.

Sheila hanya memerhati langkah Akram yang pergi meninggalkannya. Masih tak percaya yang Akram sudah pun berkahwin.

Tak apa Akram...sekarang ni you happy dengan isteri you. Tapi lain kali jangan haraplah! I akan buat rumah tangga you bermasalah. Lepas tu, bercerai berai! I pulak akan menjadi menantu Tunku Amran. Orang yang terkaya dan mempunyai syarikat penerbangan sendiri. Ujar Sheila dalam hati. Bongkak dan sombong.

Jangan nak berharap sangatlah Sheila! Kau tak layak jadi menantu Tunku Amran. Orang baik tak boleh masuk untuk orang jahat.

Akram masuk ke dalam kereta. Malaslah dia nak jalan-jalan dalam Times Square lagi. Nanti kalau terjumpa Sheila lagi, buat semak kepala je.

Habis, aku nak ke mana ni? Hmm...pi Taman Tasik Metropolitan jelah. Boleh hilang stress...

Akram masuk ke dalam Taman Tasik Metropolitan. Jalan-jalan makan angin. Makan angin pi lah dari makan hati. Akram berjalan di sekitar tasik. Dia berhenti di suatu tempat.

Akram tersenyum sendiri. Di sinilah dia memaksa Hana supaya berkahwin dengannya. Di sinilah juga Hana membuat muka masam depannya. Dan di sini jugalah Hana memberi persetujuan untuk berkahwin dengannya. Tapi senyumannya mati apabila teringatkan kejadian dirinya terjumpa dengan lelaki lain. Di sinilah pengalaman pahit yang terpaksa dia telan hidup-hidup.

Arghh!!! Just forget about the past! Buat aku sakit hati je bila teringatkan semua tu. Lebih baik kau teringat dekat Hana. Indah sikit hidup kau ni.

Agak-agaknya apa yang Hana tengah buat sekarang ni dekat Korea tu? Maybe still tidur lagi. Tak apalah tak nak ganggu.

Akram memandang ke arah tasik. Dia perasan ada sesuatu yang berubah terhadap dirinya. Setiap kali Hana ada dekat dengannya, mesti dia akan rasa bahagia dan selalu tersenyum seorang diri. Dia sendiri pun ragu dengan perasaannya sendiri.

Betul ke aku dah jatuh cinta dekat minah trafik tu? Entahlah...tapi bila dia dekat dengan aku je, mesti hati aku jadi tak keruan. Ya, mungkin betul yang aku dah jatuh cinta dekat minah trafik. Tapi apa Hana rasa seperti apa yang aku rasa? Aku tak nak perasaan aku ni pada Hana hanyabertepuk sebelah tangan.

Bagaimana kalau Hana langsung tak dak apa-apa perasaan dekat dia? Bagaimana kalau harapan aku untuk dicintai oleh Hana hanya angan-angan sahaja? Aku tak nak. Tak apa, dia balik je dari Korea, aku akan luahkan perasaan aku ni pada Hana.

Tapi macam mana kalau dia tolak? Hesy!! Akram! Think positive! Jangan fikirkan yang negatif. Takkan selama tiga bulan tempoh perkahwinan korang ni, Hana langsung tak dak perasaan sayang dekat kau langsung? Mesti and confirm ada...

Dah! Tak payah nak fikir sangat! Dia balik je dari Korea, kau terus cakap dekat dia and luahkan apa yang selama ini terpendam dalam hati kau tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience