BAB 26

Romance Completed 254393

Hana mengeliat sedap di atas katil. Badannya dipusingkan ke kiri dan kanan. Rasa segar bila dah tidur. Maklumlah semalam kan dia tidur awal dari yang biasa. Hana bangun dari pembaringannya.

Hana menggaru kepalanya yang terasa gatal. Erkk! Awat aku rasa lain macam hah? Alamak! Aku tak pakai tudung! Adoi, dapatlah Akram tengok rambut aku walaupun dia dah pernah tengok. Agaknya dia perasan tak yang aku ni nak serupa dengan Riana yang dia kenal?

Hana ingin turun dari katil tetapi langkahnya terbantut apabila nampak Akram tidur di atas lantai beralaskan toto. Nasib baik tak pijak.

Perlahan-lahan Hana turun dari katil lalu menuju ke arah meja solek. Rambutnya yang mengerbang macam Kak Limah disisir rapi. Selepas menyanggul rambutnya, Hana memakai tudung.

Macam mana dengan Akram ni? Kalau aku bukak pintu, confirm ibu dan abah nampak. Mahu tak mahu, Hana terpaksa mengejutkan Akram.

"Akram, bangun. Tidur atas katil..." Akram masih tidak mahu bangun. Malah, siap menyelesakan posisi tidur lagi.

Hesy! Liat sungguh! Pukui berapa dia tidoq semalam? "Akram! Bangun...tidur atas katil."

"Yelah..." Akram bangun lalu baringkan tubuhnya di atas katil. Selepas melipat toto tersebut, Hana keluar dari bilik.

"Abang! Bila abang sampai?" gembira rasanya apabila abang dia juga turut balik kampung.

"Semalam...Hana dah tidur," jawab Hafiz. "mana Akram?"

"Tidur lagi..." Hana mencapai pinggan lalu mencedok nasi goreng yang sidah disediakan.

"Hah, abang. Nak tanya sikit boleh?"

"Apa? Macam serius ja bunyinya?"

"Astro dan air cond dalam bilik bilik Hana tu abang yang bubuh ka?"

"Yup! Lagipun Akram tukan oqang bandaq. Besa ka dia tidoq tak dak air cond?" sempat lagi Hafiz perli Akram. Hafiz dan Hana ketawa.

"Jahat betoilah abang ni! Tapi betoi jugak! Kahkahkah...." Hana ketawa besar.

"Haih! Apa anak daqa gelak macam tu?" tegur Hajah Aisyah apabila anaknya itu gelak macam tak ingat dunia. Macam kena rasuk pun ada.

"Ibu kata anak daqa? Milik oqang dah ibu..." Hafiz membetulkan kata-kata ibunya.

"Ha lah...ibu lupa pulak!" kata Hajah Aisyah sambil tersenyum. Hana mencebik mendengar komen abangnya.

"Pasai astro dengan air cond tu jangan qisaulah...kan abang transfer duit tiap-tiap bulan dekat abah dan ibu. Tapi untuk Hana, abang dah stop transfer. Bagi suami Hana pulaklah yang transfer..."

"Macam tu pulak! Hmm..." Hana buat muka lima puluh sen. Meluat dengar kata-kata abangnya walaupun semua tu betul.

"Nak tanya ni. Mandi tak lagi?"

Hana memandang abangnya. "belum..."

"Patutlah busuk!" Hana menjegilkan matanya ke arah abangnya. Kalah burung hantu.

"Budak ni tak mandi lagi? Patut dari jauh abah terbau busuk..." giliran Haji Zainudin menyakat anaknya.

"Abah!!" ni berpakatlah ni nak kenakan dia. "yalah...oqang gi mandi."

Hana bangun menuju ke bilik. Hana mencapai tuala serta pakaiannya lalu keluar menuju ke bilik mandi.

Usai mandi, Hana kembali ke biliknya dengan bertudung. Ketika itu Akram baru bangun dari tidur.

"Baru bangun?" tanya Hana.

"Emm...aku nak mandi kejap..." Akram mencapai tuala lalu segera ke bilik air.

Hana mengemaskan tilam yang berselerak. Kemudian, dia menuju ke ruang tamu. Tengok pi lah cerita apa pun. Sekarang ni dia tengah bosan.

Haji Zainudin menghampiri anaknya yang sedang menonton televisyen.

"Hana...abah nak tanya hang sikit boleh dak?"

"Tanyalah..."

"Hang habaq dak lagi dekat Akram pasai qeja hang ni?"

Hana terdiam. Tahu mesti abah nak tanya pasai ni. "tak lagi..." perlahan Hana menjawab pertanyaan abahnya.

"Awat hang tak habaq lagi? Kalau dia dapat tahu dulu, mesti dia pikiaq bukan-bukan pasai hang," Hana mengeluh mendengar kata abahnya.

Aku memang nak berterus terang dekat Akram tapi aku tak ready lagi!

"Nantilah abah. Kalau Hana dah bersedia nak habaq, nanti Hana habaqlah. La ni Hana tak bersedia lagilah bah..." Hana bermain dengan jari jemarinya.

"Jangan lambat sangat Hana. Ni dah tiga bulan hang tipu dia pasai qeja hang. Dosa Hana..." tegas Haji Zainudin.

"Insya-Allah abah, nanti Hana tequih teqang dekat Akram..." mata Hana difokuskan kembali ke arah televisyen.

Rasa tak senang pulak bila abah dia tiba-tiba menyentuh hal terus terang dekat Akram tentang pekerjaannya. Hana jadi gelisah semacam. Tak tahu macam mana nak terus terang dekat Akram. Takut bila dia terus terang nanti, Akram melenting lalu ceraikan dia. Dia tak nak jadi janda di kala usia muda ni. Mudalah sangat!

HANA meletakkan begnya dan beg Akram di dalam bonet kereta. Ingatkan Akram flight ke Alor Setar. Rupa-rupanya dia ambik tiket lepas tu fly ke sini. Bijak otak suami dia ni buat surprise.

Dia perlu balik hari ni memandangkan esok dia ada flight ke Korea. Flight sekali dengan Kak Dibah dan Emelyn. Rasa excitedlah jugak nak ke Korea. Boleh jumpa artis-artis Korea. Hahaha...

Jangan nak excited sangat! Aku nak habaq apa dekat Akram esok? Esokkan hang flight Hana! Takkan aku nak habaq terus yang esok aku ada flight? Err...tak, tak! Aku kena mintak tolong Zizie. Hana menaip mesej kepada Zizie.

Zizie...hang kena tolong aku! Esok aku ada flight! Macam mana ni? Takkan aku nak kena terus terang dekat Akram?

Esok? Kalau macam tu, hang habaq ja hang outstation esok...

Boleh ka?

Habis tu? Hang nak cakap terus dekat Akram yang hang ada flight esok?

Memang taklah...

So, ikut jelah cadangan aku...

Ok...thanks for the suggestion.

No problem...

Hana menyimpan kembali telefonnya ke dalam kock seluar. Apa pun, dia terpaksa tipu Akram. Ya Allah, ampunilah dosa ku kepada suami ku. Pohon Hana dalam hati.

"Kau kenapa ni?" soal Akram apabila dari tadi Hana hanya berdiri macam patung di tepi kereta.

"Hah?! Tak ada apa-apa," bohong Hana. Walhal dia terkejut gila bila tiba-tiba Akram dah terpacak dekat tepi dia.

"Tadi kau SMS dengan sapa? Khusyuk benar aku tengok sampai aku dah terpacak tepi kau ni pun tak perasan."

Agak-agaknya dia nampak tak apa yang aku mesej dengan Zizie tadi? "Emm...aku mesej dengan Zizie. Bagitau dia yang aku akan balik hari ni," lancar ayat tersebut keluar dari mulut Hana.

Aduh! Bohong lagi. Ampunilah dosaku Ya Allah...

"Ooo...eh jomlah masuk! Makan sarapan dulu..."

"Ok..." Hana dan Akram masuk ke dalam rumah.

Hana dan Akram keluar menuju ke kereta apabila selesai makan sarapan pagi. Hajah Aisyah, Haji Zainudin dan Hafiz ikut mereka sampai ke kereta.

Hana memeluk ibunya. Rasa berat hati nak tinggal ibu dan abahnya kembali. Abangnya dia tak risau sebab dekat KL boleh jumpa. Hana menyalami ibu, abah dan abangnya. Giliran Akram pula menyalami mentuanya. Dia dan Hafiz hanya bersalaman. Mereka berdua segera masuk ke dalam kereta.

"Bawak qeta tu elok-elok!" pesan Hajah Aisyah.

"Baiklah ibu. Kami balik dulu. Assalamualaikum!" tutur Akram. Hana memandang sayu ke arah ibu dan abahnya.

"Waalaikumussalam!" jawab Haji Zainudin, Hajah Aisyah dan Hafiz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience