BAB 12

Romance Completed 254384

"Assalamualaikum!" Akram memberi salam ketika masuk ke dalam rumah yang serba mewah itu. Emm...mesti umi dan walid ada meeting dekat luar lah tu! Kalau tak, mesti mereka dah sambut aku.

"Waalaikumussalam! Abang!!" ada dua suara yang menjawab salamnya.

Tunku Adham Haziq dan Tunku Amani Haziqah meluru ke arah Akram. Tunku Adham dan Tunku Amani menyalami Akram.

"Umi dan walid mana?" tanya Akram. Saja-saja buat-buat tahu.

"Like always. Always outstation. Just leave both of us in this big house," jawab Tunku Amani Haziqah atau dikenali sebagai Ziqah. Nama manja.

"Abang...abang ada bawa balik souvenir??" Adham mula sudah jadi budak-budak walaupun dah berumur dua puluh empat tahun.

"Ha arrlah abang. Nak souvenir..." pinta Ziqah pula. Yang ni kalau merengek atau manja, kalah kucing siam walaupun dah berusia dua puluh tahun.

"Kejap ye abang gi ambik..."

Dua beg kertas yang berisi keychain Australia serta baju yang ada corak kangaroo dengan tulisan Australia diserahkan kepada Adham dan Haziqah. Senang je adik-adik dia ni. Kalau nak souvenir wajib ada keychain dan baju. Whatever baju pun tak apa. Senang tak? Depa bukan pandai berkira sangat.

"Sayang abang!!!" Adham dan Haziqah mencium pipi Akram.

"Macam budak-budak!" ujar Akram. Macam nilah kerenah adik-adik bila berhadapan dengan dia. Maklumlah diakan abang kesayangan. Nah...perasan! Masuk bakul angkat sendiri. Bangga sorang-sorang.

"Satgi abang makan tau! Ada ayam goreng madu, asam pedas ikan pari dengan sayur campur. Tukan favourite abang. Makan tau! Penat Ziqah masak!" tutur Ziqah.

"Kejap lagilah. Abang nak mandi dan rehat kejap. Abang penat. Abang naik dulu," Akram berlalu menuju ke biliknya

"Abang!!" Akram menoleh.

"Thanks!" ucap Ziqah dan Adham serentak.

"Welcome..." Akram segera menuj ke biliknya.

Akram memerhati bilik tidurnya. Sentiasa teratur dan kemas. Cadar dan sarung bantal pun dah ditukar. Mesti kerja umi ni. Kalau dia balik je, mesti bilik dia teratur dan kemas. Semua ditukar baru.

Tiba-tiba pulak dia teringat makanan yang dimasak oleh Haziqah. Buat perut dia rasa lapar pulak. Akram segera mandi. Tak sabar rasanya nak makan.

Habis mandi, Akram menuju ke arah almari. Dia mengambil baju polo yang berwarna putih dan seluar jeans warna hitam. Siap memakai baju, telefon bimbitnya berbunyi. Siapa pulak ni??

Akram mengambil telefon bimbitnya. Sheila...

"Hello..."

"Hai...you kita keluar malam ni nak?"

"Malam ni tak boleh lah Sheila. I baru balik dari Australia. I tak larat lah..."

"Alah...esok?"

"Esok boleh."

"Oklah kalau macam tu. Bye..."

"Bye..."

Setelah talian diputuskan, Akram mencampak telefon bimbitnya ke atas katil. Sheila Aina, merupakan perempuan yang manja dengannya. Tapi kadang-kadang sikap Sheila yang terlampau manja tu membuatkan dia rimas.

Lamunan Akram terhenti apabila pintu biliknya diketuk lantas itu dia terdengar suara adiknya, Ziqah. "abang...turunlah makan."

"Yelah. Kejap lagi abang turun!"

"Ok. Abang makan tau! Kalau tak, Ziqah bunuh abang!" satu amaran keras keluar dari mulut Ziqah.

"I promise."

Macam tulah perangai adik dia yang last sekali. Asal kalau tak makan je makanan yang dia masak, mesti nak bunuh orang. Dulu pernahlah sekali dia dan Adham tak makan masakan adik dia tu, last-last kena kejar satu rumah dengan pisau. Ini betul-betul tau. Bukan main-main. Akibatnya...pusing satu rumahlah. Nasib baik umi dan walid tak ada masa tu. Kalau tak, kena marah free je.

Akram segera keluar dari bilik. Selagi tak turun, selagi tulah adik dia takkan berhenti bagi peringatan supaya turun makan. Akram menuju ke ruang makan. Wah! Sedapnya! Perut Akram mulalah berkeroncong hebat melihat masakan adiknya.

Walaupun dalam rumah ni ada bibik tapi setiap kali dia balik je, pasti Ziqah akan masak. Bibik duduk relaks aje. Kalau nak tolong pun, tolong buat air je.

Habis makan, Akram menonton Tom&Jerry di tv. Itu memang favourite kartun dia nombor satu. Nombor dua Oggy&The Cockroach. Ingat budak-budak je ke yang boleh layan?? Orang tua pun boleh layan tau! Hmmm...tualah sangat!!

Ralit dia tengok Tom&Jerry sampai umi dan walid dia balik pun tak sedar. Tunku Amran dan Ku Masyitah geleng kepala melihat Akram. Tak ubah lagi perangai yang suka tengok kartun.

"Khusyuk aihh tengok kartun..." usik Tunku Amran. Akram menoleh. My mommy and daddy is back!

"Umi! Walid!" Akram menyalami umi dan walidnya.

"Dah makan?" tanya Ku Masyitah.

"Dah...Ziqah masak tadi..." jawab Akram.

"Tak apalah kalau macam tu. Umi dan walid naik atas dulu ya. Letih." pinta Ku Masyitah.

"Ok... have a good rest..."

Huh! Bosannya! Macam nilah kalau balik rumah mewah ni. Ziqah yang tadi ada dah keluar pergi kelas. Adham pula dah keluar dengan kawan dia. Pergi main badminton. Umi dan walid balik dari urusan kerja, confirmlah penat and then rest. Dia? Tercongok depan tv. Larat nak usya tv je. Hesy...

DARI tadi tangannya tak henti mendail nombor Hana. Agaknya ni dah nak masuk tiga puluh missed call dah. Call tak dapat. Call tak dapat. Kalau dapat pun, mesin operator yang jawab. "nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi. Terima kasih."

Banyak cantik kau mesin operator! Ingat kredit aku ni free ke operator? Hish! Yang si Hana ni pun satu. Dia ni pi mana? Tak qeti nak angkat fon ka? Zizie berhenti mendail nombor Hana. Selang lima minit kemudian, dia kembali mendail nombor Hana. Lega hatinya apabila orang sana memberi salam.

"Waalaikumussalam! Awat tak angkat fon? Jari aku ni pun dah lembik tau sebab kira call hang ja..." Zizie dah start bebel.

"Sapa suquh hang call aku?" perli Hana di talian.

Nampak sangat minah cili ni lupa yang depa akan ke kenduri Farzana hari ni dekat Subang. Ingat Subang tu dekat ka dengan Kepong ni?

"Mak Cik oiii!!!! Hang dah lupa ka? Kan hari ni kenduri Farzana, bini Daus. Hang dah lupa?"

Isk! Hari tu dia yang gatai nak pi sangat. At last, dia yang lupa. Bebel Zizie.

"Ha arrlah. Ok, aku bersiap sekarang. Tunggu tau!" suara Hana kelam kabut di talian.

"Kaki aku ni dah naik lenguh. Hang bukak pintu sekarang! Aku dari tadi gi tercongok depan pintu kondo abang hang ni," arah Zizie.

"Ok..." Hana memutuskan talian.

Tak lama kemudian, Hana membuka kunci pintu gril kondo abangnya. Pintu gril ditolak.

"Masuklah...hang tunggu jap. Aku nak tukaq baju," Hana segera pamit menuju ke biliknya. Selepas lima minit bersiap, Hana keluar dari bilik.

"Dah?" tanya Zizie.

"Dah..."

"OK, jom kita pergi sekarang."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience