BAB 13

Romance Completed 254393

Huh boringnya! Hari ni hari jadi dia tapi sseorang pun tak ingat. Zizie tak ingat, abang pun tak ingat. Kalau abang dia ingat, mesti abang dia mesej tapi tak mesej pun. Ibu dan abah pun tak ingat hari ni hari jadi dia. Ingatkan orang yang paling kita sayang akan ingat hari yang paling seronok dalam hidup dan menyambutnya setahun sekali tapi rupanya tak.

Sebab rasa bosan tinggal di kondo abang dia tu, Hana keluar bersiar-siar di Taman Metropolitan. Tadi ajak Zizie tapi Zizie cakap dia ada banyak kerja. Kerja apa entah! Yang dia tahu Zizie ni pramugari ja. Takkan ada kerja lain kot?

Awal pagi pun ada ramai pengunjung yang datang. Ada yang jogging, ada yang main layang-layang especially kanak-kanaklah dan lain-lain lagi. Hana berjalan di sekitar tasik ini.

Rasa tenang datang Taman Metropolitan pagi-pagi ni. Rasa aman dan sejuk ja. Kan seronok kalau dapat joging dekat sini. Tapi hari ni dia tak dak mood.

"Takkan seorang pun tak ingat hari jadi aku hari ni? Sedihnya..." kata Hana kepada dirinya. Cakap sorang-sorang.

"Selamat hari lahir Nur Hana Adriana..." ucap Hana kepada dirinya sendiri. Apa salahnya kan?

Sedang dia berjalan, matanya menangkap seseorang yang dia kenali. Mamat kepo? Ya Allah...menyesal aku datang sini. Aku ingatkan aku datang sini boleh release tension dan hilangkan kebosanan aku ni? Tapi menambahkan tension aku adalah! Tapi awat mamat kepo tu marah dekat perempuan cantik tu? Tepi perempuan tu ada lelaki. Saheh scandal! Hana memerhati mereka dari jauh.

"Aku tak sangka kau punya perangai macam ni?! Berapa jantan dah kau angkut? I don't think so that you still have a virgin!" kutuk Akram. Marah sungguh dia dengan Sheila. Perempuan yang selama ni dia sayangi.

"You...please listen to me. Ini...ini...manager I," bohong Sheila.

Akram senyum sinis. "manager kau? You're make a joke girl! Kalau ni manager kau, kenapa nak lentok kepala dan nak peluk-peluk tangan dia segala macam pasangan kekasih?" kemarahan Akram dah sampai ke kemuncak.

"I.... I...." Sheila tak ada jawapan untuk soalan Akram. Dia sekarang memang betul-betul dah terperangkap. Tak leh nak elak dah. Rahsia dia dah terbongkar.

"Now...you better listen carefully. Our relationship is over. I don't want to see you again and stay away fom me! Just continue with your life. Get it?" Akram memberi amaran.

Jijik sungguh dia melihat Sheila yang berada di hadapnnya sekarang. Marah dan geram bercampur menjadi satu. Hari ni dia datang ke Taman Metropolitan sebab nak hilangkan bosan dan mengisi masa lapang yang sedia ada. tengok-tengok hari ni dia dapat bala. Tapi untung jugak dia datang ke Taman Metropolitan hari ni. Baru dia tahu perangai sebenar Sheila.

"You...please I'm begged you. Don't do this to me," Sheila sudah merayu. Dia melutut di kaki Akram. Mamat yang bersama dia tadi dah blah. Terkejut kot tiba-tiba ada drama dekat sini.

Sheila mengutuk dirinya sendiri. Kenapalah dia bodoh sangat? Sepatutnya dia ajak Fiq ke tempat yang privasi atau kelab or mana-mana jelah. Tak dapatlah aku nak rasa kekayaan Akram dan jadi menantu orang kaya. Bodohnya aku!!

"Stay away from me! Remember my warning! Don't you ever dare to show your face in front me again!" Akram segera beredar. Nasib baik dia tak sepak si Sheila tu. Rasa meluatnya kepada Sheila semakin menggunung.

"You!"

Panggilan Sheila dia buat tak endah saja. Matanya menangkap kelibat seorang perempuan yang sedang berdiri tak jauh darinya. MInah trafik pun ada dekat sini? What the heaven. Entah kenapa dia rasa seronok pulak bila minah trafik tu ada dekat sini. Akram menuju ke arah Hana.

Hana perasan Akram nampak dirinya. Alamak! Dia datang sinilah pulak! Dia ni nak apa lagi? Dengan muka bengis dia tu? Takut pulak aku. Hana ingin beredar tapi lengannya dipegang dari belakang.

Selamba Akram berjalan membuatkan Hana mengikut langkah Akram. Dia nak bincang sesuatu dengan Hana. Mungkin perbincangannya nanti akan menimbulkan kemarahan di hati Hana tapi dia tak kisah. Dia ingin jauh daripada Sheila.

Amboii!! Selamba badak aihh dia ni pegang lengan aku. Ingat aku ni apa ka? Nasib baik berlapik.

"Weyh! Kau ni nak bawak aku pi mana ni?" tanya Hana.

Akram buat bodoh. Geram betul Hana dibuatnya. Lengannya direntap dari pegangan Akram membuatkan Akram menoleh.

"Aku nak kau kahwin dengan aku..."

Hampir pengsan Hana dibuatnya. Dia ni gila ke tak waras?

"Kau ni gila ke? Wayar putus? Ka tak makan ubat lagi?" sindir Hana.

"Tak kisahlah...aku ni gila ke wayar putus ke? Tapi apa yang aku nak kau kahwin dengan aku..."

"Gila!" Hana segera beredar. Tak betah dia nak berhadapan dengan mamat kepo versi sewel plus gila.

Memang sah dia tu memang gila. Tak ada ribut,tak ada puting beliung tiba-tiba dia ajak aku khwin dengan dia. Memang betullah fius otak mamat tu dah berkarat. Apa kejadah aku kena kahwin dengan dia??? Tak masuk akal! Dahlah aku dengan dia macam anjing dengan kucing. Ini nak suruh kahwin? Entah aman ke tidak hidup aku kalau kahwin dengan dia?

"Aku bagi kau tempoh dua hari! Lepas tu jumpa dekat sini balik!" lantang Akram bersuara.

Aku tahu dia mesti tak nak punya. Tapi aku mesti kahwin dengan dia jugak! Kalau tak, Sheila akan tetap ganggu aku. Tiba-tiba timbul idea bernas di kotak fikiran Akram. Hahaha...dengan cara tu je aku boleh ikat Hana.

Hish...mamat kepo tu memang dah gila! Gila macam gila talak! Apahal dia suruh aku kahwin dengan dia? Mamat tu memang buat aku berserabut. Semak pulak kepala aku.

Tak akan! Aku tak akan kahwin dengan dia. Aku tak nak!!! Awatlah aku kena tempuhi semua ni? Boleh jadi gila aku dibuatnya. Akram gila, aku pula yang sewel nanti.

Akram masih tercegat di tempat dia berdiri. Tak lama kemudian, telefon bimbitnya berbunyi tanda ada mesej. Mesej daripada Zizie.

Akram...malam nanti pukul lapan datang tau kat rumah aku. Nak sambut birthday Hana. Hope u will coming... :)

Ooo...hari ni hari jadi minah trafik!

I will coming to your house tonight. Boleh bagi nombor telefon Hana tak?

Nak buat apa?

Adalah...urgent and emergency!

Huh! Emergencylah sangat! Walhal ada hal yang lain.

Ok......

Thank you...I owe you one.

Welcome. Are you coming tonight?

I will...

Ok...bye...jumpa kau malam ni...

insya-Allah....

Yes! Akhirnya dapat jugak nombor telefon dia...hahahaha...

SERONOK rasanya abang dia dah balik. Tapi yang tak seronoknya apabila abang dia langsung tak wish happy birthday dekat dia. Tapi tadi dia dapat arahan daripada abangnya suruh dia bersiap cantik-cantik sikit. Nak buat apa pun dia tak tahu.

Selendang hitam yang terlilit kemas di kepalanya ditilik sekali lagi. Setelah puas hati dengan penampilannya, Hana keluar dari bilik. Ketika itu Hafiz sedang menonton televisyen.

"Abang...dah siap."

Hafiz menoleh. Cantik adik dia ni. Agaknya sekarang ni ada tak kumbang tersangkut dengan adik dia ni??

"Jom kita pergi sekarang," Hafiz menutup televisyen lalu langkah keluar dari kondominium dengan Hana.

"Nak pergi mana?" tanya Hana dengan perasaan ingin tahu.

"Adalah..." Hafiz masih berahsia. Kalau cakap bocorlah rahsia nanti.

Hana tak banyak kata. Hanya mengikut sahaja. Malas nak fikir. Dalam kereta, Hana hanya mendiamkan diri. Kenangan petang tadi terimbau kembali ke dalam kotak fikirannya.

"Aku nak kau kahwin dengan aku."

Hana memejam matanya rapat-rapat. Cuba menghalau kata-kata Akram yang selalu bermain di mindanya. Atau yag paling ekstrem lagi perkataan tu selalu menghantui dirinya.

Apa yang mamat kepo tu pakai sampai kata-kata dia tu dok terngiang-ngiang lagi dekat telinga aku?

"Hana..." Hana masih diam.

"Hana!" terkejut Hana apabila ada yang memanggil namanya kuat.

"Awat?" tanya Hana. Rasa terkejutnya masih ada.

"Kita dah nak sampai. Sebelum tu abang nak request sikit boleh?" pinta Hafiz.

Request apa pulak abang aku ni?

"Apa?"

"Abang nak tutup mata Hana dengan kain ni boleh?"

Makin bertambah pelik Hana dengan kelakuan abangnya.

"Nak wat pa?"

"Ikut jelah..."

Hana menghela nafasnya.

"ok." hafiz menarik senyum.

Dia menutup mata Hana dengan kain. Kemudian, dia memandu keretanya kembali. Sampai sahaja di hadapan rumah Zizie, Hafiz mematikan enjin keretanya. Dia keluar dari kereta lalu menuju ke tempat penumpang. Hafiz membuka pintu untuk Hana.

"Kita dah sampai...mai abang tolong adik keluar dari kereta."

Hana menyuakan tangannya. hafiz membantu Hana keluar dari kereta.

"Abang! Pegang kuat-kuat tau! Nanti jatuh longkang pulak!" arah Hana.

"Ya...."

Masuk ke dalam rumah Zizie, ikatan pada mata Hana dibuka. Ketika itu juga dia terdengar jeritan HAPPY BIRTHDAY. Hana menilik di setiap sudut rumah Zizie. Ada banner happy birthday, decoration belon dan macam-macam lagi. Rasa happy dan bahagia pula bila ternyata semua ingat hari jadi dia. Ohh...terharunya....

"Hana...cepatlah potong kek tu. Aku dah lapar ni," tutur Zizie.

"Kuat makan!" sindir Hana.

Hana memotong kek coklat tersebut lalu dihidangkan setiap seorang. Tapi bila diserahkan kepada Akram, dia jadi kaku. Macam patung. Malas nak tengok mamat sewel tu.

Beberapa minit kemudian, telefon bimbit Hana berbunyi tanda ada mesej masuk. Nombor sapa ni? Aku tak kenal nombor ni. Dia membaca mesej tersebut.

Only left two days...remember it...

Ini mesti mesej dari mamat kepo tu. Tapi macam mana dia dapa nombor aku?

Macam mana kau dapat nombor aku?

And kalau aku tak nak? Kau nak buat pa?

Are you sure? Tak pa...kita jumpa lagi 2 hari. And kalau kau still tak nak... kau akan tahu dekat sana nanti...

Mamat ni mak main-main dengan aku ka? Geram pulak aku!

Ok...we will meet there after 2days...

Ok...

Agaknya apa yang mamat tu nak buat hah? Entah-entah dia sengaja kot nak takutkan aku...

"Hana..." Hana menoleh apabila ada orang memanggil namanya.

"Apa?"

"Jom keluar kejap. Abang ada hadiah untuk Hana," Hana mengerutkan dahinya. Hadiah apa pulak?

Tak sempat nak tanya lagi, abangnya sudah tarik tangan dia. Sampai sahaja di halaman rumah Zizie, Hana hampir terjerit apabila ternampak ibu dan abahnya berdiri di hadapan pintu.

Hana segera memeluk ibu dan abahnya. Rindu gila-gila ibu dan abahnya.

"Abang ada satu lagi hadiah..."

"Apa?"

"Nampak kereta yang di hadapan tu?" Hana mengangguk.

"That's car belong to you."

Nak terbuntang biji mata Hana. Biaq betoi?

"Serius? Tapi kereta tukan mahal..." rasa kesian pula apabila memikirkan beribu-ribu wang abangnya melayang hanya untuk sebuah kereta.

"Abang serius. It's okay. Untuk adik abang yang comel ni, abang sanggup habis beribu-ribu asalkan adik abang ni bahagia."

Hafiz menyeluk poket seluarnya. Kunci kereta Hyundai Getz diserahkan kepada Hana. Hana terus memeluk abangnya.

"Thanks..."

"Welcome."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience