Completed
24247
“Berurusan dengan orang pompuan ni menyusahkan. Kejap suruh buang terus dalam laut, kejap nak ber-video call pulak.” rungut seorang daripada lelaki yang membawa senyap-senyap Alisa tadi.
Sementara lagi dua orang sedang memasang rantai di kaki dan tangan Alisa.
Sekarang ini mereka semua berada di atas satu bot, di satu pelabuhan yang terpencil.
Setelah selesai, satu ‘video call’ dibuat dan orang yang berada di hujung talian tidak lain dan bukan, Khaleesa.
“Cepat sedarkan dia." arah Khaleesa.
Sesuatu diletakkan di hidung Alisa yang bila masa hidung Alisa terhidu sesuatu yang membuatkannya perlahan-lahan sedarkan diri.
Alisa yang mula sedar perasan yang dia seperti berada di atas bot dan perasan juga dirinya telah di rantai pada tangan dan kaki. Alisa cemas dan mula meronta-ronta mahu melepaskan tangan dan kakinya.
Kedengaran suara Khaleesa dari telefon yang dipegang oleh salah seorang lelaki yang telah menculik Alisa, “Tak perlu susah-susah bergelut Alisa. Kau tu dari awal patut serah diri pada takdir bukan melawan takdir!”
Alisa melihat ke arah telefon dengan muka terkejut, “Khaleesa? Apa semua ni? Awak dah gila ke?”
Khaleesa tergelak besar, “Memang! Aku memang dah gila! Kalau kau tahu diri dan tak ambil benda bukan milik kau, aku tak akan jadi macam ni. Kau tu dah rosakkan rancangan aku!”
Alisa berkata, “Bukan semua benda hak milik kita Khaleesa. Aku tak pernah ambil apa-apa pun dari kau. Kalau kau sukakan Aiman dah kenapa kau tipu dia yang kau tu dah mati?”
Khaleesa mendengus, “Huh! Kau tu tahu apa? Kalau kau tak goda Aiman, rancangan aku akan berjalan lancar. Kalau kau tahu diri dan jadi pengganti aku macam yang sepatutnya, lahirkan anak Aiman, aku tak perlu guna cara ni.”
Alisa berasa pelik, “Apa maksud kau sebenarnya?”
Khaleesa gelak kecil, “Itulah fungsi kau Alisa. Pengganti aku sehinggalah aku balik semula. Rancangan aku adalah tunggu kau mengandungkan anak Aiman dan bila dah cukup masa, aku akan ambil semula tempat aku kat sisi Aiman. Aku ingat dengan Aiman dah dera kau macam tu, kau ni akan turut permintaan Aiman jadi pengganti aku, tapi tak, kau naik minyak pulak.”
Dera?
“Kau tahu apa yang Aiman buat dekat aku?” tanya Alisa terkejut. Selain Ain, rasanya tak ada orang lain tahu apa yang selama ini Aiman sudah buat pada dirinya.
“Aku tahu lebih banyak dari apa yang kau tahu!” jawab Khaleesa, “Muka kau sama sangat dengan muka aku, kau rasa itu satu kebetulan atau ada sebab yang lain?”
Alisa memandang wajah Khaleeda di skrin telefon penuh kebingungan.
Khaleesa berkata, “Kau tahu tak, negara kita ni punyalah besar, aku tak sangka yang Aiman dapat berjumpa dengan kau. Aku ni sakit, sakit aku buat aku tak boleh mengandung. Aku tipu kematian aku sebab aku tahu Aiman taksub dengan aku, kalau aku balik semula pun, Aiman pasti terima aku balik. Kau muncul tepat pada masanya. Aku tahu Aiman hanya nak gunakan kau, jadikan pengganti aku. Semuanya memang sempurna. Aku cuma perlu tunggu kau mengandung, aku akan muncul semula dan ambil Aiman, anak, dan tempat kau tapi tak sangka, kau ni pandai pikat Aiman.”
“Kau nak tahu tak rahsia paling besar tentang diri kau?” Khaleesa bertanya, “Kita ni ada wajah yang sama sebab kita berdua ni adalah kembar.”
Share this novel