Bab 47: Pengakhiran 2

Action Completed 24247

Khaleesa dibawa ke ruang lawatan dan apabila Khaleesa melihat siapa yang berada di sebelah pagar, Khaleesa berasa teruja sekali.

“Abang Aiman! Abang datang jumpa Leesa.” kata Khaleesa penuh teruja.

“Kau mesti dah jumpa ibu kau kan kat dalam sana. Aku cuma nak bagitahu yang keluarga kau dah muflis, bapa kau dah mati. Ibu kau yang bunuh dia sebab tu dia kena penjara.” Kata Aiman dengan dingin.

“Abang janganlah buat lawak. Tak mungkin! Ibu tak mungkin bunuh ayah…” Kata Khaleesa.

Aiman menunjukkan video ibunya dijatuhkan hukuman kepada Khaleesa.

Khaleesa menggeleng-gelengkan kepalanya tidak percaya. Kemudian Khaleesa merayu pada Aiman, “Abang…. Abang tolong Leesa. Leesa tak nak duduk dalam ni.”

“Jawab satu soalan dulu, aku akan pertimbangkan keluarkan kau dari sini.” Kata Aiman lagi.

“Soalan apa?” tanya Khaleesa.

“15 tahun dulu, betul ke kau orangnya kat kabin tu?” tanya Aiman, Khaleesa dipandang tajam.

“Ya lah, betul lah Leesa.” jawab Khaleesa.

“Masa tu kau cakap dekat aku jangan takut, kau akan sentiasa ada dengan aku, kau kan lindungi aku…” kata Aiman lagi.

“Ini… Leesa dah tak ingat, benda ni lama dah jadi…” seloroh Khaleesa.

Aiman hanya tersenyum sinis. Aiman rasanya dirinya sangat bodoh.

Semasa Aiman kecil, dia pernah diculik dan semasa melarikan diri dan cuba menyorok dari penculiknya, dia terserempak dengan seorang kanak-kanak perempuan.

Kanak-kanak perempuan itu memeluknya sambil menggigil-gigil ketakutan, cuba menenangkan Aiman walaupun dirinya sendiri juga ketakutan.

Selama ini Aiman percaya kanak-kanak perempuan itu adalah Khaleesa tetapi adakah selama ini dia salah orang?

Melihat raut wajah Aiman berubah, Khaleesa berkata, “Abang… Leesa cintakan abang. Abang takkan tinggalkan Leesa kan?”

“Aku tak pernah cintakan kau!” Jawab Aiman kepada Khaleesa.

“Apa guna kau cintakan perempuan tu? Perempuan tu dah mati. Dalam hidup ni, kau takkan jumpa perempuan tu lagi… HAHAHA…” kata Khaleesa sambil ketawa.

“Diam!” Bentak Aiman, “Alisa tak mati!”

Khaleesa ketawa lagi, “Tak payah nak tipu diri kau lagi… Lepaskan aku. Muka aku kan mirip Alisa, aku boleh jadi pengganti Alisa.”

“Kau tak layak. Tak ada siapa boleh ganti tepat Alisa.” Jawab Aiman.

“Kalau Alisa bole jadi pengganti aku, kenapa aku tak boleh?” tanya Khaleesa.

“Kau tak layak,” Jawab Aiman, “Aku tak akan lepaskan semua orang yang sakitkan Alisa. Kau tak terkecuali.”

Melihat Aiman yang berlalu pergi, Khaleesa tidak berhenti ketawa.

Semasa pertama kali Khaleesa berjumpa dengan Aiman, di mana bila Aiman bertanya soalan yang sama ditanya tadi, saat ini, Khaleesa menyesal, sangat menyesal mengaku dialah orang yang dicari Aiman pada waktu itu.

Khaleesa menyesal kerana menipu kematiannya pada Aiman kerana tanpa penipuan ini, Aiman tidak akan berjumpa dengan Alisa.

Kalau dia tidak buat semua ini, adakah pengakhirannya akan berbeza?

Khaleesa kenal akan perangai Aiman dan Aiman tidak akan lepaskan dirinya walaupun dirinya sekarang di dalam penjara.

Hidup Khaleesa, hanya Khaleesa boleh akhiri.

Keesokan harinya, warden penjara menjumpai Khaleesa mati.

Khaleesa bunuh diri dengan menggantung dirinya.

Berita kematian Khaleesa tidak menjejaskan perasaan Aiman.

Keluarga Khaleesa sudah selesai. Selepas ini siapa pula?

Keluarga angkat Alisa, akibat dari perjudian Azim, menanggung hutang yang banyak. Sudah beberapa kali mereka mahu berjumpa Aiman untuk meminta bantuan membayarkan hutang tapi tidak berjaya.

Pemiutang sudah sampai ke pintu rumah, jadi mereka ini semakin terdesak.

Taktik yang sama apabila tersedak mahu berjumpa Aiman tapi tidak boleh adalah dengan menahan kereta Aiman. Aiman menurunkan cermin kereta.

Bapa angkat Alisa sangat teruja melihat Aiman, “Aiman, tolong pak cik, kami sekeluarga dikejar pengutip hutang, tolong pak cik.”

“Kenapa aku kena tolong korang suma?” tanya Aiman dengan tona suara yang kasar.

Puan Salimah tidak puas hati, “Aiman, kami tak bole tak endahkan kami hanya sebab Alisa tak ada. Nanti kalau Alisa balik semula, kami tak takut ke Alisa benci kamu sebab abaikan kami ni.”

Aiman tidak berkata apa-apa.

Kemudian, Azim pula mencelah, “Orang kutip hutang dah ugut-ugut kami ni. Kalau tak bagi duit, mati kami ni. Kalau kakak balik, kakak tak ada kami, apa perasaan kakak nanti.”

“Berapa banyak?” tanya Aiman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience