Bab 45: Video

Action Completed 24247

Berapa tinggi harapan yang kita letak pada sesuatu, banyak itu jugalah kekecewaan yang akan kita rasakan.

Aiman tetap menunggu kepulangan Alisa.

Harapannya pudar ketika malam menjelma dan harapannya kembali semula ketika subuh menjelma.

Harapan Alisa pulang.

Sehinggalah satu hari, Azim, adik lelaki Alisa datang ke syarikat mahu berjumpa dengannya. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan, mahukan duit. Berikan dia 20 juta dan dia akan berikan maklumat tentang kakaknya, Alisa.

“Duit aku bagi jika maklumat kau berguna.” kata Aiman.

“Aku ada lagi satu syarat, kalau aku bagitahu, kau tak boleh pukul aku.” kata Azim pula.

Melihat jam di tangan, Aiman berkata, “Kau ada 5 minit.”

Tanpa buang masa, Azim berkata, “Kakak tak lari, ada orang culik dia!”

“Apa kau kata!” Aiman bangun menghampiri Azim.

Azim yang melihat ini berasa takut dan cuba lari tetapi bajunya dicengakam kuat oleh Aiman.

“Jelaskan apa yang kau cakap tadi!” arah Aiman. “Tipu aku nahas kau!”

Ketakutan Azim berkata, “Masa aku minta jumpa kakak di restoran tu sebenarnya aku ada bagi kakak minum sesuatu. Lepas minum tu, kakak terus pengsan. Lepas tu ada 2 orang datang dan bawa kakak pergi.”

Sejurus Azim habis berkata, satu tumbukan hinggap di mukanya. Syarat Azim tak dihiraukan. Dia habis dibelasah oleh Aiman.

Kamal yang mendengar kekecohan di dalam pejabat Aiman masuk dan menghentikan tindakan Aiman. Kamal memanggil orang untuk menguruskan Azim.

“Kamal, cari orang, siasat puan kamu. Puan kamu tak lari tapi diculik orang.” Beritahu Aiman.

“Tuan dah tengok ke video tu?” tanya Kamal.

“Video apa?” tanya Aiman pula.

Kamal masuk ke pejabat Aiman juga kerana hal ini. Satu video di muat naik di laman web syarikat. Video itu menunjukkan satu panggilan video di mana kelihatan Alisa telah dirantai kaki dan tangan dan orang yang berada di hujung talian tak lain dan tak bukan Khaleesa.

Kata-kata Khaleesa menarik perhatian semua orang yang menonton. Alisa pengganti Khaleesa, Khaleesa mandul, tunggu Alisa mengandung, ambil anak dan kedudukan sebagai isteri Aiman dan yang paling menarik perhatian, Khaleesa dan Alisa sebenarnya adalah kembar.

Kemudian kelihatan Alisa dihumban ke luar bot, ke dalam laut.

Pada mulanya mereka fikir yang video ini palsu tetapi bukan ke Alisa ini di katakan hilang? Mungkinkah Alisa bukan menghilang tetapi dibunuh?

Itu juga apa yang Kamal fikirkan semasa menonton video tersebut dan segera menelefon polis dan meminta orang menyiasat keberadaan Khaleesa selepas pulang ke Malaysia.

Aiman berterima kasih dengan tindakan pantas Kamal dan menambah agar menyiasat Khaleesa sebelum Alisa menghilang.

Sebelum ini Aiman tidak pernah terfikir tetapi siapakah pemenang terbesar jika Alisa hilang kalau tidak Khaleesa. Tidak pernah juga Aiman terfikir Alisa dan Khaleesa adalah adik beradik, kembar seiras.

Sebenarnya sebelum berkahwin dengan Alisa, Aiman telah diberitahu oleh ibu bapa Alisa bahwa Alisa bukan anak kandung mereka. Akad perlu dilakukan menggunakan wali hakim kerana mereka tidak tahu siapa keluarga kandung Alisa. Waktu itu Aiman tidak berfikir panjang dan hanya mahu memiliki Alisa.

Tidak Aiman sangka ada kaitan kenapa wajah Alisa dan Khaleesa sangat mirip.

Kamal sangat cekap dengan tindakannya. Sekejap sahaja dia memperoleh bukti bahawa Khaleesa adalah dalang kehilangan Alisa tetapi Kamal tidak memberitahu dahulu kepada Aiman. Maklumat diberi kepada pihak polis dan menegaskan agar Khaleesa ditahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience