Bab 30: Lif

Action Completed 24247

Pada hari ini, syarikat Aiman heboh tentang satu perkara.

Cik Khaleesa yang heboh dulu sebagai kekasih pertama bos besar mereka yang mana isteri bos besar mereka sekarang yang mempunyai muka yang sangat mirip rupa-rupanya masih hidup.

Heboh kerana cik Khaleesa ini muncul di syarikat pada hari ini dan bukan itu sahaja, cik Khaleesa ini juga bertemu dengan isteri bos mereka.

Mereka tidak tahu situasi yang sebenarnya cuma mereka melihat cik Khaleesa keluar dari bilik bos mereka tersenyum dan apa yang berlaku antara bos mereka dan isterinya di dalam bilik pejabat tidak di ketahui.

Bos bergaduh dengan isteri dia ke?

Persoalan ini bermain di fikiran semua pekerja Aiman.

Di masa semua orang ingin tahu apa yang berlaku di sebalik pintu, pintu pejabat Aiman terbuka dan kelihatan Aiman keluar, tangan kiri memegang tangan Alisa dan tangan kiri memegang bekal makanan.

Kelihatannya mereka berdua baik-baik sahaja.

Bila Alisa memasuki lif, Aiman turut ikut masuk sama.

“Kenapa abang ikut masuk?” tanya Alisa.

“Biar abang hantar Lisa sampai ke bawah.” jawab Aiman.

Alisa tidak menolak.

Lif pun turun dari tingkat atas ke bawah. Lif kemudian berhenti di satu tingkat yang dinaiki oleh beberapa orang pekerja Aiman. Melihat bos mereka di dalam lif tersebut, mereka agak terkejut tetapi badan sudah pun masuk jadi mereka pun hanya mampu berdiri diam-diam, berpura-pura tidak kelihatan.

Lif kemudian turun lagi dan berhenti di satu tingkat lagi. Kelihatan 4 orang pekerja masuk ke lif. Mereka ini tidak menyedari kehadiran Alisa dan Aiman di dalam lif itu. Mereka ini sedang berborak mengenai perihal Alisa, Aiman dan Khaleesa.

“Kekasih pertama bos dah balik, agak-agak apa akan jadi dekat perempuan pengganti tu?”

“Perlu ke nak tanya lagi? Tentulah akan tersingkir. Aku dengar bos suka betul dengan cik Khaleesa tu sampai cari pengganti yang mukanya mirip.Kalau tak sayang tu nak cakap apa?”

Pekerja-pekerja yang berdiri di hadapan Alisa dan Aiman mendengar perbualan mereka yang berdiri di hadapan mereka mula berasa cemas.

Alisa mendengar perbualan ini, menjeling ke arah Aiman. Manakala Aiman yang turut mendengar, berubah air mukanya.

“Kesiannya…”

“Tak sangatlah. Bos mesti bagi nafkah yang besar kat dia kalau bercerai.”

“Antara isteri bos dengan cik Khaleesa, walaupun muka sama tapi banding keluarga dan pendidikan, cik Khaleesa lebih sesuai dengan bos.”

“Betul tu. Isteri bos tu dengarnya orang-orang biasa je. Belajar pun universiti biasa-biasa je. Kira tuah muka dia je dapat khawin dengan bos kita tu.”

Mendengar ni, Aiman membara dengan api kemarahan. Dia tidak mahu mendengar orang memperkecilkan Alisa. Tanpa sedar, Aiman memegang tangan Alisa.

Semasa tangannya dipegang, Alisa memandang ke arah Aiman. Alisa sedar kenapa Aiman mahu menemaninya turun ke bawah. Aiman mahu menunjukkan kepada pekerja-pekerjanya kedudukan Alisa.

Cuma tidak sangka yang mereka berdua akan mendengar sesuatu yang mengejutkan.

Aiman mahu berkata sesuatu kepada 4 orang itu tetapi Alisa menghalang Aiman.

Pekerja-pekerja yang berdiri di antara mereka ini sudah kepanasan dengan kecemasan. Mereka ini hanya mampu berharap yang 4 orang ini akan cepat-cepat menutup mulut.

Tetapi harapan mereka tidak berlaku.

“Aku nak tahu juga, bos dengan isteri dia bergaduh ke tak. Dengarnya dia orang berjumpa tadi.”

“Tak tahu lak. Dia orang yang kerja kat tingkat bos tak mau cakap apa-apa.”

“Mesti punyalah isteri bos tu bergaduh dengan bos. Mestilah cemburu.”

“Isteri bos tu orang miskin je. Hanya seorang pengganti. Yang sebenar dah munculkan, dia mesti kena tahu kedudukan diri sendiri.”

Waktu itu, lif berbunyi menandakan sudah sampai ke tingkat yang dituju. Saat itu, pekerja-pekerja yang berdiri di belakang 4 orang tadi dengan segera keluar dari lif dengan terburu-buru.

“Dia orang da kenapa? Tolak-tolak orang ni…” pekerja ini, pada waktu ini, di hujung matanya terlihat satu kelibat di dalam lif yang sangat mengejutkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience