Completed
24247
Di sisi Alisa, nasib baik kemalangan yang dialami tidak teruk tetapi kereta grab yang dinaiki tidak boleh bergerak.
Pemandu grab menelefon kawannya yang bekerja sebagai pemandu grab juga untuk membawa Alisa ke lokasi yang dituju.
Tetapi baru separuh perjalanan, kereta mereka dihadang oleh satu kereta yang lain. Kereta yang Alisa sangat kenal.
Aiman sudah datang.
Kelihatan Aiman turun dari kereta dan berjalan ke arah kereta yang dinaiki Alisa, mukanya kelihatan suram.
Alisa turun dari kereta dan belum sempat dia berkata apa-apa, lengannya dipegang dan ditarik pergi dengan kasar.
Pemandu grab tadi pun hanya mampu terkebil-kebil melihat Alisa dibawa pergi. ‘Perlu ke dia menelefon polis? Ini satu penculikan ke?’
Alisa yang sekarang sedang duduk di dalam kereta Aiman terasa seluruh tubuhnya seram sejuk. Penghawa dingin di dalam kereta juga terasa begitu dingin sekali.
Aiman kelihatan memandu dengan wajah yang suram tanpa berkata apa-apa.
Menarik nafas dalam-dalam, Alisa mula membuka mulutnya, “Abang mesti dah lama tunggu saya kan. Hari ni macam-macam benda dah jadi. Mula-mula GPS pemandu grab rosak, lepas tu dalam perjalanan ada tanah runtuh, tup-tup kereta kemalangan pula. Kereta tadi grab kedua saya naik.”
“Tapi macam mana abang jumpa saya?” Alisa bertanya tetapi tidak mendapat apa-apa jawapan dari Aiman.
“Kenapa abang? Abang marah ke?” Tanya Alisa lagi.
Namun Aiman masih tidak berkata apa-apa dan Alisa dapat rasakan yang Aiman sepertinya makin marah.
Alisa rasa berdebar-debar tapi tidak menunjukkan perasaannya itu. Alisa tahu apa yang difikirkan Aiman saat ini dan dia sudah bersedia untuk diperlakukan apapun oleh Aiman.
Alisa tahu hari ini mungkin ada satu atau dua tulangnya akan dipatahkan oleh Aiman.
“Abang betul-betul marah ke?” tanya Alisa lagi tetapi tetap tidak dihiraukan oleh Aiman.
“Saya ingat nak buat kejutan untuk abang hari ini. Tak tahu pula akhirnya jadi macam ni.” Alisa berkata lagi dan Aiman tetap tidak berkata apa-apa.
“Saya tahu saya salah. Jangan marah ya, saya janji tak buat lagi.”
Secara tiba-tiba kereta di bawa dengan laju.
Alisa memanggil-manggil nama Aiman tetapi tidak diendahkan dan Aiman terus membawa kereta dengan laju.
Alisa tahu yang Aiman tidak akan mendengar kata-katanya terus mendiamkan diri.
Aiman menekan pedal gas sekuat hati. Kemarahan dihatinya membuatkan dia mahu memusnahkan segala benda.
Segala apa yang Alisa katakan tadi, Aiman tak percaya satu pun. Baginya Alisa seorang penipu. Lagi dan lagi dia terus menipu.
Alisa yang tiba-tiba mendiamkan diri menambahkan lagi kemarahan dihatinya.
Kereta terus diberhentikan oleh Aiman di tepi jalan. Alisa sehinggakan terdorong ke depan dan kepalanya terhantuk.
Belum sempat Alisa berbuat apa-apa, Aiman sudah pun menariknya keluar dari kereta lalu badan dihempas kuat ke atas tanah. Alisa kemudian diangkat lagi dan dihempas sekali lagi ke atas tanah.
Alisa terasa pedih di sikunya. Darah mula mengalir.
Aiman mencekam rambut Alisa dan memaksa Alisa memandang ke arahnya.
“Kenapa senyap? Kenapa tak cakap lagi?” Marah Aiman pada Alisa.
Alisa hanya memandang kearah Aiman.
Diamnya Alisa membuatkan Aiman bertambah panas dan cenkamannya semakin kuat.
Alisa terasa sakit dan hanya mampu mengerang kesakitan.
“Awak dah lupa Alisa? Kalau awak berani lari dari saya akan ada akibatnya. Saya akan patahkan kaki-kaki awak supaya tak boleh nak lari lagi!” kata Aiman.
Share this novel