Completed
24247
Telefon yang diberi Alisa periksa. Nombor pertama dalam senarai yang boleh dihubungi adalah nombor Aiman.
Aplikasi ‘whatsapps’ dibuka dan Alisa menghantar mesej ringkas kepada Aiman.
‘Bagi saya telefon ni, awak kena hati-hati… Saya cek post awak setiap hari, jaga-jaga…’
Aiman yang membaca mesej ringkas ini, tersenyum kecil.
Semua staff syarikat yang bekerja di tingkat yang sama dengan Aiman sedar yang mood boss mereka pada hari ini sangat baik. Pandangan matanya tidak tajam seperti selalu.
Suasana begitu tenang dan terang sekali.
Pada waktu tengah hari, semasa Aiman sedang sibuk meneliti dokumen-dokumen, kedengaran satu panggilan masuk di telefonnya tapi Aiman tidak mengendahkannya.
Namun begitu, panggilan itu tidak berhenti dan akhirnya Aiman menjawab panggilan tersebut.
“Abang tengah buat apa?” Kedengaran suara Alisa di hujung talian.
Hati Aiman yang tadinya panas terus sahaja sejuk mendengar suara Alisa, “Tengah kerja ni.”
“Tahu tak sekarang ni dah pukul berapa?” Kedengaran Alisa bertanya dengan nada yang serius.
Jam menunjukkan pukul 1 petang.
“Abang mesti tak makan lagi kan?” Tanya Alisa lagi. Sebelum Aiman sempat menjawab, Alisa mengarah, “Abang pergi makan dulu.”
Aiman tersenyum kecil, “Baik Puanku.”
Aiman pun mengarahkan Kamal untuk menyediakan makan tengah hari untuknya.
Semasa Aiman sedang makan, dia dan Alisa saling berbalas mesej. Apa yang Aiman makan dibalas dengan gambar makanan Alisa.
Makan tengah hari yang selalunya bosan, Aiman rasakan berbeza pada hari ini.
Benda yang sama berlaku pada hari-hari berikutnya pada Aiman.
Pada hari ini, dari jam 9 pagi, Aiman ada mesyuarat bersama-sama stafnya dan mesyuarat berlanjutan sehingga ke tengah hari.
Kesemua staf sekarang sudah berasa sangat lapar dan melihat bos mereka yang sepertinya tidak berpuas hati dengan laporan mereka, nampaknya hari ini mereka semua terpaksa berlapar kerana tiada siapa pun berani berkata apa-apa.
Namun pada saat itu, kedengaran telefon bos mereka berdering.
Kelihatan boss menjawab panggilan tersebut dan selepas menjawab persoalan daripada pemanggil di hujung talian dengan nada yang lembut, boss mereka bangun, “Kita sambung lepas makan.” dan berlalu pergi.
Staf-staf yang berada di dalam mesyuarat tadi melihat apa yang dilakukan boss mereka itu dengan penuh rasa keajaiban.
Boss mereka yang terkenal dengan kedinginan, boleh berkata lembut dengan seseorang dan tidak marah apabila diganggu ketika dia sedang bermesyuarat.
Mungkin mereka semua harus periksa kalau-kalau hari ini matahari terbit di arah yang lain.
Semasa Aiman keluar dari bilik mesyuarat, kedengaran Alisa bertanya, “Saya ganggu abang ke?”
“Tak adalah. Mesyuarat baru je habis.” Jawab Aiman kepada Alisa.
‘Ok. Tak elok pulak kacau abang.”Kata Alisa.
Kamal yang mengikut Aiman dari belakang senyap-senyap menjeling ke arah bosnya. ‘Amboi tuan, nak ambil hati puan la tu.’
Selepas selesai berborak dengan Aiman, Alisa pun menamatkan panggilan.
Alisa rasakan yang sudah tiba masanya dia memulakan langkah seterusnya.
Hari ini Alisa mahu buat satu kejutan kepada Aiman. Dia sudah pun menyewa ‘cafe’ di mana dia dan Aiman berjumpa pertama kali kerana hari ini juga merupakan hari di mana dia dan Aiman pertama kali berjumpa tidak lama dulu.
Tapi sebelum itu, Alisa perlu Ain keluar dari rumah ini dulu.
“Ain hari ni kamu cuti ya.” Beritahu Alisa.
Ketika itu, Alisa sudah mengeluarkan bahan-bahan dari peti ais untuk memasak makan malam.
“Puan pasti tak mahu saya tolong?” Tanya Ain.
“Tak apa, saya boleh buat. Kamu boleh berehat malam ni.” Kata Alisa. “Ingat untuk tutup telefon ya.”
“Ok.” Ain pun tidak banyak fikir dan bersedia untuk pulang kerana dia sudah tidak lama pulang ke rumahnya sendiri semenjak bekerja di rumah ini.
Selepas sahaja Ain beredar pergi, semua bahan-bahan tadi dimasukkan semula ke dalam peti ais.
Alisa menulis satu nota kecil untuk Aiman yang meminta dia berjumpa di satu ‘cafe’ dan nota itu di letak di atas meja kopi di ruang tamu.
Tetapi dengan sengaja Alisa menjatuhkan nota itu ke bawah seperti dia tidak sedar untuk menipu di paparan video CCTV di ruang tamu itu.
Selepas bersiap, aplikasi ‘Grab’ dibuka untuk menempah kenderaan ke lokasi yang diinginkan dan Alisa keluar dari rumah membawa telefon yang baterinya hanya tinggal 20 peratus.
Share this novel