Completed
24247
Khaleesa ditahan polis. Encik Khairi berpusing-pusing mencari orang yang boleh membantunya tetapi atas desakan Aiman, tiada siapa yang berani menolong.
Segala perhubungannya dengan orang-orang kerajaan telah disekat. Dalam perniagaan, tiada siapa pun mahu menolong.
Encik Khairi sedang mencari orang-orang yang diupah Khaleesa untuk membuang Alisa ke laut tetapi mereka ini seperti sudah lesap dari muka bumi ini. Bukti untuk menyabit kesalahan ke atas Khaleesa sangat kukuh.
Sekurang-kurangnya jika mereka dapat cari rakan jenayah yang diupah, memang sudah untuk membersihkan nama Khaleesa.
Aiman pula tidak berpuas hari kerana Kamal memberitahu hal ini kepada polis dulu dan bukannya dirinya.
“Tuan, kalau cik Khaleesa memang bunuh orang, kita kena bagi dia ke pihak polis. Biar undang-undang yang menghukum dia.” Kata Kamal. “Tuan kena sabar, puan sekarang ni mungkin tengah tunggu tuan untuk diselamatkan. Macam mana dengan puan nanti kalau apa-apa jadi pada tuan bila tuan buat benda yang salah di sisi undang-undang.”
Kata-kata Kamal membuatkan sesuatu terlintas di fikiran Aiman, “Jangan risau, aku takkan buat benda bodoh.”
Macam mana Aiman mahu balas dendam untuk Alisa kalau ada apa-apa berlaku padanya.
Kes Alisa sangatlah berprofil tinggi sehingga diliputi oleh media di seluruh negara.
Khaleesa tidak mengaku bersalah akan penglibatannya dalam kes ini akan tetapi bukti yang dikemukakan tidak dapat melepaskan Khaleesa daripada disabitkan bersalah.
Di bawah pembelaan peguam pihak Khaleesa, memandangkan mayat Alisa tidak dijumpai, samada Alisa terbunuh atau tidak tidak dapat dipastikan. Oleh itu, Khaleesa tidak dapat disabitkan dengan kesalahan membunuh.
Khaleesa hanya boleh disabitkan kesalahan mengupah dan mendatangkan kecederaan dengan sengaja.
Apabila keputusan mahkamah keluar, Khaleesa dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun serta denda RM200 000 di atas kesalahan mendatangkan kecederaan dengan sengaja.
Mendengar hukuman yang dijatuhkan ke atas dirinya, Khaleesa tidak mampu menerimanya.
“Aku tak salah! Aku tak salah! Perempuan tu patutnya dah lama mati. Dia tu cuma perempuan yang keluarga aku buang! Perempuan tu memang bawak malang! Apa salahnya aku nak dia mati? Patut korang berterima kasih kat aku. Kalau tak sebab aku, perempuan tu akan bawak malang kat semua orang!”
Aiman yang mendengar kata-kata Khaleesa terasa sangat marah. Nasib baik Kamal menahannya. Kalau tidak, habis Khaleesa dikerjakan oleh Aiman.
Di luar mahkamah, banyak wartawan membuat liputan dan semasa Khaleesa di bawa keluar, Khaleesa masih lagi dalam kegilaan dan hal-hal mengenai Alisa anak yang dibuang berjaya dirakam.
Encik Khairi dan Puan Hameeda diserbu wartawan semasa mahu keluar dari perkarangan mahkamah.
Aiman juga diserbu oleh para wartawan.
“Encik Aiman, betul ke isteri encik anak kepada Encik Khairi?”
“Puan Alisa anak Encik Khairi, adalah encik Aiman akan lepaskan Encik Khairi?”
“Encik Aiman minta anda jawab!”
Aiman tidak menjawab soalan-soalan wartawan itu kerana mereka akan lihat sendiri jawapannya.
Selepas Khaleesa dijatuhkan hukuman, Aiman menyerang syarikat milik Encik Khairi dengan agresif sekali.
Saham syarikat Encik Khairi jatuh. Perniagaan Encik Khairi tidak mampu diselamatkan. Encik Khairi akhirnya cuba merayu kepada Aiman. Aiman tidak mahu berjumpa dengan Encik Khairi, jadi Encik Khairi menahan kereta Aiman semasa Aiman keluar dari syarikatnya.
“Aiman, Leesa sudah pun dihukum, tolonglah lepaskan keluarga pak cik. Keluarga kita kan dah kenal lama. Tolonglah…” Rayu Encik Khairi.
Aiman tidak mengendahkan Encik Khairi.
Encik Khairi mencuba lagi, “Aiman, kamu tak boleh kejam macam ni. Apa pun, saya ni tetap bapa kepada Alisa.”
Ayat yang diucapkan Encik Khairi menaikkan darah Aiman, “Kau tak layak jadi ayah Alisa. Ini apa yang kau hutang pada Alisa.”
Aiman terus memandu pergi meninggalkan Encik Khairi berdiri kebingungan di tengah jalan.
Encik Khairi sedar yang tiada apa yang boleh menyelamatkan perniagaannya. Di hati Encik Khairi, kepercayaannya benar betul. Alisa memang pembawa malang kepada keluarganya.
Kalau Encik Khairi tahu macam ini akhirnya, dia menyesal yang dia tidak sahaja bunuh anak itu terus. Kalau dia tidak hidup, akhirnya tidak akan jadi macam ini.
Tidak sampai sebulan, Encik Khairi diisytiharkan muflis. Semua harta benda milik keluarga Encik Khairi dilelongkan.
Semua harta benda, tiada apa pun yang tinggal. Encik Khairi dan Puan Hameeda dibendung dengan hutang jutaan ringgit.
Encik Khairi yang tidak boleh menerima keadaan melepaskan semuanya pada Puan Hameeda.
Puan Hameeda dipukul oleh Encik Khairi hampir setiap hari.
Tidak tahan dipukul, Puan Hameeda akhirnya dengan tidak sengaja membunuh Encik Khairi. Panik, Puan Hameeda cuba lari namun berjaya ditahan oleh pihak polis.
Dengan kesalahan membunuh, Puan Hameeda dijatuhkan hukuman penjara. Secara kebetulan, Puan Hameeda ditempatkan di penjara yang sama dengan Khaleesa.
Terkejutnya apabila terserempak dengan ibunya tetapi bila Khaleesa memanggil ibunya, ibunya tidak langsung menghiraukannya.
Share this novel