Completed
24247
Rancangan Alisa hari ini adalah hanya untuk tidak dapat dihubungi oleh siapa pun.
Dan sepertinya tuhan membantu Alisa pada saat ini.
“Maaf ya Puan, kita akan lambat sikit. Apps saya buat hal pula hari ni.” kata pemandu ‘grab’ tersebut kepada Alisa. “Puan jangan risau, tambang masih sama. Maaf ya puan.”
“Tak apa, asalkan sampai.” jawab Alisa.
Ini sudah masuk kali ketiga pemandu tersalah simpang untuk ke lokasi yang dituju kerana apps gps yang digunakan pemandu kurang berfungsi.
Perjalanan yang ambil masa kurang dari 1 jam sudah masuk hampir 2 jam dan melihat dari jarak di apps gps, mereka terpaksa berpatah balik dan lebih kurang 1 jam baru sampai ke lokasi yang dituju.
Namun begitu, aliran trafik yang mula-mula lancar semakin lama, semakin perlahan dan akhirnya tidak bergerak.
Minit bertukar ke belas minit lalu bertukar ke puluh minit sehinggalah 1 jam berlalu, aliran masih tidak bergerak.
Pemandu grab yang mula resah, berkata ke Alisa, “Puan tunggu sekejap ya, saya keluar sekejap tengok apa yang berlaku.”
Alisa hanya mengangguk faham.
Selang beberapa minit kemudian, pemandu grab kembali, wajahnya kelihatan risau, “Puan, dekat depan ada berlaku tanah runtuh, dua-dua arah jalan sekarang ni tertutup. Kita terpaksa tunggu lama lagi, tunggu bantuan bersihkan laluan.”
Di dalam hati, Alisa bersa tersangatlah gembira kerana kejadian ini sangat membantu Alisa dalam rancangannya.
Alisa menenangkan pemandu grab yang kelihatan resah gelisah, “Tak apa, kita tunggu je dulu.”
Kenderaan-kenderaan berjaya melalui laluan yang terhalang hampir selepas 2 jam dan kenderaan yang dinaiki Alisa mula bergerak selepas 3 jam.
Telefon di lihat dan Alisa sedar telefonnya tidak boleh dibuka menandakan baterinya sudah habis.
Alisa pasti yang Aiman mesti sedang mencarinya sekarang ini.
Namun begitu, belum jauh pun kenderaan bergerak, kenderaan mereka dilanggar oleh kenderaan lain. Dalam erti kata lain, mereka kemalangan.
Di sisi Aiman pula, setibanya dia di rumah, dia disambut dengan kegelapan. Tiada seorang pun di rumah.
Aiman menelefon nombor yang sekarang sudah diingatinya.
Namun, selama mana Aiman tunggu, panggilannya tidak diangkat. Tangan Aiman yang memegang telefon menggigil.
Sekitar kawasan rumah Aiman periksa tapi susuk tubuh yang dicari tetap tiada.
Nombor pekerjanya , Ain juga di telefon tapi tiada jawapan.
Ini tidak mungkin berlaku.
Jauh di lubuk hati Aiman, dia mahu percaya seperti itu tetapi ada satu suara yang berkata padanya bahawa Alisa sudah tiada lagi di sini dan Alisa menipu dirinya lagi.
Alisa memang selalu mahu lari dan kali ini Alisa berjaya melarikan diri.
Ain di telefon lagi tetapi telefonnya tetap tidak diangkat.
Aiman tidak mahu berfikiran negatif dan mengagak yang Alisa keluar bersama Ain.
Dengan ini, datang sedikit harapan pada Aiman namun ianya hancur berkecai apabila Ain kembali.
Ain yang tadinya diberi cuti oleh Alisa kembali semula kerana dia ada tertinggal barang dan apabila dia membuka pintu, Ain terlihat bosnya yang sedang berdiri di ruang tamu dengan wajah yang suram.
Aiman melihat ke arah Ain dan melihat ke belakangnya namun Alisa tidak kelihatan.
“Mana puan kamu?” tanya Aiman.
Setahu Ain hari ini puan ingin membuat kejutan kepada tuan tetapi sepertinya puan tiada, “Sa…Saya tak tahu tuan.” jawan Ain.
“Tak.tahu.kamu.kata!” Aiman kata.
Renungan tajam Aiman menakutkan Ain, “Puan…puan bagi saya cuti hari ini. Katanya mahu buat kejutan untuk tuan.” Ain sehinggakan menangis ketakutan.
Aiman mendengus marah.
Aiman membuat satu panggilan, “Dapat lokasi dia?”
“Sudah jumpa. Saya sudah hantar lokasi ke boss.” Seorang lelaki berkata di hujung talian.
Tanpa berfikir panjang, Aiman bergerak dengan kereta menuju ke lokasi yang diberikan.
Ain melihat tuannya berlalu pergi dan berasa seram sejuk.
Betul ke puan tipu dia dan melarikan diri?
Share this novel