Bab 23: Gambar

Action Completed 24247

Di petang hari, Aiman pulang bersama kek buatannya yang telah dipelajarinya di pagi hari.

Di waktu ini, Alisa sedang minum petang sambil membaca di kanopi kecil yang terletak di belakang rumah mereka.

Alisa menyedari kedatangan Aiman apabila dia mahu menyedut air teh susu dari bekas airnya. Alisa tidak menghiraukan kehadiran Aiman.

Aiman datang mendekati Alisa dan meletakkan kotak kek di hadapan Alisa, “Ini kek yang awak suka, cubalah.”

Hanya melihat kotak kek itu dan tidak menghiraukannya tetapi matanya terlihat akan label pada kotak itu. Melihat akan nama kek, Alisa agak terkejut tetapi hatinya masih menidakkan. Tidak mungkin Aiman tahu apa kek kesukaannya.

Aiman duduk dihadapan Alisa, merenung tajam ke arah Alisa. Renungan yang membuatkan Alisa yang sedang membaca tidak selesa. Walaupun Alisa cuba untuk tidak menghiraukan kehadiran Aiman itu, tetapi tidak boleh.

Alisa bangun dan beredar dari situ. Aiman hanya mampu melihat Alisa berlalu pergi. Aiman mengeluh kecil.

Alisa yang tiba di dalam bilik dengan cepat menutup pintu. Pada fikiran Alisa, Aiman akan mengikutnya masuk ke bilik tetapi kelibat Aiman tidak kunjung tiba.

‘Apa yang dia tengah rancang ya?’

Untuk makan malam pada hari itu, Aiman memberitahu kepada Ain dan tukang masak yang dia mahu memasak makan malam dan meminta tukang masak untuk memasak makanan kegemaran Alisa.

Alisa yang sedang berbaring di bilik sambil membaca, menunggu waktu makan malam tiba-tiba terbau benda hangus. Alisa tidak senang duduk memikirkan apa yang berlaku di bawah. Buku diletak dan Alisa bergerak ke tingkat bawah.

Sampai sahaja di bawah, bau hangus sangatlah kuat dan ruang rumah sudah dipenuhi dengan asap yang datangnya dari dapur. Alisa pun bergegas ke dapur untuk melihat apa yang berlaku.

Belum sempat Alisa masuk ke dapur, Aiman yang sedang memakai apron diikuti oleh Ain dan tukang masak berlari keluar dari dapur. Mereka bertiga berdiri memandang ke arah Alisa.

Ketika ini, Aiman sedang memegang sudip dan kelihatan jari-jarinya berbalut dengan plaster luka. Keadaan Aiman sekarang ini sepertinya seorang anak yang ditangkap berbuat salah oleh orang tuannya.

Aiman menundukan kepalanya. Dari hujung matanya dia melihat yang Alisa bergerak dan berfikir yang mahu beredar dari situ, Aiman berkata, “Maafkan abang. Abang tak kan halang Lisa pergi mana-mana pun. Mana Lisa nak pergi, Lisa pergilah….”

Tetapi Alisa tidak beredar pergi. Alisa menghampiri Aiman dan memegang tangan Aiman.

Perbuatan ini membuatkan Aiman berhenti berkata-kata. Dia sorok-sorok menjeling ke arah Alisa dan membiarkan dirinya dibawa oleh Alisa ke ruang tamu.

Aiman lihat Alisa mengambil peri kecemasan dan merawat luka-luka di jari jemarinya.

Aiman menjeling, melihat wajah Alisa dan kelihatan riak wajahnya tidak menunjukkan yang dirinya sedang marah.

“Cuba jangan buat benda bukan-bukan. Awak bukan tukang masak. Kalau tak reti tak payah paksa diri.” Alisa berkata kepada Aiman.

“Ok.” Aiman mengangguk sambil tersenyum.

Saat ini, tanpa berfikir panjang, tubuh Alisa dipeluk erat. Aiman berasa sangat terseksa apabila Alisa tidak menghiraukan dirinya. “Tolonglah, janji kat abang, jangan tak hiraukan bang ya…”

“Asalkan abang tak sakitkan Lisa lagi, Lisa tak akan buat macam ni lagi.” Jawab Alisa.

Kerana apa yang telah terjadi di dapur rumah, makan malam tidak dapat disediakan. Oleh itu, Alisa dan Aiman keluar makan di luar.

Semasa Alisa dan Aiman keluar makan malam bersama di satu restoran, terdapat beberapa pekerja dari syarikat Aiman yang juga makan di restoran yang sama. Apabila pekerja-pekerja ini selesai makan dan beredar pergi, salah seorang dari pekerja itu, berpisah dari kumpulan pekerja-pekerja yang lain dan menelefon seseorang tetapi panggilannya tidak berangkat.

Kerana panggilan tidak diangkat, pekerja itu mengambil gambar Alisa dan Aiman dan menghantar gambar itu ke nombor yang di dail tadi lalu berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience