Bab 36: Perhatian

Action Completed 24247

Melihat video tersebut Khaleesa bertanya kepada ibunya, “Ibu, apa yang perempuan tu cakap sampai ibu marah macam tu sekali?”

Dari video itu kedengaran mereka yang berada di dalam kafe itu memarahi ibunya dan juga dirinya sebagai seseorang yang tidak tahu malu Khaleesa berasa tertekan.

Kenapa dia yang tidak tahu malu? Orang yang tidak tahu malu patutnya Alisa! Alisa yang rampas Aiman dari aku! Alisa yang rampas kebahagiaan aku! Dia orang semua ini buta ke? Dia orang tidak menyalahkan Alisa malah simpati dengan perempuan tu? Ibu pun tak membantu!

Puan Hameeda yang membaca komen tidak enak mengenai dirinya mula merasa darahnya melonjak tinggi dan raut wajahnya kelihatan tidak baik.

Khaleesa mahu merungut kepada ibunya tetapi menahan dirinya, “Rasanya ibu ni dah kena main dengan perempuan tu. Dia saja buat ibu marah lepas tu suruh orang rakam ibu diam-diam.”

“Perempuan ni licik rupanya. Dia bukan saja rosakkan imej ibu dan kamu, dia juga dapat simpati semua orang.” Puan Hameeda berkata, “Semua sebab ibu, ibu tampar dia. Tak sangka perempuan ni panjang akalmya.”

“Tak apa ibu. Hal ni biar Leesa je yang uruskan. Ibu penatkan hari ni. Ibu pergi rehat je.” Kata Khaleesa.

Melihat anaknya yang perihatin kepadanya membuatkan hatinya gembira tetapi mengingati akan komen yang tidak enak tentang anaknya itu membuatkan hatinya luluh kembali, “Leesa pun rehat juga ya.” Puan Hameeda pun menuju ke bilik tidurnya.

Khaleesa pula kemudian mencapai telefonnya dan mahu menelefon Aiman. Tetapi sebaik sahaja jarinya mahu menekan butang panggil, gerakannya terhenti. Lama Khaleesa berfikir dan akhirnya dia memilih untuk menghantar mesej sahaja ke Aiman.

[Aiman, hari ni ibu saya angin tak berapa baik dan buat sesuatu yang berlebihan. Leesa minta maaf bagi pihak ibu. ]

Khaleesa menunggu balasan dari Aiman namun, hampir setengah jam menunggu, tiada balasan yang Khaleesa terima.

Pada waktu ini, Aiman sudah pun masuk tidur bersama Alisa. Mesej dibaca oleh Aiman tetapi tidak diendahkan olehnya.

Khaleesa tidak berputus asa dan menghantar lagi satu mesej kepada Aiman.

[Abang Aiman, hari ni ibu memang terlalu marah sampai dia buat macam tu. Abang pun tau kan perangai ibu Leesa macam mana. Sekarang pun ibu rasa bersalah sangat dengan apa yang dia dah buat.]

Kedengaran bunyi mesej masuk dan bunyi ini sedikit mengganggu tidur Alisa. Aiman tidak membaca pun mesej dari Khaleesa itu dan terus mematikan telefonnya lalu sambung tidur sambil merangkul tubuh Alisa.

Khaleesa tidak berputus asa walaupun tidak dilayan. Keesokan harinya, dia datang ke syarikat Aiman tetapi dihalang di meja tetamu.

“Cik, mahu naik ke pejabat atas perlu buat temujanji dulu. Ini arahan pihak atasan cik.” kata penyambut tetamu.

“Kejap, saya panggil orang di atas.” Khaleesa pun cuba menelefon Aiman.

Namun, setelah 4 kali cubaan, panggilan tetap tidak diangkat oleh Aiman.

“Macam mana cik?” tanya penyambut tetamu tadi.

Melihat raut-raut wajah pekerja di situ yang sepertinya mengejek dirinya, Khaleesa terus bergerak pergi.

Khaleesa memandu kereta dengan perasaan yang sangat marah. Sanggup Aiman buat begini pada dirinya. Khaleesa terfikir jauh di lubuk hatinya, adakah selama ini Aiman pernah cinta pada dirinya?

Dalam kekalutan perasaannya, semasa berhenti di satu lampu isyarat, kelibat 2 orang di dalam satu restoran menarik perhatian Khaleesa. Dia memberhentikan kereta berdekatan dan ternyata 2 orang itu adalah Alisa bersama seorang wanita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience