Completed
24247
Aiman tidak menjawab apa-apa dan hanya mengeluarkan kad kreditnya lalu diberikan kepada pelayan cafe itu.
Pelayan itu pun mengambil kad tersebut dan diberikan kepada juruwang di kaunter.
Menyelesaikan pembayaran, juruwang bertanya kepada pelayan, “Ada apa-apa jadi ke kat puan tu? Aku tengok muka suami puan tu macam tak ok je.”
“Entahlah.” jawab ringkas pelayan cafe itu.
Di fikiran juruwang itu, sampai ke waktu ini, puan itu tak muncul-muncul, jangan-jangan…
Walaupun mereka berdua punya perasaan ingin tahu itu tetapi pertanyaan tidak diajukan.
Selepas dikembalikan kad kreditnya, Aiman bergerak mahu keluar dari cafe tersebut tetapi pelayan tadi memanggil Aiman.
Pelayan cafe itu memberikan satu kotak hadiah kepada Aiman, “Ini ada hadiah untuk encik dari isteri encik.”
Kotak hadiah itu diambil dan isinya dilihat. Sepasang cincin di dalamnya. Bila diperhatikan, terukir nama mereka dan tarikh ulang tahun mereka.
‘Mulai tahun ini, kita mula lembaran baru dalam kehidupan kita.’
‘Selamat hari ulang tahun.’
Hati Aiman tiba-tiba dipenuhi rasa kemanisan. Namun itu hanya seketika dimana rasa tidak percayanya kepada Alisa datang lagi.
Pada Aiman semua ini hanyalah rancangan yang sudah dirancang oleh Alisa untuk dijadikan alasan jika dia ketahuan cuba melarikan diri.
Aiman tidak berani mahu mempercayai Alisa.
Semasa Aiman menaiki keretanya semula, Aiman menelefon pekerjanya, “Saya nak kamu jejak semula perjalanan Alisa hari ni, mula dari pemandu grab yang dia sewa. Cek telefon dia dan siasat betul ke dia ada sewa grab dan perjalanan grab tu, saya nak tahu pergerakan grab tu sepanjang hari ni.”
“Baik bos.” Jawab pekerjanya ringkas.
Aiman menunggu dengan hati yang cemas. Hatinya berbelah bagi. Mahu percaya atau tidak? Hati Aiman keliru.
Seketika kemudian, telefon Aiman berdering lagi. Pekerjanya yang ditugaskan Aiman sudah berjaya menemui pemandu grab yang diminta oleh Aiman.
Bergerak ke tempat yang diberi, Aiman berjumpa dengan pemandu grab itu, mahu mendengar cerita dari pemandu tersebut.
“Owh ya, puan tu. Kawan saya tadi ada telefon saya dari balai polis. Katanya ada orang tak dikenali bawa puan tu pergi separuh jalan. Jadi dia buat laporan polis, takut-takut ada benda tak baik jadi.” beritahu pemandu grab itu.
“Puan tu tak apa-apa kan? Hari ni mungkin nasib tak baik sikit. Mula-mula apps gps saya buat hal, entah kemana kami dipusing-pusingkan. Lepas tu dah elok sikit, tup-tup ada tanah runtuh dekat jalan yang kami jalan tu. Lama juga nak lepas. Dan-dan lepas tu pula kereta kemalangan. Nasib baik tak teruk kena langgar. Kemudian saya minta tolong kawan saya untuk hantar puan tu ke tempat yang puan tu nak pergi.”
Mendengar penjelasan itu membuatkan perasaan Aiman bertambah rumit. Betul ke apa yang Alisa cakapkan? Dia tidak berniat pun untuk lari?
Alisa tidak menipu.
Aiman menyuruh pekerjanya memeriksa kata-kata pemandu grab itu dengan situasi sebenar yang terjadi pada hari itu.
Ternyata cerita Alisa dan pemandu grab itu adalah betul. Apabila apps gps pemandu grab itu diperiksa, perjalanan yang di rekod sama dengan apa yang diceritakan pemandu grab itu. Kejadian tanah runtuh itu juga ada masuk di berita tv. Laporan polis yang diceritakan juga ada di rekod balai polis.
Hati Aiman berasa teruja dan kegembiraan tidak dapat disembunyikan. Namun begitu apabila teringat akan keadaan Alisa, hatinya berubah cemas.
Dengan pantas Aiman bergegas balik ke rumahnya.
Share this novel