Completed
24247
Kembar?
Alisa terkejut besar sehingga matanya terbeliak luas. Kedengaran suara Khaleesa ketawa berdekah-dekah.
“Terkejut tak? Masa berita keluar yang Aiman nak kahwin dulu aku terkejut juga tapi bila nampak wajah kau, aku rasa bernasib baik, dunia ni macam nak tolong aku dan tekaan aku betul, kau Alisa, memang kembar aku yang keluarga kita buang dulu. Tak sangka keluarga kita berjumpa balik disebabkan oleh Aiman.” Khlaeesa berkata.
Kenalan keluarga Khaleesa tidak ada seorang pun yang tahu bahawa sebenarnya ibunya melahirkan kembar perempuan. Namun begitu, keluarga mereka ini ada satu kepercayaan karut yang Khaleesa sendiri tidak tahu dari mana ibu dan bapanya amalkan.
Katanya kalau melahirkan kembar sepasang perempuan, keluarga akan ditimpa malang. Jadi ibu dan bapanya membuat keputusan untuk membuang salah seorang dari kembar itu dan Alisa yang merupakan yang kedua lahir dipilih. Tujuannya untuk menolak bala.
“Kan bagus kalau kau ni bergerak ikut rancangan, kenapalah kau keluar dari skrip! Lagi pun, bukan bagus ke kalau aku pisahkan kau dengan Aiman. Kalau ikutkan hukum, rasanya kau pun bole perasan kan perkahwinan korang tak sah, zina tu haram tau. Sebagai kakak aku kena betulkan benda yang tak betul.” tambah Khaleesa lagi.
Betul tu!
Betul ke?
Fikiran Alisa serabut. Betul ke apa yang Khaleesa katakan? Mereka berdua kembar? Jadi keluarga dia sekarang bukan keluarga kandungnya? Betul ke? Atau Khlaeesa sahaja mahu menipu dirinya?
Khaleesa yang melihat raut wajah Alisa yang sepertinya masih tidak percaya berkata, “Kau percaya atau tak, dah tak penting sekarang. Sekarang ni, nyawa kau akan tamat. Sudah! Korang bole buang perempuan ni sekarang!”
Mendengar ini, Alisa masih cuba untuk melepaskan diri tapi apakan daya Alisa untuk melawan 2 orang lelaki dewasa sambil terikat itu. Dalam sekelip mata sahaja Alisa dibuang ke dalam laut.
Semua yang berlaku disaksikan oleh Khaleesa melalui panggilan video itu. Setelah selesai dia berkata, “Kejap lagi aku akan pindah duit ke korang. Keluar dari Malaysia serta merta.” Panggilan terus diputuskan.
Khaleesa berasa teruja tapi dia harus bersabar. Sekarang perasaan ingin berjumpa dengan Aiman membuak-buak di hati tapi dia harus sabar. Tunggu masa yang sesuai, dia akan munculkan dirinya di hadapan Aiman semula.
Sejak dari itu, Khaleesa hanya menemani ibunya dan tidak ambil peduli akan perihal Aiman.
Aiman yang masih tidak tahu apa yang berlaku, dengan senang hati bergerak pulang awal ke rumah. Dia juga sempat memberitahu kepada pekerja-pekerja untuk pulang awal ke rumah.
Hari ini Aiman senang hati sekali kerana hari ini adalah ulang tahun perkahwinannya bersama Alisa. Sebelum sampai ke rumah, dia singgah ke satu kedai bunga membeli sejambak bunga dan ke satu kedai kek membeli kek kegemaran Alisa.
Setiba di rumah, Ain yang melihat tuannya membawa banyak barang, menolongnya membawa kesemua barang ke dalam rumah.
“Puan kamu mana?” tanya Aiman.
“Sejak keluar pagi tadi puan tak balik lagi tuan.” Jawab Ain.
Aiman teus cuba menelefon nombor Alisa tetapi tidak diangkat.
“Nanti kalau puan kamu balik beritahu saya.” Kata Aiman. Walaupun dia rasa cemas di hati tetapi dia cuba berfikiran positif.
“Baik tuan.” jawab Ain yang berasa lega kerana tuannya tidak naik marah puannya tiada di rumah saat tuan sudah pulang.
Namun, semakin waktu berlalu pergi, dari satu jam menjadi dua jam, Aiman tidak boleh berfikiran positif lagi.
Apabila jam sudah menunjukkan tepat jam 12 tengah malam, apabila kelibat yang ditunggu tidak kunjung tiba, Aiman tidak boleh lagi bersabar.
Ain juga cukup cemas melihat tuannya menunggu di pintu rumah tidak bergerak.
Aiman kemudian menelefon seseorang dan sejurus panggilannya diangkat Aiman berkata, “Cari kedudukan seseorang untuk aku.”
Share this novel