Bab 43: Dalang

Action Completed 24247

“Ada orang bagi aku duit, jemput Alisa keluar ke restoran. Lepas kakak sampai aku terus pergi dari tempat tu. Apa yang jadi lepas tu aku tak tau.” Azim tidak memberitahu akan perihal Alisa diberikan ubat tidur kerana dia pasti kalau Aiman tahu benda ini, dia tidak akan selamat.

Mendengar ini Aiman sangat marah dan mencengkam kolar baju Azim, “Sanggup kau jual kakak kau demi duit!”

Cengkaman Aiman sangat kuat membuatkan sehingga Azim susah untuk bernafas. Mujur pengawal peribadi mengingatkan Aiman yang Azim perlu hidup untuk tahu apa yang jadi pada Alisa. Kalau tidak, saat ini Azim sudah hilang nyawanya.

“Bagi aku no akaun kau!” arah Aiman.

Terkebil-kebil Azim mengeluarkan telefonnya dan diberikan kepada Aiman. Melalui apps bank Azim, pembayar cuba dicari dan hasil pencarian itu mengejutkan Aiman, juga Azim sekali.

Orang yang membayar Azim adalah Alisa sendiri!

“Tak mungkin! Ini tak mungkin!”

Aiman tidak mahu percaya. Pada awal dia menyangka yang ini semua hanya satu salah faham kepada untuk kemudiannya tahu yang semuanya adalah betul?!

Apa yang Aiman takutkan betul-betul terjadi.

Alisa sudah melarikan diri!

Saat itu Aiman mengamuk teruk. Laptop yang berada di atas meja dihempas ke tanah. Semua orang yang berada di situ hanya mampu melihat, mendiamkan diri.

Azim juga kecut perut melihat amarah abang iparnya itu. Azim ketakutan memikirkan apa sebenarnya yang terjadi. Siapa yang telah merancang semua ini kerana dia sangat pasti, orang yang merancang ini sudah pastinya bukan kakaknya, Alisa.

Walaupun orang itu menggunakan penukar suara, dia pasti semasa orang itu berkata tentang kakaknya, suara kedengaran penuh dengan kebencian.

Walaupun bukti menunjukkan Alisa dalangnya, Aiman masih mahu berfikir positif. Selepas menenangkan dirinya, Aiman menyuruh orangnya menyiasat dengan lebih terperinci lagi.
Untuk hari-hari yang berikutnya, bank dimana akaun bank dibuat disiasat. Rakaman CCTV menunjukkan memang Alisa empuya kepada akaun bank tersebut. Walaupun dia cuba menyembunyikan identiti dirinya tapi tetap tidak boleh menyembunyikan identiti sebenarnya.

Bukti semua menunjukkan rancangan Alisa untuk melarikan diri.

Selama ini Alisa menipu dirinya!

Ain hanya mampu melihat tuannya duduk di ruang tamu seperti orang tidak keruan, hilang arah tujunya. Ini semua kerana Puan telah melarikan diri. Untuk lari, puan sudah merancang dengan teliti. Puan telah menipu tuan dan semua orang.

Pada saat itu, loceng rumah berbunyi dan Ain pun bergerak membuka pintu rumah. Kelibat orang di balik pintu mengejutkan Ain.

“Puan! Puan dah balik!” kata Ain teruja.

Namun, orang itu bukanlah Alisa tetapi Khaleesa. Tanpa mengendahkan Ain, Khaleesa masuk ke dalam rumah.

“Baguslah Puan dah balik. Kalau puan tak balik-balik, tak tahu akan apa jadi dengan tuan tu…” Ain berkata lagi.

Khaleesa berasa tidak puas hati dengan kelakuan orang gaji ini yang menganggapnya sebagai Alisa. Tunggulah, lepas aku kahwin dengan Aiman, aku akan pecat orang gaji mulut lancang ni.

Ain yang mula-mulanya teruja dengan kepulangan Alisa mula perasan yang wanita yang baru sahaja masuk ke dalam rumah ini bukanlah Alisa. Wanita itu adalah Khaleesa yang wajahnya mirip dengan Alisa.

Khaleesa menghampiri Aiman di ruang tamu, “Abang Aiman…”

Mendengar dirinya dipanggil, Aiman melihat ke arah orang yang memanggilnya. Melihat wajah orang yang dicarinya, Aiman sangat teruja, bangun dari sofa dan mahu memeluk wanita tersebut tetapi berhenti kerana Aiman perasan wanita ini bukanlah orang yang dia cari.

Memandang dengan dingin Aiman berkata, “Kau siapa? Kau bukan dia!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience