Completed
24247
Khaleesa tidak mampu membendung perasaan cemburunya lagi, “Perempuan tu dah pergi! Perempuan tu tak cintakan kau! Baik macam mana pun kau, perempuan tu tak hargai pun! Apa bagusnya perempuan tu!”
“Keluar dari rumah aku!” Bentak Aiman.
Khaleesa tetap tidak mengalah, “Aku takkan pergi. Kita ni pasangan kekasih. Orang yang kau cinta aku bukan perempuan tu. Bangunlah Aiman. Orang yang kau sayang aku bukan dia!”
“Tak… Orang yang aku cinta bukan kau.” kata Aiman.
“Aku betul-betul tak faham. Selama ni bukan ke aku orang yang kau cinta! Alisa tu hanya pengganti aku.” kata Khaleesa pula.
Senyuman masam terukur di wajah Aiman. Dulu mungkin Alisa adalah seorang pengganti kepada Khaleesa. Tetapi tidak tahu bila, kedudukan Alisa di hati Aiman berubah sehingga dia lupa orang yang pernah menjadi cahaya di hatinya.
Sekarang cahaya di hatinya hanyalah Alisa.
“Alisa bukan pengganti. Dia isteri aku!” nyata Aiman kepada Khaleesa.
Khaleesa seperti mahu pitam mendengar ini, “Tak… Tak mungkin…”
“Pergi dan jangan pernah datang ke sini lagi.” arah Aiman dan dirinya bergerak menuju ke tingkat atas.
Khaleesa tetap tidak mahu mengaku kalah. Dia mengejar Aiman dan memeluknya dari belakang, “Abang Aiman, jangan tinggalkan Leesa. Bukan dulu abang cakap Leesa ni cahaya di hati abang!”
Aiman melepaskan pelukan Khaleesa, “Dulu mungkin tapi selepas beberapa tahun, di sini, dah berubah.” kata Aiman sambil menunjuk ke dadanya.
Khaleesa hanya mampu melihat Aiman berlalu pergi. Dia sudah hilang semua tenaganya. Namun, hatinya panas kembali. Melihat ke tingkat atas rumah, Khaleesa bersumpah, kalau perempuan tu boleh dapatkan hati kau, aku pun boleh Aiman!
Pemergian Alisa membuatkan Aiman seperti orang tidak keruan dan mula tidak menguruskan syarikatnya. Kamal yang risau akhirnya pergi melihat Aiman di rumahnya.
“Kenapa dia pergi?” pertanyaan Aiman.
Kamal yang tahu akan perihal bosnya menjawab ke Aiman, “Mungkin sebab Puan rasa yang tuan tak cintakan dirinya.”
“Apa?” Aiman bertanya.
“Puan tahu yang dirinya hanyalah pengganti pada cik Khaleesa. Puan mungkin fikir orang yang selama ni tuan cinta adalah cik Khlaeesa dan bukan puan. Siapa dalam dunia ni nak jadi pengganti seseorang. Sebab Puan cintakan tuan, benda ni tak boleh di terima oleh Puan jadi puan buat keputusan untuk pergi.” Jawab Kamal.
“Tapi dia bukan pengganti.” Kata Aiman sedih.
“Susah nak cari puan dalam lautan orang ramai. Sekarang ni puan yang perlu kembali dengan rela hati. Tuan tak boleh terus macam ni. Tuan kena bagitahu pada puan perasaan sebenar tuan. Barulah puan ingin balik kepada tuan.” kata Kamal lagi.
Mata Aiman seperti hidup kembali. Kata-kata Kamal seperti memberi semangat pada Aiman.
Oleh itu, keesokan harinya, satu video telah menaikkan darah kemarahan Khaleesa.
Video itu menunjukkan Aiman yang sudah bertaubat dengan perbuatannnya kepada Alisa. Aiman menekankan yang dia bersama dengan Alisa bukanlah sebagai menjadi seorang pengganti.
Khaleesa tersangatlah marah. Habis bilik tidurnya diselerakkan.
Melalui video ini ramai orang bersimpati dengan Aiman dan sama-sama berusaha juga untuk mencari keberadaan Alisa.
Khaleesa pula masih belum menyerah kalah untuk mendapatkan Aiman. Dia cuba mengunakan taktik menghantar makan tengah hari seperti Alisa. Namun begitu, tindakannya ditolak. Oleh itu, dia cuba pula dengan membayar pekerja dalam syarikat Aiman untuk menghantar makananan.
Ini juga gagal malah pekerja-pekerja di tingkat pejabat Aiman, ditolak gaji dan bonus mereka pun ditolak. Pekerja yang dibayar Khaleesa dibuang kerja serta merta.
Hal ini membuatkan tiada siapa yang berani menolong Khaleesa.
Kalau ikutkan hati Khaleesa dia mahu berhenti tetapi tiap kali dia pulang ke rumah, ayahnya Encik Khairi tidak berhenti bertanya hasil rancangan dalam mendapatkan Aiman. Untuk tidak mahu ayahnya memarahinya, dia hanya mampu menjawab yang dia masih berusaha lagi.
Share this novel