Completed
24247
4 orang yang tadi berbual hal Alisa dan Aiman memandang ke belakang mereka dengan mata terbuka besar.
Terkejut beruk orang kata.
Pintu lif tertutup lagi, bergerak turun ke tingkat lain. Bila lif berhenti lagi dan pintu lif terbuka, mereka yang sedang menunggu lif dan mahu masuk tetapi melihat keadaan di dalam lif, pergerakan mereka terbantut.
4 orang ini tidak mampu bergerak. Pintu lif tertutup dan lif turun lagi. Suasana di dalam lif penuh dengan ketegangan.
Kali ini lif tidak berhenti di mana-mana tingkat dan sampai ke lobi. Alisa dan Aiman bergerak keluar lif dan berjalan melepasi 4 orang tadi.
4 orang itu pada mulanya berasa lega kerana Aiman tidak berkata apa-apa tetapi, kemudian terdengar kata-kata yang keras dari Aiman.
“Mulai esok kamu berempat tak perlu datang bekerja.”
4 orang itu sedar akan nasib mereka hanya mampu mengenang nasib mereka kerana bermulut lancang.
Berjalan ke pintu masuk, Aiman berkata kepada Alisa, “Saya takkan tinggalkan awak.”
“Ok.” Alisa membalas ringkas.
Ketenangan Alisa membuatkan hati Aiman berasa cemas. Aiman dapat rasakan ada yang tidak kena tetapi tidak tahu apakah masalahnya.
Aiman terus merangkul Alisa dengan harapan dapat melegakan rasa cemas ini, “Janji pada abang yang Alisa takkan tinggalkan abang.”
Alisa hanya membiarkan Aimam merangkulnya, “Tiada siapa akan tinggalkan siapa pun.”
“Betul tu.” Aiman pun melihat Alisa berjalan sampai ke kereta dan sehingga kereta hilang dari pandangan baru Aiman bergerak naik semula ke pejabatnya.
Tetapi wajah Aiman nampak dingin. Setibanya dia di pejabatnya, Aiman memberi arahan kepada Kamal, “Bagi tahu semua penyelia setiap jabatan datang ke pejabat saya dalam masa 10 minit.”
Kamal mengangguk faham. Kamal dan pembantunya pun segera membuat panggilan ke semua penyelia jabatan.
Semua penyelia berjumpa dengan Aiman dan selepas berjumpa, mereka semua keluar dari pejabat Aiman dalam keadaan kecewa. Mereka semua ditegur. Pada petang itu juga, syarikat mengeluarkan satu notis.
Kesemua pekerja dilarang sama sekali berbual hal yang tiada kena mengena dengan pekerjaan di waktu bekerja.
Semua pekerja tahu yang notis ini ada kaitan mengenai isteri bos mereka dan cik Khaleesa. Pada hari itu juga, mereka mengetahui yang bos telah memecat 4 orang pekerja berkenaan perihal isteri bos.
Oleh itu, kesemua pekerja tidak berani bergosip perihal bos mereka lagi.
Fara, pengintip Khaleesa menelefonnya untuk memberitahu tentang apa yang terjadi.
“Cik Khaleesa ada berita tak baik!” Kata Fara.
“Apa yang dah berlaku?” tanya Khaleesa.
“Hari ni Encik Aiman keluarkan notis yang semua pekerja dilarang bercakap tentang perempuan tu.” Jawab Fara.
“Apa!” Khaleesa terkejut besar mendengarkan hal ini.
“Plan cik rasanya dah tak boleh jalan lagi.” kata Fara lagi.
Dada Khaleesa turun dan naik menahan emosinya yang bergelora, “Saya tahu.”
Panggilan diputuskan.
Kenapa? Kenapa Aiman lindungi perempuan tu? Masa Aiman masih dengan dirinya, Aiman tidak pernah buat macam ni! Sekarang dia buat ini untuk perempuan itu. Kenapa? Apa layaknya perempuan tu?
Khaleesa menjerit sekuat hatinya. Habis semua barang di atas meja soleknya di tolak jatuh, berselerak di atas lantai.
Ibu Khaleesa, Puan Hameeda mendengar bunyi bising di bilik anaknya, bergegas melihat keadaan anak kesayangannya itu.
“Leesa, sayang, kenapa ni?” tanya Puan Hameeda langsung menghentikan anaknya yang sedang membaling barang-barang di dalam bilik itu.
Khaleesa memeluk dan menangis di bahu ibunya, “Ibu, perempuan tak guna dah rampas Aiman dari Leesa. Leesa tak boleh hidup tanpa Aiman. Aiman suami Leesa. Aiman milik Leesa.”
“Jangan nangis Leesa. Leesa kan tahu yang Aiman cuma anggap perempuan tu sebagai Leesa. Hati dia masih pada Leesa lagi.” Kata Puan Hameeda, cuba menenangkan Khaleesa.
Khaleesa menggelengkan kepalanya, “Tidak ibu. Leesa dah berjumpa dengan Aiman dan dia lebihkan perempuan tu. Apa yang Aiman buat untuk perempuan tu, tak pernah dia buat untuk Leesa sebelum ni. Apa Leesa patut buat? Leesa tak boleh hilang Aiman!”
Melihat anaknya penuh dengan kesedihan, hati Puan Hameeda berasa sedih sekali, “Ibu takkan biar Leesa hilang dia. Biar ibu jumpa dengan perempuan tu dan cakap dengan dia.”
“Tapi, dia akan dengar ke cakap ibu?” tanya Khaleesa.
“Tak cuba mana kita nak tahu.”
Share this novel